Thursday, April 21, 2011

Tamatnya Sebuah Fitnah

Alhamdulillah, pada tanggal 28hb Mac 2011 yang lalu, pihak Pendakwaraya berkaitan tuduhan daripada Cik Hashimah Bt Asnawi telah membuat keputusan untuk TIDAK meneruskan rayuan berkenaan PENGHAKIMAN yang telah dikeluarkan oleh Mahkamah Majistrate Ampang pada 09hb Disember 2010 yang lalu. Keputusan Pendakwaraya ini telah dinyatakan di Mahkamah Tinggi Shah Alam dan ianya telah dimeterai oleh pihak mahkamah (rujukkan: RJ.41S-370-2010) bertarikh 28hb Mac 2011.

Dengan keputusan pendakwaraya dan mahkamah ini telah MEMBUKTIKAN bahawa segala cakap-cakap dan tuduhan terhadap YM Sheikh Haji Md Radzi Bin Haji Hanafi Al-Qadhi merupakan satu FITNAH dan cakap kosong daripada seorang wanita yang sangat rendah akhlaknya.

Nantikan rencana berkaitan PENGHAKIMAN daripada Puan Majistrate yang telah MELEPASKAN dan MEMBEBASKAN YM Sheikh Haji Md Radzi Bin Haji Hanafi daripada segala tuduhan palsu yang direka-reka oleh Cik Hashimah Bt Asnawi. Jika tuan/puan masih mendengar cerita-cerita ini maka buatlah penyiasatan sendiri maka tuan/puan akan lebih mengenali latar belakang Cik Hashimah Bt Asnawi dan keturunannya.