Tuesday, December 7, 2010

Iktibar Hijrah

Sebagai umat Islam, pada setiap Takwim Hijrah maka tahun hijrah baru akan bermula pada setiap 01 Muharram sempena mengambil iktibar peristiwa Hijrah Rasulullah SAW. Apa yang TERPENTING, masa yang berlalu tersebut menandakan bahawa umur kita semakin pendek dan kita semakin hampir DIJEMPUT Allah SWT sebagai hamba yang diamanahkan segenap tanggungjawab semasa hidup didunia.

Permulaan Takwim Hijrah ini adalah hasil ilham Saidina Umar Al-Khatab RA. Sebelum kemunculan Kalendar Islam ini, dikalangan bangsa Arab telah menggunakan pelbagai kalendar dan diantaranya adalah Kalendar Tahun Gajah berasaskan peristiwa besar ketika zaman Jahiliah. Saidina Umar Al-Khatab RA telah memilih peristiwa paling Agung dalam sejarah Rasulullah SAW sebagai permulaan Kalendar Islam. Ini adalah kerana permulaan pertolongan Allah kepada Rasulnya dan agama Islam ditegakkan.

Hijrah bukan sahaja berlaku kepada Nabi Muhammad SAW tetapi turut juga berlaku kepada para Anbiya' terdahulu seperti Nabi Ibrahim AS, Nabi Musa AS, Nabi Isa AS dan Nabi Yusof AS. Ianya berlaku kerana penentangan yang amat kuat dikalangan masyarakat yang tidak dapat menerima KEBENARAN ketika itu. Maka berlakulah penentangan HAK dan BATIL yang memang menjadi LUMRAH sehingga HARI KIAMAT. Namun mereka ini terpaksa berhadapan dengan CUBAAN dan UJIAN daripada manusia sendiri, hatta daripada golongan Islam yang sendiri tetapi menganut kefahaman SEKULARISME, KAPITALISME, SOSIALISME dan pelbagai kefahaman yang tidak selari dengan Islam.

Mereka berusaha untuk MENGAIBKAN, MEMENJARAKAN hatta MEMBUNUH golongan yang mendaulatkan Islam tanpa BICARA dan BUKTI yang sah dan kukuh untuk menuduh mereka. Hal ini sedang berlaku dikalangan masyarakat Islam khususnya kepada mereka yang tidak meletakkan Islam sebagai tongkak kefahaman dan rujukkan mereka. Maka berlakulah HIJRAH mereka untuk mencari lokasi (medium) yang lebih sesuai bagi meneruskan dakwah mereka.

"Mereka membuat perancangan jahat dan Allah menggagalkan perancangan jahat mereka, dan Allah adalah sebaik-baik pembalas tipu daya (perancangan)." (Al-Quran - Surah Al Anfal, Ayat 30). Ayat Al-Quran ini jelas menunjukkan kejahatan orang-orang jahat ini tidak akan terhenti malah akan berterusan sehingga Hari Kiamat dan lebih mendukacitakan adalah PERANCANGAN JAHAT itu dilakukan oleh orang Islam sendiri.

Pandangan Saya:-

Sempena keberkatan peristiwa Hijrah ini, saya MENYERU kepada rakan-rakan di Silat Cekak Hanafi Masman, marilah kita berhijrah daripada Silat Cekak yang BATIL (Silat Cekak Hanafi Masman) kepada Silat Cekak yang HAK iaitu SILAT CEKAK USTAZ HANAFI yang diterajui oleh YM Sheikh Haji Md Radzi Bin Ustaz Haji Hanafi Al-Qedahi.

Usah kita risaukan tentang 'mentor' kita (kononnya atas jasa mereka) kerana apa yang dilakukan semata-mata menegakkan KEBENARAN. Bukankah Rasulullah SAW menentang ABU LAHAB (bapa saudaranya sendiri) sedangkan ABU LAHAB pernah bergembira dan membuat kenduri atas 'kelahiran' baginda? Tetapi semata-mata menegakkan yang HAK, maka perkara ini BAGINDA ketepikan. Perihal jasa ABU LAHAB tersebut adalah urusannya dengan Allah, dan terdapat pendapat ulamak mengatakan bahawa ABU LAHAB tempatnya di neraka tetapi setiap seminggu sekali, beliau akan diberikan susu oleh kerana jasanya memuliakan 'kelahiran' nabi.

Ketahuilah tuan/puan sekelian, dengan membantu PENABUR FITNAH, maka tuan/puan akan mendapat pembalasan daripada sebahagian perbuatan tuan/puan seperti firman Allah SWT yang bermaksud:-

"Sesungguhnya orang yang membawa berita yang amat dusta (fitnah) itu, ialah segolongan dari kalangan kamu. Janganlah kamu menyangka (fitnah) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang antara mereka akan beroleh HUKUMAN yang sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu dan orang yang mengambil bahagian besar dalam MENYIARKANNYA (fitnah) diantara mereka, akan beroleh siksa yang besar (didunia dan diakhirat)." (Al-Quran - Surah An Nur, Ayat 11).

Mari tuan/puan sekelian. Inilah masanya. Sempena mengambil keberkatan bulan Muharram 1432 Hijrah, maka lakukanlah HIJRAH daripada golongan BATIL kepada golongan HAK. Pelbagai BUKTI telah diperjelaskan tentang betapa KEZALIMAN telah berlaku terhadap YM Sheikh Radzi Hanafi dan keluarga Al-Marhum Ustaz Haji Hanafi Bin Haji Ahmad. Jika masih ragu-ragu, laksanakanlah SOLAT ISTIKHARAH dan MUNAJAT kepada Allah dengan penuh KEIKHLASAN, minta EHSAN daripada NYA agar ditunjukkan KEBENARAN. Insya Allah, tuan/puan akan diberikan PETUNJUK daripada YANG MAHA PENGASIH.

Kepada saudara/saudari rakan seperjuangan, tingkatkan diri menjadi LEBIH BAIK daripada sebelumnya. Pertingkatkan PENGORBANAN kita kepada kedua ibubapa dan guru-guru kita. Pertingkatkan KEMANTAPAN menjunjung Syariat Nabi Muhammad SAW dan pertingkatkan KETAATAN kepada Allah SWT. Semoga kita beroleh KASIH daripada Allah SWT, Nabi Muhammad SAW, Guru-guru dan kedua Ibu Bapa kita. Insya Allah.

"RAHMAT daripada ALLAH, SYAFA'AT daripada RASULULLAH, BERKAT daripada GURU, KERAMAT daripada IBU dan HIKMAT daripada BAPA. Apabila direnungkan, itulah KASIH." - YM Sheikh Haji Md Radzi Bin Ustaz Haji Hanafi Al-Qedahi.

BERSAMBUNG
TERUSKAN MEMBACA DEMI KEBENARAN

19 comments:

  1. amat berpadanan dengan konsep hijrah.
    salam 1 hijrah kepada semua

    ReplyDelete
  2. terima kasih tuan muda....
    penyampaian yg mmg bermakna...

    salam maal hijrah buat smua warga Silat Cekak Hanafi, Keluarga Almarhum Ust Hanafi dan YM Tuan Syeikh...

    -muhammad syahir sobri-

    ReplyDelete
  3. Salam Maal Hijrah 1432...

    Sebuah rencana yg berguna dan mempunyai nilai pengajaran bertepatan dgn situasi semasa kita...

    ReplyDelete
  4. Salam Maal Hijrah 1432 kepada YM Tuan Syeikh sekeluarga, juga kepada Tuan Amin;

    Terima kasih diatas paparan dan penjelasan mengenai makna, penghayatan dan hikmah Maal Hijrah utk menafaat bersama.

    Juga terima kasih di atas penyiaran paparan penjelasan makna jalan `KASIH' yg mana sebutan `jalan kasih' dulunya sering disebut2 oleh Almarhum Ustaz Hj Hanafi bin Hj Ahmad semasa ceramah atau cerita yg diulang2 agar cuba difahami anak murid semasa beliau masih masih hidup; namun kunci penjelasannya hanya diperturun kpd Tuan Syeikh sptmana imbasan dlm ungkapan yg telah dipaparkan oleh Tuan Amin terdahulu, yakni;

    "RAHMAT daripada ALLAH, SYAFA'AT daripada RASULULLAH, BERKAT daripada GURU, KERAMAT daripada IBU dan HIKMAT daripada BAPA. Apabila direnungkan, itulah KASIH." - YM Sheikh Haji Md Radzi Bin Ustaz Haji Hanafi Al-Qedahi.

    Semoga sempena Maal Hijrah 1432 ni, kita akan sama2 lebih berusaha utk belajar menyingkap merungkai memahami, menghayati, mentahkik dan mengamalkannya dgn panduan dan didikan YM Tuan Guru Pewaris, agar beroleh menafaat kehidupan di dunia dan akhirat kelak.
    Moga diperkenan

    Pendukong Hakiki
    Gombak

    ReplyDelete
  5. bagaimana jika puak AKADEMI pon guna fahaman & penerangan yg sama tentang Hijrah ni kat ahlul2 mereka..adik-adik..sahabat2 kita yg mudah keliru tu?

    ~anjang~

    ReplyDelete
  6. anjang,
    ilmu xde penghalang kepada sesiapa yang nak gunakan atau terapkan pada sesiapa..namun samada ilmu tu digunakan pada jalan yang betul atau tidak..

    namun apa yang paling penting adalah dari sumner mana ilmu itu datang..adakah ianya disertakan dengan keberkatan atau tidak....ni sekadar pendapat naif saya yang masih cetek ilmu..

    pada puak AGUNDI..ingatlah..dari zaman ustaz lagi rasanya penerapan ni dh diterapkan bahawa KEBERKATAN ILMU ITU ADALAH DARI GURU YANG HAK..sebab tu kita belajar silat pun ada adab2 nya..sbb tu hatta ustaz hanafi sakit pun almarhum xpernah 'sub' tugas pengijazahan..henti2 la memesongkan pembawakkan dalam silat ini..

    Izuddin

    ReplyDelete
  7. Anjang,

    x usahlah nk dirisaukan...kerna jika ada pertembungan antara yg HAK dan yg BATIL, pasti yg HAK akan tertegak dan yg BATIL akan lenyap...bersesuaian dgn maksud ayat di bawah ni...

    "Dan katakanlah : Telah datang kebenaran dan terhapuslah kebatilan. Demi sesungguhnya kebatilan pasti akan lenyap" (Al-Isra : 81)

    ReplyDelete
  8. Pada hemat saya, apa yg Tuan Amin tulis tu cuma imbasan utk dikongsi bersama, intipatinya kena didalami dipelajari lebih lanjut...kena BERGURU dgn ikhlas jgn MENIRU @MERAMPOK. Jika bimbang terkeliru rujuklah secara berdepan dgn Tuan Syeikh atau sahabat2 yg arif.

    Takkan sama ilmu HAKIKI dgn ilmu MENIRU ..
    puak AKADEMI,Cekak Msia juga pecahan2 lain sejak zaman Almarhum Ustaz Hj Hanafi pun belajo buah2 silat yg sama spt kita. Bezanya sekarang, Tn Syeikh kita adalah Guru Pewaris tapi Guru2 depa hanya ada mandat rekaan baru ciptaan puak pengkhianat berkepentingan; yakni bukan mandat sah yg diperturun dari Guru sah terdahulu.
    Tapi di dunia moden demokasi ni, terpulanglah sape2 yg nak iktiraf ikut GURU LANTIKAN (fantasia rekaan baru). Jgn nanti, dalam keadaan terdesak utk tangkis ancaman sebenar, `GERAK' yg dipelajari jadi kaku..akal pun mati tak ingat sbb ilmu yg diRAMPOK & diTIRU xberkat. Takat tunjuk hero hebat buat masa demo bolehh lerr, tp bila terancam jadi kaku manakala sifat berani jadi hilang hati jadi takut kecut, hatta dengar kabo teloq pun menghilang jugak!! Waktu tu mana pi GERAK..mana hilangnya AKAL, mana hilangnya sifat berani, mana lenyapnya sifat rijal? Hrp Ramli Rambo Boo, Hj Aboo Hu Hu, Jamsari dll xterasa hati.


    Pendukong Hakiki
    Gombak

    ReplyDelete
  9. mat radi adalah dilantik oleh majlis penetapan perguruan silat cekak hanafi
    kalau dilantik.. mestilah boleh di pecat..
    mat radi di pecat kerana kesalahan yg dilakukan dan mencemar imej persatuan..
    buktinya.. mat radi telah menandatangani dokumen2 kontrak sebagai guru silat cekak hanafi..

    sila link URL di bawah.. inilah buktinya..

    http://dizpic.blogspot.com/2010/11/sebahagian-dari-sejarah-silat-cekak.html

    siapa yg tandatangani dokumen dan mengangkat sumpah dalam dokumen ini??? jawapan dia -- mat radi al-kadhi..

    p/s: tolong jangan delete mesej ini.. kalau korang (terutamanya amin anak kepada abg yang dan kak jah) seorang pejuang!

    ReplyDelete
  10. Robocop said...

    mat radi adalah dilantik oleh majlis penetapan perguruan silat cekak hanafi
    kalau dilantik.. mestilah boleh di pecat..
    mat radi di pecat kerana kesalahan yg dilakukan dan mencemar imej persatuan..
    buktinya.. mat radi telah menandatangani dokumen2 kontrak sebagai guru silat cekak hanafi..

    sila link URL di bawah.. inilah buktinya..

    http://dizpic.blogspot.com/2010/11/sebahagian-dari-sejarah-silat-cekak.html

    siapa yg tandatangani dokumen dan mengangkat sumpah dalam dokumen ini??? jawapan dia -- mat radi al-kadhi..

    p/s: tolong jangan delete mesej ini.. kalau korang (terutamanya amin anak kepada abg yang dan kak jah) seorang pejuang!
    December 7, 2010 7:37 PM

    Komen:

    Saya dah baca dan saya faham.
    Perhati betul2. Awak tidak melihat Salasilah perguruan Silat Cekak.Penyerahan Mandat Guru adalah dari Guru ke Guru. Dalam Dokumen tersebut. MMT tidak ada hak untuk mencampuri urusan guru. perhati betul2. MMT hanya boleh menasihati Guru dan tidak mempunyai hak menerima dan memutuskan mandat Guru.

    Hj Mohd Radzi bin Hj Hanafi menerima mandat yag sah daripada guru sebelumnya. Beliau bukan dilantik oleh MMT. Tapi diistiharkan oleh MMT.

    Pn Robocop cuba lihat 2 helain terakhir. Membuktikan kesalahan tindakan MMT dan MMK.
    Membuktikan Kesalaha Jawatankusa Kehakiman.
    lihat dan faham betul2

    MI

    ReplyDelete
  11. Pembetulan
    Pn Robocop cuba lihat 2 helain terakhir. Membuktikan kesalahan tindakan sebahagian MMT dan MMK.
    Membuktikan Kesalahan Jawatankusa Kehakiman.
    lihat dan faham betul2

    MI

    ReplyDelete
  12. Salasilah perguruan Silat Cekak.Penyerahan Mandat Guru adalah dari Guru ke Guru.

    Ustaz Kata? Pak Ya? Ishak Itam kata?

    ReplyDelete
  13. Anonymous said...
    Salasilah perguruan Silat Cekak.Penyerahan Mandat Guru adalah dari Guru ke Guru.

    Ustaz Kata? Pak Ya? Ishak Itam kata?

    Jawapan:
    Amrudin ada kata... tapi sekarang dia dah ubah statement dia... cakap suka pusing2

    nak bukti..? http://www.youtube.com/watch?v=C38U5NyjHrc

    ReplyDelete
  14. Saudara Seperjuangan,

    Tentang konsep KASIH tersebut hanyalah sebuah pernyataan sahaja. Kefahaman terperinci adalah pada YM Sheikh Radzi Hanafi. Insya Allah, apabila perkara ini dikupas oleh YM Tuan Sheikh, ianya akan menjadi satu pegangan HATI yang cukup luar biasa.

    ReplyDelete
  15. Anonymous,

    Soalan:-
    Salasilah perguruan Silat Cekak.Penyerahan Mandat Guru adalah dari Guru ke Guru. Ustaz Kata? Pak Ya? Ishak Itam kata?

    Jawaban:-
    Tentang perkara ini telah diperjelaskan oleh Al-Marhum Ustaz Haji Hanafi melalui Kertas Kerja beliau (rujuk Buku Budaya Cekak).

    Perkara ini juga turut diperjelaskan oleh Tuan Haji Ishak Bin Itam (rujuk Buku Budaya Cekak & Tape situasi sebelum Penyerahan Mandat kepada Sheikh Radzi).

    Perkara ini juga turut diperkatakan oleh Encik Yahya Bin Said dalam situasi Penyerahan Mandat kepada Sheikh Radzi (rujuk rencana saya & semua bahan cetak PSSCUHM yang dikeluarkan sebelum tahun 2006).

    Perkara ini juga turut diperkatakan oleh Tuan Haji Amruddin Bin Haji Buang (rujuk VCD Menegak Kebenaran) dan kemudian beliau telah MENAFIKANNYA.

    Perkara ini juga turut diperkatakan oleh Tuan Haji Che Yusof Bin Che Mat (rujuk Surat beliau kepada pihak Silat Cekak Malaysia suatu masa dahulu. Beliau juga menekankan aspek ini dalam Mesyuarat MMT pada 03hb Sept 2006. Tunggu rencana saya berkenaan apa yang berlaku didalam Mesyuarat MMT tersebut). MUNGKIN sekarang beliau MENAFIKANNYA.

    Segala bahan cetak dan bahan elektronik telah memperjelaskan situasi ini. Sila rujuk untuk KEBENARAN dan KEPASTIAN.

    ReplyDelete
  16. Robocop,

    p/s: tolong jangan delete mesej ini.. kalau korang (terutamanya amin anak kepada abg yang dan kak jah) seorang pejuang!

    Komen:-
    Sepanjang 'kelahiran' blog ini, hanya dua kali saya delete komen orang lain, itupun kerana beliau komen dengan kata-kata yang SERUPA di beberapa bahagian rencana.

    Saya seorang PEJUANG wahai PUAN. Kata-kata nista yang berupa cacian dan makian adalah biasa telah diterima saya dan keluarga Al-Marhum Ustaz Hanafi Ahmad daripada MANTAN murid Ustaz Hanafi.

    Kesimpulannya:-
    Tulislah apa sahaja yang PUAN rasa hendak tulis. Jangan risau. Saya tidak MENAPIS komen PUAN, apalagi hendak men'DELETE'nya. Teruskan wahai PUAN Robocop.

    ReplyDelete
  17. robocop hampeh..hampeh..bila org tak sokong depa..katanya org lupa jasa abg2 mentor..lupa penyelia..itu ini...pigidahhhh

    ReplyDelete
  18. Tuan Amin,
    Dengan izin tuan, saya mohon laluan.

    Saya meraikan keputusan mahkamah ini yang merupakan anugerah Allah yang amat bernilai, dengan titisan airmata kesyukuran. Tahniah kepada TG dan seluruh pencinta kebenaran.

    Kepada semua pendokong SCH yang setia, saya menyeru 'biduk berlalu, kiambang bertaut'.

    Kepada pencatat komentar disini, terutamanya Robocop, yang sudah tu, sudahlah. Marilah kita buka buku baru. Janganlah kita putuskan silaturrahim hanya kerana berbeza pendapat... yang entah betul entahkan tidak. Bagaimana kita hendak berdepan dengan al-marhum Ustaz Hanafi dihadapan Allah RabbulJalil nanti?

    Selain itu, harap dapat kita renungi kupasan ilmiah Dr. Asri dalam http://drmaza.com/home/?p=1297 bahawa Muharram BUKAN bulan Nabi Muhammad SAW berhijrah.

    Terimakasih, tuan Amin.

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum...kpd semua pembaca blog ini.Minta tlg layari blog ini ; http://drmaza.com/home/?p=1297 ttg komen dr. asri mengenai tahun hijrah. sapa2 yg dah baca dan ada info,bolehlah tlg kongsi sbb kenyataan blog ni dan berlawanan dgn fahaman masyarakat malaysia umum.TK

    ReplyDelete