Wednesday, November 3, 2010

Bintang Pecah 21

Pada logo persatuan, samada Cekak Malaysia mahupun Cekak Hanafi, terdapat 'Bintang Pecah 21' dikeliling logo tersebut yang memberi makna tersuratnya adalah jumlah buah-buah matapelajaran Silat Cekak. Makna tersiratnya pula, seperti yang diperjelaskan oleh Al-Marhum Ustaz Haji Hanafi Bin Haji Ahmad bermaksud:- Walaupun Silat Cekak ini berpecah kepada 21, yang TERPAKAI (asli) hanyalah SATU. Untuk mengenali yang ASLI tersebut, lihatlah pada kebenaran SANAD GURUNYA (salasilah perguruan)..

Semenjak zaman Panglima Ismail sehinggalah YM Sheikh Haji Md Radzi Bin Ustaz Haji Hanafi Al-Qadhi, tidak pernah sama sekali GURU Silat Cekak ini dilantik melalui satu badan lain yang kononnya sebagai pendokong silat ini kerana GURU Silat Cekak ini dilantik melalui cara dan tradisinya tersendiri (rujuk rencana perihal Mandat). Buka sejarah, baca dan faham apa yang cuba disampaikan oleh Al-Marhum Ustaz Haji Hanafi.

Kekecohan Silat Cekak ini bukan hanya berlaku sekarang, tetapi telah beberapa kali berlaku di zaman Al-Marhum Ustaz Haji Hanafi malah beliau sendiri pernah difitnah berzina dengan isteri anak muridnya sebanyak 41 kali, sehinggakan beliau turut dilokap atas pelbagai fitnah semata-mata kerana adanya golongan MUNAFIK didalam Silat Cekak.

Tidak kiralah, empat, lima mahupun 100 individu yang pernah belajar dengan Al-Marhum Ustaz Haji Hanafi menjadi Guru Silat Cekak sekarang, yang TERPAKAI hanyalah SATU. Jika mereka bertanya YM Tuan Sheikh ini Pewaris apa? Jawablah dengan LIDAH yang fasih dan HATI yang YAKIN serta penuh KETEGASAN bahawa YM Sheikh Haji Md Radzi B Ustaz Haji Hanafi Al-Qadhi adalah PEWARIS AGUNG YANG HAKIKI SILAT CEKAK USTAZ HANAFI.  

39 comments:

  1. persoalan kepada soklan yg diajukan di tempat lain terus dijawab di sini..jelas.
    Jawablah dengan LIDAH yang fasih dan HATI yang YAKIN serta penuh KETEGASAN bahawa YM Sheikh Haji Md Radzi B Ustaz Haji Hanafi Al-Qadhi adalah PEWARIS AGUNG YANG HAKIKI SILAT CEKAK USTAZ HANAFI.

    sokong!

    ReplyDelete
  2. sokong ..membabi buta wat apa...fikir dulu sekali 10 kali atau beribu kali sehingga akal kite MENOLAK..GURU CABUL bukan pewaris..persatuan atau silat.dia mcm kite jugak..ADA FAHAm..tanya org lama sebelah cekak malaysia atau cekak ustaz hanafi bukan cekak pusaka

    ReplyDelete
  3. GURU CABUL...Md Radzi adalah PEWARIS AGUNG JARI TENGAH..MERANGKAP PELAKON NOM 1..JAGA2 YANG GEBU2 TU..KEKKE

    ReplyDelete
  4. ayat ko ni menggambarkan cmne guru ko ajor ko...berani letak nama la...

    ReplyDelete
  5. alaa..yg atas ni toksah ckp bnyk la..kalau ikut cara fikir & pendirian hangpa ni..mmg kaki punah perguruan..

    kenapa aku kata lagu tu? kalau zaman almarhum dulu kemudahan internet & media dah mcm skrg ni..pasti hangpa akan bungkus & hentam berabis kat almarhum pasai kes tuduh main dgn bini ahli.

    hangpa memang hati suka busukkan org ..semua nak kesempurnaan KUNUNNYA! pigidahh..

    ~shah, seremban

    ReplyDelete
  6. mana dia mau..dia mmg pengunjung aktif yg hanya tau busukkan nama baik org..pada dia semua mesti SEMPURNA..ptuihhhh..

    aku..shah

    ReplyDelete
  7. oo...mmg pengecut la ni...
    mmg "Guru AFUNDI" ajar cmtu kot...kesian..
    ingat dosa ngan Tuhan leh bertaubat... dosa ngan manusia....hanya manusia yg boleh maafkan... sebarkan lagi fitnah tu.. moga berlipat ganda balasan dunia dan akhirat...

    ReplyDelete
  8. salam.sy ni penuntut srikandi junior sangat-sangat.sy mula kenal Tuan Syeikh bermula 2001. saya masuk belajar silat cekak hanafi di suatu tempat yang terpencil. saya diberi penerangan apa perbezaan antara silat cekak hanafi dan cekak malaysia.siapa guru yang sebenar dan mandat perguruan.ketika itu saya baru 15 tahun.kemudian tamat, saya melanjutkan pelajaran ke sebuah ipta di selatan. di selatan saya dapat melihat perbezaan antara layan yang diberikan kepada Tuan Syeikh tetapi fahaman sama seperti di tempat saya yang terpencil. Guru yang sebenar. selama saya mengenali Tuan Syeikh, peribadi beliau tidak seperti yang digembar-gemburkan. malah saya banyak mendapatkan nasib dari segi agama dan kehidupan dengan Tuan Syeikh. saya juga membuat rujukan dengan orang-orang yang mendalami agama, ternyata pandangan Tuan Syeikh selari dengan ajaran agama. malahan, saya mendapatkan nasihat dalam jodoh saya serta bertemu jodoh dengan nasihat Tuan Syeikh...persoalan yang bermain di minda saya sekarang, kenapa suatu ketika dulu kita disogok oleh cerita mandat perguruan dan salasilah oleh pihak-pihak yang kini membuang serta megaibkan Tuan Syeikh?..bukan seperti meludah kemudiam menjilat semula.saya menulis rencana ini berdasarkan pengalaman sendiri serta pengetahuan yang diterapkan dalam silat cekak hanafi.. dengar dengan telinga,jangan percaya, lihat dengan mata,jangan percaya,gunakan akal yang dikurniakan tuhan, nilaikan..

    ReplyDelete
  9. salam.saya setuju gan srikandi junior..bukankah terserlah, golongan mereka ni dulu menjuang mandat perguruan, kemudian membuang perguruan. bukankah ini seperti rancangan yang sangat busuk..kalau kita tengok,mereka akan melenting kalau kita tak ikut cakap mereka.malah sanggup cuba menggagalkan pelbagai rancangan yang pihak Tuan Syeikh jalankan. kalau betul mereka betul, sepatutnya mereka berfikir nak majukan oersatuan mereka.bukan merosakkan serta cuba gagalkan program orang lain.ini ke sikap anak murid cekak???...

    ReplyDelete
  10. biasala.. orang yang berani cakap dalam nie tanpa meletakkan adalah orang yang takut rahsianya pula akan terbongkar disini.. nak tanya orang lama..?? hmmm.. selepas saya tamat silat cekak malaysia, saya diberitahu oleh orang lama dalam akademi sekarang nie bahawa YM Sheikh Haji Md Radzi B Ustaz Haji Hanafi Al-Qadhi adalah guru utama yang sebenar kerana memiliki mandat perguruan.. bila timbul masalah dalam persatuan ini, orang tersebut menafikan pula tentang mandat tersebut.. kenapa perlu untuk menafikan.. saya sanggup menuntut semula silat cekak hanafi walau dah tamat semata-mata kerana perkara tersebut..

    sekian, terima kasih.

    -mohd firdaus-

    ReplyDelete
  11. Firdaus, Azizun & Srikandi Junior > Itulah golongan MUNAFIK didalam Silat Cekak. Golongan ini juga wujud dizaman Rasulullah lagi.

    ReplyDelete
  12. depa ni duk fitnah macam hidup selamanya takkan mati. barangkali sudah lupa kuasa Tuhan yg sa..

    yg komen xde nama : dah bgtau banyak kali suruh bubuh nama, tetap tak bubuh nama. kalau manusia normal, akan faham dgn mudah. hangpa tak paham2 ni kenapa? org lama ajar camtu ke? Aku rasa Allahyarham Ustaz tak ajar muridnya begitu. apatah lagi memfitnah.

    khalil, tasik permaisuri, cheras.

    ReplyDelete
  13. Anonymous > Rupabentuk Silat Cekak yang nampaknya sama tetapi tidak serupa. Ibarat ayam yang disembelih dengan mati gelek kereta. Kalau dibuat kari, nampaknya sama tetapi 1 Halal & 1 lagi Haram.

    Bagi insan yang dipelihara Allah, maka sudah pasti dia akan terhindar daripada memakan ayam yang mati gelek kereta. Yakinlah.

    ReplyDelete
  14. salam...

    Anonymous said November 3, 2010 8:22 AM cakap...

    'sokong ..membabi buta wat apa...fikir dulu sekali 10 kali atau beribu kali sehingga akal kite MENOLAK..GURU CABUL bukan pewaris..persatuan atau silat.dia mcm kite jugak..ADA FAHAm..tanya org lama sebelah cekak malaysia atau cekak ustaz hanafi bukan cekak pusaka'

    kalau tanya org lama yang faham tentang mandat, mereka akan berkata..BUANG la yang merosakkan perjuangan suci ni dari dulu sampai skrg..

    hanya org yang tidak memBUANG je yang akan berkata sebaliknya..sebab tu la hangpa kejap julang mandat..kejap BUANG mandat...tak caya? tonton balik VCD menegak kebenaran..sapa yang dalam tu duk kata Tuan Syeikh pemegang mandat sebenar..sekarang ni depa la yang rampas persatuan secara jijik..betoi2 perangai munafik!

    Razlan Ab Razak

    ReplyDelete
  15. Diriku terasa segar apabila masuk ke blog ini, lapang hati, lapang dada & fikiran. Tahniah Tuan Amin, karya Tuan sedikit sebanyak menambah pengetahuan saya.Karya Tuan tidak meleret-leret, ia begitu padat dan jitu ditambah dengan kiasan-kiasan yg sememang kena pada tempatnya. Saya berharap kami akan disajikan dengan maklumat yang lebih berinformasi lagi.

    Sesungguhnya saya yakin benar bahawa YM Sheikh Haji Md Radzi B Ustaz Haji Hanafi Al-Qadhi adalah PEWARIS AGUNG YANG HAKIKI SILAT CEKAK USTAZ HANAFI. Amat berterima kasih kpd beliau yg telah byk berjasa membentuk keperibadian kami.

    Sebelum ini beliau banyak membentuk keperibadian kami suami isteri. Kini, ajaran2 serta nasihat2 beliau, Insya Allah akan membentuk keperibadian kedua-dua puteri kami.

    Teruskan karya anda demi menegakkan kebenaran.
    ALLAH HUAKBAR !

    Hidup YM Tuan Sheikh
    Hidup SCH
    Hidup Bonda Maimunah
    Hidup Kak ita & anak2
    Hidup seluruh Ahli Keluarga & Keturunan Ustaz Hanafi Hj Ahmad
    Hidup semua Pendokong Hakiki

    ReplyDelete
  16. saudara tidak bernama...sedih sungguh kami ni lihta saudara...dah lah tak ada nama, berhati busuk pulak tu...

    itu lah saudara, kalau fikir guna nafsu, mesti lah saudara nampak nafsu..kalau fikir gunakan kurniaan Allah ni, saya yakin saudara takkan jadi macam ni..sygnya saudara ni tak ada adab.masuk blog Tuan Amin lepas tu saudara tulis yang buruk2..apa ni saudara? walaupun kami tahu yang sebelah sana mengajar yang buruk2, tak perlu rasanya saudara praktiskan di laman blog Tuan Amin ni yea...

    untuk makluman saudara, pencetus perpecahan Cekak Hanafi dan Cekak Malaysia adalah dari keluarga buang..itu yang diakui ayah saya salah seorang ahli lama zaman ustaz hanafi memilih cekak malaysia kerana termakan hasutan ahli keluarga buang...

    alhamdulillah, penyesalan beliau tersalah pilih jalan , ayah saya menyuruh saya mengikut YM TUAN GURU MD RADZI BIN HAJI HANAFI, kerana beliau mempunyai MANDAT perguruan yang telah DISAHKAN sendiri oleh ENCIK ISHAK BIN ITAM di depan ayah saya.Secara rasminya , saya akui mandat itu memang ada pada YM Tuan Guru Md Radzi.

    akhirnya, baru saya tahu kenapa ishak itam sendiri tak mahu ahli keluarga buang dalam persatuan kerana merekalah punca bermulanya perpecahan.

    nampak tak saudara tak bernama? mungkin saudara tak faham ni..takper saudara, belajar lagi yea.jgn berfikiran lucah sgt saudara, rosak akal saudara , rosak perangai saudara walaupun saudara memang dah rosak.

    kembali lah ke pangkal jalan, ikut landasan yang betul...

    Mohd Yazid bin Hamidun

    ReplyDelete
  17. Tuan Yazid.. patut la..

    sy sendiri pernah dengar citer dari salah seorang anak BUANG yg mengatakan almarhum Ustaz Hanafi bila nak dibawa lagi adik beradiknya belajar ustaz kata.. cukup la tu tiga org...

    Bole citerkan lebih lanjut tak tentang Encik Ishak Itam mengesahkan sendiri tu?

    -cucu adam-

    ReplyDelete
  18. Terima kasih Tuan Amin, dengan adanya blog Tuan dapatlah saya & rakan2 dapat maklumat sedikit sebanyak tentang YM Tuan Guru.

    Banyak pengajaran yg dapat diambil dari blog Tuan ini.

    Dan dengan terang semua pendokong SCH dapat lihat akhlak dan perangai mereka2 yang menderhaka pada YM Tuan Guru. Kalau dah tak sehaluan pun, tak perlu lah menyebar fitnah dan menyalak2 di sini. Tepat sekalilah kalau Tuan Amin gelarkan mereka 'Anjing yang menyalak'. Masuk ke tempat orang, tiada beradab dan tersangatlah biadap. Inilah ajaran yg mereka dapat dari guru AFUNDI palsu & bimbingan dari mereka yang terBuang!

    Nik Zulhazmi Nik Fuaad
    Sydney, Australia

    ReplyDelete
  19. kenapa aku kata lagu tu? kalau zaman almarhum dulu kemudahan internet & media dah mcm skrg ni..pasti hangpa akan bungkus & hentam berabis kat almarhum pasai kes tuduh main dgn bini ahli.

    'Yaka? kami yg akan berhentam ka korang juga yg dok buat blog letak2 gambaq2 kutuk dan mengeji? la ni jadi mcm ni, sapa yg buat hat tu semua? kami ka? kalau jadi masa zaman almarhum, rasa2nya yg kata mcm tu jg kot bubuh komen tak bernama kata guru berjari tengah? tak gitu ka?'

    -Fariduddin, [Perlis, Kedah, Maybe Madagascar]-

    ReplyDelete
  20. Baru berkesempatan jenguk blog Amin Zainul. Tahniah diatas usaha murni tuan untuk memartabatkan KEBENARAN.
    Kepada sahabat seperjuangan, kita berbicara dengan FAKTA untuk melawan FITNAH. Biarkan 'mereka' berbicara dengan AUTA. Pesan Guru, Keluarkan isi akalmu bukan isi perutmu. Isi Akal akan memandu kita kearah kebenaran. Isi perut adalah BUSUK seperti mana bau gaya penulisan yang dikeluarkan oleh 'mereka'. Itulah gambaran sikap dan mentaliti sebenar 'mereka'. Kita bertanggungjawab diatas penulisan kita kerana kita dilatih bersikap BERANI. Bak kata Guru,Berani itu Sifat Mukmin Sejati. Berbeza dengan 'mereka', yang menyembunyikan identiti sebenar, tidak bertanggunjawab.
    Istiqamah dalam perjuangan supaya kita tak terlepas 'cangkuk' dikemudian hari.

    Yusaini Hj Sidek
    Kuala Lumpur

    ReplyDelete
  21. Sudahlah..Yusaini (Franky)..Lu pun tak betul...2x5.Bisne auta punya orang..byk dpt komisen ke..tak rasa ke..makan cili pedas..bile PK kata...perangai tak elok mcm kau dulu tak boleh jadi elok sekrg...kekkeke

    ReplyDelete
  22. Ucapan Tahniah buat penulisan Tuan Amin yg byk memberikn info yg BENAR dan TEPAT mengikut situasi. Penulisan yg jelas dgn bukti yg bsanad.

    Page ini dah pun mencapai bilangan 12,096(mengikut kiraan semasa di screen sy), yg mana saya jangkakan peratusan besar adalah dr pihak YM Tn Syeikh Hj Md Radzi Hj Hanafi Al-Qadhi sndiri. Sedangkn peratusan yg lain, mnjadikan page ini sebagai medan "menternak" dosa & fitnah. Tahniah & terusknlh usaha pd kedua-dua belah pihak! Yg satu terus "bullish", yg satu terus menerus "bearish". Maha Bijaksana Allah, alangkh cantiknya kehidupn.

    Jika meminjam kata² Tn Hj Yusaini, harusnya kita btanggungjwb bkn shj dlm penulisan tp smua perkara. Bsungguhlh dlm membela Guru YM Tn Syeikh, bkn shj disini tp juga diluar. Smpaikn fakta, hebahkn cerita, dr yg benar, dr sumber yg kukuh.

    Meminjam kata² seorg Hakim di Mahkamah Tinggi "Iyelah, sekali Pahlawan, selama-lamanya Pahlawan. Kan?" Hmpir tcungap² seorg lawyer utk mbidas kata² ini.

    Sekian utk kali ini.

    MOHD FAIZ BIN SHAMSUDDIN
    Seri Kembangan. Kuala Lumpur.

    ReplyDelete
  23. kepada en.Fariduddin, [Perlis, Kedah, Maybe Madagascar

    nampak gayanya saudara salah fhm kepada sahabat kita yg buat posting atas2 ni..sahabat kita buat posting tu & tujukan kepada puak Akademi yang sibuk caci keji YM Tuan Guru.

    harap maklum.

    Abdullah
    Borneo

    ReplyDelete
  24. Penulis Anonymous...sila guna nama anda sebenar ye...nak tanya...yang menggunakan "lu gua lu gua" ni kenapa? guna nama sebenar lah baru sedap kita tengok kan.

    Izmi Shahriman
    Kuala Lumpur

    ReplyDelete
  25. abaikan saja anonymous yg kutuk abg frankie tu..dia (anon) tu mmg dah SEMPURNA habis agaknya..buruk org saja dia nampak..nak buat mcm mana kalau dia (anon) tu mmg suka amal busuk hati..dah itu ajaran AKADEMI agaknya skrg ni..

    abdullah
    Borneo

    ReplyDelete
  26. kepada en.Fariduddin, [Perlis, Kedah, Maybe Madagascar]

    Tagline yg dipakai tu [Perlis, Kedah, Maybe Madagascar]mcm kat darul saka aje..?


    -cucuadam-

    ReplyDelete
  27. anonymous...nma pun bunyi mcm black metal..spesies iblis la ni...!!kesian!

    ReplyDelete
  28. Nik Zulhazmi > YM Tuan Sheikh ada bercerita tentang saudara kepada saya. Selamat Datang ke blog saya. Sebarang pandangan dan cadangan sangat dialu-alukan.

    ReplyDelete
  29. Amin ni bukan betul sangat utk korang percaya...byk yg tulis kat blog nih semua dah pusing punya cerita...kalau betul punya cerita, ex-guru dah menang dalam mahkamah...


    Syeikh Amzar Syariff. (The real Syeikh dari Arab)

    ReplyDelete
  30. "Berpecah bintang 21 yang terpakai hanya 1.."
    itulah pesanan dari lidah seorang insan keramat..
    kata2nya sentiasa menjadi benar..



    "Berpecah umatku kepada 73 puak nanti..
    yang terpakai hanya 1.."
    pesanan agung dari lidah insan yg amat dikasihi dan amat dekat dengan Allah Taala(Muhammad SAW)

    saya cukup berminat dengan kamu ni wahai amzar syariff..
    seorang yg amat bangga mengaku diri seorang syeikh..ketika dari FB lagi..

    tetapi maaflah..
    setiap inci kata2 kamu tidak langsung menusuk kalbu..
    tidak langsung meninggalkan kesan kepada orang lain..
    apatah lagi nak mendatangkan hikmah kepada orang lain dengan kata2 kamu itu...

    jauhh sekali......

    hakikatnya kamu bukan seorang yg duduknya pada martabat seorang Asy-Syeikh...
    sekadar diri merasa bangga untuk mengaku pada dunia bahawa akulah syeikh dari arab kononnya..

    mana ada syeikh yang duduknya di belakang GURU AFUNDI...
    Seorang Syeikh pasti akan pernah duduk di belakang Guru yg mursyid..
    malah turut bersifat siddiq..

    seperti Tuan Syeikh Al-Qadhi..
    dulunya beliau duduk di belakang seorang Guru yang mursyid lagi siddiq..
    maka lihatlah sekarang beliau pula yang duduk pada martabat Syeikh itu..
    disebabkan Guru beliau sangatlah bagus dan beliau juga seorang yg bagus...

    tetapi kamu seorang yang hanya duduk di belakang guru yang dilantik melalui tangan yg lebih banyak diangkat ketika mengundi...
    tetapi sangat selesa mengaku diri itu syeikh..
    malah dari dulu di FB lagi..

    sedarrlahhh diriii pak syeikh celoppp.......

    -Firdaus MRH-

    ReplyDelete
  31. tahniah tuan amin zainul...
    penulisan tuan di dalam blog ini dari awal sehingga kini cukup kemas dan teratur...

    dan tahniah juga kepada tuan kerana telah menggunakan kepetahan,kekemasan,dan kerapian berkata2 & menulis untuk menceritakan KEBENARAN GURU...

    sesungguhnya amatlah kelihatan ketara pengisian diri yg dipunyai oleh gugat blogspot dan aminzainul blogspot..
    gugat bukan menceritakan sesuatu..
    tetapi hanya mencaci,menghina Tuan Syeikh...
    maka dapatnya hinaan dan cacian juga dari orang2 lain...

    syabas!!

    -Firdaus MRH-

    ReplyDelete
  32. Syeikh Amzar > Kalah dan Menang bukannya ukuran KEBENARAN. Rasulullah saw telah tewas dalam perang Uhud. Adakah tuan/puan mengatakan Rasulullah BATIL?

    Tidak kira samada real Arab ataupun tidak, berguru kena Guru yang betul. Bukankah Kaum Nabi Noh asalnya ARAB? Belajar lagi ye, tapi jangan tanya MARWI LATIFF, lagi bengong nanti.

    ReplyDelete
  33. Firdaus > Apelah yang dibangga menjadi ARAB. Bukankah yang membunuh 3 orang Khulafaq Al-Rasyidin juga orang ARAB! Bukankah ABU JAHAL itu bangsa ARAB?

    Rasulullah saw hanya berpesan Umatku dan Pengikutku, bukannya ARAB YANG MENYALAK BLOG.

    ReplyDelete
  34. Salam semua,

    Alhamdulillah, baru tergerak untuk membuka blog Tuan Amin kita ni. 'Lahirnya blog ini kerana KEBENARAN, bukan bermusuh sebagai tujuan'. Tetapi bila dibaca komen dari pauk sebelah, nampak sangat akal mereka di mana. Nampak siasah yang ditonjolkan mereka bagaimana. Bak kata pepatah, gurunya kencing berdiri, anak muridnya kencing sambil marathon'

    Masyarakat yang celik akan menilai budi seseorang pengikut dari pembacaan dan gaya bahasa tulisan mereka. Jika dilihat, mereka yang berhati busuk tidak pernah kenal jemu untuk menyerang kerana itulah tujuan utama mereka. Bukannya mahu memartabatkan seni pusaka bangsa yang tidak ternilai ini. Kerana kepentingan diri beberapa kerat manusia yang tidak dapat menerima hakikat (kononnya mrk org lama, tak layak dipimpin oleh orang yang lebih muda), habis rosak anak muda yang buta akalnya, yang menjadi pengikut kerana sentimen, bukannya penilaian FAKTA-FAKTA yang dikemukakan.. jadilah kufur nikmat kerana AKAL yang dikurniakan tidak digunakan dengan sebaiknya untuk menilai sesuatu hujah yang dibawa.

    Kepada Tuan Amin, teruskan penulisan anda untuk dikongsi bersama. Kami sentiasa menyokong anda. InsyaAllah, saya akan sentiasa follow blog tuan. Bookmark suda nih. Kicai peng satuuu.

    Wassallam

    Fendy - KK, Sabah

    ReplyDelete
  35. "berguru kena GURU yg betul"
    saya setuju dgn abg amin..
    sbb kalau lah kita salah pilih guru
    agaknya mcmana la kita skrg nih....
    bagaimana bagus dan berjaya pun seseorg itu
    sbb dia ada seorang GURU
    terima kasih GURUku

    saya bleh bayangkan kalau lah bukan sebenar guru
    apakah dia bleh jawab apa2 yg anak murid dia tanya..
    tanya skit je dah gelabah kut
    lain yg ditanya,lain yg dijawab barangkali

    ReplyDelete
  36. Fendi > Rindu pada Kicai Peng Sabah...hehehe

    ReplyDelete
  37. abg frenky...kalau dpt mamat mulut longkang tu kasi lipat jer sampai bebuih...kurang ajar punye bdk.....

    ReplyDelete
  38. Assalammu'alaikum.Kepada penyalak2, Mintalah kepada Allah agar ditujukkan perkara sebenar.
    Kalau awak tak bersetuju dengan tuan Amin.

    Kalau Allah tunjukkan pasti puan berpuas hati.dan berfikirlah dengan akal yang waras. Bukan mengikut perasaaan semata2.

    Bagi saya Md Radzi Hj Hanafi adalah Pewaris Silat Cekak Hanafi yg benar.

    Cicit Lebai Lah
    Kg Padang Tok Kesop
    Jitra , Kedah

    ReplyDelete