Friday, December 17, 2010

Mahkamah Beruk - Siri 17

Rencana MAHKAMAH BERUK pada kali ini kita akan membuat analisa berhubung KESIMPULAN yang dibuat oleh JK Penyiasat berhubung tuduhan TIDAK AMANAH terhadap YM Sheikh Haji Md Radzi Bin Ustaz Haji Hanafi Al-Qedahi. Terdapat 6 perkara berhubung KESIMPULAN yang telah dibuat oleh JK Penyiasat dan saya akan fokuskan 3 perkara sahaja kerana 3 perkara yang selain disenaraikan dibawah hanyalah berupa satu pernyataan umum.

Kesimpulan JK Penyiasat Berhubung Tuduhan Tidak Amanah

3. En Abdul Jalil Bin Hashim dalam keterangannya menyatakan daripada jumlah RM50,000.00 yang asalnya pinjaman kepada En Md Radzi Bin Haji Hanafi untuk pembayaran ansuran kereta WFT7 (yang kemudiannya dijadikan hadiah kepada En Md Radzi Bin Haji Hanafi). En Md Radzi Bin Haji Hanafi memberitahunya yang En Md Radzi Bin Haji Hanafi akan menggunakan RM10,000.00 daripada jumlah RM50,000.00 itu sebagai sumbangan En Abdul Jalil Bin Hashim (AJFG) kepada Perayaan 2001.

4. Jawatankuasa Penyiasat berpendapat keterangan En Abdul Jalil Bin Hashim boleh dipertikaikan kerana umum tahu PEMBAYARAN untuk kereta WFT7 telahpun TERHENTI kerana kereta tersebut telah terlibat dengan kemalangan sebelum tarikh tersebut iaitu tahun 1999.

5. Keterangan En Abdul Jalil Bin Hashim juga boleh dipertikaikan kerana bercanggah dengan keterangan En Md Radzi Bin Haji Hanafi kerana mengikut keterangan En Abdul Jalil Bin Hashim, En Md Radzi yang MENYURUHNYA mengiklankan "AJFG" dalam buku Perayaan 2001 tetapi En Md Radzi Bin Haji Hanafi dalam keterangannya menyatakan dia TIDAK TAHU menahu tentang perkara ini.

Hujahan Saya:-

1) Hujahan Terhadap Kesimpulan 3 & 4.

Sila baca dan FAHAMKAN keterangan Tuan Haji DR Abd Jalil Bin Haji Hashim dibawah kepada JK Penyiasat:-

"Saya serba salah sebab dah beberapa bulan tak bayar. Saya kata tak apa lah saya tengah ada duit ni boleh saya tolong".

Tidak ada sebarang keterangan beliau yang boleh dipertikaikan kerana pembayaran bulanan kereta WFT7 yang telah terhenti tersebut merupakan pembayaran ansuran bulanan yang tertunggak. Saya tidak melihat sebarang penipuan daripada pernyataan ini. Perihal ini MEMBUKTIKAN bahawa JK Penyiasat telah GAGAL dan/atau ENGGAN memahaminya dengan TEPAT.

2) Hujahan Terhadap Kesimpulan 5.

Sila baca dan FAHAMKAN keterangan Tuan Haji DR Abd Jalil Bin Haji Hashim dibawah kepada JK Penyiasat:-

"Jadi sebenarnya pada pihak saya RM50,000.00 itu telah menjadi HAK MUTLAK pada Md Radzi Hj Hanafi. Jadi bukan yang saya bagi itu kepada tabung ini (persatuan). Bukan. Saya bagi pada dia tapi dia mencadangkan, jadi dalam erti kata lain sebenarnya ABANG MD yang MEMBERI sumbangan RM10,000.00 tapi oleh kerana duit itu saya bagi pada dia, jadi dia nak GUNA NAMA SYARIKAT SAYA".

Tidak ada satu ayat pun yang MEMBUKTIKAN bahawa Tuan Haji DR Abd Jalil Bin Haji Hashim mendakwa bahawa YM Sheikh Radzi Hanafi MENYURUH beliau mengiklankan "AJFG".

Sila baca dan FAHAMKAN pula keterangan YM Sheikh Radzi Hanafi dibawah kepada JK Penyiasat:-

PP > 2001, dalam majalah tu dia ada Abdul Jalil Financel Group, besar gambar tu jadi ketika itu dia kata dia menaja benda tu?

MRH > RM10,000.

PP > RM10,000 jadi saya pun tak tahu mana satu.

MRH > Dan saya pun tak tahu.

Kenyataan YM Sheikh Radzi Hanafi ini adalah berkenaan IKLAN tersebut serta bertujuan MEMBALAS jawaban Pegawai Penyiasat, bukannya bermakna beliau tidak tahu perihal RM10,000 tersebut dimana beliau hendak MENGHADIAHKAN kepada persatuan tetapi menggunakan nama "AJFG". Sekali lagi MEMBUKTIKAN bahawa JK Penyiasat telah GAGAL dan/atau ENGGAN memahami KONTEKS kenyataan ini dengan TEPAT.

Ulasan Saya:-

JK Penyiasat TIDAK PERNAH sama sekali membandingkan kenyataan keterangan yang diberikan oleh Encik Abd Azman Bin Johan dan Tuan Haji DR Abd Jalil Bin Haji Hashim. SEWAJIBNYA, perihal TUDUHAN tersebut perlulah dipastikan KEBENARANNYA terlebih dahulu tanpa terdapat sebarang keraguan.

Bukankah ini merupakan TATACARA yang dilakukan oleh setiap mahkamah didunia ini demi mempastikan KEADILAN? Yang PELIKNYA, terdapat dua orang PEGUAM yang sepatut menasihati JK Penyiasat didalam hal tersebut. Apabila difikirkan mendalam maka dapatlah saya jawabannya iaitu; MAHKAMAH BERUK - PEGUAM BERUK...!!!

Nota:-
Penulisan saya berhubung Keterangan Kepada JK Penyiasat dan Kesimpulan JK Penyiasat adalah 100% BENAR berdasarkan Laporan Rasmi JK Penyiasat PSSCUHM. Sekiranya terdapat kekeliruan pada ayat, saya memohon maaf kerana saya tidak akan mengubahnya demi menjaga ketelusan rencana saya. Harap maklum.

BERSAMBUNG
TERUSKAN MEMBACA DEMI KEBENARAN

17 comments:

  1. klu yang yakin..lawan aje kat mahkamah..
    citer 2 byk apa guna..saman aje.jangan bohong2 banyak2.

    ReplyDelete
  2. Selamat pagi abg Amin.

    (Woof2)..bunyi lagi dorg nih..awal2 pg dah login ke Puan..hehehe...Meh seronok2 kat sini...

    Hang yakin2 jer cakap Abg Amin bohong, tapi mintak bukti, xdenyer brani nak tunjuk, sbb bukti tu dah tunjuk yg Puan ni Bacul..Ngeeee.

    ReplyDelete
  3. itu semua usaha provokasi busuk puak AKADEMi

    jgn kita mudah termakan & tertelan provokasi depa..abaikan saja..

    fokus usaha utama skrg!

    ReplyDelete
  4. Terima kasih Tuan Amin,

    Syukur dgn adanya teknologi maklumat terkini yg dpt dijangkau hanya di hujung jari walau di mana sekalipun anda berada wahai Pendokong Hakiki & puak akademi.

    Bagi puak akademi yg selalu dimomokkan dgn cerita2 abg2 mentor, sedarlah bahawa YM GU itu adalah seorang insan yg benar2 tulus di dalam membimbing anak-anak murid beliau. Pada saya yg selama ini berada di bawah pimpinan YM GU, beliau banyak berjasa membentuk anak2 murid menjadi insan sebenar. Walau apapun rintangan & dugaan yg dihadapi, YM GU tidak pernah putus asa untuk membentuk individu mukmin yg sejati.

    Bukankah melalui persilatan ini, kita diajar untuk menjaga diri sendiri, jika diserang oleh musuh, secara tidak langsung ia menjadikan kita seorang insan yg berani. Seorang insan yang berani, ditambah pula dgn didikan rohani yg cukup, biasanya mempunyai jiwa yang luhur,kental, hati yg seperti kepingan besi dan percaya bahawa tiada yang perlu ditakuti di dunia dan tiada sesuatupun di dunia ini yg boleh menyakiti kita melainkan dgn izin yang MAHA ESA. Yang paling utama perlu REDHA.

    Jangan hanya kerana momokan2 abang2 mentor, anda hilang pertimbangan.Jangan sekali-kali.Sedarkah anda, dgn menyekat pergerakan YM GU (pewaris hakiki Silat Cekak Hanafi) sebenarnya anda hanya menutup pintu-pintu kebaikan melalui wadah persilatan ini. Jika pintu kebaikan sudah ditutup, apa yg tinggal utk anak cucu kita nanti?

    Janganlah anda berbuat begitu wahai penyokong puak akademi.Masih belum terlambat untuk anda muhasabah diri. Peluang masih terbuka luas.

    Janganlah anda buang jauh2 jalan kebaikan ini serta meminggirkannya sedangkan ianya terbentang luas di hadapan anda wahai puak akademi.

    Ingat !!! Biasanya peluang hanya datang sekali !

    ReplyDelete
  5. alah...depa kat akademi mmg mcm tu...semuanya paksi abg MENTOR..abg-abg tu agaknya yg ijazahkan depa selama ni??

    atas alasan ilmu boleh dicari di mana-mana..dgn abg MENTOR pon laku..pigidahhh...

    benar ilmu Allah Taala ni luas..
    TAPI percayalah..kalau GURU pon dibuang..tolak tepi..JANGAN HARAP la mau jumpa GURU-GURU yg lain!!

    ~SN..KK~

    ReplyDelete
  6. ha ha.. Lapaoran jawatan kuasa kehakiman tu memang kelakar. Lain yg hasil siasatan lain pulak kesimpulan yg dia orang buat. Senang cerita dia orang tak tengok langsung butir siasatan tu. Yg disimpulakn tu adalah apa yg ada dalam hati mereka yg busuk tu. Ini memang kerje gila lagi bodoh.Panggil lah satu dunia pun kalau tengok butiran siasatan tu tak de langsung perkara yg bercanggah. Aduuuuuuuuuuuuh gila dan memang giler. Apa yg dia orang nampak pun tak tahu lah... memang gila. Yang mengikut mereka tu pun bodoh dan tak de akal. Main angguk jer...........tak terkata apa saya ... memang gila

    KLS serdang

    ReplyDelete
  7. Sptmana tuan/puan semua sedia maklum, perlaksanaan Jawatankuasa Penyiasatan dan Jawatankuasa Kehakiman yg diujudkan oleh puak2 pengkianat MMK ni cuma sekadar formaliti saje utk mengabui ahli2 bahawa proses guling kuasa adalah ikut prosedur - tetapi SEBENARNYA keputusan MESTI menjurus bahawa YM Tuan Syeikh MESTI diputuskan bersalah dan mesti disingkir dari jawatan Presiden & Guru Utama.
    Dokumen mesti diujudkan sbg bahan bukti PALSU
    sahih utk dijaja kepada pihak pentadbir kelas2 di Universiti, kolej dsbnya termasuk pihak Polis bahawa tindakan mereka adalah berlandaskan kebenaran & keadilan (meskipun pada hakikatnya tindakan ini merupakan modus operandi `FITNAH & SINGKIR' Guru Pewaris & LUCUT HAK keluarga Almarhum terhadap Silat yg diasaskan oleh AlMarhum).
    Berdasarkan keperibadian karisma Tuan Syeikh & sptmana yg diputuskan oleh pihak Polis & Mahkamah Ampang Jaya pada 9/12/10 tempohari, telah TERBUKTI bahawa majoriti ahli2 diseluroh negara serta masyarakat silat Nusantara tidak terpedaya oleh bukti2 palsu puak2 pengkianat tsb & tetap mengakui bahawa YM Syeikh Hj Md Radzi bin Hj Hanafi Al Qedahi adalah sebenar GURU PEWARIS SAH...hatta anak2 saya yg baru cukup umur pun dapat mengenal kelebihan sifat Tuan Syeikh sbg GURU PEWARIS yg sah, Alhamdu Lillah. Saya sentiasa mohon doa smoga saya sekeluarga serta keturunan saya akan diberi ruang utk diterima sbg anak murid dan seterusnya diterima menjadi pendokong perjuangan yg diterajui oleh GURU PEWARIS yg SAH.

    Pendukong
    Gombak

    ReplyDelete
  8. memang kelakar & menjijikkan laporan dan keputusan jawatankuasa koloni geng beruk + geng anjing + geng babi di MAHKAMAH BERUK ...hanya beruk2, anjing2 & babi2 atau yg sejenis@setaraf akan akui & caye kaedah & keputusan MAHKAMAH BERUK.

    Kebenaran telah dinyatakan oleh pihak Polis & Mahkamah Ampang pada 9/12/2010
    MAA

    ReplyDelete
  9. Anonymous,

    Dakwaan:-

    klu yang yakin..lawan aje kat mahkamah..
    citer 2 byk apa guna..saman aje.jangan bohong2 banyak2.

    Komen:-

    Saman saya yakin pasti akan dilakukan. Apa yang citer byk ini untuk kegunaan MANUSIA BERGUNA. Biarlah ahli menjadi HAKIM dalam perihal konspirasi ini.

    Saya juga ingin menyatakan sekiranya terdapat sebarang pembohongan, jangan malu-malu untuk saman saya ye. Jika tidak ada penghantar saman, silalah telefon saya kerana saya sendiri akan mengambil surat saman tersebut.

    Silakan:- 019-2713721 (Amin Zainul).

    ReplyDelete
  10. Anonymous,

    klu yang yakin..lawan aje kat mahkamah..
    citer 2 byk apa guna..saman aje.jangan bohong2 banyak2.

    Komen:

    Kami nak baca . Biar Tn Amin tulis. Awak menyibuk buat apa?. Amru.. Agundi.. Akademi.. berbohong tak nak betulkan...betulkan dulu...

    Betulkan diri anda dan mahkamah beruk anda dulu ......wahai peguam beruk agundi....


    Cicit Lebai Lah

    ReplyDelete
  11. Anonymous said...

    klu yang yakin..lawan aje kat mahkamah..
    citer 2 byk apa guna..saman aje.jangan bohong2 banyak2.
    December 17, 2010 9:04 AM

    Komen:

    Takutnya dia Tuan Amin Tulis banyak2. Takut puak akademi fantasia nampak tembelang mereka.

    Tahniah buat Tn Amin . Teruskan menulis.

    Allah beserta orang-orang benar.
    Kita hanya berusaha, Hanya Allah yang boleh memberikan Hidayah kepada siapa yang Dia kehendaki.

    CLL

    ReplyDelete
  12. jom kite tgk setakat mana ..amin nak klentong budak2 bodoh nie...tahniah teruskan tipu..tipah tertipu

    ReplyDelete
  13. Anonymous,

    Dakwaan:-
    jom kite tgk setakat mana ..amin nak klentong budak2 bodoh nie...tahniah teruskan tipu..tipah tertipu

    Komen:-
    jom kite tgk setakat mana ..Puak Pengkhinat nak klentong ahli2...cukup2lah tipu...

    Tipah pun kena tipu..???

    ReplyDelete
  14. KEsian..tipah tertipu..

    ReplyDelete
  15. otai akademi yang tipu tipah....

    ReplyDelete
  16. LEMBU SENANG DITIPU..PASAL BODOH

    ReplyDelete
  17. Jangan kata lembu, otai akademi pun ditipu dek pompuan2 tut..tutt..

    ReplyDelete