Sunday, October 31, 2010

Kisah Penghisap Candu

Saya gelak terbahak-bahak apabila membaca satu penulisan yang dikirimkan oleh Penulis ke sebuah blog yang tidak berakhlak serta dipenuhi makian dan cacian. Si Penulis begitu beriya-iya benar mempertahankan kematian bapanya yang dikatakan difitnah orang ramai, maka diolah cerita sebenar (kononnya) dengan membabitkan saksi-saksi bagi menyokong penulisannya.

Kisah ini bermula apabila Al-Marhum Ustaz Haji Hanafi Bin Haji Ahmad, beberapa kali pergi berbual dirumah Abang Penulis yang turut dihuni oleh Bapa Penulis. Bapa Penulis ini dahulunya ada mempelajari agama (agama apa saya tak tahu la) disebuah tempat di Kuala Lumpur. Pada suatu hari, ketika Al-Marhum Ustaz Haji Hanafi asyik bercerita perihal Agama Islam kepada abang penulis, tiba-tiba Bapa Penulis ini membentak Al-Marhum Ustaz Haji Hanafi supaya berhenti daripada bercerita hal-hal berkaitan Agama Islam.

Apabila Al-Marhum Ustaz Haji Hanafi pulang ke rumah, beliau menceritakan kepada keluarganya tentang hal tersebut. Al-Marhum tidak menjawab bentakkan Bapa Penulis semata-mata hendak menjaga hati Abang Penulis. Al-Marhum Ustaz Haji Hanafi kemudiannya berkata kepada keluarga beliau: "Hangpa tengoklah nanti, orang tua tu (Bapa Penulis) mati dalam jamban".

Arakian, maka Abang Penulis dan adik-adiknya (termasuk Penulis) telah memberitahu Al-Marhum Ustaz Haji Hanafi dan keluarga Al-Marhum berhubung kematian bapa mereka didalam jamban dan meminta nasihat berhubung kematian tersebut. Barulah beberapa hari kebelakangan ini saya mengetahui bahawa kata-kata Al-Marhum Ustaz Haji Hanafi tersebut tersasar sedikit daripada kenyataan. Bapa Penulis tersebut rupanya 'Tersungkur Di Dalam Jamban Dan Mati Di Atas Katil' (boleh buat tajuk lagu 'heavy metal' ni),

Berdasarkan kepada Penulis, kealiman bapanya yang 5 minit lebih awal duduk disejadah sebelum masuk waktu, adalah sepatutnya Bapa Penulis mati didalam jamban. Ini berdasarkan kata-kata Hukama Al-Marhum Ustaz Haji Hanafi Bin Haji Ahmad:- "Boleh Jadi Orang Alim Mati Di Dalam Tandas (Jamban) Dan Boleh Jadi Penghisap Candu Mati Di Atas Katil". 'Candu Sucker' rupanya.

Seruan saya, janganlah kita menghisap candu kerana ianya bukan sahaja salah dari segi undang-undang Malaysia, malah ianya juga boleh membawa kepada penyakit 'Chengkoi Durjana' yang berpunca daripada virus yang dibawa Anjing Gila. Gitulah kisahnya...

Friday, October 29, 2010

Peguam Yang Bermuka Legam

Saya mula mengenali Peguam Yang Bermuka Legam ini lebih kurang 10 tahun yang lalu. Beliau seorang yang lemah lembut dan gerak langkahnya tersusun rapi. Mesti anak dara Sarawak berkenan walaupun tahu beliau sudah beristeri. Saya juga tidak menyangka bahawa Peguam Bermuka Legam ini begitu rakus dalam mengkapor apa yang boleh dikapor.

Arakian, maka tersebutlah kisah, Peguam Bermuka Legam ini telah membentuk sebuah syarikat guaman bersama dua orang rakan kongsinya. Mulalah mereka berusaha mencari peluang-peluang perniagaan yang bersesuaian dengan profession mereka. Dengan izin Allah swt, mereka telah dilantik sebagai STAKEHOLDER kepada dua buah syarikat konglomorat yang terkenal di Malaysia.

Maka bermulalah sebuah rompakkan tanpa senjata. Peguam Bermuka Legam ini telah dituduh oleh rakan kongsinya bahawa beliau telah mengkapor duit syarikat tersebut. Peguam Bermuka Legam terus mengambil tindakkan dengan membuat Surat Akuan Berkanun yang menafikan tentang tuduhan tersebut tetapi dalam masa yang sama, Peguam Bermuka Legam ini berjanji akan menyelesaikan duit yang telah hilang dan berjanji tidak akan gagal melunaskannya. Berapa jumlah wang yang dituduh di kapor Peguam Bermuka Legam ini?

WORLDWIDE sebanyak RM324,947.50 dan UDA sebanyak RM291,498.90. Ini tidak termasuk wang berjumlah RM50,000.00 yang dikapornya daripada seorang rakan beliau yang membatalkan hasrat untuk menjadi rakan kongsi disyarikat guaman barunya. Jangan dikapornya KELAPA DARA TUA sudahlah....

Dengar khabarnya Lesen Peguam Bermuka Legam ini tidak dapat diperbaharui kerana masalah ini dan dengar khabarnya juga rakan kongsi beliau dalam proses mengambil tindakkan undang-undang terhadap Peguam Bermuka Legam ini. Makin Legamlah jawabnya. Apapun, Peguam Bermuka Legam telahpun kenyang tanpa peduli HALAL atau HARAM. Janji MASYUK... Shaikh dan Rashidi tentu tersenyum sinis membaca rencana ini.
 
Jika tertanya dihati, siapa Peguam Bermuka Legam ini. Tunggu... bagilah suspen sikit. Takkan la perompak awal-awal filem dah kantoi.

Fitnah Di Mahkamah Ampang - Siri 1

Pada awal Sebutan Kes, mahkamah diberitahu bahawa terdapat 5 orang saksi Pendakwaraya iaitu Encik Asnawi Bin Ahmad (Bapa Pemfitnah), Puan Rohaya Bt Johan (Ibu Pemfitnah), Encik Azman Bin Johan (Bapa Saudara Pemfitnah), Cik Aishah Bt Aziz (Sepupu Pemfitnah) dan Cik Norhashimah Bt Asnawi (Pemfitnah) tidak termasuk 2 orang pegawai polis iaitu Pegawai Penyiasat dan Jurugambar PDRM. Perbicaraan dimulakan dengan memanggil Encik Asnawi Bin Ahmad (Ayah Pemfitnah) untuk memberikan keterangan.

Encik Asnawi pun bercerita seperti mana yang diceritakan oleh anak dan isteri beliau. Encik Asnawi ini juga merupakan individu yang membuat laporan polis pada 19/09/2006 selepas sekitar 6 bulan tuduhan fitnah tersebut berlaku pada 10/03/2006. Apabila ditanya oleh Pendakwaraya, mengapa sekitar 6 bulan selepas kejadian, baru laporan polis dibuat? Encik Asnawi mengatakan dengan suara yang terketar-ketar dan tergagap-gagap bahawa YM Tuan Sheikh ini ramai pengikut, maka risau akan keselamatan mereka. Apa punya alasan daa!!! Cakap je ada orang suruh report sebab sebahagian besar ahli menolak keputusan persatuan terhadap YM Tuan Sheikh.

Encik Asnawi di tanya oleh Peguambela YM Tuan Sheikh tentang pernahkah beliau meminta pertolongan daripada YM Tuan Sheikh untuk mengubati anaknya Cik Norhashimah (Shima) kerana sikap anaknya terhadap lelaki agak keterlaluan. Encik Asnawi mengatakan TIDAK. Ini satu pembohongan yang jelas dimana semasa permohonan pertolongan ini dibuat, saya sendiri mendengarnya. Mengapa perlu menafikan? Bukankah www.cekakhanafi.com mengatakan bahawa BOHONG salah satu sifat orang MUNAFIK? Mungkin ketika itu, laman web tersebut belum mengetahui tentang sifat MUNAFIK ini. Baru jumpa dalam Al-Quran agaknye...

Encik Asnawi turut ditanya oleh Peguambela YM Tuan Sheikh tentang siapakah yang mencadangkan kepada beliau untuk membuat laporan polis? Pada awalnya beliau mengatakan tidak ada sesiapa. Beliau kononnya hanya berbincang dengan isterinya tanpa diketahui oleh orang lain. Sedang Encik Asnawi asyik bercerita, tiba-tiba beliau telah dibentak oleh Peguambela tentang peranan Azman Johan, dan sekali lagi dengan tergagap-gagap Encik Asnawi mengaku bahawa beliau ada memberitahu kepada Azman Johan. Cubaan menipu seterusnya menemui kegagalan.

Apapun, tiada apa yang menarik berkenaan saksi ini kerana ianya lebih kepada 'Hear Say' iaitu mendengar kata-kata isteri dan anaknya sendiri. Selebihnya, dia tak tau apa-apa. Mudah-mudahan kita dikurniakan zuriat yang baik dan bukan Pereka Fitnah. Amin.

Thursday, October 28, 2010

Badut Di Mahkamah Tinggi - Siri Akhir

Dalam Saman Injuksi terhadap YM Tuan Sheikh (Defendan), beliau telah memberikan keterangannya pada hari JUMAAT (22/10/10), sekitar jam 04.15pm dan berakhir pada 05.15pm. Si Yahya (Badut Loya) begitu bersemangat untuk bertanyakan soalan-soalan yang telah dipendam lama termasuklah duka nestapa 03/09/2006 dahulu apabila pernah dibentak oleh YM Tuan Sheikh:- "Lawyer Bodo!". Sama-sama kita baca dan buat penilaian sendiri samada Si Badut Loya ni Bodo ataupun Kurang Cerdik.

Badut Loya telah bertanyakan kepada YM Tuan Sheikh dengan merujuk kepada cebisan akhbar tentang Jom Silat, Cabaran 1 Dalam 10,000, kononnya YM Tuan Sheikh telah memberikan 'statement' tertentu. Dengan selamba YM Tuan menjawab, tidak beliau tidak berkata sedemikian. Badut Loya terus mengasak kononnya YM Tuan Sheikh ada berkata seperti tercetak didalam surat khabar tersebut. Jawab YM Tuan Sheikh, saya tak cakap. Tanyalah pemberita yang menulis tersebut. Sememangnya, pada 10/10/10, tidak ada sebarang sidang akhbar dibuat mahupun wartawan yang menemuduga YM Tuan Sheikh. Didalam Press Kit juga tidak terdapat 'statement' tersebut. Betul la tu. Kalau nak tahu, tanyalah wartawan tersebut. Nah kau, ambik sebijik!!!!

Badut Loya kemudiannya membuat pengiraan pendapatan sebagai Guru Utama dengan mengambil andaian seramai 3,000 pelajar baru setiap tahun, maka pendapatan YM Tuan Sheikh selama 12 tahun, bermula daripada tahun 1994 - 2006 adalah sebanyak RM1.8 Juta. Macam mana figure ni boleh dapat saya pun tak tahu. Katakanlah betul kiraan Badut Loya ni. Kalau begitu pendapatan YM Tuan Sheikh setahun adalah RM150,000. Maka sebulan adalah RM12,500. Itupun si Badut Loya tak tau dimana pada setiap peringkat Ijazah, terdapat penyusutan pelajar. Peguam YM Tuan Sheikh membantah, mengapa andaian kiraan dibuat sebelum 13/08/2006 kerana ketika itu dari segi undang-undangnya YM Tuan Sheikh adalah Presiden / Guru Utama PSSCUHM. Kena lagi sebijik!!!!

Seterusnya Badut Loya menunjukkan Surat bertarikh 25/08/2010 yang ditandatangani oleh saya kepada YM Tuan Sheikh dan bertanyakan adakah pernah melihat surat tersebut. YM Tuan Sheikh jawab TAK PERNAH. Badut Loya telah mengatakan bagaimana Setiausaha Agung YM Tuan Sheikh buat kerja mcm ni sampai YM Tuan Sheikh tak tau tentang surat tersebut. Jawab YM Tuan Sheikh tanyalah Setiausaha Agung saya. Ambik lagi sebijik!!!!

Saya terkilan kerana Badut Loya tak berkesempatan untuk bertanyakan kepada saya. Jawabannya mudah sahaja. Surat tersebut berkenaan urusan pentadbiran dan tiada 'CC' dibuat kepada Presiden. Takkanlah surat semacam itupun Presiden nak ambik tau. Presiden perlu tahu berhubung perkara dasar persatuan, bukannya seperti Md Nasir Bin Md Arshad yang dibentak YA Hakim kerana sebahagian besar dasar perjalanan persatuan dia tak tau. Itulah namanya Badut Tunggul. Presiden apa mcm tu. Sesiapa yang ada pada hari Md Nasir dibentak lebih jelas bagaimana situasi seorang tua yang dungu terkebil-kebil dikandang saksi.

Secara rumusannya, saya bersetuju dengan kata-kata YM Tuan Sheikh pada Mesyuarat MMT (03/09/2006) dahulu yang membentak Badut Loya dengan perkataan:- "Lawyer Bodo". Kalaulah P.Ramlee ada dalam mesyuarat tu, tentu dia tambah: "Bahlol, Tolol, Sadiwol, Kadiwol, Maniwol" seperti dalam filem Masam-Masam Manis.

Badut Di Mahkamah Tinggi - Siri 2

Dalam kes Saman Injuksi ini saya turut dinamakan sebagai saksi defendan (YM Tuan Sheikh). Saya telah memberikan keterangan pada hari SELASA (19/10/10) yang lalu sekitar jam 12 tengahari. Pada hari tersebut, dua (02) orang saksi dipanggil memberikan keterangan iaitu saya dan Encik Mohd Azhar Bin Mohd Ali. Sebelum kami memberikan keterangan, beberapa orang rakan telah memberikan latihan untuk saya menjawab. Antara soalannya berkisarkan soalan dalam filem Nujum Pak Belalang. Mereka cuba menghilangkan stress yang mungkin kami alami. Terima kasih Ayahandaku, Pak Sudin, Abg Bakhtiar, Amin Maunah dan lain-lain yang tak henti-henti membuat lawak. Boleh masuk RAJA LAWAK 5. 

Alhamdulillah, dengan BERKAT Guruku, KERAMAH Ibuku dan HIKMAH Bapaku, saya duduk dikandang saksi tanpa rasa gentar dan menjawab tenang semua soalan Si Yahya. Antara soalan bingai Si Yahya yang saya masih ingat sehingga ke hari ini ialah bilamana Si Yahya merujuk kepada satu surat bertarikh 25/08/10 yang saya tandatangan. Si Yahya bertanya, adakah saya tahu YM Tuan Sheikh ada membuat akujanji dimahkamah pada 14/07/10 untuk tidak bertindak mewakilkan diri sebagai Presiden/Guru Utama. Saya jawab YA SAYA TAHU. Soalan Si Yahya seterusnya, jika begitu mengapa saya masih mengeluarkan surat tersebut. Saya jawab penuh keyakinan dengan ayat sopan dimahkamah bahawa didalam pengetahuan saya, akujanji tersebut hanyalah melibatkan YM Tuan Sheikh tanpa melibatkan diri saya (dalam hati saya terdetik:- apalah bangang sangat Si Badut ni. Apa kena mengena aku dengan akujanji tu). Inilah tahap pemikiran salah seorang ahli MMT yang kita harapkan dapat menegakkan kebenaran tentang MANDAT Guru Silat Cekak yang akhirnya dia sendiri menderhaka kepada Arwah Gurunya. Haram....

Ketika saya memberikan keterangan, ada juga 4 Badut lain yang hadir. Badut Teksi (Shafie Latiff), seorang drebar teksi dan juga merupakan ahli MMT yang bertukar pendiriannya memihak YM Tuan Sheikh apabila dibentak oleh Mak Teh. Badut Antertu (Ramli Bin Rawi), seorang yang mungkin memberikan sokongan kepada KELAPA TUA YANG BELUM DITEBUK TUPAI (assisstant Si Yahya), Badut Hingusan (Faizul Amin), seorang menantu yang dipecat bapa mertuanya daripada jawatan pengurus katering atas pelbagai alasan dan Badut Dayus (Sulaiman Shamsuddin), seorang pelarian yang sentiasa melarikan diri daripada isteri pertamanya sehingga sekarang. Kehadiran mereka mungkin untuk memberikan suntikkan semangat kepada Badut Loya (Si Yahya) atau mungkin untuk memberikan sokongan moral kepada saya. Apapun, kehadiran mereka tidak saya rasai.

Wednesday, October 27, 2010

Badut Di Mahkamah Tinggi - Siri 1

Sepanjang perbicaraan Saman Injuksi terhadap YM Tuan Sheikh, hampir kesemua tarikh perbicaraan tersebut saya hadir. Saya amat terhibur dengan kelatah hakim yang mendengar perbicaraan ini yang begitu bersahaja dalam mengulas sesuatu perkara. Disamping keletah Yang Arif hakim tersebut, saya juga merasa terhibur dan sedih melihat keletah seorang badut terlibat yang bernama Tuan Haji Yahya Bin Abdul Rahman.

Badut dilihat bertanyakan kepada Cik Tengku Azlina Bt Tengku Ismail apabila hakim bertanyakan kepada beliau berkenaan makna CEKAK. Si Yahya ni terus 'refer' kepada Cik Tengku Azlina tentang makna Cekak tersebut. Si Yahya ni juga, dalam menanyakan soalan kepada Encik Mohd Azhar Bin Mohd Ali, berkenaan Peringkat Ijazah di dalam Silat Cekak Ustaz Hanafi juga, kelihatan terhegeh-hegeh merujuk kepada Cik Tengku Azlina.

Hai la Yahya, makna Cekak dengan peringkat Ijazah Silat pun kelabu ke? Si Yahya ini salah seorang Badut di MMT. Kalau perkara yang basic macam ni pun tak tau, apa lagi perkara berkenaan Mandat Guru! Lagilah kelabu Badut ooooiiiii!!!

Si Yahya ini turut mendabik dada kononnya beliau orang lama dalam Silat Cekak. Rupanya lama Si Yahya ini, ibarat Unta di negara Arab yang sangat lama tinggal di Arab, sepatah cakap Arab pun Unta tak tau. Lebihnya Si Yahya ni berbanding Unta hanyalah satu saje. Modal ini selalu digunakan Yahya:- "Saya pergi Haji dengan Ustaz Hanafi, seluar dalam ustaz saya yang cuci kat sana". Kalau lah Ustaz Hanafi ada, saya yakin jawapan ustaz kepada Si Yahya sekarang adalah;- "Patutlah hang bodo mcm T*L*Q". Agaknya la....

Majlis Kesyukuran & Doa Selamat

Pada hari esok KHAMIS (28/10/10), jam 08.30pm, dirumah persatuan Taman Melawati, akan diadakan Majlis Kesyukuran sempena kejayaan Jom Silat, Cabaran 1 Dalam 10,000 yang telah diadakan pada 10/10/10 yang lalu. Pada malam tersebut juga akan diadakan Doa Selamat untuk rakan-rakan kita yang bakal bertolak mengerjakan ibadat haji pada tahun ini. Semua ahli dan Pendokong Hakiki dijemput hadir. Kepada semua bakal jemaah haji, saya mengucapkan selamat pergi dan pulang. Moga dipermudahkan segala urusan dan mendapat haji yang mabrur.

Tuesday, October 26, 2010

2 Nov 2010 - Selasa - 8.30am - Mahkamah Ampang

Tarikh, Hari, Masa & Tempat diatas merupakan tarikh Bicara Akhir akan tuduhan fitnah terhadap YM Sheikh Haji Md Radzi Bin Ustaz Haji Hanafi Al-Qadhi. Pada tarikh tersebut dijangka akan hadir seorang saksi (Jurugambar) pihak polis bagi mengesahkan gambar-gambar yang diambilnya dirumah 'pemfitnah'. Pada tarikh tersebut juga saya menjangkakan Hujah Penggulungan akan disampaikan oleh pihak Peguambela dan Pendakwaraya. Berkemungkinan juga pada tarikh tersebut keputusan boleh diberikan oleh Majistrate yang mendengar perbicaraan. Semuanya terpulang kepada Majistrate Para Pendokong Hakiki, marilah beramai-ramai hadir ke Mahkamah Ampang, Pandan Indah (Bangunan MPAJ), untuk memberikan sokongan moral kepada YM Tuan Sheikh kita.

Bila saya sebut untuk memberikan 'sokongan moral' kepada YM Tuan Sheikh, ada juga suara-suara sumbang yang mengatakan, jika sebenar Guru, kenapa memerlukan sokongan moral? Saya tersenyum membacanya. Begitu cetek sekali pemikiran tuan/puan. Sama ada Pendokong Hakiki hadir atau tidak, ianya tidak langsung mengguris darjat seorang Guru. Sebagai contoh; Jika Bapa tuan/puan difitnah merogol seseorang, adakah tuan/puan tidak hadir ke mahkamah memberikan sokongan moral kepadanya?

Jika kamu tidak hadir sekali pun, ianya tidak sedikit pun menggugat darjatnya sebagai seorang Ayah tetapi kamu lah yang akan jatuh darjat daripada Anak Kesayangan Abah menjadi Anak Haram Jadah!

Scoreboard La Pulak!

Banyak hati-hati yang belum terubat dengan kejayaan 10.10.10, sekali lagi hati-hati ini merasa terguris nyilu melihat YM Sheikh Haji Md Radzi Bin Ustaz Haji Hanafi Al-Qadhi, segak bergaya, petah berbicara dalam rancangan Scoreboard di TV3, jam 12.30am, 26/10/2010. YM Tuan Sheikh memperjelaskan beberapa isu penting khususnya berkenaan konsep Mengenang Jasa. YM Tuan Sheikh turut ditemani oleh Encik Mohd Azhar Bin Mohd Ali, Pengerusi Program Cabaran 1 Dalam 10,000 bersempena Kempen Jom Silat, anjuran Silat Cekak Ustaz Hanafi. YM Tuan Sheikh telah diiringi oleh Pendokong Hakiki seramai lebih kurang 20 orang dalam memberikan sokongan moral kepada beliau dan Encik Mohd Azhar. Terima kasih kepada Team Scoreboard dan TV3.

Monday, October 25, 2010

Perihal Mandat Guru Yang Di Selewengkan

Apabila memperkatakan tentang MANDAT GURU Silat Cekak, saya dapati banyak perkara yang telah diselewengkan oleh pihak tertentu demi menarik pengaruh kepada pihak mereka. Kononnya isu mandat ini tidak pernah diperkatakan oleh Al-Marhum Ustaz Hanafi. Sebenarnya, berkenaan Mandat Guru Silat Cekak ini telah diperjelaskan oleh Al-Marhum Ustaz Hanafi semenjak dari tahun 1965 lagi kepada anakandanya.

Beliau juga ada menulis berkenaan Mandat Guru ini didalam Majalah Dewan Masyarakat Bulan Oktober 1973. "Saya menerima mandat sebagai Guru Silat Cekak" kata Al-Marhum Ustaz Haji Hanafi Bin Haji Ahmad. Mandat Guru Silat Cekak ini jelas diperturunkan daripada Guru kepada Guru Silat Cekak dan elemen-elemen mandat ini adalah terdiri daripada dua (02) perkara berikut:-

1) Penyerahan hendaklah secara 4 biji mata daripada Guru Semasa dengan Bakal Guru
2) Penyerahan tersebut akan diikuti perjanjian diantara Guru Semasa dengan Bakal Guru

Penyerahan Mandat Guru daripada Panglima Tok Rashid kpd Allahyarham Encik Yahya Bin Said berlaku dalam situasi empat (04) Biji Mata dan perjanjiannya adalah "Jika ada anak cucuku dari Kedah hendak belajar, hendaklah engkau pulangkan kembali". Penyerahan Mandat Guru daripada Allahyarham Encik Yahya Bin Said kepada Al-Marhum Ustaz Hanafi Bin Haji Ahmad juga berlaku dalam situasi yang sama diikuti perjanjian bahawa Encik Yahya Said tidak boleh mengambil anak murid Ustaz Hanafi dan begitulah sebaliknya.

Penyerahan Mandat Guru daripada Al-Marhum Ustaz Haji Hanafi Bin Haji Ahmad kepada Encik Ishak Bin Itam yang berlaku pada bulan Januari 1986 juga berlaku dalam situasi empat (04) Biji Mata dan diikuti perjanjian akan menyerahkan semula silat ini kepada keluarga apabila sampai masa dan akan menjaga ahli keluarga Al-Marhum Ustaz Hanafi yang belum berkahwin. 

Penyerahan Mandat Guru daripada Encik Ishak Bin Itam kepada YM Sheikh Haji Md Radzi Bin Ustaz Haji Hanafi Al-Qadhi berlaku sekitar jam 01.00 petang, pada 19hb Mei 1993, dibilik Al-Marhum Ustaz Haji Hanafi. Penyerahan tersebut berlaku dengan empat (04) Biji Mata disaksikan Allah swt dan diikuti perjanjian bahawa YM Tuan Sheikh akan mula melaksanakan tugasnya sebagai Guru Silat Cekak bermula pada 01hb Jun 1993.

Sehingga ke hari ini, Mandat Guru yang berada pada YM Sheikh Haji Md Radzi tidak pernah diserahkan kepada sesiapapun. Saya mencadangkan kepada Marwi Bin Latiff supaya beliau hadir sendiri bertemu dengan YM Tuan Sheikh untuk mendapatkan Mandat tersebut. Janganlah menipu penuntut yang belajar kerana yang akan menjadi mangsa adalah penuntut-penuntut tersebut. Mereka harapkan Silat Cekak ini boleh digunakan ketika terdesak tetapi malangnya ilmu yang mereka pelajari tidak mendapat keberkatannya dan tidak dapat digunakan ketika diperlukan. Jangan bersikap bacul dan dayus. Kalau takut datang seorang diri, ajaklah beberapa orang untuk mengambil Mandat tersebut. Saya pun boleh temankan Marwi Bin Latiff bila-bila masa diperlukan. 

Sunday, October 24, 2010

Anjing Yang Menyalak Bukit

Disuatu masa, disebuah kampung terdapat sekumpulan Kucing (haiwan kesayangan Rasulullah) dan sekumpulan Anjing (haiwan diharamkan Allah) yang memperjuangkan tentang kebenaran dan hak masing-masing. Si Kucing dengan barisan jawatankuasanya kebanyakkan terdiri daripada golongan belia remaja dan sementara itu pula, kumpulan Si Anjing ini pula terdiri daripada 21 orang AJK tidak termasuk seekor Penaung dan seekor Ketua Eksekutif yang angkuh dan bongkak kononnya merekalah yang hebat. "Kumpulan ini terkenal kerana keluarga kami" kata Ketua Eksekutif Kumpulan Si Anjing tersebut.

Kisah bermula apabila kumpulan Si Kucing ini telah berjaya melaksanakan satu perhimpunan Jom Kucing, yang mengumpulkan sebanyak 10,000 ekor kucing disebuah bukit yang terkenal diseluruh kampung tersebut iaitu Bukit Merdeka. Walaupun pelbagai cabaran dan halangan daripada kumpulan Si Anjing, dengan izin tuhan, kumpulan Si Kucing berjaya juga melaksanakan perhimpunan tersebut dengan cemerlang dan kejayaan kumpulan Si Kucing itu telah berjaya mencatatkan sejarah tersendiri didalam kampung tersebut.

Apabila diketahui oleh kumpulan Si Anjing, apalagi, meroyanlah mereka kerana walaupun pelbagai sabotaj yang dibuat, masih tidak berjaya menghalang perhimpunan yang dirancang kumpulan Si Kucing tersebut. Keluarlah pelbagai tohmahan kononnya anjuran perhimpunan tersebut menggunakan nama kumpulan mereka sedangkan kumpulan Si Kucing tidak berminat menggunakan nama Si Anjing kerana Kucing Tetap Kucing, mana mungkin menjadi Anjing.

Walaupun perhimpunan tersebut telah lama berlalu, kumpulan Si Anjing ini tetap menyalak tanpa rasa malu dan keletihan. Kumpulan Si Kucing tersengeh kehairanan tentang bilakah akan terhentinya salakkan anjing tersebut ibarat meroyannya Si Anjing jantan yang kematian bininya akibat penyakit Selsema Babi. Anjing-anjing tersebut hingga ke hari ini masih terus menyalak dan menyalak. Terkini, dengar ceritanya kumpulan Si Anjing tersebut telah merangka untuk mengadakan himpunan 100 ekor Anjing dalam kempen Pandai Menyalak @ Anjing Haram. Kumpulan Si Kucing hanya tersenyum dan mengucapkan Selamat Maju Jaya dengan penuh keinsafan akan kehebatan yang Maha Esa.

Bicara Injuksi Terhadap YM Tuan Sheikh

Terlebih dahulu saya memohon maaf kerana agak lambat untuk update blog ini. Alhamdulillah, terlebih dahulu saya memanjatkan kesyukuran kehadrat Allah swt kerana dengan izin Nya, telah memberikan kekuatan dan kesihatan yang baik kepada YM Tuan Sheikh (defendan) untuk hadir ke mahkamah bagi memberikan keterangan pada 22/10/2010 (Jumaat) dengan diiringi sekitar 50 orang Pendokong Hakiki yang memberikan sokongan moral kepada beliau. Beliau telah memberikan keterangan selama lebih kurang 1 jam serta menjawab pelbagai soalan yang ditanya oleh peguam daripada kedua belah pihak.

Berhubung perbicaraan tersebut, secara peribadinya saya begitu gembira kerana YM Tuan Sheikh telah berjaya meletakkan kebenaran di mahkamah berkenaan Silat Cekak khususnya perihal berkaitan MANDAT GURU. Beliau dengan tegas mengatakan bahawa sehingga ke hari ini, beliau tidak pernah menyerahkan mandat tersebut kepada sesiapa pun. Beliau juga begitu bijak memberikan hujah dalam mematahkan soalan-soalan yang dikemukakan oleh Tuan Haji Yahya Bin Abdul Rahman (peguam plaintif). Kupasan lanjut berkenaan kes ini akan dirungkai sedikit masa lagi. Secara rumusannya, saya berpandangan samada kes saman ini diterima atau ditolak merupakan hak mahkamah menentukan berdasarkan undang-undang tetapi kebenaran tentang Silat Cekak itu sendiri telah dicatatkan dengan sempurna di dalam nota keterangan mahkamah. Sebuah tempat yang tinggi dalam menjunjung kebenaran dan keadilan. Allahu Akbar!

Thursday, October 21, 2010

Peristiwa Yang Menggelikan Hatiku

Hari ini saya mendapat perkhabaran daripada pihak Malaysia Book Of Record (MYBOR) yang memaklumkan tentang penerimaan surat bantahan yang dihantar secara serahan tangan daripada Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia (PSSCUHM) yang diketuai oleh Tuan Haji Md Nasir Bin Md Arshad untuk mengarahkan pihak MYBOR membatalkan rekod yang telah dicipta pada 10/10/10 dimana rekod tersebut bukanlah dilaksanakan oleh mereka.

Jawapan daripada pihak MYBOR adalah;- rekod tercipta adalah tidak dibuat oleh pihak PSSCUHM tetapi ianya telah berjaya dilakukan oleh persatuan lain yang turut mempunyai nama yang hampir serupa. Terkujatlah 'mamat' tu, tersengih dan terus berlalu...kah..kah..kah. Mungkin mereka ni masih meroyan selepas kematian isteri dan masih belum menemui penggantinya. Apapun kepada mereka ini, fahamilah peribahasa melayu yang berbunyi:-"Daripada Hidup Bercermin Bangkai, Lebih Baik Mati Berkalang Tanah".

Wednesday, October 20, 2010

Berkenaan Saman YM Tuan Sheikh

Untuk makluman semua, Saman Pemula tersebut telah dikemukakan oleh YM Sheikh Haji Md Radzi Bin Ustaz Haji Hanafi Al-Qadhi semenjak tahun 2007 dan ianya telah ditolak oleh Yang Arif Hakim Tuan Mohamad Ariff Bin Md Yusof pada 20hb Oktober 2009 lagi. Hanya Alasan Penghakiman Bertulis baru sahaja selesai diberikan oleh pihak mahkamah dan perkara ini telah dieksplotasikan oleh pihak tertentu seolah-olah pihak mahkamah menolak satu lagi saman yang dikemukakan oleh YM Sheikh Haji Md Radzi tersebut.

Turut dimaklumkan, YM Tuan Sheikh telah memfailkan Notis Rayuan di Mahkamah Rayuan Malaysia pada 06hb November 2009 dan sedang menunggu tarikh pendengaran selepas pemfaillan Alasan Penghakiman Bertulis tersebut. Ini bermakna saman dan kes tersebut belum dilupuskan sepenuhnya oleh mahkamah. Harap dapat penjelasan sebenar dan tidak terkeliru dengan manipulasi pihak tertentu.

Bicara Permohonan Injuksi Terhadap YM Tuan Sheikh

Alhamdulillah, pada 18 & 19hb Okt 2010, 4 saksi pihak defendan (YM Tuan Sheikh) selesai memberikan keterangan. Pada 18hb Okt 2010, Encik Zainul Abidin Bin Ustaz Haji Hanafi memberikan keterangan berkenaan kepincangan yang berlaku dalam JK Penghakiman dan Encik Faizal Romano memberikan keterangan berkenaan Laman Blog Silat Cekak Ustaz Hanafi USJ.

Perbicaraan diteruskan pada 19hb Okt 2010, 2 lagi saksi pihak defendan telah hadir memberikan keterangan iaitu SAYA sendiri dan Encik Mohd Azhar Bin Mohd Ali. Keterangan daripada saya adalah berkisar tentang kepincangan JK Siasatan Dalaman yang ditubuhkan pada 02hb Mei 2006 oleh MMK2006/2009. Keterangan juga berkisarkan tentang Mesyuarat Agung Luar Biasa, PSSCUHM yang telah diadakan pada 28hb Mac 2009. Encik Mohd Azhar Bin Mohd Ali kemudiannya memberikan keterangan berkaitan kepincangan yang berlaku didalam JK Penyiasatan. Keterangan beliau juga turut berkisar mengenai Kelab Silat Cekak Ustaz Hanafi UIAPJ yang mana dibawah seliaan beliau serta Mesyuarat Agung Luar Biasa PSSCUHM.

Perbicaraan akan bersambung pada 22hb Okt 2010 (Jumaat), jam 03.00 pm, di Mahkamah Rayuan Kuasa-kuasa Khas (02), ditingkat 3, Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur. YM Sheikh Haji Md Radzi Bin Ustaz Haji Hanafi Al-Qadhi (defendan) dijangka akan memberikan keterangan. Semua 'Pendokong Hakiki' dijemput hadir bagi memberikan sokongan moral kepada YM Tuan Sheikh kita. Saya turut menyeru agar kita bersama-sama berdoa dan melakukan solat hajat mudah-mudahan Allah memberikan kesihatan yang baik kepada YM Tuan Sheikh kita untuk menghadiri perbicaraan tersebut dan memperkenankan permohonan kita agar kes ini akan berpihak kepada beliau.

Saturday, October 16, 2010

Perbicaraan Kes Injuksi Terhadap YM Tuan Sheikh

Pada 18 dan 19 Oktober 2010 (Isnin dan Selasa) ini akan dibicarakan Saman Injuksi daripada pihak PSSCUHM terhadap YM Sheikh Haji Md Radzi Bin Ustaz Haji Hanafi Al-Qadhi daripada bertindak mewakili persatuan sebagai Presiden / Guru Utama.

Kepada Pendokong Hakiki yang berkelapangan, bolehlah sama menghadiri perbicaraan di Mahkamah Rayuan Kuasa-kuasa Khas 2, yang terletak di Jalan Duta, Kuala Lumpur. Perbicaraan dijangka akan mula dijalankan pada jam 10.00 pagi.

Cubaan Untuk Gagalkan Cabaran 1 Dalam 10,000

Terdapat 3 perkara yang telah dijalankan oleh pihak tertentu untuk mempastikan program Cabaran 1 Dalam 10,000 tidak dapat diadakan:-

1) Pihak ini telah menghantar surat dan dokumen-dokumen kepada pihak PDRM bertujuan menghalang permit dikeluarkan.
2) Pihak ini telah menghantar surat dan dokumen-dokumen kepada pihak KPT bertujuan supaya pihak KPT ini menghalang IPT untuk menyertai program.
3) Pihak ini telah menghantar surat memohon kepada Hakim Mahkamah Tinggi untuk menghalang program diteruskan.

"Mereka merancang, Allah juga merancang. Ketahuilah bahawa perancangan Allah adalah yang terbaik". Alhamdulillah, dengan izin Allah, maka segala yang dirancang telah dapat dijalankan dengan cemerlang. Semoga peristiwa ini memberikan keinsafan kepada kita bersama akan kehebatan kuasa Allah swt.

Thursday, October 14, 2010

Tuduhan Fitnah Terhadap YM Tuan Sheikh

Alhamdulillah, kes yang dijadualkan pada hari ini, jam 02.30 petang, di Mahkamah Majistrate, Ampang telah berjalan dengan sempurna dimana Pegawai Penyiasat yang mengedalikan tuduhan terhadap YM Sheikh Haji Md Radzi Bin Ustaz Haji Hanafi telah memberikan keterangan. Kes akan disambung semula pada 02hb November 2010, jam 08.30 pagi, untuk saksi akhir pendakwa iaitu jurugambar kes. Pada hari tersebut juga pihak pendakwa dan peguambela dijangka akan membuat hujah penggulungan. Saya juga menjangkakan bahawa pada 02hb November 2010, Majistrate yang bertugas akan memberikan keputusan sama ada YM Tuan Sheikh perlu dipanggil untuk membela diri atau dilepaskan serta dibebaskan.

Sama-samalah kita berdoa kehadirat Allah swt, moga-moga kes ini berpihak kepada YM Tuan Sheikh kita. Saya juga menyeru kepada Pendokong Hakiki sekelian untuk bersama hadir beramai-ramai untuk memberikan sokongan moral kepada YM Tuan Sheikh. Saya bagi pihak keluarga Al-Marhum Ustaz Haji Hanafi Bin Haji Ahmad ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada para Pendokong Hakiki sekitar 150 orang yang hadir pada hari ini untuk memberikan sokongan moral kepada YM Tuan Sheikh. Semoga Allah swt akan membalas segala kebaikan tuan/puan. Insya Allah, jumpa pada 02hb Nov 2010 nanti.  

Wednesday, October 13, 2010

Fitnah Terhadap YM Tuan Sheikh

Pada 14/10/2010 (Khamis), jam 02.00pm, tuduhan fitnah terhadap YM Sheikh Haji Md Radzi Bin Ustaz Haji Hanafi akan dibicarakan dihadapan Majistrate, di Mahkamah Ampang (bangunan MPAJ), Pandan Indah, Selangor. Saksi yang akan dipanggil merupakan saksi terakhir pihak pendakwa iaitu seorang pegawai polis penyiasat. Saya menyeru kepada Pendokong Hakiki untuk bersama-sama memberikan sokongan moral kepada YM Tuan Sheikh kita pada perbicaraan tersebut.

Tuesday, October 12, 2010

Tamatnya Suatu Mitos Silat Cekak

Pada 10.10.10, tamatlah satu MITOS yang telah berlegar sekian lama didalam Silat Cekak yang berbunyi:- "Silat Cekak ini naik dan terkenal kerana keluarga Buang". Tahniah, Syabas dan Terima Kasih Pendukung Hakiki sekelian kerana telah berjaya membuktikan bahawa naik dan terkenalnya Silat Cekak Ustaz Hanafi adalah semata-mata KUASA Allah swt.

Pada 10.10.10 juga saya benar-benar menginsafi bahawa kejayaan Jom Silat tersebut semata-mata kerana MAHA BERKUASANYA Allah swt, kerana dari segi hukum AKAL, program tersebut tidak dapat dijalankan oleh kerana gangguan daripada pihak-pihak yang irihati dan hasad dengki yang luar biasa tetapi akhirnya 'Kun Faya Kun' mengatasi segalanya. Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!

Jom Silat 2010: Cabaran 1 Dalam 10,000

Alhamdulillah, sejarah telah tercipta pada 10.10.10 apabila YM Sheikh Haji Md Radzi Bin Ustaz Haji Hanafi Al-Qadhi telah berjaya memimpin 'Silat Event Of The Year' apabila pesilat-pesilat Silat Cekak Ustaz Hanafi telah berjaya mencatatkan rekod didalam 'Malaysia Book Of Record' bagi kategori 'The Largest Participants In Silat Performance' dengan jumlah persembahan silat seramai 7,356 orang. Tahniah, Syabas dan Terima Kasih kepada Pendukung Hakiki Silat Cekak Ustaz Hanafi.

Sasaran seterusnya adalah Buku Rekod Dunia bagi kategori 'The Largest Martial Art Display' seramai 50,000 pesilat Silat Cekak Ustaz Hanafi pada tahun 2015 sempena Sambutan 50 Tahun (Jubli Emas) Silat Cekak Ustaz Hanafi. Ayuh, bulatkan tekad kearah meletakkan Silat Cekak Ustaz Hanafi dipersada dunia dibawah pimpinan Pewaris Agung Silat Cekak Ustaz Hanafi iaitu YM Sheikh Haji Md Radzi Bin Ustaz Haji Hanafi Al-Qadhi.