Friday, October 29, 2010

Fitnah Di Mahkamah Ampang - Siri 1

Pada awal Sebutan Kes, mahkamah diberitahu bahawa terdapat 5 orang saksi Pendakwaraya iaitu Encik Asnawi Bin Ahmad (Bapa Pemfitnah), Puan Rohaya Bt Johan (Ibu Pemfitnah), Encik Azman Bin Johan (Bapa Saudara Pemfitnah), Cik Aishah Bt Aziz (Sepupu Pemfitnah) dan Cik Norhashimah Bt Asnawi (Pemfitnah) tidak termasuk 2 orang pegawai polis iaitu Pegawai Penyiasat dan Jurugambar PDRM. Perbicaraan dimulakan dengan memanggil Encik Asnawi Bin Ahmad (Ayah Pemfitnah) untuk memberikan keterangan.

Encik Asnawi pun bercerita seperti mana yang diceritakan oleh anak dan isteri beliau. Encik Asnawi ini juga merupakan individu yang membuat laporan polis pada 19/09/2006 selepas sekitar 6 bulan tuduhan fitnah tersebut berlaku pada 10/03/2006. Apabila ditanya oleh Pendakwaraya, mengapa sekitar 6 bulan selepas kejadian, baru laporan polis dibuat? Encik Asnawi mengatakan dengan suara yang terketar-ketar dan tergagap-gagap bahawa YM Tuan Sheikh ini ramai pengikut, maka risau akan keselamatan mereka. Apa punya alasan daa!!! Cakap je ada orang suruh report sebab sebahagian besar ahli menolak keputusan persatuan terhadap YM Tuan Sheikh.

Encik Asnawi di tanya oleh Peguambela YM Tuan Sheikh tentang pernahkah beliau meminta pertolongan daripada YM Tuan Sheikh untuk mengubati anaknya Cik Norhashimah (Shima) kerana sikap anaknya terhadap lelaki agak keterlaluan. Encik Asnawi mengatakan TIDAK. Ini satu pembohongan yang jelas dimana semasa permohonan pertolongan ini dibuat, saya sendiri mendengarnya. Mengapa perlu menafikan? Bukankah www.cekakhanafi.com mengatakan bahawa BOHONG salah satu sifat orang MUNAFIK? Mungkin ketika itu, laman web tersebut belum mengetahui tentang sifat MUNAFIK ini. Baru jumpa dalam Al-Quran agaknye...

Encik Asnawi turut ditanya oleh Peguambela YM Tuan Sheikh tentang siapakah yang mencadangkan kepada beliau untuk membuat laporan polis? Pada awalnya beliau mengatakan tidak ada sesiapa. Beliau kononnya hanya berbincang dengan isterinya tanpa diketahui oleh orang lain. Sedang Encik Asnawi asyik bercerita, tiba-tiba beliau telah dibentak oleh Peguambela tentang peranan Azman Johan, dan sekali lagi dengan tergagap-gagap Encik Asnawi mengaku bahawa beliau ada memberitahu kepada Azman Johan. Cubaan menipu seterusnya menemui kegagalan.

Apapun, tiada apa yang menarik berkenaan saksi ini kerana ianya lebih kepada 'Hear Say' iaitu mendengar kata-kata isteri dan anaknya sendiri. Selebihnya, dia tak tau apa-apa. Mudah-mudahan kita dikurniakan zuriat yang baik dan bukan Pereka Fitnah. Amin.

36 comments:

  1. Terima kasih Tuan Amin,

    Amat berguna info ini kepada saya & sahabat2 lain. Selama ini kami dengar cerita di atas cerita sahaja.

    Semoga segala urusan Tuan dipermudahkan Oleh YANG MAHA ESA. Selamat Berkarya & bongkarlah satu persatu agar yang BENAR & HAK akan tetap berada di tempat yang sepatutnya & selayaknya!!!

    ReplyDelete
  2. sikap pemfitnah (shima) terhadap lelaki?? Hehehe.. Saya teramatlah mengetahui perangai dia mcm mana :)

    ReplyDelete
  3. sebab apa cik hasyimah(pemfitnah) ingin memfitnah guru mad radzi yea...adakah ada sebab2 yg pemfitnah tak puas hati sgt dgn guru mad radzi hingga sanggup memfitnah guru dan juga sahabat baik bapanya.

    boleh tuan amin jelaskan sb sy agak ketinggalan keretapi sb selalu berulang ke luar negara...so masa agak terbatas utk meneliti kes ni....

    rozario

    ReplyDelete
  4. Salam Tuan Amin.

    Syabas atas perkhabaran ini. Teringin hendak mengetahui apa yang berlaku di mahkamah, tapi tidak kesampaian. Semoga dapat terus melaporkan perihal di mahkamah agar fitnah terhadap YM Tuan Sheikh dapat dijelaskan.

    Semoga dilimpahi rahmat dari Nya.

    Muhammad Shafiq Abdullah
    Melbourne

    ReplyDelete
  5. tuan-tuan percaya 100% fitnah...kes masih berjalan di mahkamah....

    ReplyDelete
  6. Inilah bukti yang jelas perbezaan guru lantikan persatuan dengan guru persilatan yang hak dan batil tidak bersatu. Sayang sungguh guru persatuan yang semakin jauh tersimpang dari laluan. kembalilah kepangkal jalan....

    ReplyDelete
  7. sebelum tu saya rasa masih belum terlewat untuk saya ucapkn selamat pengatin baru untuk saudara tajuddin@tarmizi.semoga Allah sentiasa berkati saudara sekeluarga.tuan, betul ke saya dengar dari kenalan terdekat yang mengatakan si pemfitnah Cik Norhashimah Bt Asnawi ini minat kepada saudara tajuddin masa dahulunya? masa sekolah pun dah banyak tanya bukan-bukan yang tiada kaitan dengan silat, tapi bertanyakan pasal.... sekadar bertanya memandangkan saudara tarmizi@tajuddin yang alami sendiri...erm...dah gatal sgt agaknya...boleh tuan huraikan sedikit atau pun suadara tarmizi@tajuddin yang huraikan?

    mudah2an dengan niat, kita tahu peribadi si pemfitnah ketika mempelajari silat cekak hanafi ni dulu...adakah niat kerana ...ataupun kerana betul2 hendak jaga diri..

    mohd yusuf bin zakaria..

    ReplyDelete
  8. cik hasyimah ni belajar silat ke?
    rasanya ayahnya ahli lama silat dan sahabat baik guru mad radzi.

    ReplyDelete
  9. ayah cik hasyimah en asnawi bukan saja sahabat baik tn sheikh....malah antara sahabat yg paling rapat...

    ReplyDelete
  10. yea ke? biar betul tuan. tak sangka pulak kawan yang makan kawan, wat fitnah bukan2 kat Tuan Guru Md Radzi semata-mata kena cucukan dari orang-orang yang berhati hitam... yang hairannya kenapa ayah dia tu duduk bandar ke perkampungan pedalaman ataupun pulau? wat report kes cabul selepas 6 bulan.... tu sapa2 pun boleh wat cerita kalau gitu..

    Mohd Yusuf bin Zakaria

    ReplyDelete
  11. Tuan/Puan & Saudara/Saudari > Pandangan saya Encik Asnawi bukanlah orang yang memfitnah YM Tuan Sheikh tetapi beliau telah mempercayai sebulatnya fitnah yang dilontarkan anaknya Shima terhadap YM Tuan Sheikh. Kenapa anaknya memfitnah YM Tuan Sheikh? Kena tunggu rencana seterusnya.

    Ramai yang mengatakan bahawa Encik Asnawi salah seorang sahabat yang paling rapat dengan YM Tuan Sheikh. Saya secara peribadi mengatakan tidak kerana beliau merupakan rakan taulan seperti murid yang lain juga. Sepanjang pengetahuan saya, hanya seorang murid YM Tuan Sheikh yang diiktiraf MURID & SAHABAT beliau. Selain drpd itu, hanyalah murid dan rakan. Rumos ini dibuat semata-mata untuk menggambarkan bahawa jahatnya keperibadian YM Tuan Sheikh. Rumos yang beragenda.

    ReplyDelete
  12. Salam.

    Maaf Tuan Amin. Maaf saya budak baru belajar, tapi ingin juga tahu, apa bezanya antara Sahabat dan Rakan sepertimana yang Tuan Amin nyatakan di atas? Maaf bertanya.

    Tak sabara hendak menunggu rencana Tuan Amin seterusnya.

    Muhammad Shafiq Abdullah.

    ReplyDelete
  13. tahniah tuan atas kewujudan blog ini yang menceritakan perkara sebenar yang berlaku..amat membanggakan apabila blog ini dibuka dan tuan mengambil pendekatan berani dan bertanggungjawab dengan tidak menyembunyikan identiti..tahniah sekali lagi...

    Razlan Ab Razak

    ReplyDelete
  14. Saudaraku Shafiq > Sahabat suka dan duka sentiasa bersama. Rakan hanya hadir untuk seketika. Jika kita lihat zaman Rasulullah, hanya beberapa orang sahaja yang diiktiraf SAHABAT, selainnya adalah PENDOKONG. Begitu juga UMAT tidak semestinya PENGIKUT tetapi PENGIKUT sudah pasti UMAT.

    ReplyDelete
  15. tuan, boleh tak saya tahu siapa insan bertuah yang menjadi sahabat dan anak murid YM Guru Utama kita? adakah partner YM yang tinggal di sebelah selatan tanah air kita?

    Mohd Aiman bin Khir Johari

    ReplyDelete
  16. Saudaraku Aiman > Nanti la ye. Mungkin saudara akan mendengarnya sendiri nanti.

    ReplyDelete
  17. Tuan Amin,

    Terima kasih atas penjelasan. Amat bertuah lah bagi mereka yang bergelar sahabat itu. Semoga kita semua menjadi golongan pendokong, bukan sekadar umat. Dengan izin.

    Terima kasih sekali lagi.

    Muhammad Shafiq Abdullah

    ReplyDelete
  18. Semoga kita semua menjadi sebenar-benar PENGIKUT Muhammad saw, bukan sekadar UMAT.

    ReplyDelete
  19. hang ni PEMBOHONG BESAQ amin....hang pun tau kan macam mana rapat asnawi dgn mad radzi....awat nak menafikan pulak.

    budak2 IPT...org2 dari cawangan luar bole la hang nak bohong.tanya la org2 di ibu pejabat...di keramat...memang sahabat sanggup setia bersama sahabat utk mengcover sahabat dan diri sendiri.macam mana dgn sahabat tikam sahabat...

    elok la kamu semua teruskan silat ni dgn pstuan pusaka hampa....

    bila dimintak settlekan kes ni secara tertutup...mad radzi taknak...nak heboh satu malaysia jugak...kalau tak setuju dgn JK penyiasat dulu kenapa md radzi yg bagi kebenaran utk di tubuhkan JK penyiasat dan dia sendiri ambik keputusan berehat dari jawatan presiden.

    ReplyDelete
  20. ish....macam hebat jer dia ni..semua tahu? nama tak letak.kura-kura betul... kalau betul lah tindakan jawatan penyiasat tu, memang mudah keja.tapi bila jatuh hukuman sebelum mahkamah jatuh hukuman, apa benda nya jawatan penyiasat gitu. perasan tak saudara? tak perasan, cuba tgk kenyataan cikgu ramlee dalam majalah seni bela diri. walaupun mahkamah jatuhkan hukuman tidak bersalah, kami tetap akan menyatakan Md radzi bersalah. tu tindakan terbaik ke dari jabatan penyiasatan tu? cawangan dengan ipt boleh fikir, sebab tu menyebelahi Md radzi.

    pasal video tu, kenapa disebarkan sebelum kes ni diselesaikan? hang jawab lah.hang kan tuhan..semua hang tahu.

    aku cabar hang, letak nama lah.berani?

    mohd zubir bin malik.

    ReplyDelete
  21. kenapa lah saudara yang tak dikenali namanya ni tetap nak burukan orang? walaupun saudara tak suka sekalipun, YM Tuan Guru Md Radzi pernah jugak menjadi guru saudara.kenanglah jasa dia walaupun saudara tak suka. byk statement saudara kaitkan dengan ustaz hanafi, tapi kenang lah jasa seorang guru walaupun dia mengajar mengenal ABC mahupun Alif ba ta..saya yakin saudara ni lagi lama be;ajar dari saya.

    untuk makluman saudara, YM Tuan Guru Md Radzi ni, guru kami ni pun manusia biasa. bukannya Rasul, nabi ataupun apa2 seperti yang saudara cakapkan.kalau setiap saat pandang dia seorang guru, susah lah.nama pun manusia biasa..kena jalani kehidupan seperti biasa.bukannya nabi atau pun rasul yang bersifat maksum...

    kadang-kadang kita kena anggap beliau sebagai kawan, kadang2 sebagai abang bagi yang muda darinya, mahupun adik bg yang tua dari dia.kadang2 kena anggap dia rakan,atau ayah untuk bersembang. tak boleh anggapnya sebagai guru 24.kalau keburukan dia yang saudara nampak, maka segala kebaikan dia tentu saudara akan abaikan.tapi ada masa2nya dia seorang guru bila kena masanya...bila masa guru, maka pandanglah beliau sebetul2 guru.

    alangkah baiknya kalau saudara mengucapkan yang baik... melayu tak ada tinggal apa2 dah saudara.tinggal budaya jer di malaysia ni.
    baliklah semula kepada agama, sebab Allah yang kawal kita. apa yang kita buat sebelum, semasa, malah akan dtg pun Dia dah tetapkan. kenapa saudara nak salahkan YM Tuan Guru Md Radzi pulak? tanpa saudara tak sedar, tuan meletakkan salah itu pada Allah, sedangkan Dia penggerak segala2nya..tuan istigfar lah semula..

    kalau kita faham silat cekak, saya yakin masing2 akan memahaminya. silat cekak silat gerak, gerak dalam gerak, makan dalam gerak, tapi siapa empunya gerak? maka penghujungnya adalah Allah..sebab semuanya Dia yang gerakkan sehingga saudara , tuan amin, malah diri saya sendiri untuk menulis ni.

    maaf lah saudara yang kurang senang dengan YM tuan guru Md Radzi, tuan amin, mahupun saudara2 yang tidak gemar dengan penulisan saya ini.maklumlah saya ni masih baru dalam silat cekak hanafi ni.masih tak tahu apa2.

    harap tuan amin mahupun siapa2 boleh perbetulkan mana yang kurang.saya sedia menerimanya dengan hati terbuka sebagai islam.insyaallah.

    Shahriman bin Nordin.

    ReplyDelete
  22. Saudaruku Zubir & Shahriman > Indah sekali bahasa & hujah saudara. Terima kasih byk2.

    Anonymous > Rapat tidak bererti SAHABAT. Saya mantan MMK 2006/2009. Persatuan tidak pernah berhasrat hendak mengadakan perbincangan fitnah ini secara tertutup. Meeting MMK 06/09 ada mencadangkan untuk dibuat tertutup di MMT tetapi persatuan tak bersetuju.

    YM Tuan Sheikh bersetuju JK Siasatan Dalaman ditubuhkan kerana bersangka baik akan niat untuk menyelesaikan fitnah tersebut dengan sempurna, tapi apa jadi bila byk terdapat kepincangan ketika siasatan mula dibuat.

    YM Tuan Sheikh mengambil cuti daripada jawatan Presiden adalah atas nasihat beberapa penjawat jawatan tertinggi & beliau bersangka baik untuk penyelesaian secara sempurna.

    Terperinci tentang kepincangan siasatan akan dikeluarkan rencananya nanti. Sabar ye. Rencana menunggu giliran untuk dikeluarkan.

    ReplyDelete
  23. salam tuan..

    teruskan penulisan tuan..sudah sampai masanya untuk pendokong hakiki menulis dan terus menulis perkara yang sebenarnya..ini kerana selama ini kita diasak dengan penulisan yang jijik, berat sebelah dan terlalu pekat hawa fitnahnya..di pihak yang menyokong Tuan Syeikh,kita sememangnya memerlukan input-input sebegini..dan tuanlah antara orang yang paling layak untuk melaksanakannya..

    Razlan Ab Razak

    ReplyDelete
  24. ye ke Asnawi sahabat rapat Tn Syeikh? tu dia dgn bini dia claimed.. kalu ada kawan2 yg kekadang ikut join Tn Syeikh sembang/minum hingga larut mlm, ade perasan tak yg si nawi ni selalu terlelap atau tersenggoh2 ngantuk masa member2 dok syok sembang. mungkin dimasa yg sesuai kelak Tn Amin boleh tlg prjelaskan sifat sahabat sebenar sahabat tu mcmana.

    ReplyDelete
  25. zaki bukan adik ustazOctober 31, 2010 at 3:59 AM

    Kata Huzaifah," aku mendengar Rasulullah saw, bersabda: "FITNAH membentang sedikit demi sedikit bagaikan tenunan sehelai tikar. Hati yang menerimanya akan mendapat bercak hitam, sedangkan hati yang menolak fitnah itu akan tetap putih cemerlang selama langit dan bumi masih ada. Hati yang telah kena bercak hitam, lama-lama akan menjadi sangat hitam bagaikan belanga tertelungkup. Dia tidak lagi mengenal baik dan buruk, tetapi hanya mengikuti kehendak hawa nafsunya semata-mata."

    ReplyDelete
  26. Anonymous > Saya tidak layak untuk mengupas ciri-ciri terperinci berkaitan SAHABAT. Orang yang tepat adalah YM Tuan Sheikh sendiri.

    ReplyDelete
  27. Tuan Yusuf,

    Maaf lambat reply. Terima kasih banyak2 atas ucapan Selamat Pengantin Baru. Doa2kan agar kekal abadi yer.

    Berkaitan dengan perangai pemfitnah, maaf yer tuan. Saya tak dapat ceritakan di sini. Biarlah ia menjadi sejarah hidup saya :) Kepingin hendak berjumpa dgn tuan. InsyaAllah akan kita ketemu jua yer :)

    ReplyDelete
  28. Encik Asnawi di tanya oleh Peguambela YM Tuan Sheikh tentang pernahkah beliau meminta pertolongan daripada YM Tuan Sheikh untuk mengubati anaknya Cik Norhashimah (Shima) kerana sikap anaknya terhadap lelaki agak keterlaluan. Encik Asnawi mengatakan TIDAK..betul lah tu ayah takkan tak tau anaknya sakit atau tak...sape nak pertikaikan..tapi klu sakit takkan nak minta tolong dgn GURU CABUL..dia pun..berlagak pandai..tak caya try test suruh dia berubat tapi jaga2 takut dia CABUL pulak mangsa..kekekkek

    ReplyDelete
  29. Anonymous > Ini bermakna Asnawi telah berbohong. TK.

    ReplyDelete
  30. sebab..apa shima nak fitnah?..apa yg dia dpt...apa pulak kaitan dengan persatuan..masalah peribadi nie..sape masuk..sape pegang..sape cabul..KLU lah pelacur tepi jalan mungkin..pilih GURU CABUL tuu..nak sedap2..atau amin hitam..tapi klu shima yang waras ..takkan cari GURU CABUL...dan berlaku di umahnya..tentu tempat lain..tapi shima budak yang baik..takkan buat berbuat begitu...semua angkara GURU CABUL

    ReplyDelete
  31. saudara tak bernama, betul ke shima ni budak baik?sekiranya baik.kenapa ada 3 orang budak dalam rumah tu ketika mak ayahnya tak ada? apa yang anak dara buat dalam rumah bersama 3 lelaki.adakah bermain congkak, guli, mahupun dam aji? hahaha..tu yang perlu saudara jawab dulu k.

    kemudian, kenapa nak lari pulak bila YM Tuan guru Md Radzi dtg? sepatutnya kalau diorang tak lakukan apa2, lagi bagus sebenarnya..mungkin diorang lari setelah menang main dam aji kan tuan tak bernama? hahaha...tuan tak bernama, fikir sendiri yea...

    Mohd nordin bin Sulaiman

    ReplyDelete
  32. "shima budak yang baik"??? Hahahaha... Statement paling kelakar setakat ni. Lebih baik saudara Anonymous cakap "Shima selalunya 5 minit awal duduk di atas sejadah menunggu masuk waktu". Yang tu lagi kelakar... Hahahaha...

    ReplyDelete
  33. Tajuddin > Kelakar jugak hang ye. Kalau nak nampak alim lagi, baik bagitau Shima tu selalunya tak bangun-bangun daripada sejadah dan bertelekong. Mesti mati dalam jamban nanti...hahahahhahaha

    ReplyDelete
  34. saya pernah terserempak dgn budak syima tu di 'tiara beach resort'...tak sah lagi!...di mana kes telah berjalan..saya dgn mata sendiri menyaksikan dia (secara sembunyi2)yang berpakaian t-shirt saiz s/m/free saiz dan berseluar pendek paras lutut, begitu teruja bersembang2 dgn budak2 lelaki yg mana ade kena mengena dgn saya(sebelah suami)nampak sgt keletahnya, terheggeh dan tersenggeh2, di waktu yg sama, mak kpd budak2 lelaki tu ade tak jauh dari situ...maka ini menggambarkan ketidak sopanan dan kesusilaan peel si syima tu...(meluat)!!

    ReplyDelete
  35. Anonymous Di Atas > Kalau tengok perangai dia kat mahkamah, lagi meluat. Macam perempuan giler je. Tak caya, tanyalah pada keluarga terdekat YM Tuan Sheikh, yang hanya dibenarkan masuk ketika dia memberikan keterangan. Di Taman Setiawangsa, remaja lelaki yang tak kenal dia, hanyalah remaja lelaki ulat buku sahaja.

    ReplyDelete
  36. Saya tertarik dengan perkataan "Hear Say" seperti yang saudara Amin sebutkan diatas. Disini saya ingin mendengar pula pandangan saudara apabila yang dituduh sendiri yang menceritakan perkara2 yang berlaku dari mulutnya sendiri, apakan ianya boleh diterima atau boleh dikatakan beliau tersasul atau tidak sedar apa yang dicakapkannya.
    Jika ianya boleh diterima maka saya ada jawapannya. Jangan pula kata ianya "Hear Say"

    ReplyDelete