Thursday, October 28, 2010

Badut Di Mahkamah Tinggi - Siri Akhir

Dalam Saman Injuksi terhadap YM Tuan Sheikh (Defendan), beliau telah memberikan keterangannya pada hari JUMAAT (22/10/10), sekitar jam 04.15pm dan berakhir pada 05.15pm. Si Yahya (Badut Loya) begitu bersemangat untuk bertanyakan soalan-soalan yang telah dipendam lama termasuklah duka nestapa 03/09/2006 dahulu apabila pernah dibentak oleh YM Tuan Sheikh:- "Lawyer Bodo!". Sama-sama kita baca dan buat penilaian sendiri samada Si Badut Loya ni Bodo ataupun Kurang Cerdik.

Badut Loya telah bertanyakan kepada YM Tuan Sheikh dengan merujuk kepada cebisan akhbar tentang Jom Silat, Cabaran 1 Dalam 10,000, kononnya YM Tuan Sheikh telah memberikan 'statement' tertentu. Dengan selamba YM Tuan menjawab, tidak beliau tidak berkata sedemikian. Badut Loya terus mengasak kononnya YM Tuan Sheikh ada berkata seperti tercetak didalam surat khabar tersebut. Jawab YM Tuan Sheikh, saya tak cakap. Tanyalah pemberita yang menulis tersebut. Sememangnya, pada 10/10/10, tidak ada sebarang sidang akhbar dibuat mahupun wartawan yang menemuduga YM Tuan Sheikh. Didalam Press Kit juga tidak terdapat 'statement' tersebut. Betul la tu. Kalau nak tahu, tanyalah wartawan tersebut. Nah kau, ambik sebijik!!!!

Badut Loya kemudiannya membuat pengiraan pendapatan sebagai Guru Utama dengan mengambil andaian seramai 3,000 pelajar baru setiap tahun, maka pendapatan YM Tuan Sheikh selama 12 tahun, bermula daripada tahun 1994 - 2006 adalah sebanyak RM1.8 Juta. Macam mana figure ni boleh dapat saya pun tak tahu. Katakanlah betul kiraan Badut Loya ni. Kalau begitu pendapatan YM Tuan Sheikh setahun adalah RM150,000. Maka sebulan adalah RM12,500. Itupun si Badut Loya tak tau dimana pada setiap peringkat Ijazah, terdapat penyusutan pelajar. Peguam YM Tuan Sheikh membantah, mengapa andaian kiraan dibuat sebelum 13/08/2006 kerana ketika itu dari segi undang-undangnya YM Tuan Sheikh adalah Presiden / Guru Utama PSSCUHM. Kena lagi sebijik!!!!

Seterusnya Badut Loya menunjukkan Surat bertarikh 25/08/2010 yang ditandatangani oleh saya kepada YM Tuan Sheikh dan bertanyakan adakah pernah melihat surat tersebut. YM Tuan Sheikh jawab TAK PERNAH. Badut Loya telah mengatakan bagaimana Setiausaha Agung YM Tuan Sheikh buat kerja mcm ni sampai YM Tuan Sheikh tak tau tentang surat tersebut. Jawab YM Tuan Sheikh tanyalah Setiausaha Agung saya. Ambik lagi sebijik!!!!

Saya terkilan kerana Badut Loya tak berkesempatan untuk bertanyakan kepada saya. Jawabannya mudah sahaja. Surat tersebut berkenaan urusan pentadbiran dan tiada 'CC' dibuat kepada Presiden. Takkanlah surat semacam itupun Presiden nak ambik tau. Presiden perlu tahu berhubung perkara dasar persatuan, bukannya seperti Md Nasir Bin Md Arshad yang dibentak YA Hakim kerana sebahagian besar dasar perjalanan persatuan dia tak tau. Itulah namanya Badut Tunggul. Presiden apa mcm tu. Sesiapa yang ada pada hari Md Nasir dibentak lebih jelas bagaimana situasi seorang tua yang dungu terkebil-kebil dikandang saksi.

Secara rumusannya, saya bersetuju dengan kata-kata YM Tuan Sheikh pada Mesyuarat MMT (03/09/2006) dahulu yang membentak Badut Loya dengan perkataan:- "Lawyer Bodo". Kalaulah P.Ramlee ada dalam mesyuarat tu, tentu dia tambah: "Bahlol, Tolol, Sadiwol, Kadiwol, Maniwol" seperti dalam filem Masam-Masam Manis.

6 comments:

  1. hahaha...memang bahlul... terima kasih tuan.saya suka sangat-sangat nukilan tuan. adakah dia ini merupakan peguam persatuan kita dahulu? kalau betul, wat malu betul.hahaha....apa2pun tuan, satu nukilan yang sangat menarik berasaskan fakta.saya yakin pasti akan menyebelahi kita, insyaallah..berkat guru yang kita kasihi, alhamdulillah, nampak sendiri kepincangan setiap individu yang durjana...

    mohd yusuf bin zakaria

    ReplyDelete
  2. hahaha... Lawak gila ayat last sekali yg p.ramlee cakap tu... Adoyai.. Pecah perut!!! Hahaha

    ReplyDelete
  3. Saudaraku Yusuf > Menang atau Kalah dalam kes ini, pada saya isu yang ke-dua. Yang penting, kita dapat melihat dengan jelas individu yang kita harapkan untuk membela kebenaran di MMT. Haram.... Hanya menjadi Pak Turut boleh lar...

    ReplyDelete
  4. Banyak2lah makan buah keduaq si "Bahlol, Tolol, Sadiwol, Kadiwol, Maniwol"

    ReplyDelete
  5. betul lah tuan..saya setuju tu... MMT pada mata diorang apa lah maksudnya kan tuan? tapi yang saya hairankan, mana ketua sebenar diorang tu?tak bagi kursus kat pengikut2 dan penurut perintah dia ke? ke dah semakin hitam dahinya tuan? amruddin tu betul ke dia dengar kursus memperkasakan solat dari armarhum ustaz hanafi? peliknya dahi dia tu....

    mohd yusuf bin zakaria

    ReplyDelete
  6. Nukilan yang amat menarik....

    Terima kasih..

    ReplyDelete