Thursday, December 2, 2010

Mahkamah Beruk - Siri 13

Kita tinggalkan rencana SEMBANG GEBANG buat seketika. Sebenarnya, peristiwa SEMBANG GEBANG ini telah beberapa kali berlaku, cuma saya belum berhajat hendak mendedahkannya. Ayuh kita teruskan PEMBONGKARAN beberapa situasi yang berlaku diantara tarikh 04hb Julai 2006 sehingga 29hb Julai 2006 yang telah diputarbelitkan oleh pihak SILAT CEKAK HANAFI MASMAN berhubung MAHKAMAH BERUK.

Pada 04hb Julai 2006, YM Sheikh Radzi Hanafi hadir memberikan keterangan beliau kepada JK Penyiasat (keterangan beliau berhubung fitnah Cik Hashimah Bt Asnawi telah disiarkan pada rencana bertajuk Mahkamah Beruk - Siri 10). Pada malam yang sama, Encik Aminuddin Dahlan dan Encik Mohd Fauzi Bin Haji Hanafi telah pergi ke rumah Tuan Haji Md Nasir Bin Md Arshad mempertikaikan serta membuat bantahan berkenaan kepincangan yang berlaku dalam proses Siasatan Dalaman PSSCUHM.

Mereka juga meminta Tuan Haji Md Nasir selaku Pemangku Presiden ketika itu bertindak menghentikan proses Siasatan Dalaman dengan serta merta tetapi malangnya perihal ini telah diputarbelitkan oleh Kronologi Siasatan ini dengan mendakwa kehadiran mereka berdua untuk merayu kepada Tuan Haji Md Nasir untuk menghentikan proses siasatan kerana kebersalahan YM Sheikh Radzi Hanafi.

Pada 10hb Julai 2006, Puan Azizah Bt Shamsudin (isteri Encik Ramlee Bin Abd Rahman) selaku SAKSI bagi FITNAH KE-DUA telah menghantar sekeping POSKAD kepada Puan Suraya Bt Haji Hanafi dengan membuat permohonan MAAF kerana telah MELAKONKAN watak sebagai PENABUR FITNAH demi kebaikkan. Tindakkan Puan Azizah ini sememangnya sangat memeranjatkan. Kemudiannya, beliau telah menghantar POSKAD yang kedua menafikan tentang POSKAD PERTAMA tersebut. Lebih membingungkan. Mungkin tindakan beliau ini mewarisi sifat GILA salah seorang adik-beradiknya.

Pada 13hb Julai 2006, Encik Kamaruzaman Bin Ahmad (Khalid Cina) telah menghantar 2 SMS pada jam 15:26 dan 15:45 kepada Encik Shafri Bin Shafie (mantan Bendahari Cawangan Kedah) berhubung keyakinan Encik Kamaruzaman Ahmad bahawa YM Sheikh Radzi Hanafi telah melakukan fitnah yang didakwa serta menyatakan kononnya YM Sheikh Radzi Hanafi berada dalam keadaan takut dan bersalah.

Pada 15hb Julai 2006, Encik Kamaruzaman Bin Ahmad sekali lagi telah menghantar 3 SMS pada jam 14:17, 18:18 dan 19:08 kepada Encik Shafri Bin Shafie berhubung cacian dan keyakinan beliau bahawa YM Sheikh Radzi Hanafi telah bersalah. Diantara kata-kata SMS beliau pada jam 19:08 tersebut mengatakan bahawa 'TOP MMK & LPT' very upset dengan perbuatan YM Sheikh Radzi Hanafi. Butiran terperinci kesemua SMS tersebut telah dicetak dan ditandatangani oleh Encik Shafri Bin Shafie serta telah diserahkan laporan bertarikh 02hb September 2006 tersebut kepada pihak persatuan ketika Mesyuarat MMT pada 03hb September 2006.

Pada 23hb Julai 2006, poskad-poskad yang dihantar oleh Puan Azizah Bt Shamsudin kepada Puan Suraya Bt Haji Hanafi telah dibawa kepada pengetahuan JK Penyiasat oleh Encik Mortaruddin Bin Haji Hanafi tetapi malangnya Pengerusi dan Setiausaha JK Penyiasat telah menolak perihal ini TANPA dibahaskan atas alasan TIDAK RELEVAN.

Pada 25hb Julai 2006, Encik Mortaruddin Bin Haji Hanafi telah menandatangani Laporan JK Penyiasat diatas MPV Avanza Encik Md Daud Bin Sutan (Setiausaha JK Penyiasat) tanpa memberikan ruang untuk meneliti kesahihan Laporan JK Penyiasat tersebut. Encik Md Daud Bin Sutan juga telah menyatakan bahawa laporan tersebut akan diberikan kemudian kepada semua ahli JK Penyiasat tetapi malangnya, laporan tersebut tidak diserahkan sehingga ke detik dan saat ini.

Pada 26hb Julai 2006, Encik Mortaruddin Bin Haji Hanafi dan Encik Mohd Azhar Bin Mohd Ali telah menghantar surat kepada Pengerusi JK Penyiasat iaitu Tuan Haji Yahya Bin Abd Rahman berhubung fakta-fakta yang tidak dilaporkan. Mereka turut mempertikaikan HAK untuk meneliti laporan tersebut sebelum ditandatangani serta mereka sangat MERAGUI fakta-fakta yang dilaporkan didalam laporan tersebut. Mereka turut mempertikaikan HAK mereka selaku ahli JK Penyiasat yang dinafikan salinan laporan tersebut.

Pada 27hb Julai 2006, Laporan JK Penyiasat telah diserahkan kepada Tuan Haji Md Nasir Bin Md Arshad untuk dihakimi oleh JK Penghakiman.

Ulasan Saya:-

1) Perihal POSKAD Puan Azizah Bt Shamsudin ditolak oleh JK Penyiasat ini sebenarnya SANGAT RELEVAN memandangkan beliau merupakan SAKSI untuk MENGESAHKAN fitnah ke-dua oleh Puan Hafizah Bt Hasanmuddin.

2) Perilaku Encik Kamaruzaman Bin Ahmad (Khalid Cina) ini sangat PELIK dan menimbulkan tanda tanya kerana beliau bukanlah seorang ahli JK Penyiasat mahupun ahli JK Penghakiman. Bagaimana beliau boleh mempunyai akses terhadap laporan JK Penyiasat dan keputusan JK Penghakiman sedangkan ketika itu JK Penyiasat BELUM menyiapkan laporan mereka. Mungkin beliau menimba pengalaman daripada salah seorang adik-beradiknya yang telah MENERBITKAN PASPORT PALSU dan akhirnya dikenakan tindakan ISA kerana MENCABUL KEHORMATAN NEGARA.

3) Laporan JK Penyiasat yang perlu ditandatangani secara tergesa-gesa menimbulkan syak bahawa sesuatu telah dilaporkan secara tidak bertanggungjawab dan tidak telus, tambahan pula ahli JK Penyiasat sendiri dinafikan HAK untuk meneliti laporan tersebut terlebih dahulu sebelum ditandatangani.

4) Laporan JK Penyiasat dan JK Penghakiman TIDAK PERNAH diberikan salinan kepada setiap ahli yang terlibat tetapi saya telah memperolehinya daripada BOND121 yang telah melaksanakan amanah dengan CEKAP dan CEMERLANG.

BERSAMBUNG
TERUSKAN MEMBACA DEMI KEBENARAN

10 comments:

  1. salam..

    terima kasih tuan amin atas perkongsian info ini..

    Razlan Ab Razak

    ReplyDelete
  2. salam abang amin,

    siapa bond121 tu? :)

    nak tahu juga..

    ReplyDelete
  3. nama pon bond. Takkan la nk bagitau.

    ReplyDelete
  4. tapi tuan amin..dlm masa yg sama..adakah kemungkinan puak AKADEMI juga pasang depa punya Bond di kalangan kita?

    ~simon templar~

    ReplyDelete
  5. quote drpd komen sdr Fendy di 'Sembang Gebang':

    "..Kepada adik-adik akademi yang belajar di IPT tu, anda orang yang terpelajar, maka jangan mudah dibodohkan oleh mereka yang berkepentingan duniawi. Kembalilah kepada GURU YANG SAH, YM SHEIKH HJ MD RADZI BIN HJ HANAFI.

    Fendy

    December 2, 2010 11:04 AM .."

    komen saya:
    setuju apa yg sdr Fendy pesankan, bagus untuk kita semua & saya turut menyeru berpesan kpd semua termasuk diri saya sendiri, jika kita mengaku sebagai murid, penggerak & pendukung HAKIKI silat ini yg berGURUkan YM Sheikh kita..maka kena usaha cari masa dlm kesibukan & cari jalan dlm kepayahan untuk kembali turut serta giatkan diri di kelas-kelas sekitar kita..

    janganlah kita (termasuk saya) hanya muncul di waktu & majlis tertentu HANYA sebab Guru Utama ada..sekian.

    ReplyDelete
  6. Anonymous said...

    salam abang amin,

    siapa bond121 tu? :)

    nak tahu juga..
    December 2, 2010 11:33 AM

    Itulah tujuan provokasi mereka.Mereka Nak tahu sapa Bond121. SSSSSs........Jangan bagitahu.

    Biarkan Bond121 jalankan tugas dgn baik.

    Saya pun tak tau sapa Bond121. Tapi untuk kebaikan, tak perlu tahu buat masa ini.

    ReplyDelete
  7. kembali la kepada GURU yg sebenar GURU...iaitu YM Sheikh Hj Md RAdzi b Hj Hanafi!

    katakan TIDAK pada GURU Afundi!!!

    ReplyDelete
  8. Fikirkanlah Dr love dan pn2 Anon:

    " Dan janganlah kamu menjadi serupa dgn orang2 yg telah berpecah-belah dan berselisih-faham sesudah datang kepadanya bukti2 yang terang. Mereka itulah orang2 yg akan memperoleh siksa yg dahsyat." Surah: Ali Imran, Ayat: 105.


    Cicit Lebai Lah

    ReplyDelete
  9. Anonymous,

    Soalan:-

    salam abang amin,
    siapa bond121 tu? :)
    nak tahu juga..

    Jawaban:-

    BOND121 itu adalah seorang PERISIK yang berada di Silat Cekak Hanafi Masman. Beliau berada di Pengurusan Tertinggi mereka.

    Simon Templar,

    Soalan:-

    tapi tuan amin..dlm masa yg sama..adakah kemungkinan puak AKADEMI juga pasang depa punya Bond di kalangan kita?

    Jawaban:- MUNGKIN.

    Cicit Lebai Lah,

    " Dan janganlah kamu menjadi serupa dgn orang2 yg telah berpecah-belah dan berselisih-faham sesudah datang kepadanya bukti2 yang terang. Mereka itulah orang2 yg akan memperoleh siksa yg dahsyat." Surah: Ali Imran, Ayat: 105.

    Komen:- MANTAP. Terima kasih saudara.

    ReplyDelete
  10. pada saya..cukup2 soalan misteri siapakah mr.Bond121..

    tolong biarkan Bond121 jalankan tugasnya dgn cemerlang & amanah.

    terima kasih.

    ReplyDelete