Friday, October 29, 2010

Peguam Yang Bermuka Legam

Saya mula mengenali Peguam Yang Bermuka Legam ini lebih kurang 10 tahun yang lalu. Beliau seorang yang lemah lembut dan gerak langkahnya tersusun rapi. Mesti anak dara Sarawak berkenan walaupun tahu beliau sudah beristeri. Saya juga tidak menyangka bahawa Peguam Bermuka Legam ini begitu rakus dalam mengkapor apa yang boleh dikapor.

Arakian, maka tersebutlah kisah, Peguam Bermuka Legam ini telah membentuk sebuah syarikat guaman bersama dua orang rakan kongsinya. Mulalah mereka berusaha mencari peluang-peluang perniagaan yang bersesuaian dengan profession mereka. Dengan izin Allah swt, mereka telah dilantik sebagai STAKEHOLDER kepada dua buah syarikat konglomorat yang terkenal di Malaysia.

Maka bermulalah sebuah rompakkan tanpa senjata. Peguam Bermuka Legam ini telah dituduh oleh rakan kongsinya bahawa beliau telah mengkapor duit syarikat tersebut. Peguam Bermuka Legam terus mengambil tindakkan dengan membuat Surat Akuan Berkanun yang menafikan tentang tuduhan tersebut tetapi dalam masa yang sama, Peguam Bermuka Legam ini berjanji akan menyelesaikan duit yang telah hilang dan berjanji tidak akan gagal melunaskannya. Berapa jumlah wang yang dituduh di kapor Peguam Bermuka Legam ini?

WORLDWIDE sebanyak RM324,947.50 dan UDA sebanyak RM291,498.90. Ini tidak termasuk wang berjumlah RM50,000.00 yang dikapornya daripada seorang rakan beliau yang membatalkan hasrat untuk menjadi rakan kongsi disyarikat guaman barunya. Jangan dikapornya KELAPA DARA TUA sudahlah....

Dengar khabarnya Lesen Peguam Bermuka Legam ini tidak dapat diperbaharui kerana masalah ini dan dengar khabarnya juga rakan kongsi beliau dalam proses mengambil tindakkan undang-undang terhadap Peguam Bermuka Legam ini. Makin Legamlah jawabnya. Apapun, Peguam Bermuka Legam telahpun kenyang tanpa peduli HALAL atau HARAM. Janji MASYUK... Shaikh dan Rashidi tentu tersenyum sinis membaca rencana ini.
 
Jika tertanya dihati, siapa Peguam Bermuka Legam ini. Tunggu... bagilah suspen sikit. Takkan la perompak awal-awal filem dah kantoi.

22 comments:

  1. dah macam boleh agak dah saper...hehee...menarik ni tuan...takper2, saya taknak salah teka..saya akan tunggu lagi nukilan tuan yg penuh informasi ni...

    mohd yusuf bin zakaria

    ReplyDelete
  2. dey tamby....hang ni sembang besaq la...
    hutang orang bila nak bayar bro...

    ReplyDelete
  3. nak bayar apanya, nama tak letak..letak nama baru tahu nak bayar kat sapa...hahaha.... letak lah nama cepat wei...

    mohd zubir bin malik.

    ReplyDelete
  4. salam,Tahniah kepada Abg Amin kerana telah menjelaskan sedikit sebanyak tentang hal yang sebenar-benarnya.. Ini turut membantu dalam perjuangan Guru Utama kita YM Sheikh Haji Md Radzi Bin Ustaz Haji Hanafi Al-Qadhi dalam menegakkan kebenaran.. Kami anak2 cekak daripada sabah akan sentiasa menyokong Guru Utama YM Sheikh Haji Md Radzi dan perjuangan yang di bawa oleh GU walaupun di mana jua!! Amin..

    ReplyDelete
  5. Saya dapati Peguam Bermuka Legam telah mula masuk memberikan komen di blog saya ini. Selamat Datang tuan. Jangan risau, saya belum mahu mendedahkan secara tepat identiti tuan. Tunggu masa sahaja.

    Apapun, skrg tuan boleh bersedia dengan writ saman terhadap saya sekiranya apa yang saya bongkar berkenaan perkara ini tidak benar. Jangan malu-malu tuan. Jika tiada staff nak hantar surat saman tu, silalah telefon saya. Saya akan ambil sendiri dipejabat tuan.

    ReplyDelete
  6. worldwide pun dier kelentong k?
    pak cik saya one of head department kat sana
    kalo bab duit yang haram leh jadi halal..
    teruk2

    ReplyDelete
  7. Aku yakin kenal dengan orang yang dimaksudkan. Dia ni kalau tak silap aku salah sorang AJK Penghakiman kan Tuan Amin? Dia pun tak betul. Pecah Amanah. Nak siasat org konon? Pegi minum todi la woiii

    ReplyDelete
  8. emm...adkh aku juga kenal akan si legam itu????? ya rasanya aku kenal.

    ReplyDelete
  9. 'Jika tiada staff nak hantar surat saman tu, silalah telefon saya. Saya akan ambil sendiri dipejabat tuan'...

    hahahaha...best tuan..cukup sinis..bukan setakat muka,hati pun lebam...

    Razlan Ab Razak

    ReplyDelete
  10. ada gak yg saje lebamkan dahi agar nampak mcm org alim..bior org caye tp lawyer ni lak muke sume lebam..err err rasenya den pun kenal dia nie

    ReplyDelete
  11. woi amin...mana hang tau lawyer muka legam dah masuk sini...

    ReplyDelete
  12. aik...terasa nampak...hahaha... kadang2 kita selalu dengar orang tua-tua pesan, jgn cepat melatah bila di tanya..

    "sapa kentut ni hah? maka bila tiba-tiba menjawab saya tak kentut, saya tak kentut..bukan saya.."

    nampak sgt lah dia yang kentut yea tak?hahaha....

    ok tak tuan amin citer saya?hehe....

    Mohd Nordin bin Sulaiman

    ReplyDelete
  13. Saudaraku Nordin > Rasanya cerita kentut yang TERBAEEKKK pernah saya dengar...hahahahah

    ReplyDelete
  14. hahaha..saya pun nak tiru macam tuan jugak...

    Mohd Nordin bin Sulaiman

    ReplyDelete
  15. jgn lupa itu sekandel liar ehhh silap loyer legam tuuuu.... Awek sabahan bah... tiba2 teringat filem Maria Mariana karya DYH tuuu... lakonan jiana ngn era pajira mehhh....
    jgn lari bah mau kasik tanggung jawab bah... ker takut chegu sekolah tau bah????? heheheheh "liar" jawab "liar"... lu punya lannnn Ch*w byk kawaq ooo... bahaya ooo....

    ReplyDelete
  16. saya amatlah sedih bila orang yang dok kempen buat team building "kita akan berdiri teguh bersama GURU kita YM MD RADHI HJ HANAFI" tapi menjadi pengkianat kepada gurunya sendiri... Semoga Allah memberi hidayah kepadanya.....Amin

    MZ...

    ReplyDelete
  17. saya amatlah sedih bila orang yang dok kempen buat team building "kita akan berdiri teguh bersama GURU CABUL YANG TAK BERMARUAH: YM MD RADHI HJ HANAFI" tapi menjadi pengkianat kepada PERJUANGAN KEPADA ARUAH USTAZ ... Semoga Allah memberi hidayah kepada kami untuk bertaubat.....Amin

    ReplyDelete
  18. saya pulak sebaliknya...

    Saya amat bersyukur ketemu seorang GURU yang amat bermaruah. Beliau sekarang meneruskan perjuangan Almarhum Ayahandanya yg amat dikasihi..

    HIDUP SCH...HIDUP YM TUAN GURU..HIDUP BONDA MAIMUNAH YG BERJASA..HIDUP KAMI ANAK2 MURID.

    ReplyDelete
  19. Saya tgk muka Amin pon legam juga...

    Syeikh Amzar Syariff. (The real Syeikh dari Arab)

    ReplyDelete
  20. Syeikh Amzar > Saya sangat bersetuju. Saya memang legam. Kejadian yang MAHA ESA. La, tak tau jugak? Belajar lagi ye.

    ReplyDelete
  21. saudara Amin saya dapati blog saudara ini banyak menghentam dan mengaibkab org lain. Perlu diingat apabila kita selalu mengaibkan orang lain pasti lambat laun aib kita juga akan diketahui orang. Jangan saudara ingat ahli2 lain tidak tahu apa yang berlaku dalam puak2 saudara, kalau nak cerita bab kapor mengkapor saya rasa saudara dan puak2 saudara juga banyak mengkapor. Umpamanya projek2 yang saudara dan puak2 saudara dapat tidak pernah disiapkan setelah duit dapat. Apakah ini tidak termasuk dalam kategori mengkapor. Ada banyak lagi dan saya rasa tak payahlah saya menceritakannya disini sebab saya bukannya golongan yang suka mengaibkan orang lain. Sebabnya golongan penulis seperti ini saya anggapkan sebagai penulis pacisan atau lebih tepat lagi sebagai penulis bangsat.

    ReplyDelete