Wednesday, October 20, 2010

Bicara Permohonan Injuksi Terhadap YM Tuan Sheikh

Alhamdulillah, pada 18 & 19hb Okt 2010, 4 saksi pihak defendan (YM Tuan Sheikh) selesai memberikan keterangan. Pada 18hb Okt 2010, Encik Zainul Abidin Bin Ustaz Haji Hanafi memberikan keterangan berkenaan kepincangan yang berlaku dalam JK Penghakiman dan Encik Faizal Romano memberikan keterangan berkenaan Laman Blog Silat Cekak Ustaz Hanafi USJ.

Perbicaraan diteruskan pada 19hb Okt 2010, 2 lagi saksi pihak defendan telah hadir memberikan keterangan iaitu SAYA sendiri dan Encik Mohd Azhar Bin Mohd Ali. Keterangan daripada saya adalah berkisar tentang kepincangan JK Siasatan Dalaman yang ditubuhkan pada 02hb Mei 2006 oleh MMK2006/2009. Keterangan juga berkisarkan tentang Mesyuarat Agung Luar Biasa, PSSCUHM yang telah diadakan pada 28hb Mac 2009. Encik Mohd Azhar Bin Mohd Ali kemudiannya memberikan keterangan berkaitan kepincangan yang berlaku didalam JK Penyiasatan. Keterangan beliau juga turut berkisar mengenai Kelab Silat Cekak Ustaz Hanafi UIAPJ yang mana dibawah seliaan beliau serta Mesyuarat Agung Luar Biasa PSSCUHM.

Perbicaraan akan bersambung pada 22hb Okt 2010 (Jumaat), jam 03.00 pm, di Mahkamah Rayuan Kuasa-kuasa Khas (02), ditingkat 3, Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur. YM Sheikh Haji Md Radzi Bin Ustaz Haji Hanafi Al-Qadhi (defendan) dijangka akan memberikan keterangan. Semua 'Pendokong Hakiki' dijemput hadir bagi memberikan sokongan moral kepada YM Tuan Sheikh kita. Saya turut menyeru agar kita bersama-sama berdoa dan melakukan solat hajat mudah-mudahan Allah memberikan kesihatan yang baik kepada YM Tuan Sheikh kita untuk menghadiri perbicaraan tersebut dan memperkenankan permohonan kita agar kes ini akan berpihak kepada beliau.

10 comments:

  1. Terima kasih atas maklumat ini,tahniah kepada saudara yang berani bertanggungjawab atas kewujudan blog ini dengan meletakkan nama sebenar.Harap blog ini akan dapat menjelaskan segala kekeliruan berkenaan isu semasa terutama diri saya yang selama ini hanya mendengar sebelah pihak sahaja dan mendapatkan maklumat daripada blog blog yang tidak diketahui siapa penulisnya.Harapan saya agar segala permasalahan dapat diselesaikan.

    -salah sangka-

    ReplyDelete
  2. Encik Faizal Romano memberikan keterangan berkenaan Laman Blog Silat Cekak Ustaz Hanafi USJ.

    -tuan, mohon penjelasan mengenai kenyataan di atas. maaf la saya memang tak tau secara terperinci ttg kes-kes ini. apa masalahnya dgn blog tersebut dan adakah semua kelas-kelas latihan yg mewujudkan blog masing-masing perlu berhati-hati?

    ReplyDelete
  3. Tuan, penjelasan isu ini sangat detail. Saya juga tidak dapat menerangkannya secara terperinci buat ketika ini kerana khuatir ianya mengganggu perbicaraan mahkamah yang sedang dijalankan. Mungkin dilain kali ye tuan. Tentang blog lain yang wujud, tidak perlu sebarang perubahan.

    ReplyDelete
  4. Kepada salah sangka> Tahniah kerana adil dengan diri sendiri yang memberikan peluang untuk mendengar penjelasan kedua-dua belah pihak. Selepas itu, jika tuan/puan telah membuat keputusan dengan memilih pihak yang satu lagi, saya tetap menghormatinya kerana tuan/puan telah bertindak adil. Mudah-mudahan jodoh kita berpanjangan dalam perjuangan ini.

    ReplyDelete
  5. cuba dapat 2 pandangan dr blogs gugat-gugat kekekkeke..berani ke

    ReplyDelete
  6. berita tergempar ..!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    pada 2 Nov 2010, jam 830am, seekor guru harimau belantara yg didapati mencabul atas hadir ke mahkamah...harimau belantara ini khabarnya telah sihat..berkemungkinan akan mencabul lg..

    para pendokong hakiki akan turun semua memberi sokongan moral kepada GURU CABUL KITA..kita akan turun dan buat macam BERUK-BERUK di jalan raya..(polis kata jangan)

    AMIN YANG akan cuba jadi hero di jalan raya..AMIN YANG akan buat macam BERUK - BERUK di jalan raya..(polis kata jangan)

    Perdokong hakiki semua...
    KITA JUMPA, KITA LAWAN, DAN KITA AKAN BUAT MACAM BERUK - BERUK DI JALAN RAYA..(polis kata jangan)

    harimau belantara ckp (sy pantang dicabar)...
    harimau belantara gila kuasa..SEPANJANG MASA..!!!

    - pendokong hakiki mat kodi -

    ReplyDelete
  7. Kepada Pendokong hakiki mat kodi - Adalah lebih baik memiliki wajah yang hodoh dari lidah yang hodoh kerana wajah yang hodoh tidak mungkin boleh menyakiti hati orang lain tetapi lidah yang hodoh boleh mengeluarkan kata kata yang menjijikkan.....

    ReplyDelete
  8. sedare kalau nak mengutuk jangan masuk blog ni p blog gugat ko tu sedare.....diekan seorang yang tak boleh terima realiti cm sedare dkt sini kami semua menyokong sedare mad radzi hanafi sebagai guru utama

    ReplyDelete
  9. kami menyokong sepenuhnya YM HJ md Radzi sebagai guru utama...kalau dah memfitnah orang tu nampak sangat la diri tu dah x betol.Jangan menegakan benang yang basah....MEMFITNAH ITU DOSA BESAR!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete