Tuesday, November 30, 2010

Mahkamah Beruk - Siri 12

Rencana Mahkamah Beruk ini diteruskan lagi dengan kita kembali seketika ke belakang, iaitu tarikh diantara 09hb Jun 2006 iaitu tarikh selepas Cik Hashimah Bt Asnawi dan Tuan Haji DR Abdul Jalil Bin Haji Hashim memberikan keterangan kepada JK Penyiasat sehinggalah 03hb Julai 2006 iaitu satu hari sebelum YM Sheikh Radzi Hanafi memberikan keterangan beliau kepada JK Penyiasat. Sama-sama kita ketahui, apakah sebenarnya yang berlaku.

Pada 16hb Jun 2006, YM Sheikh Radzi, Tuan Haji Yusaini Bin Haji Sidek dan Encik Suhaimi Bin Saad ketika dalam perjalanan dari KLIA ke rumah YM Sheikh Radzi, mereka telah terjumpa Encik Md Daud Bin Sutan (Setiausaha JK Penyiasat) bersama dengan Encik Abd Azman Bin Johan (Pengadu) yang sedang menjamu selera di Restoran Warung Anda, Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Kelihatan Encik Md Daud Bin Sutan dalam keadaan terperanjat dan menghampiri YM Sheikh Radzi Hanafi, Tuan Haji Yusaini Bin Haji Sidek dan Encik Suhaimi Bin Saad untuk bersalaman. Perlu diingat, ketika ini JK Penyiasat sedang menjalankan tugas siasatan mereka.

Pada 17hb Jun 2006, ketika JK Penyiasat mengambil keterangan Puan Hafizah Bt Hassanmuddin (Pemfitnah Ke-dua) dirumahnya, Tuan Haji Yahya Bin Abd Rahman (Pengerusi JK Penyiasat) telah menyatakan sokongannya kepada Encik Mortaruddin Bin Haji Hanafi sekiranya beliau dilantik sebagai Guru Utama. Kenyataan Pengerusi JK Penyiasat ini menggambarkan bahawa beliau telah mempunyai keputusan yang berat sebelah ke arah kebersalahannya YM Sheikh Radzi terhadap fitnah yang didakwa.

Pada 18hb Jun 2006, Encik Abd Halim Bin Abd Hamid (YDP Cawangan Negeri Sembilan) telah bertemu dengan Encik Abd Azman Bin Johan, Encik Asnawi Bin Ahmad serta turut sama berbual adalah Encik Zulkifli Bin Haji Mohd Said. Dalam pertemuan tersebut, Encik Abd Azman Bin Johan dan Encik Asnawi Bin Ahmad telah mencaci dan menghina YM Sheikh Radzi Hanafi terhadap dakwaan Cik Hashimah Bt Asnawi (anak Encik Asnawi Bin Ahmad). Mereka juga turut memfitnah YM Sheikh Radzi Hanafi telah menindih badan isteri Tuan Haji Mohd Ashif Bin Abd Aziz di Mekah sewaktu rombongan menunaikan Umrah suatu ketika dahulu dimana YM Sheikh Radzi Hanafi sedang membantu kesakitan yang dialami oleh isteri Tuan Haji Mohd Ashif. Encik Abd Azman Bin Johan telah turut menyerahkan salinan surat aduannya berhubung salahlaku YM Sheikh Radzi Hanafi kepada Encik Abd Halim Bin Abd Hamid.

Pada 19hb Jun 2006, sekitar jam 01.00 ke 02.00 petang, Encik Abd Halim Bin Abd Hamid telah menalifon Tuan Haji Amrahi Bin Haji Buang mengenai perjumpaan beliau dengan Encik Abd Azman Bin Johan dan Encik Asnawi Bin Ahmad seperti yang disarankan oleh Tuan Haji Amrahi Bin Haji Buang. Dalam perbualan talifon tersebut, Tuan Haji Amrahi Bin Haji Buang telah mencaci dan menghina YM Sheikh Radzi Hanafi seperti berikut:-
  • Perkara GURU buat macam ini kepada murid adalah biasa bagi Guru Silat
  • Kalau setahun buat sekali, dah 13 tahun jadi Guru Utama, bayangkan dah berapa?
  • Nanti tahulah pengganti Guru Utama nak buat macam mana!
Perlu diingat, Tuan Haji Amrahi Bin Haji Buang adalah ahli JK Penghakiman yang masih belum bersidang untuk membuat sebarang keputusan berhubung dakwaan Cik Hashimah Bt Asnawi. Encik Abd Halim Bin Abd Hamid telah turut menalifon Tuan Haji Mohd Ashif Bin Abd Aziz, untuk mendapat kepastian mengenai fitnah yang telah disampaikan oleh Encik Abd Azman Bin Johan dan Encik Asnawi Bin Ahmad berkenaan dakwaan isteri beliau yang diperlakukan di Mekah oleh YM Sheikh Radzi Hanafi. Perihal kepincangan ini, aduan bertulis telah dibuat oleh Encik Abd Halim Bin Abd Hamid kepada pihak PSSCUHM dan diserahkan ketika mesyuarat MMT pada 03hb September 2006.

Pada 29hb Jun 2006, Encik Sharulnizam Bin Jantan melalui surat bertarikh 28hb Jun 2006 telah membuat satu aduan rasmi kepada semua ahli MMK dan ahli JK Penyiasat berhubung kenyataan Puan Azizah Bt Shamsuddin (isteri Encik Ramlee Bin Abd Rahman) berhubung fitnah yang dibuat terhadap YM Sheikh Radzi Hanafi didalam perbualan telifon Puan Azizah Bt Shamsuddin dengan isteri beliau iaitu Puan Zanariah Bt Haji Md Nor pada 29hb Mei 2006 dan 12hb Jun 2006.

Pada 30hb Jun 2006, Tuan Haji Mohd Ashif Bin Haji Abd Aziz dan isteri beliau Puan Hajjah Harlina Puspha Bt Mohd Kamil, melalui surat bertarikh 29hb Jun 2006, telah menghantar surat aduan dan penafian berhubung fitnah yang dilakukan oleh Encik Abd Azman Bin Johan dan Encik Asnawi Bin Ahmad seperti ditanya oleh Encik Abd Halim Bin Abd Hamid. Didalam surat aduan tersebut, turut dilampirkan surat yang ditandatangai oleh Encik Abd Halim Bin Abd Hamid berhubung perjumpaan beliau dengan Encik Abd Azman Bin Johan dan Encik Asnawi Bin Ahmad pada 18hb Jun 2006.

Pada 03hb Julai 2006, saya telah mengutuskan surat bantahan rasmi kepada ahli MMK 2006/2009 dan ahli JK Penyiasat berhubung kepincangan yang berlaku melibatkan ahli JK Penyiasat dan JK Penghakiman dalam mengedalikan tatacara Siasatan Dalaman PSSCUHM. Saya juga memohon pihak MMK 2006/2009 mengambil tindakkan serta merta dalam mengatasi kepincangan siasatan ini memandangkan perkara-perkara yang berlaku telah tersasar jauh daripada perancangan MMK 2006/2009 untuk mengendalikan penyiasatan ini secara kekeluargaan dan memelihara aib YM Sheikh Radzi Hanafi dan keluarga Al-Marhum Ustaz Haji Hanafi Haji Ahmad.

Ulasan Saya:-

1) Perbuatan Encik Md Daud Bin Sutan dan Tuan Haji Yahya Bin Abd Rahman adalah sangat TIDAK BERMORAL dalam mengendalikan tatacara Siasatan Dalaman PSSCUHM. Perihal mereka ini juga telah menimbulkan syak bahawa tatacara dan laporan JK Penyiasat adalah berat sebelah dan prejudis.

2) Tindakkan Tuan Haji Amrahi Bin Haji Buang selaku ahli JK Penghakiman telah membuktikan bahawa YM Sheikh Radzi Hanafi ini telah didapati bersalah sejak awal penubuhan Siasatan Dalaman tanpa perlu melalui tatacara penyasatan kerana melalui rencana Mahkamah Beruk, BUKTI telah jelas seramai 5 orang daripada 7 orang ahli JK Penghakiman telah mempunyai keputusan BERSALAH terhadap YM Sheikh Radzi. Siasatan Dalaman ini hanyalah proses yang dilakukan untuk mendokumentasikan tuduhan dan keputusan mereka.

3) Agak PELIK apabila pihak MMK 2006/2009 tidak memberikan sebarang respon terhadap Surat Aduan yang dihantar oleh Encik Sharulnizam Bin Jantan, Tuan Haji Mohd Ashif Bin Abd Aziz dan saya sendiri berhubung kepincangan yang telah berlaku melibatkan ahli JK Penyiasat dan JK Penghakiman, serta tindakkan menyebarkan perkara ini kepada pihak yang tidak berkenaan. Turut dipersoalkan oleh saya apabila tindakkan individu tertentu yang cuba mempengaruhi ahli-ahli yang tidak berkenaan untuk mempercayai tuduhan yang ditujukan kepada YM Sheikh Radzi Hanafi. Ini sangat bertentangan dengan keputusan Mesyuarat MMK 2006/2009 pada 02hb Mei 2006 dahulu yang mengatakan bahawa tindakkan penubuhan Siasatan Dalaman PSSCUHM perlu dilakukan kerana telah menerima aduan daripada seorang AHLI SEUMUR HIDUP (Encik Abd Azman Bin Johan) sedangkan surat Aduan yang dihantar oleh saya bertiga juga selaku AHLI SEUMUR HIDUP persatuan. Inilah dinamakan PENDAKWAAN TERPILIH.

4) Selepas 14 hari daripada Surat Aduan saya kepada MMK 2006/2009 tidak mendapat sebarang respon, maka saya telah mengambil keputusan dengan menyebarkan surat dan rencana saya kepada seluruh ahli-ahli PSSCUHM demi mengelakkan fitnah terhadap YM Sheikh Radzi Hanafi ini mempengaruhi ahli-ahli. Alhamdulillah dengan izin Allah SWT, dengan BERKAT Guruku, KERAMAH Ibuku dan HIKMAH Bapaku, sebahagian besar ahli telah dapat melihat KEZALIMAN dan PENIPUAN yang telah dilakukan terhadap YM Sheikh Radzi Hanafi serta telah menolak segala tohmahan fitnah dan keputusan Siasatan Dalaman persatuan.

BERSAMBUNG
TERUSKAN MEMBACA DEMI KEBENARAN 

15 comments:

  1. Tuan Amin,

    Masya Allah,

    Tidak baik sungguh mereka !!

    Zalim!! Penipu !!! Tidak benar2 melakukan pengadilan mengikut lunas-lunas agama Islam yg suci.

    Semoga mereka mendapat petunjuk (jika ada rezekilah)

    Jika tidak, mereka adalah golongan yg amat rugi. Mereka telah menutup jalan-jalan kebaikan, menutup yg hak lagi hakiki, menutup segala yg benar!!

    Yang lebih dahsyat lagi, mereka mengajarkan ilmu kepada ramai orang melalui saluran yg bukannya benar2 hak. Sanggupkah mereka ini menanggung kesalahan terhadap apa yg telah berlaku???

    sesungguhnya mereka telah berlaku zalim....bukan sahaja kepada orang lain tetapi sebenarnya kepada diri mereka sendiri tanpa menyedarinya !!

    Hanya Allah yang mampu memberi mereka petunjuk setelah mereka jauh tersasar!!!!

    ReplyDelete
  2. Puan Kamsiah,

    Mengambil contoh akhlak SHEIKH kita dan kita mendoakan juga agar mereka ini diberikan PETUNJUK oleh Allah swt. Kita tiada kuasa dan daya untuk membuka PINTU HATI mereka. Hanya kita mampu BERUSAHA dan usaha kita juga pun daripada NYA.

    ReplyDelete
  3. Amin..Amin Ya Rabbal 'Alamin...

    ReplyDelete
  4. itu belum campur lagi dgn Tn Hj Amrahi bin Hj Buang sibuk talipon sana sini ahli-ahli di serata Msia khususnya IPT yg kononnya boleh dijadikan 'protege' beliau..tak dpt talipon handset siap talipon no rumah member bertalu-talu..

    betapa juga enche' Azlan Shah Gapoor yg begitu kechewa dgn cawangan Sarawak..siap contact MMN Sarawak utk luahkan kononnya member Sarawak tak kenang jasa 'Abg Lan'..'sampai hati'..

    pigidahhhh..

    ~abdullah
    Borneo

    ReplyDelete
  5. zaki bukan adik ustazNovember 30, 2010 at 6:14 PM

    ".....memelihara aib YM Sheikh Radzi Hanafi dan keluarga Al-Marhum Ustaz Haji Hanafi Haji Ahmad." pada perenggan akhir sebelum "Ulasan" tuan.

    Maaf Tuan,nak komen sikit, rasanya "memelihara aib" tu sepatutnya ditukar kepada "memelihara nama baik" lebih sesuai digunakan ataupun sememangnya puak tak tepakai tu memang sengaja guna perkataan tersebut sebab nak mempengaruhi atau memberi tanggapan yang salah kepada umum tentang perihal keadaan yang berlaku terhadap YM Tuan Sheikh Md Radzi...sebab pada ketika tu dan sehingga sekarangpun nama baik Tuan Shiekh Md Radzi dan keluarga Ustaz Hanafi masih terpelihara dan terbela dengan usaha yang tuan buat ini..teruskan tuan menegak kebenaran.

    Seperti yang tuan pernah kata... keadaan yang berlaku terhadap guru ini adalah sebenarnya dugaan ke atas anak2 murid....atau lebih tepat lagi HATI anak2 murid ..agaknya... Maaf komen saya kalau tak betul tolong betulkan tuan..

    ReplyDelete
  6. Saudaraku Zaki,

    Mohon maaf sekiranya perkataan yang saya gunakan tersebut tidak bertepatan kerana saya tidak dapat melihat impak negatif akibat penggunaan ayat tersebut. Terima kasih atas teguran dan pandangan. Akan diambil perhatian serius.

    ReplyDelete
  7. Salam. Saudara Amin boleh ke tolong sampaikan pesanan saya kepada YM Md Radzi, saya mendoakan kebenaran berpihak kepadanya dan saya harap beliau tabah dalam mengharungi dugaan dari Allah ini. Saya adalah sahabat lamanya dari Johor Bahru tetapi telah lama terputus hubungan..dan amat sedih serta amat bersimpati bila mendapat tahu tentang musibah yang menimpanya ini. Bukan tidak mahu memperkenalkan diri tapi jika beliau ingat Indera Devp. pasti beliau akan mengenali saya..jesteru doa saya beliau sabar dan tabah...

    ReplyDelete
  8. Indera Devp,

    Insya Allah, akan saya sampaikan salam saudara. Terima kasih kerana mendoakan GURU saya dalam menghadapi MUSIBAH ini.

    ReplyDelete
  9. Salam Tuan Amin, Terima kasih kerana turut memaparkan kejadian utk dikongsi bersama sahabat2 & pejuang2 yg setia;

    1. Kejadian fitnah yg direka terhadap Tuan Syeikh Hj Md Radzi semasa membantu mengubati isteri saya ketika berada di Tanah Haram semasa mengerjakan Umrah yang sememangnya sengaja diputarbelitkan oleh golongan pengkhianat berkenaan sbg cobaan menambah aib maruah Tuan Syeikh.... sebenarnya semasa kejadian itu, beberapa sahabat setia(juga pengkhianat/isteri) turut berada di bilik berkenaan termasuk isteri Tuan Syeikh (Pn Hjh Mazita). Fitnah berkaitan Tuan Syeikh & isteri saya juga turut di siarkan oleh golongan pemfitnah dalam linda@blog.spot (telah ditutup).

    2. Saya juga mengesahkan kesahihan paparan Tuan Amin mengenai surat aduan & penafian fitnah dari saya & isteri tetapi tiada sebarang respon/tidak dilayan oleh pihak MMK(hantar by hand - cuma di cop tanda terima oleh kerani persatuan sahaja).

    3. Md Daud Sutan juga cuba mempengaruhi saya agar menerima En Mokhtaruddin sbg Guru Utama baru berdasarkan `tafsiran cerita mimpi' beliau, iaitu semasa perjumpaan di Pandan Curry House berhampiran MRR2 Tmn Melati (disaksikan oleh Sdr Zamri).

    4. Sesungguhnya saya tidak malu atau sedih walaupun turut dibabitkan dalam fitnah berkenaan tapi rasa sangat sedih, malu dan kecewa di atas perbuatan fitnah jahat cubaan mengaibkan & menjatuhkan maruah Guru saya, iaitu YM Tuan Syeikh serta keluarga Almarhum Ustaz Hj Hanafi oleh golongan pengkhianat yg berlakon mengaku kononnya mereka adalah sahabat paling karib kepada YM Tuan Syeikh serta pendukong utama perjuangan Almarhum Ustaz Hj Hanafi Hj Ahmad.

    5. Pada hemat saya, perbuatan jahat & cerita2 rekaan golongan pengkhianat dgn menabur fitnah jahat ini telah membuktikan kebenaran perkara berikut;

    a. Ketinggian darjat Guruku, iaitu YM Tuan Syeikh Hj Md Radhi bin Hj Ahmad AlQadhi, yg juga menjadi Guru kepada isteri & semua anak2ku.

    b. Siapa sebenarnya Guru Pewaris sejati Silat Cekak Hanafi (bukan Guru lantikan).

    c. Kenal sebenar sahabat & pendukong sejati perjuangan Almarhum Ustaz Hj Hanafi bin Hj Ahmad (yang mana saya juga berkesempatan ber GURU dengan beliau).

    d. Juga turut kenal jelas siapa sebenarnya pengkhianat/konco2 yg telah memfitnah YM Tuan Syeikh, juga turut memfitnah saya & isteri.

    5. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada pejuang2 veteran dan pejuang2 muda yang tidak pernah patah semangat bahkan semakin hari makin bertambah ramai, semakin berani,semakin setia dan terus berjuang bersama YM Tuan Syeikh Hj Md Radhi demi meneruskan kesinambungan perjuangan yang diasaskan oleh Almarhum Ustaz Hj Hanafi bin Hj Ahmad.

    Yang benar,
    Mejar Hj Mohd Ashif Aziz (Bersara)

    ReplyDelete
  10. Tahniah Mejar, kerana berani kehadapan dengan fakta yang telus dan jelas. Teruskan perjuangan sesungguhnya kami anak murid YM tuan sheikh Hj. Mad Radhi tetap teguh di belakang beliau mendokong perjuangan silat cekak hanafi yang sejati. Biar saya mati berdiri dari hidup melutut.

    saiful ikram selamat
    puchong

    ReplyDelete
  11. Tuan Mejar (B) Haji Mohd Ashif,

    Terima kasih atas komen saudara. Sangat menghargainya. Bersama menentang KEJAHILAN sehingga tertegaknya yang HAKIKI.

    ReplyDelete
  12. isunya..tipu lagi amin

    ReplyDelete
  13. Ni mesti Ramli Bo..
    Cuak, beribu-ribu lemon orang seluruh dunia dah tau citer dia !!!!

    ReplyDelete
  14. Anonymous,

    isunya..tipu lagi amin

    Jawaban:- Saya berkata BENAR.

    ReplyDelete
  15. mampui la puak2 pandai silat ni.....

    ReplyDelete