Wednesday, December 15, 2010

Muharram Yang Istimewa

Semalam, SELASA (14hb Disember 2010 / 08 Muharram 1432 Hijrah), saya telah diperingatkan Allah swt berkenaan tazkirah yang pernah disampaikan oleh YM Sheikh Haji Md Radzi Bin Ustaz Haji Hanafi Al-Qedahi berkenaan istimewanya bulan Muharram ini didalam Islam. Rasulullah saw sendiri telah menamakan bulan ini sebagai SYAHRULLAH (BULAN ALLAH) melalui Hadisnya; "Puasa yang paling utama setelah Ramadhan adalah puasa di BULAN ALLAH (iaitu) MUHARRAM. Sedangkan solat yang paling utama setelah solat fardhu adalah solat malam" - Hadis Riwayat Muslim.

Didalam bulan Muharram juga, khususnya pada HARI ASYURA (10 MUHARRAM) terdapat banyak terjadinya peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi PERJUANGAN yang GIGIH dan TABAH untuk menegakkan KEBENARAN dan KEADILAN. Justeru itu, demi memuliakan HARI ASYURA ini, para ulamak berpendapat bahawa diantara kaedahnya ialah kita disunatkan BERPUASA pada HARI ASYURA iaitu pada esok hari KHAMIS (16hb Disember 2010 / 10 Muharram 1432 Hijrah).

Diantara peristiwa kegemilangan hasil daripada PERJUANGAN yang GIGIH dan TABAH untuk menegakkan KEBENARAN dan KEADILAN serta, dimana Allah swt telah memuliakan Nabi-Nabi yang berlaku pada Bulan Muharram khususnya pada 10 Muharram diantaranya adalah seperti berikut:-
  1. Setelah beratus-ratus tahun meminta ampun dan taubat pada Allah, maka pada hari yang bersejarah 10 Muharam inilah, Allah telah menerima taubat Nabi Adam. Ini adalah satu penghormatan kepada Nabi Adam a.s.
  2. Pada 10 Muharam juga, Nabi Idris a.s telah di bawa ke langit, sebagai tanda Allah menaikkan darjat baginda.
  3. Pada 10 Muharam, tarikh berlabuhnya perahu Nabi Nuh a.s kerana banjir yang melanda seluruh alam di mana hanya ada 40 keluarga termasuk manusia binatang sahaja yang terselamat dari banjir tersebut.
  4. Nabi Ibrahim dilahirkan pada 10 Muharam dan diangkat sebagai Khalilullah (kekasih Allah) dan juga hari di mana baginda diselamatkan dari api yang dinyalakan oleh Namrud. Nabi Ibrahim diberi penghormatan dengan Allah memerintahkan kepada api supaya menjadi sejuk dan tidak membakar Nabi Ibrahim. Maka terselamatlah Nabi Ibrahim dari angkara kekejaman Namrud.
  5. Pada 10 Muharam ini juga, Allah mengangkat Nabi Isa ke langit, di mana Allah telah menukarkan Nabi Isa dengan Yahuza. Ini merupakan satu penghormatan kepada Nabi Isa daripada kekejaman kaum Bani Israil.
  6. Allah juga telah menyelamatkan Nabi Musa pada 10 Muharam daripada kekejaman Firaun dengan mengurniakan mukjizat iaitu tongkat yang dapat menjadi ular besar yang memakan semua ular-ular ahli sihir dan menjadikan laut terbelah untuk dilalui oleh tentera Nabi Musa dan terkambus semula apabila dilalui oleh Firaun dan tenteranya. Maka tenggelamlah mereka di Laut Merah. Mukjizat yang dikurniakan Allah kepada Nabi Musa ini merupakan satu penghormatan kepada Nabi Musa a.s
  7. Allah juga telah menenggelamkan Firaun, Haman dan Qarun serta kesemua harta-harta Qarun dalam bumi kerana kezaliman mereka. 10 Muharam, merupakan berakhirnya kekejaman Firaun buat masa itu.
  8. Allah juga telah mengeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan setelah berada selama 40 hari di dalamnya. Allah telah memberikan hukuman secara tidak langsung kepada Nabi Yunus dengan cara ikan Paus menelannya. Dan pada 10 Muharam ini, Allah mengurniakan penghormatan kepada baginda dengan mengampun dan mengeluarkannya dari perut ikan Paus.
  9. Allah juga telah mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman a.s pada 10 Muharam sebagai penghormatan kepada baginda. Dengan itu, mereka berpuasa dan beribadah kepada Allah sebagai tanda kesyukuran kepada Allah swt.
  10. Nabi Yusuf a.s telah dibebaskan dari penjara atas FITNAH yang dilakukan oleh Zulaikha (sebelum menikahi Nabi Yusuf a.s) dan dilaksanakan oleh Futhifar (suami Zulaikha ketika itu).
Pandangan Saya:-

Kemenangan yang dikurniakan Allah swt kepada YM Sheikh Haji Md Radzi Bin Ustaz Haji Hanafi Al-Qedahi MEMBUKTIKAN bahawa perancangan Allah adalah 'Yang Terbaik' dimana tarikh asal Hujah Penggulungan ialah pada 02hb November 2010, tetapi Mahkamah Majistrate telah menangguhkan tarikh Hujah Penggulungan tersebut kepada 15hb November 2010, dimana akhirnya Mahkamah Majistrate telah menetapkan tarikh keputusan kes adalah pada BULAN ALLAH - Bulan Muharram (09hb Disember 2010 / 03 Muharram 1432 Hijrah) iaitu bulan yang dipenuhi peristiwa kemenangan terhadap kebenaran dan keadilan hasil daripada kegigihan dan ketabahan (kesabaran).

Semoga perancangan Allah swt ini telah memperlihatkan kebenaran dan keadilan serta kekuasaan Yang Maha Berkuasa kepada sesiapa yang dikehendaki NYA. Semoga kita juga sentiasa didalam hidayah serta petunjuk daripada Yang Maha Esa. 

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!

Sumber Rujukan:-

1) YM Sheikh Haji Md Radzi Bin Ustaz Haji Hanafi Al-Qadhi 
2) Hebatnya Bulan Islam, Tahun 2010, Mohd Yaakub Mohd Yunus
3) Kisah-kisah Para Nabi & Rasul, Tahun 2008, Abdullah Bin Ahmad Mubarak
4) Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
5) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)

BERSAMBUNG
TERUSKAN MEMBACA DEMI KEBENARAN

25 comments:

  1. Tuan,

    Sekadar menambah, adalah lebih baik berpuasa pada 09 dan 10 Muharram. Jika tidak berpuasa pada 09 Muharram, hendaklah berpuasa pada 11 Muharram.

    Penjelasannya, boleh rujuk perkara ini di laman : http://ulamasunnah.wordpress.com/2009/01/01/keutamaan-puasa-di-hari-asyura-10-muharram/

    atau laman-laman yang berkaitan.

    wAllahu A'lam.

    ReplyDelete
  2. mintak maaf saudara shafiq.... nak tegur jugak... website kat atas tu macam website wahabi la... kena hati - hati nak ambik apa - apa dari situ...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum w.b.t abg Amin..

    Terima kasih atas perkongsian & secara tdk lgsung mengingatkan esok 10 Muharram ^_^

    ~Mai Alias~

    ReplyDelete
  4. amin nape..muka kamu mcm beruk aje...gelap muka hati hitam

    ReplyDelete
  5. Pn anon,,

    orang bercerita tentang keistimewaan bulan muhararam kamu pula sempat mengutuk orang lain? betapa busuknye hati oooiii....

    trima kasih tn amin atas perkongsian ilmu ini..

    ReplyDelete
  6. Allahu Akbar ! Allahu Akbar!! Allahu Akbar!!!

    amat bermakna...terima kasih Tuan Amin

    amin nape..muka kamu mcm beruk aje...gelap muka hati hitam

    December 15,2010 8.30AM

    komen saya : tidak habis2 buat dosa !Mencaci makhluk ciptaan Allah SWT, secara tidak langsung, si puan ni mencaci.....(lu pikir sendiri) Di dalam bulan yg mulia pulak tu.

    ReplyDelete
  7. puak Akademi yg tgh tandus modal keji..mcm tu la...

    depa tgh senyap...susun strategi & cari modal baru utk pecahbelah kan..perpaduan anak-anak murid YM Tuan Guru..

    janganlah kita berpecah belah..atau mudah sgt melenting sesama kita..itu hanya menambah seronok puak Akademi..!!

    ~SN..KK~

    ReplyDelete
  8. Para Pembaca Sekelian,

    Sememangnya benar apa yang disarankan oleh Saudara Syafiq. Adalah lebih baik turut berpuasa pada 09 & 10 Muharram, jika tidak 09 Muharram maka pada 10 & 11 Muharram atau 09, 10 & 11 Muharram. Menurut para Ulamak SUNNI, ke semua ini mempunyai sebab-sebab yang tertentu. Walaubagaimanapun, dengan hanya berpuasa pada 10 Muharram juga kita sudah mendapat KELEBIHAN.

    ReplyDelete
  9. Anonymous,

    Dakwaan:-
    amin nape..muka kamu mcm beruk aje...

    Komen:-
    Sebab tak macam Sang Kancil...ahaks..ahaks..ahaks..

    Dakwaan:-
    gelap muka hati hitam

    Komen:-
    Sebab tak putih...ahaks..ahaks..ahaks..

    ReplyDelete
  10. anon said: amin nape..muka kamu mcm beruk aje...gelap muka hati hitam

    Komen!

    Rendah nya pemikiran ko pn Anon . tak de idea ilmiah sikit ke? , macam budak2. Macam lah bagus .Jangan jadi "kata dulang paku serepih"

    KLS serdang

    ReplyDelete
  11. lawak giler ler jawapan abang, penat adik gelak ahahha...

    ReplyDelete
  12. Adindaku,

    lawak giler ler jawapan abang, penat adik gelak ahahha...

    Komen:-
    Soalan 'lawak' wajar dijawab dengan 'lawak' jugak...hehehehe...

    ReplyDelete
  13. Alhamdu lillah...

    Semuanya jelas lagi terang dengan kemenangan ni adalah satu tanda kemenangan sebenar2 kemenangan di atas yg HAK...

    Atas KESABARAN Tuan Syiekh hampir 5 tahun membuktikan KEBENARAN pasti menundukkan yg BATIL..

    Semua Peristiwa seperti yg diberitahu oleh Tuan Amin adalah benar..

    Maka sama2lah kita sebagai PENGIKUT yg setia Mengambil pengajaran dan belajar pd sejarah2 para2 Anbia'..

    Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!
    Sesungguhnya perancangan Allah adalah yg " PALING TERBAIK"

    ReplyDelete
  14. Kemenangan Guru kita telah diatur oleh Allah Taala pada bulan MUHARRAM juga..
    iaitu suatu bulan di mana Para-Para Anbia dan Para Rasul meraikan kemenangan serta DIANGKAT MARTABATnya lebih tinggi..

    alhamdulillah..
    sungguh bukan calang-calang manusia Guru kita ini apabila beliau juga turut meraih kemenangan di dalam bulan KEMENANGAN PARA ANBIA'...

    -Firdaus MRH-

    ReplyDelete
  15. Selamat Berpuasa Semua :)
    Sesungguhnya Perancangan Allah itu TERHEBAT.
    izuan

    ReplyDelete
  16. Sangat benar kata2 Firdaus MRH
    Alhamdu lillah..syukur tak terhingga kerana ditemukan GURU sebenar GURU ..

    YM Sheikh Haji Md Radzi Bin Ustaz Haji Hanafi Al-Qedahi

    ReplyDelete
  17. muka hitam..tak pe..parahnya hati jugak gelap dan hitam..busuk,byk bohong

    ReplyDelete
  18. Syukur Alhamdu Lillah kerana dilepaskan dr belenggu ketaksuban...

    ReplyDelete
  19. Anonymous,

    Dakwaan:-
    muka hitam..tak pe..parahnya hati jugak gelap dan hitam..busuk,byk bohong

    Komen:-
    Muka putih...tak pe...parahnya hati tidak putih tetapi hitam...busuk, byk fitnah

    Dakwaan:-
    Syukur Alhamdu Lillah kerana dilepaskan dr belenggu ketaksuban...

    Komen:-
    Syukur Alhamdu Lillah kerana dilepaskan dr belenggu ketaksuban dan pemfitnahan....

    ReplyDelete
  20. Anonymous,

    Dakwaan:-
    tu...amin keling

    Komen:-
    Mana....????

    ReplyDelete
  21. keling tak payah komen..nanti dia putaar belit..ada faham..

    ReplyDelete
  22. ko keling ke?? puan anon

    ReplyDelete
  23. “Dan janganlah kamu menyembah apa-apa yang tidak memberi manfaat dan tidak (pula) memberi mudharat kepadamu selain Allah; sebab jika kamu berbuat (yang demikian) itu, maka sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang zalim”...sape guru cabul tu??

    “Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Ia Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”...GURU Cabul tak cenderung tapi nak salahkan saksi serta aibkan saksi pulak nak tutup kesalahannya...NAPE jd mcm tu.

    Demi menjaga kesucian akidah Islam, beberapa perkara perlu diambil perhatian iaitu setiap individu atau kumpulan tidak boleh mendakwa GURU CABUL tuuuu..baik sangat kononnya.

    Tidak boleh mentaati guru atau seseorang pada perkara-perkara yang jelas bercanggah dengan akidah dan syariat Islam.
    Sebarang syarat yang bertentangan dengan akidah, syariah dan akhlak Islam...VOTE GURU CABULLL OUT.

    guru cabul (pAK sYAITAN) yang melakukan perkara-perkara syirik, sama ada melalui perkataan, perbuatan atau iktikad.melakukan MAKSIAT/jenayah dan yang bertentangan dengan moral.Pemecah belah masyarakat.pAK sYAITAN mentafsir ajaran agama Islam mengikut hawa nafsu..BUAS MCM BINATANG (HARIMAU-JAGUH KPG)

    MURID2 YANG NAK BERGURU TU...tidak boleh taat secara membuat tuli kepada guru (TERMASUK guru cabul ). Mereka hendaklah mengikut perintah guru selama tidak bercanggah dengan perintah Allah.

    JANGAN JADI LEMBU ...YANG DITARIK HIDUNGNYA...KKEKEKE

    ReplyDelete
  24. Bila Guru sebenar Guru tidak ada istilah sehingga bercanggah dengan akidah Islam..

    kalau Guru dipilih oleh orang ramai itu YA...

    -HARIMAU SYEIKH RADHI-

    ReplyDelete