Saturday, December 18, 2010

Mahkamah Beruk - Siri 18

Rencana MAHKAMAH BERUK pada kali ini, saya akan menganalisa alasan-alasan yang diberikan oleh JK Penghakiman berhubung tuduhan TIDAK AMANAH terhadap YM Sheikh Haji Md Radzi Bin Ustaz Haji Hanafi Al-Qedahi oleh Encik Abd Azman Bin Johan. Baca dengan TELITI dan FAHAMI alasan-alasan JK Penghakiman PSSCUHM seperti dibawah:-

OKT = Orang Kena Tuduh = YM Sheikh Radzi Hanafi

5.4 Kes Tidak Amanah - Tidak menyerahkan wang RM10,000.00 kepada persatuan sumbangan Abdul Jalil Financial Group (AJFG)

Jawatankuasa juga telah membincangkan kes tidak amanah yang melibatkan wang sebanyak RM10,000.00 sumbangan Abdul Jalil Financial Group (AJFG) sempena Sambutan Perayaan 2001. Jawatankuasa telah membuat keputusan dengan TIDAK BERSALAH berdasarkan alasan-alasan berikut:

5.4.1 Tiada rekod dalam akaun persatuan menyatakan OKT sebagai sipiutang

Berdasarkan laporan kewangan persatuan bagi tahun yang berakhir 31 Disember 2001, tidak ada rekod yang mengatakan OKT berhutang dengan persatuan.

5.4.2 Tiada surat peringatan meminta bayaran dilunaskan

Berdasarkan rekod persatuan, tiada sebarang surat peringatan dari pihak persatuan yang pernah dikeluarkan kepada OKT bagi menuntut hutang. Ini menunjukkan bahawa pihak persatuan juga tidak berusaha untuk mendapatkan wang sumbangan tersebut walaupun sudah lebih 5 tahun berlalu. Oleh yang demikian, adalah TIDAK WAJAR untuk membuat tuduhan bahawa OKT TIDAK AMANAH dengan tidak menyerahkan wang sumbangan RM10,000.00.

5.4.3 Pengakuan menerima dan bersedia untuk membayar semula

Di dalam keterangan, OKT telah membuat pengakuan ada menerima wang tersebut dan bersedia untuk membayar kepada persatuan.

Pengakuan OKT ini adalah satu pengakuan setelah didesak dan apabila mulai merasa dirinya terperangkap dengan keterangan En Abdul Jalil. Oleh itu, keikhlasan dalam keterangan OKT adalah amat meragukan dan ianya membuktikan bahawa OKT sememangnya BERSALAH dalam memiliki wang tersebut tanpa mengambil sebarang usaha untuk menyerahkan wang itu kepada Bendahari Persatuan.

Hujahan Saya:-

1) Hujahan Terhadap Alasan 5.4.1

Jelas tidak terdapat sebarang BUKTI yang meletakkan sebarang ASAS terhadap tuduhan TIDAK AMANAH yang dibuat oleh Encik Abd Azman Bin Johan. Surat Aduan Encik Abd Azman Bin Johan juga TIDAK ADA / TIDAK PERNAH melampirkan sebarang bukti perihal tuduhan ini. Hanya semata-mata mendengar percakapan pihak lain (rujuk rencana Mahkamah Beruk - Siri 16 & 17).

Alasan ini juga telah MEMBUKTIKAN bahawa betapa BODOHNYA Bendahari Agung ketika itu yang tidak merekodkan transaksi ini didalam segmen Akaun Tertunggak (Pemiutang) daripada AJFG / OKT. Siasatlah daripada sesiapa pun yang mempunyai latarbelakang Perakaunan / Kewangan, maka PASTI jawaban mereka sama dengan saya yang mempunyai latarbelakang berkenaan Kewangan. Perihal ini cukup 'BASIC'.

2) Hujahan Terhadap Alasan 5.4.2

Alasan BANGANG daripada JK Penghakiman. Alasan 5.4.2 ini sebenarnya mempunyai pertalian dengan alasan 5.4.1. Apabila TIADA REKOD, macam mana nak FOLLOW-UP. Apa punya BINGAI daaa... Pandangan saya adalah; sebenarnya alasan ini SENGAJA diadakan untuk memperbanyakkan alasan JK Penghakiman.

3) Hujahan Terhadap Alasan 5.4.3

Saya telah dilahirkan pada hari KHAMIS, 29hb Ogos 1974, jam 09.05malam. Bermula 09.06malam sehinggalah detik dan saat ini, pertama kali saya telah membaca alasan TERBINGAI dan TERBANGSAT yang pernah dikeluarkan oleh sebuah Jawatankuasa Siasatan. Baca dengan TELITI dan FAHAMI apa yang cuba dilakukan oleh JK Penghakiman terhadap OKT.

Alasan ini jelas MEMBUKTIKAN bahawa JK Penghakiman telah melakukan PENIPUAN dimana OKT didalam keterangannya kepada JK Penyiasat TIDAK PERNAH / TIDAK ADA menyatakan bahawa beliau telah menerima wang sumbangan daripada Tuan Haji DR Abd Jalil Bin Haji Hashim untuk diserahkan kepada persatuan. OKT jelas mengatakan bahawa wang sebanyak RM50,000.00 telah dihadiahkan kepada beliau dan beliau berhasrat untuk memberikan sumbangan sebanyak RM10,000.00 kepada persatuan. Kenyataan ini adalah selari dengan keterangan yang diberikan oleh Tuan Haji DR Abd Jalil Bin Haji Hashim kepada JK Penyiasat.

Lebih menggelikan hati, BINGAI dan BANGSATNYA alasan penghakiman ini apabila menyatakan OKT sememangnya BERSALAH sedangkan keputusan tuduhan ini adalah TIDAK BERSALAH. Kan pelik tu... Filem Tamil pun tak berbelit-belit macam ni la...

Sebenarnya mudah sahaja nak memahami alasan penghakiman ini. Alasan penghakiman ini sengaja di MAKE-UP sebegitu rupa untuk menunjukkan terdapat SATU TUDUHAN (daripada tiga tuduhan) yang diputuskan TIDAK BERSALAH, tetapi dalam masa yang sama JK Penghakiman ini cuba memberikan gambaran secara 'INDIRECTLY' bahawa OKT adalah TIDAK AMANAH dan disebarkanlah dari mulut ke mulut kepada BALACI-BALACI mereka untuk membesarkan perihal TIDAK AMANAH oleh OKT. Mudahkan...!!! Semudah A,B,C...

Nota:-
Penulisan saya berhubung Alasan-alasan JK Penghakiman adalah 100% BENAR berdasarkan Laporan Rasmi JK Penghakiman PSSCUHM. Sekiranya terdapat kekeliruan pada ayat, saya memohon maaf kerana saya tidak akan mengubahnya demi menjaga ketelusan rencana saya. Harap maklum.

< AKAN TERBIT MINGGU HADAPAN >

1. Rencana MAHKAMAH BERUK - Keterangan Encik Hasanmuddin Bin Mohamad
2. Rencana MAHKAMAH BERUK - Keterangan Puan Safiah Bt Idris
3. Rencana MAHKAMAH BERUK - Keterangan Puan Hafizah Bt Hasanmuddin (18SX)
4. Rencana MAHKAMAH BERUK - Keterangan YM Sheikh Radzi Hanafi 
5. Rencana MAHKAMAH BERUK - Kesimpulan JK Penyiasat
6. Rencana MAHKAMAH BERUK - Alasan JK Penghakiman

BERSAMBUNG
TERUSKAN MEMBACA DEMI KEBENARAN

14 comments:

  1. Pada hemat saya, berdasarkan HAK ASASI sejagat serta undang2 sedia ujud, maka OKT dan/atau Ahli2 Pendukong Hakiki 1Msia dan di seluruh pelusok dunia yg telah ditindas/dianiaya/ difitnah/ ditipu/dinafi hak oleh Puak Pengkhianat ini BERHAK utk TUNTUT pembalasan terhadap perbuatan Puak Pengkhianat termasuk JK Siasatan/ Kehakiman ikut kesesuaian cita rasa masing2.
    Bole pilih opsyen berikut ikut kesesuaian masing2 baik secara persendirian/individu atau berkumpulan, samada serentak atau asing2, tanpa batasan tempoh had waktu & tempat (samada ketika masih hidup di alam dunia atau carry forward ke alam akhirat) iaitu berdasarkan pilihan berikut;
    a. Perundangan Mahkamah Msia.
    b. Kaedah Mahkamah Rimba - mungkin sesuai digunapakai utk manusia iblis termasuk koloni manusia beruk, anjing & babi.
    c. Mahkamah Maha Agong Pembalasan Allah swt.

    Apapun fitnah putarbelit dicipta utk halalkan perbuatan jahat dan khianat, sekiranya mereka mati sebelum sempat insaf balik ke pangkal, mohon maaf dan pulangkan hak yg dirampas, sesungguhnya mereka akan tetap diberi pembalasan olehNYA yg mereka sendiri tidak dapat membayangkannya kelak.

    X-Samseng

    ReplyDelete
  2. dah tak de cite lain ker?? asyik dok ulang2 jer kerja dia.. si amin nie.. pusing2 citer sama.. apa daaa..????

    ReplyDelete
  3. mana ada sama maaa.......
    baca betul2 larr

    ReplyDelete
  4. Hai Anon ko ni yg bengong tahap bingai. Mana ada ulang benda yg sama. Ko ni baca ke tidak. Tuan Amin pusing kat mana tu. Tunjukkan lah jangan main cakap jer.Ko nimemang sama dgn JK kehakiman mahkamh beruk tu. Benda yg berbeza nampak sama dan benda yg sama nampak berbeza. Kalau satu mata dah buta payah. Kesahnya di Akhir zaman ia akan muncul. Hiiii takuuuut. Jgn jadi pengikutnya.

    KLS serdang

    ReplyDelete
  5. ya lorrr...mana ada sama maaa.....
    haiiyaaaa..

    ReplyDelete
  6. Salam kepada Sdr. Amin,

    Teruskan menyebar kebenaran, sebab segala keterangan tuan akan menjadi rekod atau satu bahan yang perlu untuk dirujuk oleh ramai bakal2 ahli silat yang ingin mengetahui keseruluhan fakta yang tak akan mampu untuk diceritakan sendiri oleh pendukung2 hakiki semua dalam usaha menuju 1 DLM 50,000 kelak.

    Tahniah diucapkan kepada tuan yang berani kerana benar dan baling batu tak sembunyi tangan sehingga batu yang tuan baling tu betul2 mengena sasarannya.

    Semoga usaha murni tuan sukses.. kejahatan perlu dilawan apacara sekalipun..

    cucu lebai daim alsumatrani

    ReplyDelete
  7. bohong tak habis..sudahlah tutup aje blog nie...

    ReplyDelete
  8. salam...

    apsal Anon dia atas ni nak suruh Tuan Amin tutup blog??sbb takut tembelang Akademi ko bocor ke??mmg haram jadah ko ni...dasar hati busuk mcm bangkai...

    ReplyDelete
  9. Anonymous,

    Dakwaan:-
    bohong tak habis..sudahlah tutup aje blog nie...

    Komen:-
    Kerap kali saya mohon BUKTIKAN dimana pembohongan saya. Blog ini hanya akan DITUTUP bila saya TIDAK MAMPU mengendalikannya atas sebab KESIHATAN atau saya sendiri pulang ke rahmatullah atau bila tiba masa yang TEPAT.

    Masa yang TEPAT itu saya yang akan TENTUKAN. Teruskan membaca demi KEBENARAN.

    ReplyDelete
  10. dah xdak modai la tu..mentang2 la ni anon xle komen kat G-G ats sbb "mnjaga leharmonian blog" bak kata bloger tu wlu mgkn sbnrnya blogger bz "jual teloq"..so tkut xckup masa nk pk ayt kelentong lagi..so..keldai2 belaan pon MENYEMAK LA KAT SINI sb blog ni X PERNAH TAKUT berbicara tntang KEBENARAN walau byk yg menyalak sb dah xd idea nak pusing kot mana..

    yrla..mentor pon xsgka PERBUATAN TRKUTUK DORG smp tahap ni kene cungkil walhal yg depa kencing pengikut sume yg basic je..wt modai menyalak..haha..

    teruskan Abg Amin..kita le lihat jelas..mkin lama yg tggl hnylah anak2 anjing yg br belajar menyalak..sb CEO dia bz pk fitnah terbaru..hihihiii.. ^,^

    Izuddin

    ReplyDelete
  11. Haiyaaa... puan anon mengong atas manyak takut ooo.. wolf.. wolf..
    p/s: kena ckp sleng cina boleh si khalid cina translate!

    ReplyDelete
  12. tutup segera..byk sangat bohong..nanti bertambah ramai org munafik mcm amin sua haram tuuu

    ReplyDelete
  13. otai akademi yg sakit parah.....buta pulak tu, tak nampak dahhhhhh

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum...

    hahaha...depa dah menggelupur dah...xpasal2 nk suh Abg Amin tutup blog ni pasai apa??takut tembelang pecah ka??kalau Abg Amin ni menipu,tang mana yg tipu 2??xpenah pn aku nmpak dbuktikan oleh gol. cengkoi ni...asyik duk habaq tipu2 je...tang mana tipu pn aku xtau...almaklom la apabila mahkamah AGONG depa dipertikaikn kewibaannya tu yg gelabah biawak...

    aku cabar la golongan penakut@bacul@balaci2 beruk akademi buktikan tang mana yg Abg Amin menipu??tunjukkn bukti...kalau jwpan suh p tnya MMK hanafi masman 2 lg bapak segala bapak punya penipu...lg la xleh caya...

    so ada sesapa yg berani sahut CABARAN???


    S.M

    ReplyDelete