Thursday, December 23, 2010

Mahkamah Beruk - Siri 22 (18SX)

Amaran:-
Rencana ini dikategorikan sebagai 18SX kerana ianya mengandungi unsur-unsur lucah yang melampau berdasarkan keterangan individu yang berkaitan kepada JK Penyiasat PSSCUHM ibarat keterangan daripada Keluarga Produksi Filem Lucah. Rencana ini sangat TIDAK SESUAI untuk para pembaca dibawah umur 18 Tahun.


Rencana MAHKAMAH BERUK pada kali ini, saya akan memberikan ulasan dan analisis saya berkenaan keterangan Puan Hafizah Bt Hasanmuddin berhubung FITNAH terhadap YM Sheikh Haji Md Radzi Bin Ustaz Haji Hanafi Al-Qedahi. Ulasan saya ini boleh dikategorikan sebagai Hujah Penggulungan yang kebiasaannya dipraktiskan oleh para peguam yang berwibawa di mahkamah-mahkamah di Malaysia bagi tuduhan mencabul kehormatan. Ulasan saya adalah seperti berikut:-

MRH = Md Radzi Hanafi

1) KREDIBILITI PUAN HAFIZAH BT HASANMUDDIN DIRAGUI DAN DIPERTIKAIKAN

Daripada keterangan Puan Hafizah Bt Hasanmuddin telah jelas memperlihatkan bahawa tuduhan beliau sahaja telah memperlihatkan kredibiliti beliau yang sangat diragui dimana beliau telah jelas mengatakan kononnya FITNAH tersebut berlaku pada tahun 1994 sementara saksi-saksi yang pernah beliau CERITAKAN bahawa FITNAH tersebut telah berlaku diantara Januari 1995 hingga Jun 1995.

Perihal Ini merupakan perkara asa yang akan mengakibatkan sesuatu kes itu akan dibakul sampahkan diperingkat awal lagi tambahan pula dakwaan Puan Hafizah Bt Hasanmuddin tersebut tidak mempunyai tarikh / range yang spesifik tentang tuduhan yang kononnya dikatakan berlaku. Adalah sangat TIDAK LOGIK dan boleh diterima AKAL YANG WARAS apabila sesuatu kejadian hitam dalam HIDUP tidak dapat diingati oleh Puan Hafizah Bt Hasanmuddin.

Keterangan berikutnya telah melambangkan PENIPUAN Puan Hafizah Bt Hasanmuddin dimana diperingkat awal keterangan beliau telah mengatakan bahawa beliau telah mempelawa MRH masuk selepas beliau selesai memasak sedangkan diperingkat akhir keterangan beliau telah mengatakan beliau TIDAK INGAT siapa yang mempelawa MRH masuk ke rumah kerana beliau sedang memasak didapur.

Keterangan PENIPUAN Puan Hafizah Bt Hasanmuddin ini semakin jelas apabila disuatu masa keterangan beliau mengatakan kain putih yang didakwa dipakainya telah diletakkan didalam SINK dan diketerangan akhir pula beliau mengatakan bahawa kain putih tersebut diletakkan didalam BALDI dibawah sink.

Keterangan PENIPUAN Puan Hafizah Bt Hasanmuddin in seterusnya apabila beliau mengatakan bahawa beliau hanya diam dan terkejut apabila kononnya diperlakukan sedemikian. Untuk makluman semua pembaca juga, keterangan Puan Hafizah Bt Hasanmuddin turut menafikan bahawa beliau dipukau apabila diajukan soalan oleh JK Penyiasat berhubung sikap beliau yang TIDAK berbuat apa-apa (menjerit atau melarikan diri) apabila dikatakan diperlaku sedemikian.

Kredibiliti / Kewibawaan keterangan Puan Hafizah Bt Hasanmuddin sangatlah diragui apabila telah GAGAL dan / atau ENGGAN membuat laporan polis dengan segera terhadap tuduhan beliau kerana jelas beliau mempunyai BUKTI YANG SAHIH untuk mengaitkan MRH terhadap tuduhannya berdasarkan kesan air mani dan kesan-kesan DNA lainnya, dimana kesan-kesan DNA adalah 99% ketepatannya dan merupakan BUKTI JELAS untuk mensabitkan seseorang yang dituduh.

2) KETERANGAN PUAN HAFIZAH BT HASANMUDDIN, ENCIK HASANMUDDIN BIN MOHAMAD DAN PUAN SAFIAH BT IDRIS ADALAH JELAS BERCANGGAH SECARA SERIUS DIANTARA SATU SAMA LAIN.

Keterangan Encik Hasanmuddin Bin Mohamad dan Puan Safiah Bt Idris sangat berkeyakinan mendakwa kononnya FITNAH yang dikatakan berlaku adalah diantara Januari 1995 hingga Jun 1995 sedangkan keterangan Puan Hafizah Bt Hasanmuddin dengan jelas dan berkeyakinan bahawa FITNAH dikatakan berlaku pada tahun 1994.

Seterusnya, keterangan Encik Hasanmuddin Bin Mohamad dan Puan Safiah Bt Idris dengan jelas dan berkeyakinan mengatakan berdasarkan PENCERITAAN Puan Hafizah Bt Hasanmuddin kepada mereka bahawa FITNAH tersebut telah meninggalkan BUKTI tompokan air mani pada kain putih anak mereka sedangkan menurut keterangan Puan Hafizah Bt Hasanmuddin dengan jelas mengatakan bahawa pancutan air mani tersebut adalah secara 'direct' mengenai tubuhnya dalam keadaan kain putih tersebut telah terlucut diperingkat awal FITNAH dikatakan berlaku. Puan Hafizah Bt Hasanmuddin juga kemudiannya mengatakan tompokan air mani tidak terdapat pada kain putih tersebut.

Seterusnya, Keterangan Encik Hasanmuddin Bin Mohamad dan Puan Safiah Bt Idris dengan jelas dan berkeyakinan mengatakan berdasarkan PENCERITAAN Puan Hafizah Bt Hasanmuddin kepada mereka bahawa kononnya MRH telah hadir ke rumah tersebut diantara jam 10pg hingga 12tgh iaitu ketika Puan Hafizah sedang memasak sedangkan Puan Hafizah Bt Hasanmuddin mengatakan bahawa kehadiran MRH hanyalah selepas beliau memasak diwaktu tengahari (bukannya sedang memasak diwaktu pagi seperti keterangan Encik Hasanmuddin dan Puan Safiah).

Percanggahan serius keterangan yang diberikan oleh Encik Hasanmuddin Bin Mohamad apabila beliau mendakwa anaknya Puan Hafizah Bt Hasanmuddin memberitahu beliau bahawa Puan Azizah Bt Shamsuddin dalam perbualan telefon dengan Puan Hafizah Bt Hasanmuddin telah mendakwa bahawa "Ada orang lain pun kena macam tu jugak" sedangkan keterangan Puan Hafizah Bt Hasanmuddin MENAFIKAN pernyataan tersebut seperti didakwa oleh Encik Hasanmuddin Bin Mohamad.

3) SAKSI UTAMA TIDAK DIPANGGIL MEMBERIKAN KETERANGAN

Keterangan Puan Hafizah Bt Hasanmuddin dengan jelas mendakwa bahawa SAKSI UTAMA yang berada ditempat FITNAH dikatakan berlaku adalah Encik Mohd Sallehuddin Bin Hasanmuddin iaitu adiknya dan buat kali ke-tiga nama SAKSI ini telah dinamakan dan JK Penyiasat masih TIDAK BERMINAT untuk memanggil beliau memberikan keterangannya. Rujuklah dimana-mana mahkamah didunia ini, apabila perkara ini berlaku, sudah pasti Pendakwaraya mahupun Peguambela akan memanggil SAKSI UTAMA ini untuk memberikan keterangan kecualilah SAKSI UTAMA ini tidak dapat dikesan atau telah meninggal dunia atau tidak waras. Dalam hal ini SAKSI UTAMA ini masih hidup dan waras serta telah berumur sekitar 17 tahun ketika siasatan kononnya dilakukan.

4) KREDIBILITI JK PENYIASAT DIRAGUI DAN DIPERTIKAIKAN

Diperingkat awal lagi JK Penyiasat mengambil keterangan Puan Hafizah Bt Hasanmuddin telah menjurus menyebelahi Puan Hafizah Bt Hasanmuddin apabila mereka memberikan 'keistimewaan' kepada Puan Hafizah Bt Hasanmuddin ini apabila mereka mengambil keterangannya dirumah Puan Hafizah Bt Hasanmuddin tanpa perlu beliau hadir ke pejabat persatuan seperti dilakukan kepada orang lain yang terlibat dalam penyiasatan tersebut. Perihal ini sahaja telah MEMBUKTIKAN bahawa ketidakadilan telah dilakukan oleh JK Penyiasat dalam melaksanakan amanah mereka.

Saya turut menganalisa soalan-soalan Pegawai Penyiasat kepada Puan Hafizah Bt Hasanmuddin secara TELITI dan TERPERINCI. Fahamkan bahawa soalan-soalan ini telah menjurus untuk membantu Puan Hafizah Bt Hasanmuddin daripada memberikan keterangan yang bercanggah dengan Encik Hasanmuddin Bin Mohamad dan Puan Safiah Bt Idris. Antara soalan-soalan yang saya maksudkan ialah apabila Pegawai Penyiasat CUBA untuk meyakinkan Puan Hafizah Bt Hasanmuddin bahawa FITNAH tersebut berlaku pada tahun 1995 bukannya 1994 tetapi malangnya Puan Hafizah Bt Hasanmuddin TIDAK JELAS akan panduan tersebut. Pegawai Penyiasat juga turut berusaha untuk Puan Hafizah Bt Hasanmuddin MENGESAHKAN bahawa kesan air mani MRH terdapat pada kain putih yang dipakainya tetapi sekali lagi Puan Hafizah Bt Hasanmuddin telah gagal memahami PANDUAN soalan tersebut dengan mengatakan bahawa tiada kesan air mani pada kain putih tersebut.

Sekali lagi saya tegaskan bahawa JK Penyiasat telah GAGAL dan / atau ENGGAN menyiasat dan mengesan MOTIF Puan Hafizah Bt Hasanmuddin mendakwa FITNAH tersebut apabila cuba memberikan alasan apabila Encik Hasanmuddin Bin Mohamad berkali-kali menyuruh beliau memperkenalkan tunang / boyfriend beliau kepada MRH yang mana MRH telah memberikan pandangan beliau kepada Encik Hasanmuddin Bin Mohamad berkenaan AKHLAK bakal suaminya yang rendah. Oleh kerana perihal ini telah menyebabkan Puan Hafizah Bt Hasanmuddin sentiasa mencari jalan mengelakkan pertemuan tersebut sehinggalah pernikahan beliau dilakukan di Siam (Thailand). MOTIF tersebut adalah DENDAM.

Apa boleh buat kerana tatacara yang dijalankan oleh JK Penyiasat ini bukanlah satu proses MENYIASAT tetapi ianya hanyalah merupakan satu proses MENDENGAR keterangan daripada individu TERPILIH yang mereka kehendaki. Tiada langsung unsur siasatan dilakukan oleh Jawatankuasa ini. Daripada tatacara siasatan sahaja kita dapat memahami dengan jelas apa yang dilakukan oleh Jawatankuasa ini dan telah menyebabkan KREDIBILITI / KEWIBAWAAN mereka sangat DIPERTIKAI dan DIRAGUI kebenarannya tanpa kita mengetahui kelakuan LUAR TABIE ahli-ahli JK Penyiasat dan JK Penghakiman sepanjang proses Siasatan Dalaman ini dijalankan.

Komen Saya:-

Saya dan keluarga langsung tidak terperanjat dengan FITNAH yang dilemparkan oleh Puan Hafizah Bt Hasanmuddin ini kerana saya sekeluarga suatu ketikanya sangat rapat dengan beliau. Beliau pernah berkawan rapat dengan adik saya Puan Humaizah Bt Zainul Abidin (rakan sebaya) apabila sama-sama membesar dipersekitaran Silat Cekak. FITNAH merupakan satu mainan dimulut beliau dimana disuatu ketika beliau dengan bersungguh-sungguh mendakwa bahawa beliau sering DIDERA dan DISIKSA oleh Ibu Tiri beliau iaitu Puan Safiah Bt Idris.

Walaubagaimanapun, saya sekeluarga hanya mendengar dakwaan beliau tanpa mempercayainya kerana kami MENGENALI perwatakkan Puan Safiah Bt Idris (ibu tirinya) adalah sangat berbeza seperti yang didakwa beliau. Oleh kerana perwatakkan Ibu Tirinya dan Bapanya yang LEMAH ini maka kesempatan tersebut telah diambil oleh Puan Hafizah Bt Hasanmuddin untuk menjalankan FITNAH tersebut bagi agenda peribadinya.

Saya dan keluarga juga sangat mengenali AKHLAK Puan Hafizah Bt Hasanmuddin yang sangat RENDAH tetapi mohon maaf saya tidak akan bercerita perihal AIB beliau kerana tujuan saya menulis diblog ini semata-mata untuk semua ahli melihat KEBENARAN bukannya melihat KEAIBAN. Saya berpendirian tidak akan mendedahkan AIB mereka ini walaupun pelbagai tuduhan, cacian dan makian telah dibuat oleh mereka terhadap saya sekeluarga, Guru saya sekeluarga dan keturunan saya sekeluarga. Tidak sama sekali kerana inilah didikan Guru, Ibu dan Bapa saya. Tidak sama sekali. Noktah...!!!

BERSAMBUNG
TERUSKAN MEMBACA DEMI KEBENARAN

25 comments:

  1. kenyataan enche' amin..

    "..tujuan saya menulis diblog ini semata-mata untuk semua ahli melihat KEBENARAN bukannya melihat KEAIBAN. Saya berpendirian tidak akan mendedahkan AIB mereka ini walaupun pelbagai tuduhan, cacian dan makian telah dibuat oleh mereka terhadap saya sekeluarga, Guru saya sekeluarga dan keturunan saya sekeluarga. ."

    >>> Alhamdulillah..inilah didikan YM Tuan Guru..kita mesti fokus pada apa yg kita perjuangkan..JANGAN lari fokus..kerana jika fokus tak tentu HALA..maka apa beza kita dgn puak AKADEMi.

    Ya Allah, selamatkan & permudahkanlah segala urusan YM Tuan Guru & seluruh ahli keluarganya..

    kabulkanlah doa kami sebagai anak murid yg kasihkan YM Tuan Guru kami...dengan berkat kekasihMu jua..Muhammad Ya Rasulullah.

    amin...

    ~SN..KK~

    ReplyDelete
  2. Amin..Amin... Ya Rabbal 'Alamin..

    ReplyDelete
  3. Tuan Amin,

    Harapan saya, agar Tuan akan sentiasa berada dlm keadaan sihat utk teruskan perjuangan bagi menuntut keadilan utk YM GU & seluruh ahli keluarga yg telah diperlakukan oleh manusia (manusia ke?) spt puak akademi.

    Mereka tanam benci di dalam hati kpd YM GU sejak puluhan tahun lampau..Nahhh..inilah hasilnya POHON BENCI YG AMAT BESAR & RENDANG tumbuh di dalam hati mereka !!!

    Sekarang ini, mereka telah menjadi buta mata , buta hati dek dilitupi oleh POHON BENCI tersebut. Nahh... siapa yg boleh menebang POHON itu??

    Walau apapun...terjadi, walau nyawa bercerai drp badan, biarlah kita semua tetap utuh bersama YM Tuan Guru.

    Terima kasih Tuan.

    ReplyDelete
  4. penting!! copy & paste balik url ni:

    http://www.facebook.com/note.php?note_id=113036855435038

    ReplyDelete
  5. tulah hakikatnya penipu..kalau ditanya 10x..maka akan ada 10 versi cerita..tapi jika berkaa benar,tanyalah hatta 1000x pun maka PASTI pernyataan yg diberikan adalah SAMA..

    tu bezanya yg BERKATA BENAR vs PENIPU!

    Izuddin

    ReplyDelete
  6. copy & paste dari web bharian online 5 minit tadi:

    Konstabel dituduh cabul rakan sekerja dibebas
    Oleh Siti Nurazlinee Azmi

    2010/12/23

    PETALING JAYA: Selepas lebih setahun digantung kerja, seorang konstabel polis dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret semalam, atas tuduhan mencabul kehormatan seorang Inspektor wanita yang juga rakan setugasnya, tahun lalu.

    Majistret Aishah Hijriah Arshad, membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Yusri Yusof, 36, di akhir kes pendakwaan. Aishah berkata, mahkamah mendapati keterangan mangsa tidak konsisten dengan laporan yang diberikan. Terdapat percanggahan keterangan yang diberikan oleh mangsa dalam kes itu kerana berdasarkan laporan polis yang dibuat, mangsa menyatakan beliau dipeluk dari arah belakang dan cuba dicium di pipi kanan serta paha kanannya diusap sebanyak dua hingga tiga kali oleh tertuduh.

    Sebaliknya, ketika pemeriksaan utama oleh pihak pendakwaan, mangsa tidak dapat mengesahkan sama ada beliau dipeluk ataupun tertuduh hanya memegang bahunya, katanya.

    Aishah berkata, mangsa juga dilihat teragak-agak untuk menjawab dan tidak yakin untuk memberi jawapan ketika pemeriksaan utama dan pemeriksaan balas oleh pihak pendakwaan dan pembelaan.

    Selain itu, katanya, keterangan mangsa tanpa keterangan sokongan tidak dapat membuktikan tertuduh menggunakan kekerasan jenayah ke atasnya.

    Tindakan mangsa yang tidak memaklumkan kejadian yang berlaku ke atas dirinya dengan serta-merta dilihat tidak munasabah kerana sebagai pegawai polis, mangsa mempunyai pengetahuan apa yang terjadi kepada dirinya salah di sisi undang-undang dan mangsa sememangnya ada banyak peluang untuk bercerita masalah yang dihadapi dengan rakan sebiliknya, katanya.

    Tertuduh dituduh mencabul mangsa berusia 25 tahun di pejabat Detektif Cawangan Narkotik Ibu Pejabat Polis (IPD) Petaling Jaya di sini, pada jam 5.35 petang, 26 Mei 2009.

    Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripadanya, jika sabit kesalahan.

    Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Choong Kak Sen manakala tertuduh diwakili peguam Wan Shahrizal Wan Laden.

    ReplyDelete
  7. Tn Amin

    "...kesempatan tersebut telah diambil oleh Puan Hafizah Bt Hasanmuddin untuk menjalankan FITNAH tersebut bagi agenda peribadinya..."

    mohon penjelasan tn mengenai agenda peribadi Pn hafizah...apakah motif dan agenda pn hafizah terhadap Guru MRH dari sudut persatuan,persilatan atau peribadi.

    T/kasih

    rosario

    ReplyDelete
  8. Rosario,

    Saya sudah jelaskan tentang MOTIF DENDAM tersebut. Sila baca dengan TELITI.

    ReplyDelete
  9. MOTIF DENDAM...BUKTINYA APA?

    ReplyDelete
  10. Anonymous,

    Sila baca dengan teliti maka nampaklah dengan jelas buktinya. Tak nampak juga, maka itu bukan kuasa saya untuk memberikan PUAN nampak. Itu semata-mata kuasa Yang Maha Melihat untuk memberikan PUAN nampak MOTIF tersebut.

    ReplyDelete
  11. aku rasa bukan dendam..budak kecil..tu.
    cuma kesilapaan paak syaitaan tu ajeee
    ambil kesempatan peluang yg ada...
    hidup melebihi drp apa yg adaa..

    ReplyDelete
  12. keluar bukti..yang canggih sikit..dgn surat ke
    drp ROS ke , ada hitam putih ke..setakaat penulissan..buat kaarangan cerita tu..bolehlah bagi B atau klu pelakon leh jadi pelakon terbaik..luar ..lain dr yang lain..

    ReplyDelete
  13. lain dari yang lain...

    tapi apa2 hal pun.. lg 10 tahun ke depan dan berikutnya, nama2 spt Hasanmudin sekeluarga.. Asnawi sekeluarga dan amrudin sekeluarga dan orang2 berkaitan spt ahli2 mmk dan jk penyiasatan akan termaktub sbg penyebar fitnah dan pengkhianat perjuangan Ustaz Hanafi..

    maka korang janganla marah.. sape suruh berdendam dgn guru..

    ReplyDelete
  14. puak AKADEMi...sila baca petikan drpd Berita Harian Online di atas!!

    yg telah siap di copy & paste tanpa edit pon...SILA BACA DENGAN TELITI

    kpd anak murid YM Tuan Guru..jgn mudah termakan dek provokasi puak AKADEMi..khususnya otai mereka..otai2 mereka..(atau yg perasan otai) mmg hebat dlm susun kata-kata...

    ReplyDelete
  15. aku rasa bukan dendam..budak kecil..tu.
    cuma kesilapaan paak syaitaan tu ajeee
    ambil kesempatan peluang yg ada...
    hidup melebihi drp apa yg ada..

    Komen!

    Hoi anon. Kesahihan cerita budak pompuan itu itupun dah tak masuk akal. Macam mana kau boleh buat kesimpulan macam tu. Mudahnya kau menerima cerita bohong. Mana akal kau.Perbuatan tersebut tak berlaku. Dan kau bercakap atas berita palsu. Baguslah kau mendapat dosa dari cerita palsu tersebut.

    KLS, Serdang

    ReplyDelete
  16. Adalah sangat TIDAK LOGIK dan boleh diterima AKAL YANG WARAS apabila sesuatu kejadian hitam dalam HIDUP tidak dapat diingati oleh Puan Hafizah Bt Hasanmuddin.

    {Palah bangang sangat statement ko nih. Kalau kejadian manis seperti malam pertama ko ngan bini ko memangla ingat sampai mati. Ni kejadian hitam, of courselah kalau boleh orang nak lupakan. Pulak tu kejadian hitam tu melibatkan si qodi yang dulunya dihormati oleh semua orang. Sungguh dia tak sangka si qodi leh wat camtu. Takpa, nanti kalau jadi kat family ko baru ko tahu}

    ReplyDelete
  17. ko la bangang... ko sendiri pun tak pernah kena cabul, macam mana ko boleh tahu orang tak leh lupa?

    ReplyDelete
  18. sapalah anon Dec 23, 2010 6:20 PM ni kan, die rasa die komen yg paling teror & cerdik, padahal soalan & komen semua menunjukkan kebodohan terlampau. Betullah kan, org@manusia klu dah belajar terlampau tinggi byk yg jadi org yg bodo sombong, rasa kewujudan tuhan dah xde, semua kepandaian dtg dr diri sendiri, ...

    Untuk anon tersebut, jgn dok selalu menfitnahkan org baik2, dok selalu kata cabul2,dok selalu memaki kata nnt adik bradik ko kena cabul. Suatu hari nnt xmustahil tuhan akan terbalikkan kpd klga ko pulak kena musibah mcm tu, entah2 lg truk dr apa yg ko selalu katakan, baru ko akan tahu. Nak berkata jaga2, tuhan itu maha adil...

    ReplyDelete
  19. Tuan Amin xyah jawab si Anon Bangsat ni sbb

    si anak Asnawi & anak Hassanuddin mana bole ingat kejadian sbb;

    a. cerita kejadian sebenarnya Xpernah berlaku tp cerita2 tu cume rekaan fitnah je, lg di toko tambah reka oleh Sutradara akademi atau;

    b. pelaku dah terbiasa/hobi/selalu sgt buat projek sundal mcm tu..mesti die mesti Xingat yg mana satu kejadian atau dgn boyfren yg mana satu (sbb trlalu ramai ajak boyfren, mungkin pulohan org mai rumah buat projek bila Mak Pak xde kt rumah). Bila takut rahsia terbongkar ttg keburokan kelurga & anak2, maka Mak Pak die kena cari `kambing putih', utk tutup kemaluan famili depa. Selanjutnya diambil kesempatan manipulasi pule oleh Sutradara puak akademi utk jatuhkan Guru & rampas hak keluarga Almarhum utk kepentingan depa.

    Bab anak2 Asnawi & Hassansuddin ni, memang biasanya kelakuan tabii anak2 akan ikut apa jua sifat tabii mak & pak die...tu ler dah trjumpe Guru sanggup nak bimbing ke jln kebaikkan tp ko org fitnah & khianti pulak, jd Anon2 lu terima lerr balasan terlondeh keaiban anak & keluarga akibat kejahatanmu sendiri!!!

    Bapa borek Anak Rintek

    M Kapau

    ReplyDelete
  20. sokong komen di atas....

    ReplyDelete
  21. Pesan Guruku : "dengar dgn TELINGA jgn percaya,lihat dgn MATA pn jgn percaya lg tp gunakanlah ANUGERAH & KEISTIMEWAAN yg ALLAH bg iaitu AKAL yg sempurna utk menilai.."

    kalau sesuatu itu dinilai dari AKAL yg sihat, situasii yg diperjelaskan diatas dpat dilihat segala tipu muslihatnya...terlalu lemah bukti yg cuba dbuktikan oleh JK penyiasat...penulisannya juga menunjukkan KEBODOHAN mereka dlm menipu...sehingga memakan diri...sbelom kita trima tuduhan seseorg tu siasat dulu siapa diri penuduh tu..apa background dia...bkn semberono je trima bulat2...kemudian dilihat pula siapa yg dituduh 2...kalau YM Tuan Sheikh nk wat xelok kat ank murid perm dia lama buat la & dia leh dpat yg lagi baik dari si HASHIMAH ngan HAFIZAH tu..tp knp 2org ni je yg kena??siapa 2org ni??permpn yg baik2 kah??tolong jawab...

    jd jgn sembarangan menjatuh seseorg tu bersalah kalau anda2 sekalian xda bukti & anda bukan saksi kejadian...INGAT!setiap kata2 fitnah yg dlemparkan akan ada yg mecatatnya...memfitnah itu adalah lebih KEJI dr membunuh maka fikir2kanla..

    p/s:hanya pesanan utk anon2 yg hanya berani bsuara tp KECUT nk memperkenalkan diri...ALLAH MAHA MELIHAT SETIAP APA YG KAMU SEMUA LAKUKAN...

    S.M

    ReplyDelete
  22. Anonymous said...
    sapalah anon Dec 23, 2010 6:20 PM ni kan, die rasa die komen yg paling teror & cerdik, padahal soalan & komen semua menunjukkan kebodohan terlampau. Betullah kan, org@manusia klu dah belajar terlampau tinggi byk yg jadi org yg bodo sombong, rasa kewujudan tuhan dah xde, semua kepandaian dtg dr diri sendiri, ...

    Untuk anon tersebut, jgn dok selalu menfitnahkan org baik2, dok selalu kata cabul2,dok selalu memaki kata nnt adik bradik ko kena cabul. Suatu hari nnt xmustahil tuhan akan terbalikkan kpd klga ko pulak kena musibah mcm tu, entah2 lg truk dr apa yg ko selalu katakan, baru ko akan tahu. Nak berkata jaga2, tuhan itu maha adil...

    { Orang baik2 ko kata. Dah ada kes cabul pun ko kata orang baik2? Bengong betul la puak hangpa nbih! }

    ReplyDelete
  23. kami xpenah bengong, puak akademi yg bengong. bengong sbb percaya dgn certia ceritri fitnah wanita2 yg giler publisiti murahan & low classss!!! nasib baik berlaki, dulu dok kepoh nk cari laki, try org ni try org tu sbb smeua laki die kawan lari sbb takut sipolan-polan tu trlebih agedeban..ahaha. nk citer hal org konon, pirahhh...

    ReplyDelete
  24. Betulllllllll..........puak otai akademi yg bengong !!! Fitnah perempuan murah yg dorang percaya!!

    Pengikutnya plak dua kali bengong!

    ReplyDelete
  25. YaAllah.... seram sejuk aku baca.. Fitnah jadi mainan...Dosa besar ni... yang tak tau jangan sebar kalu setakat dengar2.. yang terlibat kena bawa bukti... simple..kalu mahkamah islah orang yang yg menuduh ni kena Qazaf dah.. tuduh orang zina tak bawa bukti...nauzubillah..YM MRH tetap guruku..

    ReplyDelete