Friday, December 3, 2010

Sembang Gebang - Siri 2

Sembang Gebang pada kali ini akan mengupas pula rencana yang melibatkan Encik Mohd Nasir Bin Abdul Rahman (Nasir 'Tomoi') dengan Encik Jamsari (nama bapanya saya terlupa) yang terjadi pada awal tahun 2010. Mereka berdua telah berkenalan lama sebelum Encik Nasir diterima sebagai MURID oleh YM Sheikh Radzi Hanafi. Encik Jamsari ini merupakan seorang Penyelia Silat Cekak Ustaz Hanafi ketika Encik Nasir baru mula mempelajari Silat Cekak Ustaz Hanafi ini.

Apabila berlaku kemelut fitnah terhadap YM Sheikh Radzi Hanafi, maka Encik Jamsari telah memilih untuk bersama SILAT CEKAK HANAFI MASMAN dan Encik Nasir telah memilih SILAT CEKAK USTAZ HANAFI dibawah pimpinan Perwaris Agung Yang Hakiki iaitu YM Sheikh Haji Md Radzi Bin Ustaz Haji Hanafi Al-Qedahi.

Encik Jamsari ini bekerja sebagai seorang CHEF di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur bersama dengan kekanda Encik Mohd Nasir. Oleh kerana telah lama berkenalan, maka mereka sememangnya rapat. Hendak terjadinya cerita, maka pada suatu hari, abang Encik Nasir telah menanyakan tentang hubungan Encik Jamsari dengan adiknya, dan Encik Jamsari telah menyatakan tentang hubungan beliau yang telah renggang dan terputus 'hubungan' dengan adik beliau.

Dalam penceritaan tersebut, Encik Jamsari turut telah menghina dan mencaci YM Sheikh Radzi Hanafi. Encik Jamsari juga turut menyatakan bahawa sekiranya Encik Mohd Nasir ingin TRY dengan beliau, bila-bila masa sahaja beliau akan menerimanya (abang Encik Mohd Nasir ini mengetahui bahawa Encik Jamsari dan adiknya mempelajari Silat Cekak), dan menurut maklumat, Encik Jamsari ini memang seorang yang LANGSI ditempat kerjanya.

Arakian, ketika dua beradik ini sedang berbual, maka terlepaslah perihal cacian dan cabaran Encik Jamsari kepada Encik Nasir. Abang Encik Nasir sangat khuatir apabila hal tersebut diberitahu kepada adiknya kerana beliau sangat maklum sifat adiknya yang BERANI dalam KAHAQ. Dah terlepas cakap, terpaksa lah juga cerita. Encik Nasir kemudiannya meminta nombor telefon bimbit Encik Jamsari kepada abangnya tetapi TIDAK diberikan oleh abang beliau, maka secara senyap-senyap diambil nombor telefon Encik Jamsari tersebut oleh Encik Nasir daripada telefon bimbit abangnya.

Kemudiannya Encik Nasir telah menghubungi Encik Jamsari berkenaan cacian dan cabaran yang telah dibuat oleh Encik Jamsari seperti diceritakan oleh abang beliau. Malangnya, Encik Jamsari telah berdalih daripada menjawab soalan yang telah diutarakan oleh Encik Nasir. Diantara perbualan telefon mereka adalah seperti berikut:-

Nasir > Aku dengaq (dengar) hang (kau) kutuk YM dan ajak aku TRY. Betui ka?
Jamsari > Mana ada Nasir. Kita dah lama tak berbual, takkan nak bual hal macam ni?
Nasir > Habis tu, abang aku muhong (bohong) aku la ni?
Jamsari > Takde la...
Nasir > Memang betui la hang cakap?
Jamsari > Mana ada Nasir...
Nasir > Hang cakap apa ni? Aku tak paham la...!!!
Jamsari > Memang la aku ada cakap... tapi aku melawak je...
Nasir > Hang melawak! Aku serius! La ni aku mau... bila? Kat mana?
Jamsari > Sorry la Nasir....
Nasir > La ni aku nak tanya hang... hang mau ka dak ni?
Jamsari > Tak mau la Nasir.
Nasir > Ok. Tu je aku nak tau...!!!

Begitulah kisahnya perihal Sembang Gebang yang bermaksud bercakap besar yang penuh dengan kepalsuan.

Untuk makluman pembaca sekelian, Encik Jamsari ini juga merupakan seorang rakan rapat Encik Ramli Rawi tetapi bukanlah tahap BALACI. Beliau seorang pakar masak memasak dan PANDIT merebus TELOR. KEPANDITAN beliau merebus TELOR membuatkan saya TERUJA kerana beliau MAMPU merebus TELOR sebanyak 1,000 biji sekali gus tetapi sayangnya, sekarang beliau sudah bersara dalam bidang merebus TELOR. Mungkin beliau sedang menumpukan usaha untuk menjadi PANDIT SILAT.

Tahniah kerana Encik Jamsari dan Encik Ramle Rawi telah berjaya membuktikan bahawa merekalah RAJA PANDIT SILAT (cerdik dan pakar dalam mengelat daripada bersilat). Demikianlah kisahnya....

< AKAN TERBIT MINGGU HADAPAN >

1) Rencana FITNAH DI MAHKAMAH AMPANG - Fakta Hujah Penggulungan
2) Rencana MA'AL HIJRAH - Iktibar Daripada Hijrah Rasulullah SAW
3) Rencana ISLAM DAN FITNAH - Pandangan Islam Tentang Fitnah 

BERSAMBUNG
TERUSKAN MEMBACA DEMI KEBENARAN

25 comments:

  1. Cabaran demi cabaran telah di jawab oleh pihak yang benar, tapi ngapa di sana masih lagi tak nampak .. En. Jamsari dan Encik Ramli Rawi tolong lah belajar silat lain gi belajar gayung ker atau silat olahraga ker lagi bagus .. malulah cakap pengamal silat cekak tapi pengecut takder telur. Cekak Hanafi berdiri tegak tak pernah mengelak kiri dan kanan, agaknya diorang semua belajar mengelak sekarang siap pasang kekuda.. muhaahahahahah itu sebenranya Pandai silat atau pandai ngelat??

    saiful ikram selamat
    016-3061438

    ReplyDelete
  2. wah.. tak tdo lagi abg amin rupanya.

    ReplyDelete
  3. Anonymous,

    wah.. tak tdo lagi abg amin rupanya.

    Komen:-

    Dah tido kejap tadi. Baru bangun. Badan rasa tak berapa sihat. Rasa nak demam tapi teringat tanggungjawab maka bangun juga untuk menceritakan KEBENARAN.

    ReplyDelete
  4. salam..
    alhamduLillah..semua yang menyokong YM TN SHEIKH MD RADZI xpernah gentar SEKIRANYA GURU KAMI DIPERMAINKAN dan tak pernah takut sekiranya silat ni dilekehkan..

    tp mereka yang acap kali mengaku hebat..kenapa x menjadi bila tiba masanya..nilah yg dikatakan KEBERKATAN GURU..

    Izuddin

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum...

    Ini la akibatnya kalau ilmu yg dipelajari kemudiannya GURUnya dikutuk,dihina & dicaci maka ALLAH bg penalti serta merta (kat dunia lg dah dapat), segala ilmu yg tersemat dahulunya didada hilang begitu sahaja...Semuanya nothing is possible...

    ** pengajaran yg kita dapat dari kisah yg Tuan Amin ceritakan diatas adalah setinggi mana kita belajar,sehebat mana pn kita,GURU jgn sesekali dihina...maka akan terputuselah segala ilmu yg telah di ajar oleh GURU tersebut...(dpt habuk je...)inilah dinamakan ilmu yg dpt tp xberkat...berdosa ngan ALLAH,kita leh minta taubat nasuha drNYA maka akan diampunkn dosa tersebut dgn izinNYA...tp dosa ngan manusia,selg xdminta maaf & dimaafkan maka akn berkekaln dosa tersebut hingga ke hari perhitungan...Fikir2kan..


    shahrain melaka

    ReplyDelete
  6. typing error

    **xdimaafkan..(line 2nd last)

    ReplyDelete
  7. hmm...jamsari...1 lagi nama yg dulunya seiring dgn nama ramli bo..terkenal jua dgn aksi2 sebagai hero dlm demo..tapi sayang buat mcm tu..

    kalau dah tak sudi kat YM Tuan Guru..buat hal sendiri la..knp perlu caci maki hina? kan dah tergagap..

    moga dari kalangan kita yg mengaku sebagai MURID YM Tuan Guru ni..JANGAN jadi mcm jamsari..:

    1. jangan dok sedap mulut caci maki..pandang rendah pada YM Tuan Guru..mudah lupa pada JASA..

    2. tak perlu nak gebang sana sini pasal krisis Cekak Hanafi ni..kecualilah ditanya dgn baik oleh mana-mana pihak..

    3. silalah bertanggungjawab kalau dah buat sebarang kenyataan..

    ..jamsari tak ikut 3 perkara atas ni..maka dia mmg ntahapahapa..

    ~ramirez~

    ReplyDelete
  8. 1. Telah bersabda Nabi SAW bagi Ibn Mas'ud r.a.: “Hai Ibnu Mas'ud, bermula duduk pada lingkar orang menuntut ilmu padahal tiada engkau menjabat qalam (memegang pena) dan tiada engkau menyurat suatu huruf pun terlebih baik bagi mu daripada memerdekakan 1,000 hamba dan tilikan mu kepada muka orang yang alim itu lebih baik bagi mu daripada memberi 1,000 kuda daripada perang sabilillah dan memberi salam engkau atas orang yang alim itu terlebih baik bagi mu daripada berbuat ibadat 1,000 tahun”.

    2. Telah bersabda Nabi SAW: “Barangsiapa mengajarkan akan dikau satu huruf jua pun maka dialah penghulu engkau (maulaaka)”.

    3. Telah bersabda Nabi SAW: “Barangsiapa memuliakan orang yang alim maka bahawasanya seperti ia memulia akan daku. Maka barang siapa memulia akan daku, maka bahawasanya ia memuliakan Allah Taala dan barangsiapa memuliakan Allah Taala maka tempatnya itu syurga. Dan barangsiapa benci ia akan orang yang alim, maka bahawasanya benci ia akan daku, maka barangsiapa benci akan daku maka bahawasanya ia benci akan Allah Taala dan barangsiapa benci ia akan Allah Taala maka tempatnya itu neraka”.

    KLs, Serdang

    ReplyDelete
  9. Nabi s.a.w.bersabda, “Yang terbaik diantara kamu sekalian ialah yang terbaik perlakuaannya terhadap ahlulbaiytku, setelah aku kembali kehazirat Allah.” (Hadis Sahih dari Abu Hurairah r.a. diriwayatkan oleh al-Hakim, Abu Ya’la, Abu Nu’aim dan Addailamiy)

    ahlulbaiyt=keturunan dan darah daging nabi muhammad=ulama dan wali.

    ReplyDelete
  10. Salam...

    Alhamdu lillah,hari ni blog tuan amin aman tanpa gangguan dr geng akademi...semoga mereka diberikan hidayah oleh-Nya untuk menilai kebenaran yg dipaparkan selama ini...

    ReplyDelete
  11. Salam..
    mohon penjelasan dan panduan tuan sama ulama akedemik (belajar dari buku/internet dll tanpa guru yang sah) boleh disamakan dgn taraf golongan ahlulbaiyt ulamak warisatul anbiya?

    ReplyDelete
  12. salam...

    Merujuk kepada ingatan dan pesanan oleh Almarhum Ustaz Hj Hanafi bin Hj Ahmad, juga peringatan berulang-ulang oleh pengganti pewaris yang sahih iaitu Tuan Syeikh Hj Md Radhi bin Hj Hanafi Al Qadhi, agar kita sentiasa berusaha MEMAHAMI & MENGHAYATI maksud sebenar tafsiran yang TERSURAT & TERSIRAT yg terdapat dalam pantun Silat Cekak berikut (Ilham & Ciptaan oleh Pengasas & Pemimpin Agong Almarhum Ustaz Haji Hanafi bin Hj Ahmad)

    PANTUN SILAT CEKAK:


    Lahirnya Cekak kerana kesedaran,
    Bukan bermusuh sebagai tujuan,
    Untuk mendaulatkan seni kebangsaan,
    Mensesuaikan dengan makna kemerdekaan.

    Silat Cekak benar-benar asli,
    Tidak bercampur hak luar negeri,
    Hendaklah belajar bersungguh hati,
    Untuk menjaga diri sendiri.

    Silat Cekak tersangatlah mudah,
    Bagi mereka yang mendapat hidayah,
    Sungguhpun begitu hendaklah tabah,
    Insya-Allah mendapat faedah.

    Silat Cekak pada lahirnya,
    Pengertian gerak pada batinnya,
    Hendaklah mahir seluruh anggota,
    Hendaklah jujur pada jiwanya.

    Taat ke guru membawa berkat,
    Sedikit belajar banyak yang dapat,
    Jika menderhaka menjadi mudarat,
    Semua ilmu tiada yang lekat.

    Sebenar guru ada hakikat,
    Dikuat pula amalan syariat,
    Ditambah pula ilmu makrifat,
    Berpakaian pula dengan isyarat.

    Dua ibu bapa tak boleh derhaka,
    Besar jasanya kepada kita,
    Kalau menderhaka bahaya menimpa,
    Di akhirat kita masuk neraka.

    Wajiblah menjaga diri sendiri,
    Menerima amanah Tuhan Rabbi,
    Supaya menjadi mukmin sejati,
    Demi menegak Islam yang suci.

    ASHIF

    ReplyDelete
  13. Anonymous,

    Soalan:-
    mohon penjelasan dan panduan tuan sama ulama akedemik (belajar dari buku/internet dll tanpa guru yang sah) boleh disamakan dgn taraf golongan ahlulbaiyt ulamak warisatul anbiya?

    Jawaban:-
    Saya TIDAK TAHU.

    ReplyDelete
  14. Peranan Ahlul Bait (keturunan Muhammad) di Nusantara dan sekitarnya

    Ditulis oleh waskita di/pada April 25, 2008

    Dalam pelajaran sejarah Indonesia, sering kita dengar bahwa salah satu kelompok yang banyak mendakwahkan Islam di Nusantara adalah wali songo. Namun jarang kita dengar bahwa sebagian walisongo itu adalah keturunan ahlul bait.

    Berikut ini beberapa orang walisongo yang termasuk dalam ahlul bait.

    * Maulana Malik Ibrahim
    * Maulana Rahmatullah (Sunan Ampel
    * Maulana Makhdum Ibrahim (Sunan Bonang)
    * Maulana Syarifuddin Hasyim (Sunan Drajat)
    * Raden Paku (Sunan Giri)
    * Syarif Hidayatullah (Sunan Gunung Jati)

    sebagai contoh, silsilah dari Maulana Malik Ibrahim adalah sebagai berikut: Maulana Malik Ibrahim ibnu Barokat Zainul-Alam ibni Jamaluddin Al-Hussein (Sayyid Hussein Jamadil Kubra) ibni Ahmad Syah Jalal ibnui Abdullah ibnu Abdul Malik ibnu Alawi Amal Al Faqih ibni Muhammad Shahib Mirbath ibni Ali Khali’ Qasam ibni Alawi ibni Muhammad ibni Alawi ibni Ubaidillah ibni Ahmad Muhajirulah ibnu Isa Al Rumi ibni Muhammad Naqib ibnu Ali al Uraidhi ibni Jaafar Sadiq ibni Muhammad Al Baqir ibni ALi Zainal Abidin ibni Al Hussein ibni Sayyidatina Fatimah binti Rasulullah SAW

    Selain sebagai walisongo yang menyebarkan agama Islam, peranan ahlul bait adalah di pemerintahan kesultanan. Berikut ini adalah kesultanan Islam Indonesia yang pernah berada di tangan ahlul-bait Rasulullah SAW:

    * Kesultanan Aceh
    * Kesultanan Deli
    * kesultanan Palembang
    * Kesultanan Bintoro Demak
    * Kesultanan Cirebon
    * Kesultanan Banten
    * Kesultanan Pontianak
    * Kesultanan Ternate
    * Sunan Pakubuwono di Surakarta

    Peran ahlul bait di kesultanan Filipina :

    * Kesultanan Sulu (sekarang di Filipina)
    * Kesultanan Mindanao/Maguindanao

    Peran ahlul bait di kesultanan Melayu :

    * Kesultanan Brunei
    * Raja-raja Perlis (semenanjung Malaysia)
    * Raja Kelantan, Patani dan Champa
    * Negeri Sembilan
    * Kesultanan Johor-Pahang
    * Kesultanan Terengganu
    * Raja-raja Riau
    * Kesultanan Selangor
    * Kesultanan Perak
    * Kesultanan Kedah

    Kalau kita perhatikan, sebenarnya banyak ahlul bait yang ada di nusantara, baik sebagai ulama seperti walisongo, sebagai penguasa kesultanan, maupun sebagai orang biasa.

    Banyaknya keturunan Rasulullah SAW di daerah nusantara ini sejalan dengan hadis berikut: “Kami ahlul bait telah Allah SWT pilih untuk kami akhirat lebih dari dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran sepeninggalanku kelak sehingga datangnya suatu kaum dari sebelah timur yang membawa bersama mereka panji-panji hitam ….“.

    Dari hadis ini, ada kesempatan bagi kawasan Melayu ini sebagai awal kebangkitan Islam kedua, di tengah keadaan dunia yang sudah sangat rusak hari ini. Adanya ahlul bait yang berperan di nusantara nampaknya bukanlah sesuatu yang kebetulan.

    ReplyDelete
  15. mohon penjelasan dan panduan tuan sama ada MRH (mempunyai Guru sah) boleh disamakan dgn taraf golongan ahlulbaiyt ulamak warisatul anbiya?

    ReplyDelete
  16. Ahlul Bait:

    http://www.youtube.com/watch?v=nNJewWRtdTc

    ReplyDelete
  17. mohon penjelasan dan panduan tuan sama ada MRH (mempunyai Guru sah) boleh disamakan dgn taraf golongan ahlulbaiyt ulamak warisatul anbiya?
    December 3, 2010 2:50 PM

    Komen!

    Dalam penulisan blog ni tak nampak pulak perkataan ahlul Bait. Tak adil lah kalau ko tanya soalan kat moderator. Sapa yg keluarkan perkataan tu. Ko tanya dia. Dah lah nama tak de. Gelaran lagi tak de. Ini hantu ke apa?Sapa yang memandai tu? Pandai silat ke

    KLS, Serdang

    ReplyDelete
  18. he he he betoi soalan cepumas tu!! ms anon v/s mrs anon

    ReplyDelete
  19. Anonymous said...

    mohon penjelasan dan panduan tuan sama ada MRH (mempunyai Guru sah) boleh disamakan dgn taraf golongan ahlulbaiyt ulamak warisatul anbiya?
    December 3, 2010 2:50 PM

    Komen :

    Topik dah lari. Topik asal fitnah kepada En Md Radzi (Pewaris Hakiki Silat Cekak Hanafi yang mempunyai Mandat yang sah).

    Persoalan Ahlulbait tu hang kajilah sendiri kat mana2. ataupun hang Jadi Ahli Sejarah lagi baik.

    Satu lagi hang perlu tahu kalau orang tu Sebenarnya Ahlulbait jarang dia heboh2. Hang Fikirlah sendiri.

    Jangan Jadi Bengong pula.

    Cicit Lebai Lah

    ReplyDelete
  20. Anonymous,

    Soalan:-
    mohon penjelasan dan panduan tuan sama ada MRH (mempunyai Guru sah) boleh disamakan dgn taraf golongan ahlulbaiyt ulamak warisatul anbiya?

    Jawaban:-
    Saya TIDAK TAHU kerana saya TIDAK ARIF dalam hal ini. Saya hanya membicarakan hal GURU. Tidaklah samapi ke tahap Ahlul Bait kerana saya bukanlah orang yang TEPAT membicarakan persoalan tersebut.

    ReplyDelete
  21. Anonymous said...

    Salam..
    mohon penjelasan dan panduan tuan sama ulama akedemik (belajar dari buku/internet dll tanpa guru yang sah) boleh disamakan dgn taraf golongan ahlulbaiyt ulamak warisatul anbiya?
    December 3, 2010 12:13 PM

    Komen : Elok hang pi tanya Mufti2/JAKIM
    Sini bukan tempat yang betul untuk hang bertanya perkara macam ni.

    ReplyDelete
  22. pak ak ada mandat tak...

    ReplyDelete
  23. Anonymous,

    Soalan:-
    pak ak ada mandat tak...

    Jawaban:-
    Pak Ak mana? Mandat ape? Saya tak faham soalan.

    ReplyDelete
  24. Jangan menambahkan dosa yang dah ada...korang telah di didik oleh guru yang sempurna sifatnya..jangan lah menabur fitnah dan menokoktambah pekara yang tidak benar.

    ReplyDelete
  25. Asal lepas pakcik postkan coment yang kat atas ni takde orang lain yang sambung,,,naik heran pakcik..

    ReplyDelete