Monday, December 13, 2010

Gelabah Biawak

Tajuk rencana GELABAH BIAWAK ini saya pilih apabila melihat gelagat seorang penulis 'Blog Fitnah' yang menggelabah mempertahankan dakwaannya terhadap YM Sheikh Haji Md Radzi Bin Ustaz Haji Hanafi Al-Qedahi sejurus Mahkamah Majistrate Ampang MELEPASKAN dan MEMBEBASKAN YM Sheikh Radzi Hanafi atas tuduhan fitnah oleh Cik Hashimah Bt Asnawi.

Menggelabahnya si Penulis blog (ABU JAHAL CELIK IT) tersebut ibaratnya seperti seekor BIAWAK yang MENGGELABAH apabila berhadapan dengan MUKMIN sehingga LINTANG PUKANG biawak tersebut melarikan diri. Samalah juga dengan perilaku ABU JAHAL CELIK IT ini yang menggelabah mempertahankan dakwaannya sehingga LINTANG PUKANG beliau memberikan hujahannya. Diantara hujahan ABU JAHAL CELIK IT ini yang begitu menggelikan hati saya adalah seperti berikut:-

Dakwaan (01)

Aku boleh terima keputusan Hakim menolak kes ini atas sebab2 teknikal tetapi kejadian itu memang berlaku dan pengakuan MRH pun mengesahkan perkara itu.

Jawaban (01)

ABU JAHAL CELIK IT ini TIDAK HADIR di mahkamah ketika Alasan Penghakiman dibacakan oleh Puan Majistrate. Seramai kira-kira 300 orang yang hadir pada hari tersebut boleh MENGESAHKAN bahawa tidak terdapat satu ayat pun Alasan Penghakiman daripada Puan Majistrate menunjukkan alasan teknikal tuduhan tersebut digugurkan.

Berkenaan kononnya pengakuan MRH (Md Radzi Hanafi) adalah TIDAK PERNAH berlaku sama sekali. Mungkin rujukan ABU JAHAL CELIK IT ini berdasarkan VCD JK Penyiasat yang jelas telah diedit oleh individu tertentu. Laporan Rasmi JK Penyiasat dan JK Penghakiman tidak ada mengesahkan perihal ini.

Dakwaan (02)

Tapi dalam kes jenayah ini, ia tersangkut diperingkat untuk menimbulkan prima facie. Tidak ada full trial dijalankan. Oleh itu, tiada hujah2, bukti dan keterangan lanjut dapat diberikan. Disebelah MRH, jawapan2 diberikan melalui afidavit sahaja. Tp disebelah mangsa (pendakwaan) mereka terpaksa berdepan dengan Hakim dan peguam MRH. Saksi2 mangsa dipanggil untuk beri keterangan. Hakim MRH boleh menyoal saksi2. Tetapi disebelah MRH tidak berlaku sebab ia bukan full trial.

Jawaban (02)

Tatacara dimana-mana mahkamah didunia adalah si Penuduh (Cik Hashimah Bt Asnawi) hendaklah membuktikan tuduhan / dakwaan beliau tidak langsung mempunyai KERAGUAN MUNASABAH (Prima Facie). Jika tuduhan ini dianggap BENAR oleh mahkamah, barulah mahkamah akan mengarahkan 'Orang Kena Tuduh' @ OKT (YM Sheikh Radzi Hanafi) untuk MEMBELADIRI daripada tuduhan tersebut.

Si Penuduh hendaklah memanggil saksi-saksinya untuk MEMBENARKAN tuduhan beliau dan dalam kes ini saksi-saksi beliau telah hadir memberikan keterangan. Inilah dikatakan FULL TRIAL, cuma didalam konteks Perbicaraan Jenayah, si Penuduh hendaklah terlebih dahulu MEMBUKTIKAN tuduhan beliau TIADA KERAGUAN MUNASABAH baharulah mahkamah akan menentukan sama ada OKT perlu membela diri dengan memanggil saksi-saksinya pula.

Tuduhan mengatakan bahawa disebelah MRH / OKT memberikan jawaban melalui afidavit sahaja adalah tuduhan melulu dan bingai dimana ABU JAHAL CELIK IT ini menulis tanpa beliau sendiri mengetahui tatacara Perbicaraan Kes Jenayah. Tidak ada sebarang afidavit atau keterangan bertulis atau sebagainya daripada MRH / OKT selagi tuduhan Cik Hashimah Bt Asnawi ini dianggap BENAR oleh mahkamah.

Secara kesimpulannya, dakwaan (02) daripada ABU JAHAL CELIK IT ini merupakan satu dakwaan yang beliau sendiri TIDAK MENGETAHUI apa yang beliau perkatakan. Ini dibuktikan lagi apabila beliau telah membandingkan tatacara Kes Jenayah ini dengan tatacara Kes Civil (saman-saman berkaitan persatuan) yang ternyata berbeza. Mungkin rujukan beliau adalah MAHKAMAH BERUK iaitu sebuah MAHKAMAH TERMULIA mengikut pandangannya.

Dakwaan (03)

Bolehkah kes ini dilaporkan ke Mahkamah Syariah sebagai satu kes khalwat? Tentu boleh.
Jadilah kes ini satu kes khalwat yang dilakukan oleh MRH.

Jawaban (03)

Merupakan fitnah terbaru daripada ABU JAHAL CELIK IT. Mahkamah Syariah di Malaysia TIDAK PERNAH menjatuhkan tuduhan mahupun kesalahan khalwat atau sebagainya terhadap MRH. Ini jelas satu fitnah dan andaian membabi buta dan kenyataan ini bertujuan untuk mengalihkan perhatian ahli-ahli ke arah fitnah yang baru direkacipta.

Dakwaan (04)

Pada aku, tuduhan cabul itu sendiri tidak salah. Polis yang menyiasat kes ini atas dasar kes cabul. Seksyen kanun keseksaan yang digunakan pun seksyen kes cabul. Begitu juga pendakwaraya dan Yang Arif Hakim.

Jawaban (04)

Memang benar, tuduhan dibuat berdasarkan Seksyen 354, Kanun Keseksaan Undang-Undang Jenayah (Mencabul Kehormatan). Apabila tuduhan berdasarkan seksyen tersebut sudah pastilah polis yang menyaisat berdasarkan seksyen ini. Sudah pastilah Pendakwaraya dan Puan Majistrate menjalankan perbicaraan berdasarkan seksyen ini. Mustahil jika tuduhan mencabul kehormatan maka mereka akan bertindak berdasarkan seksyen berkaitan SAWAN BABI. Yang pastinya tuduhan Cik Hashimah Bt Asnawi tidak dianggap BENAR oleh mahkamah.

Dakwaan (05)

Banyak persoalan telah ditimbulkan. Antaranya adalah mengapa hanya selepas 6 bulan kes itu berlaku, baru keluarga mangsa membuat laporan polis. Oleh kerana ada hasrat untuk menyaman keluarga mangsa oleh MRH, mereka terpaksa membuat laporan kepada polis dan MRH ditangkap dan ditahan.

Jawaban (05)

Keterangan Encik Asnawi Bin Ahmad apabila beliau ditanya oleh Pendakwaraya berkenaan alasan mengapa selepas 6 bulan kes berlaku barulah beliau membuat laporan polis dan Encik Asnawi Bin Ahmad TIDAK PERNAH mengatakan alasan bahawa terdapatnya hasrat MRH hendak menyaman keluarganya. Sekali lagi penyelewengan fakta telah dilakukan oleh ABU JAHAL CELIK IT. Berkenaan MRH ditangkap dan ditahan, adalah tatacara biasa Polis yang mereman OKT untuk tujuan PENYIASATAN. Penangkapan pihak polis ini bukanlah bermakna OKT disabitkan bersalah atas tuduhan.

Dakwaan (06)

Keluarga mangsa tahu kes yang akan dibawa adalah lemah tapi mereka terpaksa lakukan juga.

Jawaban (06)

Keluarga Cik Hashimah Bt Asnawi TIDAK PERNAH merasakan kes tuduhan ini lemah. Mereka begitu berkeyakinan atas tuduhan tersebut. Mungkin maksud ABU JAHAL CELIK IT ini adalah Encik Asnawi Bin Ahmad lemah SYAHWAT la kot.

Dakwaan (07)

Itu sebab dikatakan kes ini bukan kes antara persatuan dengan MRH tetapi diantara keluarga mangsa dengan MRH. Keputusan kes ini tidak terkesan kepada persatuan.

Jawaban (07)

Ye ke keputusan kes ini tidak terkesan kepada persatuan? Biarlah HAKIM menjalankan tugasannya. ABU JAHIL CELIK IT teruskan tugasan memfitnah melalui blog. Janganlah pula nak mengambil tugasan HAKIM. Sama-sama kita nantikan, adakah keputusan kes di Mahkamah Majistrate Ampang ini tidak memberikan kesan kepada PSSCUHM.

Dakwaan (08)

Kes ini lebih ekstrem daripada kes mangsa. Terlepas daripada hukuman tidak semestinya si penjenayah itu benar (dirujuk kepada Kes si Penuduh yang merupakan seorang OKU).

Jawaban (08)

Contoh kes yang beliau rujuk langsung tidak relevan dengan kes yang melibatkan MRH kerana si Penuduh (Cik Hashimah Bt Asnawi) adalah WARAS akalnya berbanding rujukkan kes ABU JAHAL CELIK IT ini dimana si Penuduh adalah seorang OKU yang kurang cerdik pemikirannya.

Walaubagaimanapun, OKU tersebut telah BERJAYA membuktikan bahawa tuduhannnya BENAR dan OKT tersebut telah dipanggil MEMBELADIRI walaupun OKT telah dilepaskan dan dibebaskan daripada tuduhan. Ini sangat berbeza dengan tuduhan Cik Hashimah Bt Asnawi, dimana walaupun beliau seorang yang WARAS akalnya tetapi beliau telah GAGAL membuktikan bahawa tuduhannya BENAR tanpa terdapat KERAGUAN MUNASABAH. Bak kata Mohd Nabil Bin Ahmad; "Lu pikirlah sendiri...."

Kesimpulan Saya:-

Sekiranya para pembaca terjumpa biawak, bandingkan MENGGELABAHNYA BIAWAK tersebut hingga LINTANG PUKANG melarikan diri SANGAT TEPAT sikapnya dengan GELABAH si ABU JAHAL CELIK IT menegakkan dakwaannya sehingga LINTANG PUKANG jawabannya setaraf otak BIAWAK tersebut.

BERSAMBUNG
TERUSKAN MEMBACA DEMI KEBENARAN

15 comments:

  1. Pendokong Hakiki,

    Pada pandangan saya, blog GUGAT tak kasi komen sebab tak mahu org pertikaikan dakwaannya untuk TUTUP blog tersebut.

    Pandangan saya, sebenarnya GUGAT terlalu yakin bahawa YM akan dipanggil MEMBELA DIRI. Jika itu yang berlaku, maka nescaya GUGAT dah tutup blog tersebut kerana itulah jika kita analisa blognya ketika menghampiri keputusan Mahkamah Majistrate Ampang, telah menunjukkan tanda-tanda pengakhiran.

    Malangnya, keputusan tidak seperti NAFSUNYA maka terpaksalah beliau meneruskan FITNAHNYA demi membenarkan dakwaannya terdahulu. Maka digunakanlah alasan kononnya byk terima makian dan pelbagai alasan lain demi menyekat komen-komen yang mempertikaikan hasrat penutupan blognya.

    Akai si GUGAT ni dalam POKET saya je...hehehehe....

    ReplyDelete
  2. sy de gak komen kat blog die 2 3 ari lepas...xde pun rsnye terselit caci maki dlm komen tu...tp smpai skng die xapprove pun komen tu...pastu skng wt alasan yg ade id je leh komen...sy siap ltk name n no phone lg kt situ...bknnye ape tkt die ckp sy bohong name sndri...tp still gak x approve...byk sgt helah sigugat tu...dlu bkn men nk tegakkan yg benar konon...ade org ajk bebincang ngn care bek pun xnk...

    Hilmi-shah alam-

    ReplyDelete
  3. Ha ha ha

    Gugat ni memang tak telus dan tak berani. Saya pun ada comment gak. Tak de lah maki hamun. Tapi tak release gak. Kalau dah geng Abu jahal memang kaki kelentong.Dia terpaksa menipu sebab nak tutup penipuan yang lepas.penipuan ni akan berterusan sampai akhir zaman.

    KLS serdang.

    ReplyDelete
  4. Palsampah dorang, alang2 dah buat dosa, biar sampai masuk jahannam.

    Nak tgk gelabah biawak ke tak, sejak keputusan mahkamah memihak kepada YM, berapa banyak posting merapu dia keluar bersilat kata utk terus bodohkan orang yang sedia untuk dibodohkan. Hati dah berkarat, cuci pakai klorox pun tak putih jugak.

    ReplyDelete
  5. Semua Ahli Silat Cekak Hanafi Masman,

    Ketahuilah bahawa sehingga ke hari ini, belum ada ubat (pil atau cecair) yang boleh mengubati penyakit BODOH. Oleh itu janganlah diperbodohkan oleh individu yang membawa virus penyakit BODOH ini. Mencegah Lebih Baik Daripada Merawat Penyakit BODOH.

    ReplyDelete
  6. Tuan Amin,

    Sejak mula Tuan membuka blog ini, saya dapati Tuan melaporkan duduk perkara secara amat konsisten. Amat mudah untuk saya memahaminya kerana penceritaan Tuan mempunyai kesinambungan dan aliran cerita yg baik.

    Saya amat berterima kasih kepada Tuan kerana blog ini banyak memberi saya informasi yang sungguh berguna. Ia memberi gambaran tentang realiti kehidupan yang penuh tipu daya serta bisikan Iblis. Sesungguhnya blog Tuan banyak memberi manafaat kepada saya.

    hehehe....

    Memang si abu jahal celik IT aka gugat (cam ubat gegat lak.. ahaksss) ini menggelabah biawak. Penulisan sudah jadi tidak tentu arah seperti orang yg sudah hilang kewarasan berfikir. Lintang pukang, tunggang terbalik. Cermin jiwanya yg bercelaru !!

    Akan tetapi apa nak dihairankan ?? Inilah balasan kepada orang yg membuang GURU SEBENAR GURU. Pada pandangan peribadi saya yang kerdil ini, yg serba tidak tahu ini, selagi si abu jahal aka gugat ini tidak meminta ampun & maaf di atas segala kebiadapan beliau serta kesalahan beliau kepada YM GU, Bonda Maimunah, Kak Ita & Anak2 serta seluruh ahli keturunan Ustaz Hanafi Hj Ahmad, selagi itulah beliau tidak akan dapat membezakan antara yg HAK & yang Bathil. Jiwanya bercelaru, & hanya menurut hawa nafsu sahaja.

    Kita manusia ini hanya mampu berusaha serta bertawakkal. Hanya Allah SWT yang dapat membuka pintu hati mereka ini untuk menyedari akan kesilapan besar yang telah mereka lakukan!!

    Semoga Allah Melindungi kita semua daripada segala kejahatan yang ada di langit & di bumi.

    Terima kasih yg tidak terhingga utk Tuan Amin, Tuan empunya Blog ini.

    ReplyDelete
  7. salam..

    gugat tu dah masuk tahap menggelabah biawak yang bingai tahap abadi..bodoh tak boleh nak diajar..bangang sampai mati...

    Razlan Ab Razak

    ReplyDelete
  8. ehhh...sy tengok xde plak si puan yg selalu SAWAN BABI tu komen dh ek...hua3....guling2 saya ketawa...

    ReplyDelete
  9. saya sokong penuh pendapat semua saudara SEGURU saya diatas..

    alasan yang diberikan oleh G-G serta post2 terkini disana JELAS menampakkan blogger sudah KETANDUSAN IDEA untuk memfitnah tetapi dengan berbekalkan HAWA NAFSU IBLIS & BUSUK HATI..blogger menggagahkan diri untuk terus berkarya demi meneruskan 'pencarian kebenaran'..cara trbaru paling strategik yg dapat diilhamkan ialah dgn cara BACUL MENUTUP @TIDAK APPROVE KOMEN..klu apprve pon yg sokong dia jela..

    awatla yg makin lama makin nampak sekoq2 pny kePANDAIan..hehe

    Izuddin

    ReplyDelete
  10. Gugat masih mengeluarkan hujah2 utk menguatkan statement syiok sendiri...ehhehe..betapa benak & kesian nya jiwa kacau puan gugat..link pon makin byk di tambah padahal link tu jauh menyimpang....

    ReplyDelete
  11. Tuan Amin,

    Teruskanlah dengan paparan yang benar sebab diakhir zaman ini memang ada rupanya keturunan Abu Jahal yang dulunya pada zaman dulu ada mulut je tapi tak de IT masatu, tapi kerjenye same aje, buat fitnah je, 24jam 365 hari.

    Gunakan segala skil IT yang ada, lawan tetap lawan. Inije wadah yang masih ada tak salah dari undang2.

    Kepada Asnawi jagalah anak kamu tu dengan baik2 dan terimalah keputusan ini dengan akal yang waras dan nasihatkanlah sdr2 kamu supaya bertaubatlah sebelum pintu taubat tertutup oleh sebab khianat dengan Guru-guru yang sebenar guru.



    cucu lebai daim alsumatrani

    ReplyDelete
  12. kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kahhh....
    bila dah gelabah mulalah nak konar x tentu hala..
    kelakar..kelakarr..
    kah kah kah kah kah

    sama macam ramli bo..
    bila dah gelabah,pusing dan konar ntah pape..
    1 tarekat dorang ni semua rasanya2...

    kah kah kah kah kah kah

    :D :D :D :D :D :D

    -Firdaus MRH-

    ReplyDelete
  13. Waulahu'alam

    Siapakah yang lebih tahu? Apakah Tn.Gugat mengetahui mengenai hukum dalam agama? Atau guru agama Tn.Gugat, Che Yusof Che Mat yang hanya tahu mengeluarkan fatwa Assobiah?

    Che Yusof Che Mat mendalami agama tetapi hanya berkisar tentang Assobiah sahaja.Mempertahankan golongan sesat lagi menyesatkan dengan mengatakan orang lain Assobiah terlebih dahulu. Jelas sekali keAssobiahannya.

    Seharusnya Tn.Gugat meminta pandangan Che Yusof Che Mat mengenai hukum syariat dalam Islam itu sendiri, bagaimana kaedah dan tatacara menegakkan kebenaran melalui syariat Islam.

    "Kenapa tidak bila kamu mendengar berita itu, orang-orang beriman lelaki dan wanita bersangka baik sesama mereka sambil berkata, 'Ini cerita mengarut yang jelas', jika tidak didatangkan 4 orang saksi. Jika mereka yang menuduh tidak mendatangkan 4 orang saksi, maka mereka disisi Allah adalah orang-orang yang pendusta! Jika tidak kerana anugerah dan rahmat Allah kepada kamu di dunia dan Akhirat, nescaya kamu diazab besar akibat sikap dan penglibatan kamu (dalam berhadapan dengan isu ini) tatkala kamu menerima isu ini dengan lidah-lidah kamu dan kamu berkata-kata dengan mulut-mulut kamu tentang sesuatu yang kamu tidak ada maklumat (tepat mengenainya)."

    Mungkin kaedah dan tatacara menegakkan kebenaran melalui syariat Islam tidak dipersetujui dan diterima oleh Tn.Gugat.

    Kaedah bagaimanakah yang boleh memuaskan hati Tn.Gugat?

    “Belumkah sampai waktunya bagi orang-orang yang beriman untuk tunduk hati mereka bagi mengingati Allah serta tunduk kepada kebenaran yang telah diturunkan (kepada mereka) dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah turun al-kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka tetapi hati mereka menjadi keras, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasiq.”

    #mohon maaf sekadar tumpang lalu

    ReplyDelete
  14. guna akal dengan bukti bukan setakaat penulisan aje..

    ReplyDelete
  15. teruskan menulis Tuan Muda....
    biar pecah tembelang otai2 akademi ..

    ReplyDelete