Friday, December 31, 2010

Mahkamah Beruk - Siri 26

Rencana MAHKAMAH BERUK pada kali ini, saya akan menganalisa KESIMPULAN yang dilakukan oleh JK Penyiasat berhubung FITNAH yang dilemparkan oleh Puan Hafizah Bt Hasanmuddin terhadap YM Sheikh Haji Md Radzi Bin Ustaz Haji Hanafi Al-Qedahi seperti di mukasurat 28 dan 29, Laporan Rasmi JK Penyiasat PSSCUHM. Kesimpulan tersebut adalah seperti berikut:-

MRH = Md Radzi Hanafi
OKT = Orang Kena Tuduh (MRH)

Nota:-
Penulisan saya berhubung Keterangan kepada JK Penyiasat dan Kesimpulan JK Penyiasat adalah 100% BENAR berdasarkan Laporan Rasmi JK Penyiasat PSSCUHM. Sekiranya terdapat kekeliruan pada ayat, saya memohon maaf kerana saya tidak akan mengubahnya demi menjaga ketelusan rencana saya. Harap maklum.

Perkara 14

Aduan perbuatan mencabul kehormatan Pn Hafizah Bt Hasanmudin oleh En Md Radzi Bin Hj Hanafi timbul daripada pengetahuan umum mengenai kes Cik Hashimah Bt Asnawi.

Hujahan Perkara 14

FITNAH daripada Pn Hafizah Bt Hasanmudin ini TIDAK PERNAH dibuat sebarang aduan RASMI daripada Pn Hafizah Bt Hasanmudin mahupun daripada sesiapa dikalangan keluarga beliau. FITNAH ini timbul melalui Encik Abd Azman Bin Johan melalui Surat Aduan Rasmi yang dihantar beliau kepada Naib Presiden dan Setiausaha Agung PSSCUHM tanpa menyatakan perihal FITNAH berkaitan Pn Hafizah Bt Hasanmudin ini.

Perkara 15

Pn Hafizah Bt Hasanmudin telah memberi keterangan bahawa En Md Radzi Bin Hj Hanafi telah mencabul kehormatannya sekitar tahun 1994-1995 dimana pada suatu hari En Md Radzi Bin Hj Hanafi telah datang ke rumah keluarganya dan telah memandikannya dengan memakai kain putih silat.

Hujahan Perkara 15

Mengikut amalan dan tatacara perundangan Malaysia, sekiranya tuduhan seperti ini dibuat di mana-mana Mahkamah di dunia ini PASTI telah dibakul sampahkan diperingkat awal lagi kerana tuduhan TIDAK JELAS tanpa sebarang FAKTA untuk diadili seperti RANGE tarikh pertuduhan serta MASA kononnya FITNAH dikatakan berlaku, tambahan pula tuduhan hanya dibuat selepas kira-kira 16 tahun daripada TAHUN FITNAH tersebut.

Perkara 16

Pn Hafizah Bt Hasanmudin menyatakan bahawa semasa memandikannya En Md Radzi Bin Hj Hanafi telah menghisap buah dadanya dan menjilat kemaluannya. En Md Radzi Bin Hj Hanafi telah juga melepaskan air maninya ke belakang Pn Hafizah Bt Hasanmudin. Pn Hafizah Bt Hasanmudin telah memaklumkan hal ini kepada Pn Azizah Bt Shamsudin sebaik sahaja kejadian berlaku.

Hujahan Perkara 16

FITNAH daripada Pn Hafizah Bt Hasanmudin ini TIDAK PERNAH disokong oleh sebarang BUKTI mahupun SAKSI bagi membenarkan tuduhan tersebut. BUKTI kononnya kehadiran MRH dirumah beliau TIDAK PERNAH dibuktikan. SAKSI berkaitan FITNAH ini pula iaitu Encik Hasanmudin Bin Mohamad, Puan Safiah Bt Idris dan Puan Azizah Bt Shamsudin hanyalah merupakan SAKSI 'HEAR SAY' iaitu saksi yang hanya MENCERITAKAN SEMULA tentang cerita yang disampaikan oleh Puan Hafizah Bt Hasanmudin, sedangkan terdapat SAKSI UTAMA dirumah tersebut iaitu Encik Mohd Sallehuddin Bin Hasanmuddin TIDAK PERNAH diambil keterangan beliau oleh JK Penyiasat. Saya berkeyakinan, sekiranya SAKSI UTAMA ini memberikan keterangan beliau, ianya akan dapat memperjelaskan AKHLAK Puan Hafizah Bt Hasanmudin dan dapat MENGESAHKAN kehadiran JEJAKA MISTERI tersebut.

Perkara 17

Sebelum berkahwin, sekitar tahun 2002, Pn Hafizah telah memaklumkan kepada ibubapanya sebagai sebab mengapa dia keberatan untuk memperkenalkan bakal suaminya kepada En Md Radzi Bin Hj Hanafi.

Hujahan Perkara 17

Mengenai perkara ini, JK Penyiasat telah GAGAL dan / atau ENGGAN menyiasat perihal keterangan MRH sendiri berkaitan TIGA MOTIF DENDAM yang menyebabkan berlakunya FITNAH tersebut oleh Pn Hafizah Bt Hasanmudin. Tambahan pula MOTIF-MOTIF DENDAM ini dikuatkan lagi dengan kenyataan MRH bahawa Pn Hafizah Bt Hasanmudin ini telah bernikah di Siam (Thailand), dan sekiranya JK Penyiasat ini MENYIASAT dan bukan hanya MENDENGAR, pasti mereka akan ketemu perkara yang lebih MENGGEMPARKAN berkaitan AKHLAK Puan Hafizah Bt Hasanmudin sebelum beliau bernikah di Siam.

Perkara 18

Ibu Pn Hafizah Bt Hasanmudin iaitu Pn Safiah Bt Idris telah menanyakan perkara ini pada Pn Azizah Bt Shamsudin dan Pn Azizah Bt Shamsudin telah mengesahkan Pn Hafizah Bt Hasanmudin ada memberitahunya kejadian ini sebaik sahaja ia berlaku.

Hujahan Perkara 18

Kesimpulan ini merupakan satu PEMBOHONGAN yang nyata oleh JK Penyiasat kerana Puan Azizah Bt Shamsudin didalam keterangannya kepada JK Penyiasat dengan JELAS telah menyatakan bahawa Puan Hafizah Bt Hasanmudin telah memberitahunya perihal FITNAH tersebut bukanlah sebaik sahaja ianya berlaku tetapi disuatu ketika diwaktu malam hari secara berdepan, sedangkan keterangan Puan Hafizah Bt Hasanmudin mengatakan bahawa beliau memberitahu Puan Azizah Bt Shamsudin sebaik sahaja FITNAH dikatakan berlaku dan percakapan tersebut adalah melalui telefon. KENYATAAN BERCANGGAH yang JELAS dan NYATA, tetapi JK Penyiasat GAGAL dan / atau ENGGAN membuat kesimpulan ini.

Perkara 19

En Md Radzi Bin Hj Hanafi dalam keterangannya menafikan kejadian tersebut dan menyatakan dia tidak pernah pergi ke rumah En Hasanmudin Bin Mohamad

Hujahan Perkara 19

Penafian yang TEGAS diberikan oleh MRH berhubung perkara ini dan JK Penyiasat TIDAK PERNAH mempunyai BUKTI dan SAKSI yang mengesahkan FITNAH tersebut mahupun kehadiran MRH ke rumah Encik Hasanmudin Bin Mohamad.

Perkara 20

Memandangkan Pn Hafizah Bt Hasanmudin tidak mempunyai apa-apa kepentingan untuk mendedahkan perkara ini tetapi dia telah dipanggil untuk memberikan keterangan akibat timbulnya kes Cik Hashimah Bt Asnawi dan dia telah memberikan kerjasama untuk mendedahkan apa yang telah dilakukan oleh En Md Radzi Bin Hj Hanafi keatas dirinya KEMUNGKINAN BESAR perbuatan mencabul kehormatan oleh En Md Radzi Bin Hj Hanafi keatas dirinya berlaku.

Hujahan Perkara 20

MRH juga TIDAK MEMPUNYAI SEBARANG KEPENTINGAN untuk melakukan perkara seperti DIFITNAHKAN berdasarkan kedudukan beliau yang TINGGI didalam masyarakat. Suka saya TEGASKAN lagi bahawa JK Penyiasat telah GAGAL dan / atau ENGGAN menyiasat MOTIF FITNAH yang dibuat oleh Puan Hafizah Bt Hasanmudin ini berpandukan keterangan daripada MRH tetapi sebaliknya lebih berminat untuk membuat kesimpulan berdasarkan ANDAIAN mereka semata-mata tanpa sebarang BUKTI dan SAKSI yang dapat MENGESAHKAN FITNAH tersebut mahupun dakwaan kononnya kehadiran MRH dirumah Puan Hafizah Bt Hasanmudin.

Perkara 21

Keterangan Pn Hafizah Bt Hasanmudin jelas dan terang dan telah disokong oleh keterangan Pn Azizah Bt Shamsudin yang mengetahui perkara ini pada tahun 1994/1995 dan juga disokong oleh keterangan ibubapanya (Encik Hasanmudin Bin Mohamad dan Puan Safiah Bt Idris) yang menyatakan bahawa mereka telah dimaklumkan oleh anak mereka Puan Hafizah Bt Hasanmudin pada tahun 2002 tentang apa yang telah dilakukan kepadanya oleh En Md Radzi Bin Hj Hanafi.

Hujahan Perkara 21

Jika kita MENELITI keterangan Puan Hafizah Bt Hasanmudin kepada JK Penyiasat, adalah JELAS dan TERANG bahawa keterangan beliau sendiri adalah BERCANGGAH diantara satu sama lain. Kesimpulan JK Penyiasat bahawa keterangan Puan Hafizah Bt Hasanmudin ini kononnya telah DISOKONG oleh keterangan Puan Azizah Bt Shamsudin, Puan Safiah Bt Idris dan Encik Hasanmudin Bin Mohamad merupakan satu kesimpulan PALSU kerana keterangan mereka ini bukanlah merupakan KETERANGAN SOKONGAN tetapi ianya merupakan satu keterangan HEAR SAY apabila mereka bertindak MENCERITAKAN SEMULA sepertimana diceritakan oleh Puan Hafizah Bt Shamsudin.

KETERANGAN SOKONGAN menurut tafsiran perundangan adalah merupakan satu keterangan yang membenarkan suatu pertuduhan tersebut. Contoh:- Keterangan Puan Hafizah Bt Hasanmudin yang mengatakan bahawa kononnya FITNAH dikatakan berlaku, ada satu ketikanya beliau memakai kain putih, maka sudah pastilah akan terdapat BUKTI DNA berupa bulu, air mani, air liur dan lain-lain lagi yang PASTI dapat dibuktikan melalui KETERANGAN SOKONGAN daripada DOKTOR PERUBATAN / PAKAR DNA tersebut mahupun BUKTI SOKONGAN melalui LAPORAN PERUBATAN / PAKAR DNA berkaitan.

Perkara 22 & 23

Akibat memberi keterangan untuk mengesahkan apa yang telah dilakukan atas Puan Hafizah Bt Hasanmudin oleh En Md Radzi Bin Hj Hanafi, Pn Azizah telah memaklumkan bahawa dia juga telah dicabul kehormatan oleh En Md Radzi Bin Hj Hanafi semasa mandi silat, semasa belajar sembahyang dia telah diraba dan juga semasa dalam kereta bersama En Md Radzi Bin Hj Hanafi. En Md Radzi Bin Hj Hanafi telah meletakkan tangan Pn Azizah Bt Shamsudin ke kemaluannya sehingga Pn Azizah Bt Shamsudin merasa tangannya basah.

Oleh kerana apa yang dikatakan pencabulan kehormatannya timbul daripada soalan Jawatankuasa Penyiasat dan beliau (Puan Azizah Bt Shamsudin) BUKAN PENGADU tetapi hanya saksi untuk mengesahkan Pn Hafizah Bt Hasanmudin ada memaklumkan kepadanya apa yang telah dilakukan oleh En Md Radzi Bin Hj Hanafi, Jawatankuasa Penyiasat tidak membuat apa-apa andaian tentang perbuatan mencabul kehormatan oleh En Md Radzi Bin Hj Hanafi ke atas Pn Azizah Bt Shamsudin.

Hujahan Perkara 22 & 23

Satu kesimpulan yang berunsurkan PENIPUAN kerana didalam keterangan Puan Azizah Bt Shamsudin beliau TIDAK PERNAH mendakwa bahawa MRH meraba beliau ketika belajar sembahyang. Perkara berkaitan ini SENGAJA dinyatakan oleh JK Penyiasat untuk memberikan GAMBARAN NEGATIF terhadap MRH kepada JK Penghakiman.

SANGAT MENGHAIRANKAN apabila JK Penyiasat menolak FITNAH daripada Puan Azizah Bt Shamsudin atas alasan beliau BUKAN PENGADU sedangkan JK Penyiasat menerima FITNAH daripada Puan Hafizah Bt Hasanmudin dimana beliau juga BUKAN PENGADU kerana orang yang bertanggungjawab sebagai PENGADU keseluruhan FITNAH terhadap MRH adalah Encik Abd Azman Bin Johan.

Perkara 24

Keterangan Pn Hafizah Bt Hasanmudin, En Hasanmudin Bin Mohamad, Pn Safiah Bt Idris dan Pn Azizah Bt Shamsudin diterima oleh Jawatankuasa kerana tiada sebab untuk mereka berbohong.

Hujahan Perkara 24

Sekali lagi saya TEGASKAN bahawa keterangan En Hasanmudin Bin Mohamad, Pn Safiah Bt Idris dan Pn Azizah Bt Shamsudin ini merupakan satu keterangan HEAR SAY seperti diceritakan oleh Pn Hafizah Bt Hasanmudin yang JELAS dan TERANG mempunyai PERCANGGAHAN SERIUS didalam keterangan mereka diantara satu sama lain.

Sekali lagi saya TEGASKAN bahawa JK Penyiasat telah GAGAL dan / atau ENGGAN menyiasat MOTIF tuduhan yang dibuat oleh Pn Hafizah Bt Hasanmudin seperti keterangan MRH kepada JK Penyiasat.

Suka saya CADANGKAN bahawa kesimpulan JK Penyiasat berkenaan Perkara 24 ini LEBIH TEPAT sekiranya disimpulkan seperti berikut:-

"Keterangan Pn Hafizah Bt Hasanmudin, En Hasanmudin Bin Mohamad, Pn Safiah Bt Idris dan Pn Azizah Bt Shamsudin diterima oleh Jawatankuasa kerana mereka ini ke semuanya As-Siddiq dan kata-kata mereka ibarat Nabi dan Rasul terdahulu".

Perkara 25

Apabila dibandingkan keterangan En Md Radzi Bin Hj Hanafi dengan keterangan saksi-saksi diatas, keterangan En Md Radzi Bin Hj Hanafi hanyalah lebih kepada penafian semata-mata ataupun tidak ingat dan sukar diterima kerana En Md Radzi Bin Hj Hanafi berkepentingan untuk menafikan kejadian-kejadian tersebut.

Hujahan Perkara 25

MRH hanya MENGETAHUI perihal FITNAH KE-DUA ini apabila beliau hadir memberikan keterangan kepada JK Penyiasat pada 04hb Julai 2006. Saya yakin sekiranya Ketua Hakim Negara sendiri apabila berhadapan situasi ini akan hanya mampu MENAFIKAN segala tohmahan terhadapnya serta sudah PASTI gagal MENGINGATI sesuatu perkara yang didakwa kononnya berlaku pada 16 tahun yang lampau.

SANGAT PELIK apabila kehadiran MRH untuk memberikan keterangan kepada JK Penyiasat ini telah GAGAL dan / atau ENGGAN ditafsirkan oleh JK Penyiasat bahawa beliau meletakkan kepentingan dan kerjasama jitu dalam menyelesaikan FITNAH yang didakwa.

LEBIH PELIK apabila keterangan MRH berkaitan MOTIF tuduhan berserta para SAKSI yang dinamakan beliau telah GAGAL dan / atau ENGGAN dilakukan sebarang penyiasatan mahupun pendengaran daripada SAKSI-SAKSI ini oleh JK Penyiasat.

Analisa Tambahan:-

Perkara 13

Dari keterangan-keterangan yang diberi, Jawatankuasa Penyiasat berpendapat kemungkinan besar perbuatan mencabul kehormatan berlaku terhadap Hashimah Bt Asnawi tetapi oleh kerana TIADA SAKSI yang berkecuali dapat dikemukakan, Jawatankuasa Penyiasat TIDAK DAPAT membuat ketentuan KONKLUSIF mengenainya.

Hujahan Perkara 13

Tiada sebarang hujahan berhubung FITNAH daripada Cik Hashimah Bt Asnawi kerana Mahkamah Majistrate Ampang telah membuat keputusan pada 09hb Disember 2010, yang mana Majistrate telah MELEPASKAN dan MEMBEBASKAN YM Sheikh Haji Md Radzi Bin Ustaz Haji Hanafi Al-Qedahi berhubung FITNAH tersebut.

Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-Empat, Tahun 2007, Terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka, dimukasurat 815, KONKLUSIF bermaksud tidak dapat dipertikaikan lagi (bukan keterangan, keputusan dsb); pasti; kukuh; muktamad. Contoh yang telah diberikan dalam Kamus Dewan ini adalah berkaitan BUKTI DNA.

Sehubungan itu, dengan merujuk kepada kesimpulan Perkara 13 tersebut, JELAS dan TERANG telah memaparkan kewibawaan JK Penyiasat yang DIRAGUI dan DIPERTIKAIKAN apabila cuba mengaitkan bahawa SAKSI yang terlibat akan membolehkan ketentuan KONKLUSIF (ketentuan yang tidak dapat dipertikaikan lagi / pasti / kukuh / muktamad) sedangkan menurut istilah ianya bukanlah berupa 'keterangan' daripada SAKSI.

LEBIH LUAR BIASA pula apabila FITNAH yang didakwa oleh Puan Hafizah Bt Hasanmudin JELAS dan TERANG mendakwa terdapat SAKSI UTAMA yang kononnya melihat kehadiran MRH iaitu Encik Mohd Sallehudin Bin Hasanmudin tetapi JK Penyiasat telah GAGAL dan / atau ENGGAN memanggil atau mengambil keterangan daripada SAKSI UTAMA ini.

Ulasan Saya:-

Sangat jelas bahawa proses dan tatacara JK Penyiasat ini telah melaksanakan amanah mereka dengan secara berat sebelah dan menafikan keadilan kepada MRH apabila setiap olahan kesimpulan JK Penyiasat tersebut menjurus kepada ANDAIAN khayalan mereka semata-mata berdasarkan penceritaan daripada pihak-pihak yang menuduh tanpa JK Penyiasat ini menjalankan siasatan bagi mendapatkan BUKTI segala pertuduhan.

Ketidakadilan JK Penyiasat ini lebih terserlah apabila mereka GAGAL dan / atau ENGGAN memanggil atau mengambil keterangan daripada para SAKSI yang dinamakan oleh MRH berhubung keterangan beliau. 

Apabila berlakunya KETIDAKADILAN terhadap suatu penghakiman, maka berlakulah KEZALIMAN dan Islam MENYERU penganutnya MENENTANG kezaliman tersebut, itupun jika kita benar-benar MUKMIN.

Komen Saya:-

Sebenarnya ke semua kesimpulan JK Penyiasat PSSCUHM seperti disenaraikan didalam rencana ini saya mampu menghujahkannya kepada JK Penyiasat dengan satu ayat sahaja iaitu:- "POKEMON LU"

Pengumuman Saya:-

Nantikan pengumuman penting tepat jam 12.00am pada 01hb Januari 2011.

BERSAMBUNG
TERUSKAN MEMBACA DEMI KEBENARAN

13 comments:

  1. Tuan Amin..

    Bermula dengan siri yg awal hingga kini, saya dapati mahkamah ini:

    1. memang mahkamah beruk
    2. entah apa-apa entah, saksi-saksi yg dipanggil pula,lain soal, lain dijawab..
    3. konon menyiasat tapi berat sebelah
    4. tidak adil -beria ia menuduh & percaya bulat-bulat ckp pemfitnah
    5. memang sangat keji & terkutuk

    Beginikah cara penyiasatan yg diagung-agungkan?? hehehe..memang tepatlah namanya Mahkamah Beruk.......................

    Walaubagaimanapun, saya amat sukakan hujahan anda. Teruskan perjuangan Tuan yang suci, murni, tulus dan mulus ini.
    I Follow......... :)

    ReplyDelete
  2. hahahahah... pokemen lu?... memang kreatif... i loike....

    ReplyDelete
  3. Tak sabar tunggu detik 12 tgh malam :p

    ReplyDelete
  4. teruskan...tak sabar tunggu pendedahanyang tuan amin nak buat...

    ReplyDelete
  5. Kesimpulan saya : Lapaoran tersebut sebenarnya adalah laporan bersifat justification(pewajaran) dan bukan Judiciary(penghakiman). Sebab itu ia bersifat kelamkabut dan tidak fokus kepada pembuktian.

    Laporan bersifat justifikasi ini adalah laporan yg biasa kita buat untuk mendapatkan peruntukan/kelulusan sesuatu program. Iaitu kita memang dah berniat untuk membuat sesuatu. Olehitu kita pun mencari alasan-alasan yg kukuh untuk mewajarkan program/sesuatu perkara boleh diterima atau diluluskan.

    Laporan penghakiman adalah merupakan laporan yg menjurus kepada pembuktian sesuatu kesalahan berlaku.

    Kesimpulan dalam kesimpulan: Laporan ini sebenarnya telah menginaya Orang yg tidak bersalah.Suatu penipuan kepada ahli Silat Cekak Hanafi.Guna untuk mengabui agenda jahat mereka yg disebalik pertuduhan ini.Saya menyeru ahli Silat Cekak Masman insaflah dan buka lah mata dan fikiran. Penglibatan kamu dalam penipuan ini dan memperpanjangkannya pula, kamu lah yg akan menanggungnya di akhirat kelak.Ilmu yg bukan sah kamu kembangkan selagi itulah kamu akan dapat bahagiannya di akhirat kelak. Selagi ilmu itu digunakan.

    KLS serdang

    ReplyDelete
  6. Puak pengkhianat adakan jk penyiasatan & jk kehakiman cuma sekadar utk memenuhi syarat menjustifikasi supaya ahli2 percaya bhw salahlaku Tuan Syeikh memang betoi berlaku, yakni berdasarkan skrip asal rekaan Akademi Fantasi..xkira mcmana jln cerita terpenting MATLAMAT UTAMA iaitu YM Tuan Syeikh Hj Md Radhi mesti DIPUTUSKAN bersalah, asalkan dpt create best reason rampas kuasa utk pecat Tuan Syeikh dari jawatan Presiden & Guru Utama serta pusaka hak keluarga Almarhum dirampas sbb tu fakta2 saksi2 palsu saling bercanggah, tunggang-langgang & xlojik dek akal...depa xjangka dokumen LAPORAN sebenar jk penyiasatan boleh TERBOCOR jatuh ke tangan perisek 007 & didedahkan oleh Tuan Amin ke pihak umum...
    Dapat cerita pengikut2 silat Cekak Hanafi Masman pun dah mula menjauhkan diri sorang demi sorang dari Akademi sbb dah tau tertipu dek lakonan abg2 ikon akademi & penyelia/jurulatih pun dah jammed, tak boleh nak jawab persoalan2 pengikut baru yg inginkan kebenaran & bukti sahih. Tambah hilang yakin dgn ILMU SILAT CIPLAK setelah berlaku kejadian Penyelia/jurulatih Silat Cekak Masman jatuh tersungkur tak melawan bila kena try di depan mata oleh penuntut baru & cerita benar ini makin tersebar luas di kalangan mereka.

    Tuhan ciptakan manusia sgt istimewa dgn diberikan kelebihan akal berbanding dgn haiwan tanpa akal, kami gunakan akal sebaik anugerah Tuhan demi melaksanakan amanah hidup, tak bodoh membuta tuli taksub abg2 ikon mcm pengikut SILAT CEKAK MASMAN!!!

    Pendukong Gombak

    ReplyDelete
  7. Kat UKM dah tersebar luas berita penyelia silat Cekak Masman tewas tak melawan kena try oleh penuntut baru depan jurulatih & penuntut kelas..bila penyelia dah tewas, jurulatih yg ada pun kecut teloq

    Jef Bangi

    ReplyDelete
  8. ahahaha...kasihan deh lorr

    ReplyDelete
  9. LUUUU fikir LAh...SENDIRI...keputusan MAHKAMAH tUUUUU..ada faham..keling

    ReplyDelete
  10. Siasatan Dalaman PSSCUHM Terhadap Md Radzi Al-Qodi SANGAT - sangat Adil .Taahniah..kepada semua jawatankuasa yang terdiri dr mereka yang telah lama bersama dengan perjuangan Ustaz hanaafi serta dr golongan profesional..Keputusan Mahkamah menyebelahi mereka yang berwibawa..Kreabiliti GURU Cabul yang perlu dipertikaikan bukannya PSSCUHM..masalaah GURU CABUL..Penyelesaian adaalah GURU CABUL tu sendiri..tak perlu menyalahi org lain atau sape2 saje.
    perlu lihat dr perilaku GURU CABUL..yang telah tidak diiktirafkan..TAPI masih mengaaku GURU Utama..ikut haluan lain lah..Tapi jangan kes sivil belum selesai lagi...peringkat mahkaamh tinggi masih ada laagi...

    ReplyDelete
  11. tak abis2 menyalak..benda yg sama...pigidahhh...ko yg cabul lagi mau tuduh org..tak ada cabul..yg menipu tu haa...pompuan tak tau diuntung, pompuan2 yg tak betul pikiran, pompuan2 yg mmg tak baik perangai...Otai2 akademi esp. 3A mmg suka percaya benda2 fantasi. Jgnlah nak ulang2 perkataan cabul. malulah sket.

    ReplyDelete
  12. golongan profesional konon? tak ada maknanya kalau hati kaudu..jahat tak habis2

    ReplyDelete
  13. Mr Amin..My brother!!Saya sokong tuan!!teruskan menulis..Agungkan guru kita! Serlahkan yang hak! Tidakkan yang batil!!

    ReplyDelete