Friday, March 11, 2011

Khabar Umrah - Siri 2

Alhamdulillah, YM Sheikh Radzi Hanafi dan semua jemaah selamat tiba di bumi Madinah Al-Munawarrah sekitar jam 03.00 pagi tadi (waktu Malaysia). Ketika rencana ini ditulis, para jemaah baru sahaja selesai memasuki Raudah dan menziarahi Maqam Rasulullah saw di Masjid Nabawi. Sebentar lagi, sekitar jam 05.30 petang (waktu Malaysia), para jemaah akan menunaikan Solat Jumaat di Masjid Nabawi. Saya turut dimaklumkan bahawa para jemaah dalam keadaan sihat dan YM Sheikh Radzi Hanafi menyampaikan salam kepada semua ahli Silat Cekak Ustaz Hanafi.


6 comments:

  1. Alhamdulillah..moga dikurniakan kesihatan & dipermudahkan urusan untuk beribadah sepanjang umrah.

    Ya Allah..kabulkanlah permohonan kami dengan berkat kekasihMu Muhammad Rasulullah.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah,

    semoga dilindungi dan sentiasa dilimpahi barakah ketika berada di 2 tanah suci buat YM Tuan Guru dan kesemua ahli rombongan umrah.

    Muhammad Shafiq Abdullah

    ReplyDelete
  3. semoga diberi petunjuk seperti kami...
    kesiaan pada yang tersilap langkah ikut Al-Qodi

    ReplyDelete
  4. Kesian... Moga Allah tunjukkan kebenaran dan
    dibukakan matahati
    Moga berOleh Petunjuk ...Amin!

    ReplyDelete
  5. perintah injuksi...apa citer

    ReplyDelete