Saturday, December 11, 2010

Abu Jahal Di Kuala Lumpur

Sedikit terusik perasaan saya dengan perasaan gelihati dan geligeleman apabila saya membaca satu kenyataan disebuah blog yang kelam kabut menjawab berhubung keputusan Mahkamah Majistrate, Ampang berkenaan PERLEPASAN dan PEMBEBASAN YM Sheikh Haji Md Radzi Bin Ustaz Haji Hanafi Al-Qedahi atas fitnah oleh Cik Hashimah Bt Asnawi, berhubung tuduhan mengikut Seksyen 354, Kanun Keseksaan.

Oleh kerana perasaan kelam kabut tadi, maka si Penulis blog pun menulis pelbagai alasan untuk menolak penerimaan keputusan tersebut (dlm masa yang sama kononnya mengakui menerima keputusan majistrate dengan berlapang dada). Di antara alasan Penulis blog tersebut, kononnya keputusan hakim menggugurkan dakwaan tersebut adalah kerana alasan teknikal.

Saya yakin kehadiran kira-kira 300 orang para Pendokong Hakiki di mahkamah pada hari keputusan dibacakan dapat menjadi SAKSI dengan jelas alasan penghakiman yang telah diberikan oleh Majistrate (mohon maaf kerana Alasan Penghakiman tersebut hanya akan diterbitkan pada masa yang tepat dan sesuai).

Saya sendiri merupakan antara orang yang paling layak membicarakan perihal perbicaraan ini kerana saya telah hadir ke semua hari perbicaraan selama hampir 4 tahun perjalanannya. Syukurlah, saya juga dapat menghadiri hari keputusan perbicaraan ini walaupun pada asalnya berkemungkinan saya perlu berada ditempat lain. Secara umumnya, Alasan Penghakiman daripada Majistrate, tidak ada satu ayat pun yang menunjukkan bahawa berlakunya kesilapan teknikal daripada Pendakwaraya. Pada pandangan saya, Pendakwaraya telah melaksanakan tugasnya dengan sempurna.

Yang lebih menggelikan hati saya, entah daripada manalah si Penulis blog ini mendapat maklumat tersebut kerana tidak ada 'seekor' pun dikalangan Puak Pengkhianat yang berada didalam mahkamah. Yang saya lihat hanya 2-3 ekor ANJING LIAR diluar mahkamah (tak tau la pulak saya jika ada yang bertukar menjadi SEBENAR ANJING). Saya sendiri pun bingung memikirkan kaedah mereka mencari kebenaran! Yang kelakarnya, si Penulis blog tersebut MENYALAK seperti mengetahui dengan tepat dan benar apa yang berlaku di mahkamah.

Jika si Penulis blog tersebut mendapat maklumat daripada ahli keluarga Cik Hashimah Bt Asnawi, maka ini bermakna si Penulis blog telah MENDENGAR daripada sumber ke-3 selepas Majistrate, Pendakwaraya dan Ahli Keluarga Cik Hashimah. Ini juga dapat menggambarkan bahawa segala maklumat yang dipaparkan di blog beliau adalah maklumat yang hanya didengar daripada mulut ke mulut daripada berbagai-bagai lapisan sumber yang sangat diragui kebenarannya, maka kerana itulah si Penulis blog sangat BACUL untuk memperagakan dirinya secara telus serta bertanggungjawab diatas setiap penulisannya.

Apabila berseorangan memikirkan perkara ini, maka diberikan jawaban oleh Allah SWT melalui Sejarah Nabi Muhammad SAW. Abu Jahal telah meminta Nabi Muhammad SAW menunjukkan bukti-bukti kebenaran bahawa beliau seorang Rasul. Nabi Muhammad SAW telah menunjukkan pelbagai Mukjizat tetapi Abu Jahal tetap mengatakan bahawa ianya SIHIR dan Nabi Muhammad seorang TUKANG SIHIR. Bukankah sikap Abu Jahal ini selari dengan si Penulis blog...!!!

Benarlah! Allah Maha Adil. Allah mewafatkan Anbiya', maka digantikan dengan Warisatul Anbiya'. Allah mematikan ABU JAHAL, maka digantikan juga dengan 'ABU JAHAL CELIK IT' untuk memudahkannya menyebarkan fitnah dizaman moden ini. Apabila dimatikan 'ABU JAHAL CELIK IT' ini, saya berkeyakinan keturunannya akan melahirkan 'ABU JAHAL FUTURISTIK' dan akan sentiasa mengGUGAT kebenaran dimukabumi ini sehinggalah ke Hari Kiamat.

Jika ditanya orang;
"Benarkah Abu Jahal masih wujud?"

Jawablah dengan fikiran yang waras, lidah yang fasih dan hati yang yakin;
"ABU JAHAL DI KUALA LUMPUR...!!!"

BERSAMBUNG
TERUSKAN MEMBACA DEMI KEBENARAN

26 comments:

  1. hihi...kalo ditny masih hidup abu jahal jwblah ya abu jahal di kuala lumpur...jika ditny ape pekerjaannya jwblah dia menyebar fitnah dlm internet...hihi...sori tuan melawak jap pagi2 ni...hihi...

    Hilmi-shah alam-

    ReplyDelete
  2. wahh..Penulisan yang cukup menarik menarik.. ABU JAHAL DI KUALA LUMPUR!!! boleh buat lirik lagu nih... hahaha :P

    -Hanafi Alias-

    ReplyDelete
  3. kepada puak abu jahal di kuala lumpur dan juga puak pandai silat + joe marui + nasir+ amrudin+ anak buang + Cik Hashimah Bt Asnawi dan keluarga beliau bertaubat la kepada Allah S.W.T. terimalah keputusan mahkamah tu... jgn wt fitnah lagi nti mati tergantung korang mse nk meninggal... bertaubat lah sebelum terlambat...

    ReplyDelete
  4. Jgn lupe si ABU JAHAL IT DI KUALA LUMPUR ni dok ikut salasilah ilmu ajaran & telunjuk 3 master;
    a. Master Joe siGuru Fantasi Silat Cekak
    Hanafi.
    b. Master Chief Akademi Silat Cekak Fantasi.
    c. Mak & bapak nya (kesian terbabit same)

    Yg terhebat ialah Master Chief Akademi Silat Cekak Fantasi selaku `mastermine' amat pandai bersandiwara....bercucuran meleleh air matanya bila mai dgn bakal Mr Presiden (ketika itu) jumpe Mak Teh, isteri AlMarhum kat rumah utk coba yakinkan bahwa Tuan Syeikh memang real buat onar, mesti diajar, dipecat, dimasukkan lokap @penjara & isteri AlMarhum juga perlu dihukum jk sebelahi anaknya - hak persatuan & tabung amanah dirampas!!!
    Bukan saje kat KL dia bersifat gitu, hatta waktu kat Tanah Suci Mekah pun Master Amruddin masih sanggup berlakon jugak, tanpa malu sergap peluk Mak Teh yg sedang berjalan balik ke hotel dgn pura2 sebak berjuraian air mata nak tunjuk penyesalan konon, macam real!!
    So jk kat Mekah pun bole berlakon, apatah lg xheran jk apa jua tindakan Tuan Syeikh demi pertahankan wibawa imej, hak diri & keluarga Hanafi dari tuduhan Fitnah AlDajal sptmana diminta pengkhianat MMT/MMK samada secara angkat sumpah Qur'an, sumpah Nama Tuhan, hatta keputusan Mahkamah pun depa xterima pakai tetap diputar belitkan..yg penting Hj Md Radzi tonggak keluarga HANAFI mesti dimalukan dijatuhkan dirampas jawatan, seterusnya agar mudah jenama Silat Cekak Hanafi dirampas dan dikuasai.

    Pendukong
    Gombak

    ReplyDelete
  5. Maaf Tuan Amin..
    Nak tumpang iklan jap...
    Ada satu blog yg telah Ter'Gugat' dah xnak post comment.. Itulah sifat BACUL!!!
    Tutup tutup la blog tu wei!!!!
    BACUL!!!

    ReplyDelete
  6. puak2 menjilat ludah sendiri..
    orang perjuangan dia tidak akan menjilat ludah dia balik tau..
    kini mat radi nak menuntut PSSCUHM.. padahal cekak pusaka tu kan dah ada?? buat apa ader cekak pusaka tapi tak pakai... nak juga orang lain punya
    pas tu mengaku PSSCUHM famili mat radi punya..
    apa punya worang??? ada gila ka??? mmg benggong..

    SEORANG PEJUANG TIDAK AKAN MENJILAT BALIK LUDAH DIA SENDIRI..
    TAPI KORANG NAK JILAT, SILA JILATLAH..
    NYATA SEKALI KORANG SEMUA BUKANNYA PEJUANG..

    ReplyDelete
  7. kah kah kah kah kah kah kah....
    abu jahal dimatikan..
    maka digantikan dengan abu jahal celik IT..
    kah kah kah kah kah kah kah....

    kira kesimpulannya :
    "Abu Jahal dah takde,tapi MACAM abu jahal ada.."
    kah kah kah kah kah kah

    -Firdaus MRH-

    ReplyDelete
  8. mereka itu macam ABU JAHAL dan ABU ATAS TUNGGUL ditiup angin terbang tanpa arah cari tempat nak berniaga cerita...

    kaya jugak depa nie...berniaga TELOQ + berniaga cerita...kaya woooooooo...patut la depa buat syarikat...

    -ashraf hadi-
    -suka makan teluq ayam xsuka teloq orang-

    ReplyDelete
  9. haha..lihatlah mereka ppuak AGUNDI..betapa BUSUK HATINYA mereka..sblum 9/12/10 dorang sepuas-puasnya menggelar YM TN SHEIKH MD RADZI sebagai pencabul..kini..bila modal tu dah xle pakai..gune plak modal jilat ludah la..nak amek balik persatuan la..macam2 lagi..mmg dasar pembelit!

    mereka dh takut bila apa yang MEREKA RAMPAS akan DIAMBIL SEMULA OLEH YG HAK..mmg jelas mereka TERBUKTI mereka nak menjadikan PSSCUHM sebagai 'alat' nk wat duit..ni la kePANDAIan SILAT yg diterap..

    Izuddin

    ReplyDelete
  10. Ha ha ha!
    Sebelum ini mereka begitu yakin yg tn sheikh akan didapati bersalah dan dimasukkan ke penjara. Siap cakap kepada anak murid GURU kita, kalau kasih sangat ikutlah sekali masuk penjara .

    Sekarang apa sudah jadi. Tuhan beri mereka menang satu persatu kes persatauan walaupun sebenarnya belum habis lagi. Begitu yakinnya mereka. Katanya tuhan berserta mereka.Sungguh gah kokok mereka

    Tapi sungguh tidak disangka akhirnya kemenangan berpihak kepada guru kita. Kemenangan yang menjadi punca semua masalah dalam persatuan. Mana nak letak muka . Apa alasan yang nak diberi. Apa pula temberang mereka kepada pengikut mereka yg tak menggunakan akal itu.

    Tuhan beri kemenangan sementara kepada mereaka supaya mereka hanyut dan membuat kesalahan dengan sebanyak2nya. Dosa yang dipikul pun sudah berkoyan-koyan. 4 tahun ikut ukuran masa sekarang boleh dianggap cukup lama

    Kini tiba saat mereka menerima akibat dari perbuatan mereka.Mereka kena bayar balik harga perbuatan selama 4 tahun itu.Banyak kerosakan yg mereka lakukan. Memecah belahkan ahli silat cekak hanafi dgn cerita bohong mereka. Yang sangat keji memutuskan hubungan GURU dgn MURID. Menyekat penyebaran ilmu dikalagan murid. Mengkhianati perjuangan ustaz. Menipu masyarakat.Membawa fahaman baru dalam persilatan berdasarkan akal fikiran mereka.

    TUNGGULAH saat kehancuran akan tiba. Ibarat boa takraw yg ditimang setinggi2nya. Menunggu LIBASAN sang pelibas ternama. Allahu akbar! Allahu akbar! Alahu akhbar!.

    KLS serdang

    ReplyDelete
  11. Tuan Amin yg Budiman,

    hehe..

    abu jahal..sudah tiada bah !!

    yang tinggal adalah abu jahal jadi-jadian..

    di Kuala Lumpur pulak tu !!! :)

    semoga yg baik2 utk kita semua ya Tuan Amin.

    Insya Allah

    ReplyDelete
  12. abg syeikh said...

    puak2 menjilat ludah sendiri..
    orang perjuangan dia tidak akan menjilat ludah dia balik tau..
    kini mat radi nak menuntut PSSCUHM.. padahal cekak pusaka tu kan dah ada?? buat apa ader cekak pusaka tapi tak pakai... nak juga orang lain punya
    pas tu mengaku PSSCUHM famili mat radi punya..
    apa punya worang??? ada gila ka??? mmg benggong..

    SEORANG PEJUANG TIDAK AKAN MENJILAT BALIK LUDAH DIA SENDIRI..
    TAPI KORANG NAK JILAT, SILA JILATLAH..
    NYATA SEKALI KORANG SEMUA BUKANNYA PEJUANG..
    December 11, 2010 3:25 PM

    Komen: Awak ni sama orangnya dgn bukti sesumpah.

    Dah kepanasan punggung ke. Takut dengan diri sendiri pula tu. Dah tak tahu nak pergi mana bila Ym Md Radzi nak ambil PSSCUHM.

    Sedarlah dulu kesalahan kamu setelah menerima pembohongan master2 bohong kamu tu.Kamulah sebenarnya pengkianat persatuan dan masyarakat.

    Kami pendokong Hakiki memang nak PSSCUHM ditakbir oleh Guru yang Hak iaitu Ym. Md Radzi bin Hj Hanafi. Bukan keturunan buang.Bukan guru dilantik.

    Ym.Hj Md Radzi b. Hj Hanafi menerima mandat yang sah daripada Guru sebelumnya.

    MI

    ReplyDelete
  13. Sebahagian petikan dari Gugat.blogspot.com:

    Bila kejadian sumbang ini berlaku pada 10 Mac 2006, seorang ahli keluarga mangsa dan ahli serta tenaga pengajar telah mengadu kepada MMK 2006-2009 PSSCUHM. Persatuan terpaksa mengambil tindakan atas aduan-aduan ini.

    Komen : Di atas jelas menunjukka gugat menipu. Tulis tahun pun tak betul. Nak menipu pun akhirnya menipu diri sendiri.

    MI

    ReplyDelete
  14. Petikan dari Gugat.blogspot.com :

    Jadi semua ini adalah pilihan keluarga. Risiko diambil dan keputusannya adalah 50:50

    Akhirnya pihak polis dan pihak pendakwa raya telah mendakwa MRH dimahkamah atas kes jenayah cabul.

    Itu sebab dikatakan kes ini bukan kes antara persatuan dengan MRH tetapi diantara keluarga mangsa dengan MRH. Keputusan kes ini tidak terkesan kepada persatuan.

    Juga tidak timbul persoalan persatuan mengabaikan keluarga mangsa sekarang. Keluarga mangsa terpaksa menerima keputusan ini dan pihak pendakwa mungkin akan merayu.

    Waulahulam
    Posted by gugat at 3:43 PM


    Komen: Petikan di atas mrnunjukkan kerja jahat Am....buang. Menganiaya keluarga Asnawi,ahli2 persatuan,ahli2 silat ini dan masyarakat.

    MI

    ReplyDelete
  15. salam tuan amin..

    hahahahahahaha..abu jahal di kuala lumpur eh...best2..boleh buat tajuk dokumentari.. ;)

    Razlan Ab Razak

    ReplyDelete
  16. assalamualaikum tuan amin..

    bagus2...suka saya baca..hua3..geli perut ketawa ni...

    ReplyDelete
  17. Lagunya macam nie ...

    "Abu JahaL di Kuala Lumpur, dosa & pahala bercampur, tapi dia perlu hiduP, dia perlu terus hidup, jeng jeng jeng jeng jeng ..."

    ReplyDelete
  18. Tulah! Dulu kita org dah cakap siasatan dalaman tu satu penipuan satu kospirasi. Sekarang kau orang yg akan terpaksa telan balik kata2 tu. Kita orang kemukakan bukti dulu tak mau dengar.Ni dah terlajak sedalam2nya.Tapi kalau kita Pejuang sejati kita akan terima kenyataan.Baru anak jantan. Baru kata pejuang sejati

    GURU kita orang taklah seteruk yang kau orang war-warkan. Beliau rela terima kau orang semula. Tapi katanya duduk jauh2lah.

    KLS serdang

    ReplyDelete
  19. Belajar byk dr sejarah2 terdahulu...
    Kenapa la diorang ni x prasan dengan kejahatan yg diorang lakukan dan tetap meneruskan perjuangan yg terpesong 2... x sedar langsung ke diorang ni buat keje salah...

    p/s: nanti nak cari jgak la si Abu Jahal 2 kt KL..hahaha..

    ReplyDelete
  20. Steady, steady ahli cekak. Jaga cepat melatah

    ReplyDelete
  21. Tn. Amin,

    Minta maaf ambil sedikit petikan dari blok gugat masuk ke sini tanpa kebenaran.

    Nak tanya sikit, ada tak bau apa2 bila petikan tu dimasukkan?

    Minta maaflah kalau ada bau tahi,kencing dan ba...b. Gugat memang suka kencing dan buang2 tah....

    Almahlumlah semua kat sebelah sana dah kena kencing gugat.

    Maaflah terbawa benda busuk(GUGAT) ke sini

    MI

    ReplyDelete
  22. salam a.amin..
    senario depa la nie:
    ada yang duk cuci tangan, ada yang duk panas punggung, ada yang duk pening lalat, ada yang duk cari jalan nak lepaskan diri...

    ReplyDelete
  23. GUGAT dah syok sendiri. Tulis xnak kasi komen. Bangang! Tgk Amin gentle je xde nak blok komen.
    ITULAH SIFAT BERANI KERANA BENAR.

    ReplyDelete
  24. tu r...komen yg ok pun xnk approve...dh 2hari tggu komen yg sy post kat blog die tp xkua2 jgk...nk wt cmne...biakan la die...

    Hilmi-shah alam-
    0139152355/0139282721

    ReplyDelete
  25. Pendokong Hakiki,

    Pada pandangan saya, blog GUGAT tak kasi komen sebab tak mahu org pertikaikan dakwaannya untuk TUTUP blog tersebut.

    Pandangan saya, sebenarnya GUGAT terlalu yakin bahawa YM akan dipanggil MEMBELA DIRI. Jika itu yang berlaku, maka nescaya GUGAT dah tutup blog tersebut kerana itulah jika kita analisa blognya ketika menghampiri keputusan Mahkamah Majistrate Ampang, telah menunjukkan tanda-tanda pengakhiran.

    Malangnya, keputusan tidak seperti NAFSUNYA maka terpaksalah beliau meneruskan FITNAHNYA demi membenarkan dakwaannya terdahulu. Maka digunakanlah alasan kononnya byk terima makian dan pelbagai alasan lain demi menyekat komen-komen yang mempertikaikan hasrat penutupan blognya.

    Akai GUGAT dalam POKET saya je...hehehehe.....

    ReplyDelete
  26. ayat yang last tu mmg terbaikk!!!

    sebagai seorang yg menyukai lawak seperti saya nih..bleh dikatakan ayat ini sebagai ayat sentap...

    kepada GUGAT..

    sentap hati mak nak...hakHakKhahKahakK!!

    ReplyDelete