Monday, December 6, 2010

Hujahan Dakwaan - Siri 1

Sepanjang kelahiran BLOG ini, saya telah dapat mengkaji pelbagai DAKWAAN yang telah sengaja ditimbulkan oleh pihak SILAT CEKAK HANAFI MASMAN bertujuan untuk MENGELIRUKAN ahli-ahli dan melarikan diri daripada menjawab persoalan yang timbul dengan TEPAT dan TELUS. Diantara DAKWAAN yang ditimbulkan adalah seperti dibawah:-

Dakwaan (01)

YM Sheikh Radzi Hanafi telah menceroboh rumah Cik Hashimah Bt Asnawi ketika ibubapanya tiada dirumah.

Jawaban (01)

YM Sheikh Radzi Hanafi telah dijemput masuk oleh Cik Hashimah Bt Asnawi ketika kehadirannya. Dari skop undang-undang sivil, kehadiran beliau bukanlah dikategorikan sebagai menceroboh kerana beliau telah dijemput masuk oleh PENGHUNI rumah tersebut. Hujah PENOLAKKAN saya berhubung dakwaan ini adalah berdasarkan dalil-dalil Al-Quran seperti dibawah:-

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumahmu sebelum meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya. Yang demikian itu lebih baik bagimu, agar kamu (selalu) ingat." (Al-Quran - Surah An Nur, Ayat 27).

"Jika kamu tidak menemui seorang pun didalamnya, maka janganlah kamu masuk sebelum kamu mendapat izin. Dan jika dikatakan kepadamu: 'Kembalilah', maka hendaklah kamu kembali. Itu lebih bersih bagimu dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." (Al-Quran, Surah An Nur, Ayat 28).

Dakwaan (02)

Dakwaan Cik Hashimah Bt Asnawi bahawa YM Sheikh Radzi Hanafi telah mencabul kehormatan beliau.

Jawaban (02)

Dakwaan ini TIDAK PERNAH dibuktikan mengikut Perundangan Islam mahupun Perundangan Sivil di mana-mana mahkamah di Malaysia. Hujah PENOLAKKAN saya terhadap dakwaan ini adalah berdasarkan dalil-dalil Al-Quran seperti berikut:-

"Dan orang-orang yang menuduh wanita yang baik-baik (berbuat zina/cabul) dan mereka tidak mendatangkan EMPAT orang SAKSI, maka deralah mereka (penuduh) sebanayk 80 kali sebatan dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang FASIK." (Al-Quran, Surah An Nur, Ayat 4).

"Mengapa mereka (penuduh) tidak mendatangkan empat orang saksi atas berita bohong (fitnah) itu? Maka mereka itulah pada sisi Allah orang-orang yang dusta." (Al-Quran, Surah An Nur, Ayat 13).

"Sekiranya tidak ada Kurnia dan Rahmat Allah kepada kamu semua didunia dan diakhirat, NESCAYA kamu ditimpa AZAB yang BESAR kerana perbicaraan kamu tentang berita bohong (fitnah) itu." (Al-Quran, Surah An Nur, Ayat 14)

"(Ingatlah) diwaktu kamu menerima berita bohong itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang TIDAK KAMU KETAHUI sedikit juga, dan kamu menganggapnya ringan sahaja. Padahal ianya pada sisi Allah adalah BESAR." (Al-Quran, Surah An Nur, Ayat 15).

Para Ulamak telah sepakat (ijmak) mengatakan bahawa dosa dan hukuman atas tuduhan yang dilemparkan terhadap lelaki mukmin adalah serupa dengan dosa dan hukuman atas tuduhan yang dilemparkan terhadap wanita mukminat. Ini kerana ayat diatas diturunkan dalam bentuk seperti itu kerana ayat tersebut diturunkan khas untuk pembelaan fitnah terhadap Saidatina Aishah As-Siddiqah Binti Saidina Abu Bakar As-Siddiq.

Sumber Rujukan:-
1) Fatwa Dr Yusuf Al-Qardawi Berkenaan Tuduhan Zina / Cabul / Liwat Tahun 1999.
2) Kanun Jenayah Syariah Dan Sistem Kehakiman Perundangan Islam Berdasarkan Al-Quran Dan Hadis Oleh Haji Said Ibrahim (Bekas Mufti Sabah).

Dakwaan (03)

YM Sheikh Radzi Hanafi telah memegang wanita bukan muhrim.

Jawaban (03)

Tuduhan SEBENAR bukan berkaitan perkara ini. Tuduhan SEBENAR yang dilemparkan adalah mencabul kehormatan. Ini satu dakwaan yang SENGAJA diperbesarkan untuk melarikan fokus daripada menjawab TUDUHAN SEBENAR.

Walaubagaimanapun, kesalahan dan kesilapan ini telah DIAKUI sendiri oleh YM Sheikh Radzi Hanafi. Sifat manusia biasa akan melakukan kesilapan dan kesalahan kerana beliau bukannya MAKSUM. Mengapa tidak diaibkan YM Sheikh Radzi Hanafi ini dengan tuduhan memegang wanita yang bukan muhrim? Ini kerana tuduhan ini terlalu kecil untuk menjatuhkan dan mengaibkan beliau.

Bukankah secara DASAR, kita diperlihatkan kesalahan dan kesilapan para anbiya' terdahulu sehinggakan mereka bertaubat kepada Allah swt? Adakah kesalahan dan kesilapan mereka telah menyebabkan GUGURNYA martabat kenabian mereka? Kesalahan dan kesilapan itu adalah urusan mereka dengan Allah swt tetapi martabat mereka tetap terpelihara. Fahamilah dengan teliti hujah saya ini.

Dakwaan (04)

Tidak mahu berguru dengan guru pembohong dan pencabul.

Jawaban (04)

Dakwaan ini TIDAK PERNAH dibuktikan mengikut Perundangan Islam mahupun Perundangan Sivil di mana-mana mahkamah di Malaysia. Untuk menjawab dakwaan ini, HUJAH saya adalah dengan mengambil contoh yang paling dekat dengan kita iaitu tentang GURU-GURU Al-Marhum Ustaz Haji Hanafi Bin Haji Ahmad.

Beliau pernah berguru daripada seorang PENZINA untuk mewarisi ilmu KK. Beliau juga pernah berguru dengan seorang PELACUR untuk mewarisi ilmu MENJAGA TUBUH dan AWET MUDA. Guru-guru SILAT beliau juga mempunyai AKHLAK yang boleh dipertikaikan, tetapi apa yang pasti, beliau TIDAK PERNAH mencaci dan menghina guru-guru beliau ini malah sentiasa menceritakan tentang kebaikkan guru-guru beliau.

Walaubagaimanapun, terpulang kepada tuan / puan untuk memilih guru tetapi pastikan guru tersebut mempunyai salahsilah perguruan (sanad) yang jelas dan telah diperturunkan daripada guru ke guru. Bukankah perkara berhubung SANAD ini telah dititik beratkan oleh Agama Islam dalam panduan mencari dan mengenal Guru Sebenar Guru (Guru Yang Hakiki).

Kesimpulannya:-

Pada dasarnya, saya sangat berat untuk menerbitkan rencana ini kerana hujahan-hujahan saya dibuktikan dengan dalil-dalil Al-Quran. Saya begitu khuatir kepada sesiapa yang MENOLAK hujah-hujah ini, akan menghampiri MURTAD kerana TANPA DISEDARI mereka telah MENOLAK dan MEMPERSENDAKAN firman-firman Allah swt. Semoga kita diberikan PETUNJUK oleh Allah swt dan terhindar daripada golongan yang MENOLAK dalil-dalil Al-Quran sebagai panduan untuk manusia.

BERSAMBUNG
TERUSKAN MEMBACA DEMI KEBENARAN

7 comments:

  1. Saya ulang sekali kepada puak akademi:

    " Dan janganlah kamu menjadi serupa dgn orang2 yg telah berpecah-belah dan berselisih-faham sesudah datang kepadanya bukti2 yang terang. Mereka itulah orang2 yg akan memperoleh siksa yg dahsyat." Surah: Ali Imran, Ayat: 105.

    Fikirlah betul2.
    Sesungguhnya Berfikir itu pelita hati.
    Janganlah suka mengikut perasaan semata-mata.
    Dan janganlah terlebih fikir dan berTuhankan akal semata-mata.

    ReplyDelete
  2. "(Ingatlah) diwaktu kamu menerima berita bohong itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang TIDAK KAMU KETAHUI sedikit juga, dan kamu menganggapnya ringan sahaja. Padahal ianya pada sisi Allah adalah BESAR." (Al-Quran, Surah An Nur, Ayat 15).

    KLS Serdang

    ReplyDelete
  3. Terjumpe catatan Pesan Guru Pewaris pada 5/3/2005 utk dikongsi bersama;

    Cekak Hanafi Pusaka Pahlawan
    Bukan Pelajaran Cara TIRUAN
    Tidak Tunduk Kepada Lawan
    Untuk Membentuk `HAKIKAT INSAN'.....

    ASHIF

    ReplyDelete
  4. mereka (puak AKADEMI) tidak akan tunduk & mengakui dgn apa cara sekalipon yg dihadapkan ke hadapan diri & akal mereka..maka sebab itulah AKADEMI SCH SDN. BHD. ditubuhkan..

    mereka (puak AKADEMI) sudah buat persediaan awal bahawa dengan apa cara sekalipon mereka TETAP TERUSKAN fahaman yang mereka bawa..mudah & jelas walau apa pon yg jadi..pergerakan mereka untuk bawa fahaman SCH versi mereka TETAP DITERUSKAN.

    ~daeng mustaqim~

    ReplyDelete
  5. Yang penting kita sudah berusaha menyedarkan mereka.Terpulanglah kepada mereka untuk Menerima Md Radzi bi. Hj. Hanafi Pewris Hakiki Silat Cekak Hanafi.

    Suatu Hari nanti mereka jangan pula puak akademi menyalahkan kita tidak cuba menyedarkan mereka.

    ReplyDelete
  6. Semoga YM Tn Syeikh diberkati dan dilindungi Allah SWT. Pewaris Hakiki SILAT CEKAK HANAFI pasti akan diredhai....Kerana Kebenaran dan Hak

    Nass

    ReplyDelete