Tuesday, December 28, 2010

Anugerah Khas Guru Utama 2010

Terlebih dahulu saya memohon berbanyak kemaafan kerana tidak dapat menerbitkan rencana pada hari semalam ISNIN (27hb Disember 2010) atas beberapa sebab yang tidak dapat diatasi. Penerbitan rencana saya bersambung mengenai ucapan dan pesanan daripada Penerima Anugerah Khas Guru Utama 2010 iaitu YBhg Encik Mohd Rauhi Bin Mohd Isa, oleh YM Sheikh Haji Md Radzi Bin Ustaz Haji Hanafi Al-Qedahi pada Sambutan Maal Hijrah Dan Hari Tenaga Pengajar 1432 Hijrah yang telah diadakan pada 25hb Disember 2010 yang lalu bertempat di negeri Johor Darul Takzim. Kehadiran seramai 500 orang Tenaga Pengajar dari Seluruh Negara telah lebih menyemarakkan lagi Sambutan Hari Tenaga Pengajar pada kali ini.

Seperti kelazimannya, Sambutan Hari Tenaga Pengajar pada tahun ini, YM Pewaris Hakiki Silat Cekak Ustaz Hanafi telah menganugerahkan kepada Encik Mohd Rauhi Bin Mohd Isa selaku Penerima Anugerah Khas Guru Utama 2010 sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih atas segala pengorbanan beliau dalam memperjuangkan Silat Cekak yang Asli sepanjang 36 tahun penglibatan beliau. Diantara kata-kata dan pesanan Yang Berbahgia Encik Mohd Rauhi Bin Mohd Isa adalah seperti berikut:-

Beliau menyeru supaya semua tenaga pengajar MEYAKINI bahawa Silat Cekak yang ASLI dan BENAR salahsilah Perguruannya adalah Silat Cekak yang dipimpin oleh YM Sheikh Haji Md Radzi Bin Ustaz Haji Hanafi Al-Qedahi. Ini berdasarkan amanah dan pesanan yang ditinggalkan oleh Al-Marhum Ustaz Haji Hanafi kepada beliau beberapa hari sebelum Al-Marhum meninggalkan kita buat selama-lamanya. Beliau juga turut menekankan peri pentingnya perkara berkaitan MANDAT GURU demi mendapat keberkatan ilmu Silat Cekak ini daripada Guru Sebenar Guru Silat Cekak, bukanlah Guru yang tidak diketahui dan tidak jelas salahsilah perguruan guru tersebut.

Beliau juga menegaskan bahawa kemelut yang berlaku didalam PSSCUHM adalah kerana rasa tidak puas hati golongan tertentu terhadap YM Sheikh Haji Md Radzi kerana sikap ketegasan dan prinsip beliau yang tidak bersesuaian dengan nafsu golongan ini. Secara bahasa mudahnya, beliau bukanlah Guru yang mengikut telunjuk golongan ini selepas begitu selesa melakukannya pada era Guru sebelum YM Sheikh Haji Radzi.

Dalam pertemuan Yang Berbahgia Encik Mohd Rauhi Bin Mohd Isa dengan saya sebelum itu, beliau turut menegaskan apabila MAHKAMAH telah membuat keputusan YM Sheikh Radzi DILEPASKAN dan DIBEBASKAN, mengapa PSSCUHM masih menegakkan keputusan mereka yang jelas DIPERTIKAI dan DIRAGUI sebahagian besar ahli, dan beliau MENEGASKAN bahawa INILAH MEMBUKTIKAN TERDAPAT AGENDA PERIBADI yang hendak diteruskan oleh golongan ini tambahan pula diperingkat awal kemelut ini berlaku iaitu SEBELUM mesyuarat MAJLIS MUAFAKAT TERTINGGI diadakan pada 03hb September 2006, Tuan Haji Amruddin Bin Haji Buang telah BERTEMU beliau dan bersungguh-sungguh menceritakan perihal tuduhan tersebut kepada beliau selama hampir 2 jam untuk meyakinkan beliau bahawa YM Sheikh Radzi telah melakukan FITNAH yang didakwa oleh individu-individu yang berkaitan.

Pada ketika itu, beliau telah mempunyai pendirian bahawa tuduhan tersebut merupakan tuduhan tidak berasas, dan tuduhan tersebut telah diambil kesempatannya oleh golongan ini untuk menjatuhkan YM Sheikh Radzi Hanafi dan meneruskan agenda 'keluarga' mereka. Inilah hasrat 'keluarga' ini yang telah dipendamkan sekian lama semenjak zaman Al-Marhum Ustaz Haji Hanafi lagi. 

Secara kesimpulannya, saya berpandangan bahawa YBhg Encik Mohd Rauhi Bin Mohd Isa menyeru kita MEYAKINI bahawa PEWARIS SAH Silat Cekak adalah YM Sheikh Radzi Hanafi dan bersama-sama kita terus mengembangkan Silat Cekak Warisan Ustaz Hanafi ini kepada Seluruh Masyarakat demi mengelakkan masyarakat DITIPU oleh Silat Cekak Yang TIDAK ASLI serta mempunyai unsur TAHYUL dan KHURAFAT yang jelas berkaitan GURU SILAT CEKAK.

Ibarat kata-kata YM Sheikh Radzi Hanafi; "Silat Cekak adalah SILAT MELAYU ASLI, maka pastikan GURU SILAT CEKAK adalah MELAYU ASLI bukannya INDIA ASLI ataupun BAWEAN ASLI". Komen saya; "Inilah unsur TAHYUL dan KHUARAFAT yang paling jelas didalam SILAT CEKAK PALSU dewasa ini. Bersama Membenteras PENIPUAN demi Agama, Bangsa Dan Negara".

Akhir kata, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan TAHNIAH dan TERIMA KASIH kepada YBhg Encik Mohd Rauhi Bin Mohd Isa atas pengorbanan dan jasa beliau selama 36 tahun mengembangkan Silat Cekak serta KETEGASAN dan PRINSIP beliau MEMPERTAHANKAN Silat Cekak yang benar-benar ASLI dan menentang SILAT CEKAK PALSU yang penuh dengan TAHYUL dan KHURAFAT didalam perjuangannya. Hanya Allah swt sahaja yang dapat membalas budi dan jasa tuan.

BERSAMBUNG
TERUSKAN MEMBACA DEMI KEBENARAN

22 comments:

  1. Setinggi-Tinggi Tahniah Buat YBhg Encik Mohd Rauhi Bin Mohd Isa diatas pengurniaan Tokoh Anugerah Khas Guru Utama... Semoga Pengorbanan Beliau didalam memartabatkan Mandat Perguruan dan meyakini kami bahawa Y.M Syeikh Haji Md Radzi Al-Qadhi adalah Pewaris Dan Guru Yang Hak Silat Cekak menjadi panduan kepada kami generasi Muda...
    -Generasi Muda-

    ReplyDelete
  2. pastikan ia silat melayu asli bukan bawaen asli..

    Tahniah yg tidak terhingga utk Penerima Anugerah Khas Guru Utama 2010 iaitu YBhg Encik Mohd Rauhi Bin Mohd Isa.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..kita masih bersama & bersatu bersama YM Tuan Guru...GURU UTAMA SILAT CEKAK yg SAH & HAK..

    Tahniah & penghargaan juga utk YBhg. Cikgu Mohd Rauhi bin Mohd Isa..

    kepada SEMUA warga family Cekak..contohi Cikgu Rauhi..beliau amat menekankan KEASLIAN & BUKAN KHAYALAN..prinsip beliau juga seiring dgn YM Tuan Guru..TEGAS & TEPAT..janganlah kita jadi tenaga pengajar yg mengajar cara khayalan..ketepatan gerak buah & cara penerangan biarlah berpijak di bumi nyata..contohi pengalaman Cikgu Rauhi..bukan mengajar cara syok sendiri..sekadar mau nampak & bunyi hebat gah...ingatlah..jangan buat kelas kita jadi mcm pengkisahan filem hollywood..atau Hindustan..

    kena fikir kritis..musuh atau org yg menyerang bukannya patung & tunggul..tangan/kaki kanan kiri serang..yg sebelah lagi takkan dok diam?

    jadi biar bertepatan & jgn khayal..ajar yg sebenar & asli!

    ReplyDelete
  4. Tahniah Cg.Rauhi. Tahniah Kpd YM MRH.Tahniah kpd Tukang Blog Kebenaran,Sdr. Amin.Tahniah WARGA SILAT CEKAK yg mengikut Perjuangan YM MRH.KITA semua diuji.Ikutilah pesan YM,SABAR!!!!Walaupun beliau yg ditimpa pelbagai fitnah TETAPI beliaulah yg paling kerap berpesan kpd KITA agar BERSABAR.


    PTK

    ReplyDelete
  5. setuju dgn pesanan Cikgu Rauhi..pegang Guru yg HAK & SAH..

    Tenaga Pengajar plak tak buleh syok sendiri!!

    tahniah Cikgu Rauhi..tahniah YM Tuan Guru

    ReplyDelete
  6. Ya, saya sangat tertarik apabila beliau mengatakan masa zaman aruah Ustaz hanafi dulu: Guru adalah presiden dan presiden adalah Guru. Persatuan adalah merupakan alat untuk mengembangkan silat Cekak. Amat tidak selari dengan apa yg dimalkan oleh Akademi.

    Beliau menambah: Terdapat 3 golongan dalam mana2 persatuan iaitu
    1. Golongan atasan(Guru/presiden)
    2. Golongan pertengahan (Barisan AJK)
    3. Golongan bawahan(Jurulatih/ahli biasa)
    Katanya lagi " Biarlah golongan atasan(guru/presiden) menetapkan visi dan misi, Golongan pertengahan menetapkan strategy, dan biarlah golongan bawahan(jurulatih/ahli biasa) sebagai pelaksana."

    Katanya lagi " sedarlah diri kita berada dimana. Sedar diri sikit.Yg menjadi masalah kepada PSSUHM yg lepas adalah kerana mereka tak sedar diri". Akibatnya persatuan jadi macam rosak.

    KLS serdang

    ReplyDelete
  7. pembetulan sikit.

    Katanya lagi " sedarlah diri kita berada dimana. Sedar diri sikit.Yg menjadi masalah kepada PSSUHM yg lepas adalah kerana mereka tak sedar diri. Akibatnya persatuan jadi rosak macam tu"

    KLS serdang

    ReplyDelete
  8. teringat kata kata Cikgu Rauhi,
    "Biar berpecah banyak mana pun persatuan,saya akan tetap mengikut Che Md kerana dia adalah pewaris sebenar Silat Cekak"

    -Golongan pelaksana-

    ReplyDelete
  9. Tambahan:
    "selagi dua kaki & dua tangan ini masih kuat, saya akan tetap memperjuangkan silat cekak ini dibawah kepimpinan yang HAK..."

    ReplyDelete
  10. Marilah kita contohi kalau boleh sepertimana

    janji Cikgu Rauhi Kepada Almarhum Ustaz Hanafi

    "...selagi boleh bergerak dua tangan dan dua kaki saya tetap akan memperjuangkan silat cekak ini..." Aaaamin

    Tahhniah kepada Cikgu Rauhi yang ada prinsip dan keikhlasan dalam menegakkan institusi guru..

    Peribadinya tidak berubah semenjak saya mengenali beliau semasa 80an lagi..

    Ibarat tanaman padi makin berisi makin tunduk walupun sudah menjadi Pengarah Pendidikan Negeri tetapi sebagai ular menyulur akar tidak hilang bisanya.. produk Silat Cekak Hanafi Univ Malaya sama batch Univ dengan ceo akademi dan presiden cekak hanafi masman yang pernah belajar dengan Ustaz hanafi juga tetapi kenapa berbeza dari tindak tanduknya.....

    Kita jadikan contoh yang terbaik, marilah kita yang ada akal cuba fikirkan dan melihat dengan mata hati jika kita mahu kebenaran.. sebab kadang2 kebenaran itu adalah amat pahit untuk diterima..mungkin sebab hati ada penyakit....

    walaupun beliau ada kedudukan dan pangkat tetapi tidak kalah pada kedudukan dan pangkat beliau.... renung2kanlah sama2..


    Amageddon

    ReplyDelete
  11. <...produk Silat Cekak Hanafi Univ Malaya sama batch Univ dengan ceo akademi dan presiden cekak hanafi masman yang pernah belajar dengan Ustaz hanafi juga tetapi kenapa berbeza dari tindak tanduknya.....>

    Mungkin pengajaran hidup utk kite - dgn terungkainya pertualangan depa. maka kita lebih fahami perbezaan sifat seorang PEJUANG sejati berbanding sifat seorang PEMBURU liar!!!

    Lama dulu pun, jk xsilap Tuan Syeikh pun pernah berpuisi tentang PEJUANG & PEMBURU utk panduan tp mungkin ramai xhayati.

    MAA

    ReplyDelete
  12. tahniah kepada Cikgu Rauhi, prinsipnya selari dengan perbuatan.

    ReplyDelete
  13. Rakan Seperjuangan,

    Terima kasih kerana memberikan input tambahan kata-kata dan pesanan YBhg Encik Mohd Rauhi Bin Mohd Isa pada 25hb Dis 2010 yang lalu.

    Bersama kita terus memperjuangkan SILAT CEKAK USTAZ HANAFI YANG HAKIKI dan membenteras masyarakat daripada ditipu oleh SILAT CEKAK HANAFI MASMAN yang PALSU serta dipenuhi TAHYUL dan KHURAFAT berkenaan SALASILAH PERGURUAN.

    "Silat Cekak Ustaz Hanafi adalah Silat Melayu Asli dan Gurunya mestilah MELAYU ASLI bukannya INDIA ASLI ataupun BAWEAN ASLI".

    ReplyDelete
  14. Ayoyo.. dey thambi.. saya pun itu asli punya worang malayu.. itu worang sudah kasi 'dato' sama saya dey.. mau itu baju tempah kasitau sama saya.. manyak susah cakap asli punya melayu dey..
    ~Mat Din @ Mydin

    ReplyDelete
  15. Tahniah dan syabas kepada YBhg En Mohd Rauhi bin Mohd Isa,
    Semoga pesanan dan amalan beliau menjadi pendorong dan pembakar semangat kami yang muda-mudi ini. Biar kita pendokong Silat Cekak Ustaz Hanafi di bawah pimpinan YM Sheikh Hj Md Radzi Hanafi ini menjadi orang yang "EXTRA"...

    ReplyDelete
  16. betul-betul, banyak pengajaran di HTP.
    jgn lupa pesan ym bagi tempoh setahun utk jadi perut rimau. sama-sama berusaha.
    tk, royal blue warrior

    ReplyDelete
  17. ...dengan TEGAS... drpd 28 turun 26! uish

    ReplyDelete
  18. Tuan-tuan pelaksana sekelian,

    Jadilah orang yang luarbiasa, jangan jadi orang biasa. apa yang keluarbiasan, ialah pejuangan yang tak pernah berbelah bagi, jurulatih yang hebat menghasilkan penuntut yang hebat, Tuan Guru kita sememangnya hebat, tapi kita ngapa tak hebat. Bukan kita nak mengambil tempat guru, tapi sebagai golongan pelaksana, kita mengambarkan kehebatan Guru kita. So nak taknak kita kena hebat, bukan hebat untuk bermegah tapi hebat dalam melaksanakan amanah yang di berikan. 1. Yakin, 2. Ilmu 3. Amal tiga tunggak utama dalam usaha memantapkan diri. Jangan sampai org lain mengatakan ayat "apalah jurulatih cekak hanafi, buah pun tak mantap, sapa guru dia?" Tuan-tuan pelaksana, saya tak sanggup nak dengar ayat tu sebab itu maruah Guru kita, maruah silat kita. Dan juga tugas menyebarkan silat cekak ini juga tanggungjawab kita semua, Jangan di pandang mudah, sebab dia berkait rapat ngan amalan yang bakal di bawa mati, "amal dah kurang belum tentu ikhlas lagi tu , solat lubang- lubang, anak belum tentu lagaknya yang tinggal utk kita bawa mati ynag kita boleh buat adalah silat cekak, ilmu ynag bermunafat. Itu kesimpulan yang saya dapat dari ucapan Cikgu Rauhi dan amanat YM Tuan Gurur Utama kita . (nampak gaya berat ini nak buat tapi bak kata YM Guru kita Anak jantan tak pernah mengundur sekali melangkah. Majulah lah kawan-kawan seperjuangan ku, biar kita sebagai pelaksana melangkah bersama-sama,)

    SIBS

    ReplyDelete
  19. Cikgu Rauhi.... Seorang yang ikhlas dalam perjuangan... tetap berpegang kepada janjinya kepada Almarhum Ustaz.. Buktinya, telah 36 tahun beliau tetap setia bersama Silat Cekak yang asli dan guru yang hak..

    Pembetulan kepada fakta yang sebelum ini diselewengkan... beliaulah yang bertanggungjawab kepada penubuhan Silat Cekak di Universiti Malaya.. beliau yang mengumpulkan ahli dan segala2 urusan berkaitan pembukaan kelas... Tetapi malangnya yang disebut2 membukanya adalah CEO Akademi... Itulah yang dinamakan Lembu punya susu, sapi yang dapat nama.....

    ReplyDelete
  20. perlu dibongkar siapa lagi pejuang asli & hakiki seperti cikgu rauhi yg masih teguh berjuang..untuk dijadikan motivasi & pengajaran kpd generasi muda Cekak skrg..

    setakat baru 5-10 tahun..jgn perasan diri sudah otai sgt dlm Cekak ni..esok lusa kita belum pasti apa yg bakal jadi pada pendirian memasing..

    perlu dibongkar lagi juga pelbagai penyelewengan fakta oleh puak AKADEMi..yg amat perasan bahawa depa kununnya yg bnyk berjasa itu & ini..walhal fakta sebenar..disenyapkan!!

    moga YM Tuan Guru & keluarga diselamatkan Allah..sentiasa dlm rahmat & kasihNya jua..

    ReplyDelete
  21. “Dan janganlah kamu menyembah apa-apa yang tidak memberi manfaat dan tidak (pula) memberi mudharat kepadamu selain Allah; sebab jika kamu berbuat (yang demikian) itu, maka sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang zalim”...sape guru cabul tu??

    “Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Ia Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”...GURU Cabul tak cenderung tapi nak salahkan saksi serta aibkan saksi pulak nak tutup kesalahannya...NAPE jd mcm tu.

    Demi menjaga kesucian akidah Islam, beberapa perkara perlu diambil perhatian iaitu setiap individu atau kumpulan tidak boleh mendakwa GURU CABUL tuuuu..baik sangat kononnya.

    Tidak boleh mentaati guru atau seseorang pada perkara-perkara yang jelas bercanggah dengan akidah dan syariat Islam.
    Sebarang syarat yang bertentangan dengan akidah, syariah dan akhlak Islam...VOTE GURU CABULLL OUT.

    guru cabul (pAK sYAITAN) yang melakukan perkara-perkara syirik, sama ada melalui perkataan, perbuatan atau iktikad.melakukan MAKSIAT/jenayah dan yang bertentangan dengan moral.Pemecah belah masyarakat.pAK sYAITAN mentafsir ajaran agama Islam mengikut hawa nafsu..BUAS MCM BINATANG (HARIMAU-JAGUH KPG)

    MURID2 YANG NAK BERGURU TU...tidak boleh taat secara membuat tuli kepada guru (TERMASUK guru cabul ). Mereka hendaklah mengikut perintah guru selama tidak bercanggah dengan perintah Allah.

    JANGAN JADI LEMBU ...YANG DITARIK HIDUNGNYA...KKEKEKE

    ReplyDelete
  22. puan yg sama lagi????copy paste??? ahahaha..
    ko tak dapat komen kat gugat sana (maklum dia sekat komen-penakut!!), ko buat jahat kat sini ye??

    ReplyDelete