Sunday, March 13, 2011

Khabar Umrah - Siri 3

Pada hari ini, sekitar jam 08.00 malam (waktu Malaysia), rombongan umrah Silat Cekak Ustaz Hanafi telah bertolak menuju ke Mekah Al-Mukarramah bagi menunaikan Umrah Wajib. Rombongan bermiqat di Bir Ali serta berniat umrah sebelum menuju ke Mekah dengan masa perjalanan dianggarkan selama 5 jam dan jemaah dijangka tiba di Mekah sekitar jam 01.00 pagi (waktu Malaysia). Para jemaah memohon doa kita semua agar dipermudahkan perjalanan dan semua urusan pengerjaan umrah tersebut.

Friday, March 11, 2011

Khabar Umrah - Siri 2

Alhamdulillah, YM Sheikh Radzi Hanafi dan semua jemaah selamat tiba di bumi Madinah Al-Munawarrah sekitar jam 03.00 pagi tadi (waktu Malaysia). Ketika rencana ini ditulis, para jemaah baru sahaja selesai memasuki Raudah dan menziarahi Maqam Rasulullah saw di Masjid Nabawi. Sebentar lagi, sekitar jam 05.30 petang (waktu Malaysia), para jemaah akan menunaikan Solat Jumaat di Masjid Nabawi. Saya turut dimaklumkan bahawa para jemaah dalam keadaan sihat dan YM Sheikh Radzi Hanafi menyampaikan salam kepada semua ahli Silat Cekak Ustaz Hanafi.


Thursday, March 10, 2011

Khabar Umrah - Siri 1

Rombongan Umrah Silat Cekak Ustaz Hanafi Tahun 2011 Bersama YM Sheikh Haji Md Radzi Bin Ustaz Haji Hanafi Al-Qadhi telah selamat berangkat pada petang tadi jam 07.30 Petang dengan menaiki pesawat Emirates Airlines. Seramai 49 orang jemaah telah bersama-sama menunaikan Umrah pada kali ini.

Saya selaku mewakili YM Sheikh Radzi Hanafi dan seluruh jemaah ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada ahli-ahli dan semua yang hadir (sekitar 200 orang) di Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA sebentar tadi untuk turut bersama-sama menghantar rombongan umrah pada kali ini. Semoga para jemaah di permudahkan segala urusan dalam menunaikan umrah, selamat pergi dan balik serta dikurniakan Umrah yang Mabrur. Insya Allah.

Monday, March 7, 2011

Daripada Blogger

Terlebih dahulu saya memohon banyak kemaafan kerana blog ini terhenti buat seketika sebelum ini oleh kerana kesibukkan beberapa perkara. Terima kasih kepada rakan-rakan yang sentiasa memberikan sokongan dan dokongan agar blog ini diteruskan untuk menemui para pembaca demi memberikan update terkini berkaitan YM Sheikh Haji Md Radzi Bin Ustaz Haji Hanafi Al-Qadhi dan Silat Cekak Ustaz Hanafi.

Nantikan update terbaru penulisan diblog ini bila-bila masa daripada sekarang. Insya Allah.


Ikhlas Daripada

Mohamad Amin Bin Zainul Abidin
740829-14-5361
019-2713721