Wednesday, December 8, 2010

Fitnah Di Mahkamah Ampang - Siri 6

Setelah lama rencana berkenaan Fitnah Di Mahkamah Ampang tidak menemui pembaca, maka pada hari ini rencana ini sekali lagi diterbitkan bagi tujuan memperjelaskan situasai Penggulungan Hujah oleh pihak Peguambela dan Pendakwaraya pada hari ISNIN (15hb November 2010), jam 11.00 pagi, di Mahkamah Majistrate, Ampang yang dihadiri kira-kira 150 orang para Pendokong Hakiki kepada YM Sheikh Haji Md Radzi Bin Ustaz Haji Hanafi Al-Qedahi, sehinggakan ramai yang tidak dapat memasuki ruang mahkamah sehinggakan kelihatan juga beberapa puluh orang yang terpaksa berdiri sepanjang Penggulungan Hujah berlangsung sekitar 2 jam.

Hujah Penggulungan dimulakan oleh Peguambela YM Sheikh Radzi dengan mencadangkan bahawa YM Sheikh Radzi Hanafi perlu DILEPAS dan DIBEBASKAN berdasarkan penghujahan (ringkasan) dibawah:-

1) Keterangan Cik Hashimah Bt Asnawi tidak mempunyai kredibiliti

Peguambela menghujahkan bahawa keterangan Cik Hashimah Bt Asnawi tidak mempunyai kredibiliti apabila mengatakan bahawa beliau TIDAK BOLEH BERGERAK apabila kehadiran YM Sheikh Radzi Hanafi di rumahnya, tetapi yang menimbulkan persoalan, bagaimana Cik Hashimah Bt Asnawi ini pergi mengambil minuman serta turut menghantar YM Sheikh Radzi Hanafi ke kereta SWIFT beliau yang bernombor JEG77, sedangkan beliau mempunyai BANYAK MASA untuk melarikan diri atau menjerit, sekiranya perbuatan mencabul kehormatan berlaku kepada beliau.

2) Keterangan Cik Hashimah Bt Asnawi tidak mempunyai keterangan sokongan

Peguambela berhujah bahawa SEMUA keterangan Cik Hashimah Bt Asnawi tidak mempunyai sebarang KETERANGAN SOKONGAN bagi membukti segala dakwaan beliau. Selain daripada dakwaan pencabulan, Cik Hashimah Bt Asnawi juga turut MENDAKWA bahawa beliau berkeadaan TRAUMA selepas kejadian sedangkan TIDAK ADA sebarang KETERANGAN SOKONGAN untuk membuktikan dakwaan beliau.

Dakwaan TRAUMA beliau ini lebih menimbulkan persoalan apabila kenyataan Cik Hashimah Bt Asnawi menyatakan bahawa beliau telah menghantar YM Sheikh Radzi Hanafi ke kereta apabila beliau hendak pulang, malahan dapat melihat jenis kereta dan mengingati nombor 'plat' kereta tersebut. Pertanyaan Cik Hashimah Bt Asnawi kepada ibunya:- "ADA TAK PAK TAM (YM Sheikh Radzi Hanafi) TELEFON?" juga menimbulkan keraguan status TRAUMA beliau.

3) Keterangan Cik Hashimah Bt Asnawi tidak konsisten dan mempunyai percanggahan serius

Peguambela berhujah bahawa terdapat beberapa keterangan yang bercanggah oleh Cik Hashimah Bt Asnawi dan diantaranya beliau mengatakan kononnya pencabulan berlaku dalam keadaan beliau MENIARAP (keterangan dalam mahkamah), sementara didalam Akuan Berkanun (Surat Bersumpah), beliau mendakwa kononnya pencabulan berlaku dalam keadaan beliau MELENTANG.

Peguambela turut berhujah bahawa sepanjang perbicaraan berjalan, pihak Pendakwaraya tidak pernah membuktikan situasi dan cara kononnya pencabulan tersebut dilakukan serta Cik Hashimah Bt Asnawi TIDAK PERNAH menerangkan secara terperinci situasi dan cara kononnya pencabulan tersebut telah dilakukan.

Selepas Peguambela selesai berhujah, hujahan balas telah dilakukan oleh Pendakwaraya seperti ringkasan dibawah:-

1) Keterangan Cik Hashimah Bt Asnawi adalah keterangan yang mempunyai kredibiliti.

Pendakwaraya berhujah bahawa keterangan Cik Hashimah Bt Asnawi adalah keterangan yang mempunyai kredibiliti apabila beliau TIDAK MEMPUNYAI KEPENTINGAN untuk menipu, tambahan pula beliau ketika itu berumur sekitar 16 tahun sahaja.

2) Keterangan Cik Hashimah Bt Asnawi adalah keterangan yang disokong para saksi

Pendakwaraya berhujah bahawa keterangan Cik Hashimah Bt Asnawi merupakan keterangan yang telah disokong secara konsisten oleh keterangan saksi-saksi yang terlibat iaitu Encik Asnawi Bin Ahmad (Bapa Cik Hashimah), Puan Rohaya Bt Johan (Ibu Cik Hashimah) dan Cik Aishah Bt Abd Aziz (Sepupu Cik Hashimah).

3) Keterangan Cik Hashimah Bt Asnawi dikatakan bercanggah kerana situasi mahkamah

Pendakwaraya berhujah bahawa keterangan Cik Hashimah Bt Asnawi yang dikatakan bercanggah tersebut kerana keadaan situasi mahkamah yang membuatkan beliau gementar dan memberikan keterangan yang berlainan dengan Surat Akuan Berkanun (Surat Bersumpah) yang pernah diakurkan oleh beliau.

Hujahbalas Peguambela adalah seperti berikut:-

1) Berhubung kenyataan bahawa Cik Hashimah Bt Asnawi TIDAK MEMPUNYAI KEPENTINGAN untuk menipu telah disanggalkan bahawa YM Sheikh Radzi Hanafi juga TIDAK MEMPUNYAI KEPENTINGAN untuk melakukan perkara seperti didakwa oleh Cik Hashimah Bt Asnawi kerana beliau berjawatan tertinggi didalam PSSCUHM serta dipandang mulia oleh masyarakat.

Hujahan beliau turut merujuk kepada keterangan Pegawai Penyiasat (ASP Toh) daripada pihak PDRM yang TIDAK MENOLAK KEMUNGKINAN berlakunya 'politiking' untuk menjatuhkan YM Sheikh Radzi Hanafi sebagai Presiden / Guru Utama PSSCUHM. Tambahan pula, menurut keterangan Encik Asnawi Bin Ahmad (Bapa Cik Hashimah), laporan polis hanya dibuat selepas 6 bulan daripada dakwaan kononnya kejadian cabul berlaku atas faktor banyaknya SMS yang diterima menghina anak beliau dan mereka sekeluarga. Bukannya atas faktor hendak mendapatkan pembelaan dan kebenaran.

2) Hujahan Pendakwaraya yang mengatakan bahawa keterangan saksi-saksi yang terlibat merupakan keterangan sokongan disangkal oleh Peguambela dengan mengatakan bahawa keterangan mereka hanyalah sebagai MENCERITAKAN SEMULA seperti yang telah diceritakan oleh Cik Hashimah Bt Asnawi. Ianya lebih merupakan keterangan 'HEAR SAY' sahaja. Keterangan sokongan ini adalah seperti keterangan daripada Doktor Perubatan yang menunjukkan bukti-bukti tertentu berhubung dakwaan ataupun berhubung keadaan TRAUMA Cik Hashimah Bt Asnawi.

3) Hujahan Pendakwaraya yang mengatakan bahawa keterangan Cik Hashimah Bt Asnawi tersebut dikatakan bercanggah kerana faktor situasi didalam mahkamah telah disangkal oleh Peguambela dengan memohon pertimbangan mahkamah dengan melihat 'CHARACTER' Cik Hashimah Bt Asnawi sepanjang perbicaraan dimana BETAPA AGRESIFnya beliau sepanjang perbicaraan berlangsung. "Ada suatu ketika, saya tanya dia, dia tanya saya semula!" kata Peguambela. "Sekali lagi saya menegaskan bahawa OKT (YM Sheikh Radzi Hanafi) perlu DILEPAS dan DIBEBASKAN daripada tuduhan" - Hanif Hassan.

Keputusan samada YM Sheikh Haji Md Radzi Bin Ustaz Haji Hanafi Al-Qedahi DILEPAS dan DIBEBASKAN atau perlu dipanggil MEMBELA DIRI akan diumumkan oleh Mahkamah Majistrate, Ampang pada hari esok KHAMIS (09hb Disember 2010), pada jam 02.00 Petang.

Nota:-
Setiap Hujah Penggulungan daripada Peguambela dan Pendakwaraya telah dirujukkan kepada kes-kes tertentu yang bersesuaian berdasarkan pandangan mereka. Perlu diingat, rencana ini hanya menerangkan secara ringkas butiran penghujahan mereka. Adalah dinasihatkan agar para pembaca mendapatkan secara RASMI dan TERPERINCI berkenaan Hujah Penggulungan tersebut daripada pihak yang berotoriti. Penulis TIDAK BOLEH dipertanggungjawabkan atas KETIDAKTEPATAN fakta-fakta hujahan. Sekian harap maklum.

BERSAMBUNG
TERUSKAN MEMBACA DEMI KEBENARAN

13 comments:

  1. salam tuan, kite doakan semoga keputusan esok 9/12/2010 berpihak kpd YM Sheikh insyaAllah...

    hilmi-shah alam-

    ReplyDelete
  2. keji & hina org yg mencaci GuruKu & keluarganya..

    keji & hina bagi org yg ngaku lembut hati..ngaku KONONNYA mcm semua ILMU USTAZ ada pada depa..

    moga ditunjukkan jalan pada depa..& moga diselamatkan Tuan Guru & ahli keluarganya..

    kabulkanlah permintaan hambaMu ini Ya Allah..dengan berkat kekasihMu Muhammad Ya Rasulullah.

    ~Avanza..NBR..~

    ReplyDelete
  3. terbaik..tu je saya mampu ucapkan kat abg amin kita...walaupun saya baru dalam silat cekak...(jatuh,insya allah,akan masuk potong)...keyakinan saya pada tuan sheikh tinggi sebab beliau adalah guru sebenar guru...

    insya allah..tuan sheikh akan menang dalam kes ni esk 9/12/2010,...ia cukup bermakna buat saya...

    -MFH-

    ReplyDelete
  4. Salam.
    Jom hadir beramai2 di mahkamah esok..
    Hidup Tuan Sheikh!
    ~Insya Allah.

    ReplyDelete
  5. Semoga YM Tn Sheikh memperolehi KEMENANGAN esok pagi....InsyaAllah. Setiap KEBENARAN akan TERTEGAK jua....

    Nass, PHG

    ReplyDelete
  6. Selamat menyambut tahun Hijrah 1432H buat YM Md. Radzi dan keluarga dan rakan2 sepejuagan.
    Semoga Ym Tn Sheikh Md Radzi bin Hj Hanafi menang dalam kes esok pagi.


    Wan

    ReplyDelete
  7. 1) Berhubung kenyataan bahawa Cik Hashimah Bt Asnawi TIDAK MEMPUNYAI KEPENTINGAN untuk menipu telah disanggalkan bahawa YM Sheikh Radzi Hanafi juga TIDAK MEMPUNYAI KEPENTINGAN untuk melakukan perkara seperti didakwa oleh Cik Hashimah Bt Asnawi kerana beliau berjawatan tertinggi didalam PSSCUHM serta dipandang mulia oleh masyarakat.

    {Barang diingat, apabila seorang manusia menghadapi situasi nafsu telah melebihi akal-fikiran dan kewarasan serta imannya, dan didorong oleh hasutan iblis dan syaitan laknatullah, maka isu tiada kepentingan diketepikan oleh Al Qodi! Malah Al Qodi telah lupa siapa beliau pada ketika itu!

    Barang diingat juga, jangankan Guri Silat, Guru Agama, malah Wali Allah sekalipun pernah kecundang dek hasutan Iblis dan Syaitan dan melakukan perkara yang terkutuk! }

    ReplyDelete
  8. Wah betulnye emosi sedare atas ni???
    Jgn lah kalau diri anda jenis sebegitu... nak samakan GURU pun mcm tu...
    Kalau anda jadi Guru mungkin anda akan membiarkan NAFSU menguasai AKAL kot...
    Nampak gayanya macam tu lah... :)

    Tok Wali yg kecundang tu sape?? Cerita sikit...

    ReplyDelete
  9. semoga Abg Mat selamat dan bebas dari fitnah...dan hasad dengki manusia munafik

    ReplyDelete
  10. Anonymous said...
    {Barang diingat, apabila seorang manusia menghadapi situasi nafsu telah melebihi akal-fikiran dan kewarasan serta imannya, dan didorong oleh hasutan iblis dan syaitan laknatullah, maka isu tiada kepentingan diketepikan oleh Al Qodi! Malah Al Qodi telah lupa siapa beliau pada ketika itu!

    Barang diingat juga, jangankan Guri Silat, Guru Agama, malah Wali Allah sekalipun pernah kecundang dek hasutan Iblis dan Syaitan dan melakukan perkara yang terkutuk! }

    komen : Pn Anon, awak membuat andaian berdasar contoh dalam fikiran pn.

    Dalam hal ini,

    Pn. Anon bukannya khasyaf dlm melihat hati dan nafsu orang pada ketika dan saat itu. So, pergiah mahkamah esok untuk melihat penilaian Hakim.

    Jadilah orang yang matang

    Satu perkara yang perlu diingatkan Allah boleh menyelamatkan kita pada bila2 masa Dia kehendaki.

    Perkataan yang pn Anon keluarkan juga menunjukkan pn tidak yakin Silat Cekak Hanafi boleh membentuk peribadi Murni.

    MI

    ReplyDelete
  11. Anonymous,

    Dakwaan:-

    Barang diingat juga, jangankan Guri Silat, Guru Agama, malah Wali Allah sekalipun pernah kecundang dek hasutan Iblis dan Syaitan dan melakukan perkara yang terkutuk!

    Komen:-

    Cerita Wali Allah yang kecundang kononnya ini sebenarnya modal lama yang telah saya dengar drpd hujah yang dikeluarkan oleh Man Cina & Md Daud Sutan. Sila PUAN nyatakan nama Wali Allah tersebut, saya dah siap sedia dengan hujah jawaban beserta dengan pandangan para ulamak muktabar.

    Salah seorang WALI SONGO juga, pada awalnya dianggap menyimpang, tetapi apabila para ulamak memperhalusi, WALI SONGO tersebut BUKANLAH menyimpang pemahamannya tetapi kerana SANGAT TINGGI kefahaman TAUHIDnya sehingga menimbulkan fitnah dikalangan orang AWAM.

    Silakan PUAN, nyatakan nama Wali Allah mengikut dakwaan PUAN. Saya hanya menunggu daripada PUAN untuk saya membuat hujahan balas.

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah. Tahniah kepada Ym Hj md Radzi b. Hj Hanafi. Dibebaskan dari tuduhan fitnah.

    MI

    ReplyDelete
  13. Rasulullah SAW tidak pernah memegang tangan seorang wanita pun, baginda membaiat mereka dengan ucapan. Aisyah melanjutkan, "Demi Allah, Rasulullah SAW tidak pernah mengambil sumpah kepada kaum wanita kecuali atas apa yang diperintahkan oleh Allah, dan baginda tidak pernah menyentuh telapak seorang wanita pun, apabila baginda membai'at mereka, baginda hanya mengucapkan; "Sesungguhnya saya telah membai'at kalian." (Hadis Riwayat Muslim hadis no. 3470)

    Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,

    لأن يطعن في رأس رجل بمخيط من حديد خير من أن يمس امرأة لا تحل له

    Maksudnya : “Sekiranya kepala salah seorang daripada kamu ditusuk dengan jarum besi, itu adalah lebih baik bagi kamu daripada kamu menyentuh wanita yang tidak halal bagi kamu.” (Hadis Riwayat ath-Thabrani. Dinilai sahih oleh al-Mundziri, al-Haitsami, dan al-Albani)

    Syaikh al-Albani rahimahullah berkata, “Pada hadis ini terdapat ancaman yang keras (tegas) kepada sesiapa sahaja yang menyentuh wanita ajnabiyah (yang bukan mahram). Padanya juga terdapat dalil atas haramnya bersalaman (mushofahah) dengan wanita. Sebab itu, tidak diragukan bahawa bersalaman itu mengandungi unsur bersentuhan. Pada masa ini, umat Islam banyak diuji dengan situasi ini, dan di antara mereka adalah dari kalangan ahli ilmu. Sekiranya mereka mengingkari perkara tersebut dengan hati mereka, tentu ada sedikit kemudahan untuk menasihati mereka. Tetapi sayangnya, mereka menghalalkan perkara tersebut dengan pelbagai cara (jalan) dan takwilan (penafsiran).” (Rujuk: al-Albani, as-Silsilah ash-Shahihah, 1/225)

    Fikir-fikirkan.

    ReplyDelete