Thursday, October 14, 2010

Tuduhan Fitnah Terhadap YM Tuan Sheikh

Alhamdulillah, kes yang dijadualkan pada hari ini, jam 02.30 petang, di Mahkamah Majistrate, Ampang telah berjalan dengan sempurna dimana Pegawai Penyiasat yang mengedalikan tuduhan terhadap YM Sheikh Haji Md Radzi Bin Ustaz Haji Hanafi telah memberikan keterangan. Kes akan disambung semula pada 02hb November 2010, jam 08.30 pagi, untuk saksi akhir pendakwa iaitu jurugambar kes. Pada hari tersebut juga pihak pendakwa dan peguambela dijangka akan membuat hujah penggulungan. Saya juga menjangkakan bahawa pada 02hb November 2010, Majistrate yang bertugas akan memberikan keputusan sama ada YM Tuan Sheikh perlu dipanggil untuk membela diri atau dilepaskan serta dibebaskan.

Sama-samalah kita berdoa kehadirat Allah swt, moga-moga kes ini berpihak kepada YM Tuan Sheikh kita. Saya juga menyeru kepada Pendokong Hakiki sekelian untuk bersama hadir beramai-ramai untuk memberikan sokongan moral kepada YM Tuan Sheikh. Saya bagi pihak keluarga Al-Marhum Ustaz Haji Hanafi Bin Haji Ahmad ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada para Pendokong Hakiki sekitar 150 orang yang hadir pada hari ini untuk memberikan sokongan moral kepada YM Tuan Sheikh. Semoga Allah swt akan membalas segala kebaikan tuan/puan. Insya Allah, jumpa pada 02hb Nov 2010 nanti.  

9 comments:

  1. Tahniah,waluapun agak lambat blog ini diwujudkan tetapi sekurang kurang ia dapat memberikan penjelasan kepada isu isu yang berlaku.

    Harap agar empunya blog dapat memberikan penjelasan dengan penulisan yang berhemah dan bertanggungjawab sesuai dengan hubungan tuan sebagai cucu Ustaz Hanafi Hj Ahmad.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas ingatan saudara. Insya Allah, saya akan cuba memberikan penjelasan isu-isu semasa dengan penulisan yang berakhlak.

    ReplyDelete
  3. peristiwa mencabul kehormatan ini berlaku sepertimana pengakuan yang dibuat oleh Mad Radhi. Boleh kah kes ini dikatakan fitnah? Bagaimana nak dikatakan fitnah lagi kalau peristiwa mencabul ini benar-benar berlaku!
    SAPE suruh masuk umah...sape pegang Tuuu.

    peristiwa memegang buah dada ini telah berlaku berdasarkan pengakuan Mad Radhi sendiri dalam cabul.
    guru tu..mengaku dalam siasatan dulu..
    boleh pegang ke TUUU..best tak che mad

    ReplyDelete
  4. Salam..
    Sapa yang pergi dan mendengar sendiri perbicaraan tersebut, maka ketahuilah akan kebenarannya.. semoga kemenangan menyebelahi Tuan Guru.

    ReplyDelete
  5. hahahahahahahahahahahahahaha.....
    blom jatuh hukum dh ade hakim laaa kt sini....
    Np dulu x nk blajar pandai2.....jd hakim.
    Nmpk awk sgt berminat nk jatuh kn hukum.

    ReplyDelete
  6. tu pun hukuman..tapi pengakuan pencabul..kekekkek

    ReplyDelete
  7. ketawalah sepuas hatimu..

    ReplyDelete
  8. berita tergempar ..!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    pada 2 Nov 2010, jam 830am, seekor guru harimau belantara yg didapati mencabul atas hadir ke mahkamah...harimau belantara ini khabarnya telah sihat..berkemungkinan akan mencabul lg..

    para pendokong hakiki akan turun semua memberi sokongan moral kepada GURU CABUL KITA..kita akan turun dan buat macam BERUK-BERUK di jalan raya..(polis kata jangan)

    AMIN YANG akan cuba jadi hero di jalan raya..AMIN YANG akan buat macam BERUK - BERUK di jalan raya..(polis kata jangan)

    Perdokong hakiki semua...
    KITA JUMPA, KITA LAWAN, DAN KITA AKAN BUAT MACAM BERUK - BERUK DI JALAN RAYA..(polis kata jangan)

    harimau belantara ckp (sy pantang dicabar)...
    harimau belantara gila kuasa..SEPANJANG MASA..!!!

    - pendokong hakiki mat kodi -

    ReplyDelete
  9. Kepada Pendokong hakiki mat kodi - Adalah lebih baik memiliki wajah yang hodoh dari lidah yang hodoh kerana wajah yang hodoh tidak mungkin boleh menyakiti hati orang lain tetapi lidah yang hodoh boleh mengeluarkan kata kata yang menjijikan.....

    ReplyDelete