Setelah Majlis Muafakat Tertinggi (MMT) mengekalkan YM Sheikh Radzi Hanafi sebagai Guru Utama melalui ketetapan mesyuarat MMT pada 03hb September 2006 yang telah dihadiri seramai 18 orang ahli majlis daripada 19 orang ahli, pihak Majlis Mesyuarat Kebangsaan (MMK) 2006/2009 pada 17hb September 2006, telah menolak keputusan MMT tersebut atas alasan TIDAK MENGIKUT PERLEMBAGAAN berdasarkan undian terbuka dijalankan pada sessi mesyuarat tersebut. Tiga ekor BERUK telah meletakkan jawatan didalam MMK iaitu Tuan Haji Beruk Amruddin Bin Haji Buang, Tuan Haji Beruk Amrahi Bin Haji Buang dan Tuan Haji Dato' Beruk Md Nasir Bin Md Arshad (tindakan ini dilakukan untuk menunjukkan bahawa 3 ekor BERUK ini tidak mencampuri keputusan MMK).
Pada 19hb September 2006, Encik Asnawi Bin Ahmad iaitu bapa kepada Cik Norhashimah Bt Asnawi (Pemfitnah 1) telah membuat laporan polis berhubung dakwaan anak beliau berkaitan YM Sheikh Radzi Hanafi. YM Sheikh Radzi Hanafi telah ditahan polis pada 26hb Januari 2007 (malam) dan direman selama 4 hari 3 malam bagi membantu siasatan pihak PDRM daripada IPD Ampang Jaya. Terdapat beberapa orang SAKSI melihat bahawa Tuan Haji Beruk Amrahi Bin Haji Buang begitu bersungguh-sungguh menunjukkan arah kepada pihak polis untuk menahan YM Sheikh Radzi Hanafi dirumah persatuan Kg Dato Keramat pada malam tersebut.
Pihak polis hanya menahan YM Sheikh Radzi Hanafi setelah 4 bulan laporan dibuat, tidak seperti lazimnya, penahanan akan dibuat dalam tempoh 24 jam daripada laporan pengadu. YM Sheikh Radzi Hanafi hanya mula didakwa di Mahkamah Majistrate Ampang pada 17hb Julai 2007 iaitu sekitar 6 bulan daripada tarikh siasatan pihak PDRM. Ini sebenarnya memberikan gambaran awal bahawa tuduhan Cik Hashimah Bt Asnawi ini sebenarnya begitu meragukan akan kebenarannya. Perihal ini DIBUKTIKAN oleh ALLAH SWT, apabila YM Sheikh Radzi Hanafi telah DILEPASKAN dan DIBEBASKAN daripada segala tuduhan oleh Mahkamah Majistrate Ampang pada 09hb Disember 2010 bersamaan 03 Muharam 1432 Hijrah, iaitu pada bulan Islam yang dipenuhi dengan KEMENANGAN KEPADA KEBENARAN.
Berbalik semula kepada perihal persatuan iaitu pada 18hb Mac 2007, pihak MMT sekali lagi telah bersidang berkenaan penolakkan MMK berkaitan keputusan MMT pada 03hb September 2006 yang lalu. Persidangan MMT pada kali ini telah dihadiri oleh seramai 10 orang ahli MMT daripada jumlah sepatutnya 19 orang ahli MMT. Didalam mesyuarat MMT pada kali ini, YTM (Yang Tak Tahu Malu) Marwi Bin Latiff telah dilantik sebagai Guru PSSCUHM mengikut perlembagaan persatuan. Perihal mesyuarat ini akan saya kupas melalui satu rencana khusus berkenaan perkara ini nanti. Mesyuarat ini sangat menggelikan hati apabila tergambar jelas lakonan beberapa ahli MMT ini dalam menentukan YTM Marwi Bin Latiff sebagai GURU DILUAR NIKAH.
Terima kasih Tuan Haji Abu Hamid Bin Na'aman kerana telah bertindak merakamkan segala percakapan mesyuarat dengan jaya dan professional. Sangat gelihati apabila mendengar kembali percakapan YTM Marwi Bin Latiff (Pengerusi) ketika mesyuarat tersebut yang begitu terhegeh-hegeh menantikan beliau dilantik sebagai GURU yang SEE-DICK lagi MU-SHIT oleh Majlis Muafakat Tertinggi (MMT).
Ulasan Saya:-
Keputusan MMT pada 03hb September 2006 yang telah mengekalkan YM Sheikh Radzi Hanafi sebagai Guru Utama telah MEMBUKTIKAN bahawa mereka ini selaku ahli-ahli MMT juga telah TIDAK menurut ketetapan Majlis Muafakat Tertinggi (MMT) yang telah mereka tandatangani dan bersumpah sebelum itu, seperti dakwaan mereka terhadap YM Sheikh Radzi Hanafi.
Jawaban mereka sudah pastilah kerana keputusan MMT tersebut tidak mengikut perlembagaan dan hujahan balas saya, sumpah mereka ini tidak menyatakan samada keputusan ini menurut perlembagaan ataupun tidak. Tambahan pula keputusan MMT untuk mengadakan persidangan kali ke-dua adalah atas arahan MMK 2006/2009 dan ini MEMBUKTIKAN mereka ini telah ENGKAR keputusan MMT pada 03hb September 2006 dan sebaliknya telah TAAT kepada arahan MMK pada 17hb September 2006.
Walau apapun yang dilakukan oleh MMT ini, ianya sekadar memenuhi perlembagaan (undang-undang tubuh persatuan) dimana Guru Hakiki Silat Cekak adalah dilantik melalui MANDAT GURU daripada GURU SEMASA kepada BAKAL GURU yang akan menyambung salahsilah perguruan (Sanad Ilmu) daripada Guru Ke Guru. Bukannya melalui MMT, MMK, LPT, BERUK, BABI dan sebagainya. Jika ini berlaku, ianya adalah satu PEMBOHONGAN yang NYATA. Implikasinya adalah kepada para pelajar Silat Cekak yang PASTI tidak akan mampu menggunakan silat ini apabila terdesak kerana tidak mendapat BERKAT GURU dan BERKAT ILMU tersebut kerana ianya datang daripada GURU PALSU atau GURU DILUAR NIKAH.
Pengumuman:-
Saya memohon maaf kerana kebelakangan ini rencana didalam blog saya jarang dikeluarkan kerana kesibukkan saya dalam beberapa urusan. Walau bagaimanapun, rencana-rencana saya akan terus menemui para pembaca. Insya Allah.
Terima kasih juga kepada para pembaca yang senantiasa memberikan sokongan kepada saya untuk terus menulis dan membongkar perbuatan terkutuk PSSCUHM terhadap YM Sheikh Haji Md Radzi Bin Haji Hanafi Al-Qedahi.
Untuk makluman Para Pendokong Hakiki Silat Cekak Ustaz Hanafi, telah terdapat beberapa orang ahli Silat Cekak Hanafi Masman yang diijazahkan oleh YTM Marwi Bin Latiff telah mendapat petunjuk Allah swt dan melakukan 'Pengijazahan Semula' daripada YM Sheikh Radzi Hanafi. Alhamdulillah.
BERSAMBUNG
TERUSKAN MEMBACA DEMI KEBENARAN