Friday, November 26, 2010

Mahkamah Beruk - Siri 10

Mahkamah Beruk telah mengambil keterangan daripada YM Sheikh Radzi Hanafi pada 04hb Julai 2006. Untuk makluman pembaca, diantara tarikh 09hb Jun 2006 sehingga 03hb Julai 2006, terdapat banyak kepincangan yang berlaku membabitkan JK Penyiasat, JK Penghakiman dan saksi-saksi Siasatan Dalaman PSSCUHM, dan rencana ini akan diterbitkan kemudian untuk memberikan tumpuan terhadap Fitnah Pertama daripada Cik Hashimah Bt Asnawi terhadap YM Sheikh Radzi Hanafi.

Syabas kepada JK Penyiasat kerana telah berupaya menanyakan lebih daripada 5 Soalan kepada YM Sheikh Radzi Hanafi...!!!

Diantara keterangan YM Sheikh Radzi Hanafi kepada JK Penyiasat adalah seperti berikut:-

PP = Pegawai Penyiasat
MRH = Md Radzi Hanafi

PP > Adakah selepas kejadian itu Cik Asnawi ada jumpa dengan Cik Md?

MRH > Dia ada talipon saya. Dia ada talipon saya. Lepas tu dia datang rumah. Pas tu saya ajak dia minum diluarlah. Saya taknak sembang dirumahlah kan. Saya minum. Lepas tu dia tanya saya Cik Md ada datang rumah tak.

MRH > Saya kata ADA. Memang SAYA DATANG dan saya pun ceritakan. Dia pun takde tanya saya apa yang Cik Md...Anak saya cerita begini, betul ke. Dia takde tanya saya. Yang bercerita kepada dia, saya kata saya ada datang rumah. Saya begini. Itu saya cerita dan dia cakap kepada saya ni adalah DUGAAN SAYA DENGAN CIK MD DARI ANAK SAYA. Itu dia ada cakap dengan saya.

Seterusnya, baca keterangan ini:-

PP > Masa Cik Md sampai kat rumah tu pintu pagar dia bagaimana?

MRH > Terbukak sebelah.

PP > Terbukak sebelah pintu pagar?

MRH > Dan budak tu ada 3 orang (remaja lelaki) kat dalam tu.

PP > Dalam kawasan gate?

MRH > Ha dan saya cakap kat Cik Nawi saya ada cakap kat dia ada 3 orang budak kat situ dan Cik Nawi cakap itu budak main bola dan saya ada bagi tau kepada Cik Awi kalau boleh carilah pembantu rumah. Itu saya ada cakap.

PP > Masa Abg Md masuk kat gate tu, budak-budak 3 orang tu tengah buat apa?

MRH > Dia tengah duduk. Duduk bersila.

MRH > Lepas tu pintu kayu terbukak dan saya beri salamlah. Saya bagi salam. Lepas saya bagi salam Hashimah panggil saya masuk. Saya kata takpa la kot. Takpa la, masuk la dulu Pak Tam. Dia kata masuk la, jadi saya kata takpa lah. Masuk la dulu.

MRH > Saya masuk. Bila saya masuk saya duduk borak dengan dia. Dia duduk bawah. Saya duduk kat atas sofa sembang-sembang. Lepas tu dia bagi tau saya. Aaaa...sembang...sembang. Saya tanya macam mana dia punya keadaan pelajaran dan sebagainya.

MRH > Lepas tu dia mintak saya tolong untuk picit sini (tunjuk di belakang tengkok). Saya tolonglah. Itu sahaja. Bila saya begitu, lepas tu saya tolong macam biasa. Saya picit. Lepas tu dia nak buat air.

PP > Ketika Cik Md sampai di rumah daripada rumah.... Tempoh agak-agak daripada talipon tu sampai ke rumah Asnawi tu berapa lama masa nak sampai. Kemudian ketika Cik Md sampai dirumah Asnawi tu, apa reaksi Cik Hashimah ni?

MRH > Saya rasa dalam 5 minit. Lepas tu macam saya beri salam tu masa dia datang tu dia agak TERKEJUT. Terkejut. Itu sahaja.

PP > (Hashimah) Yang menyatakan bahawa Cik Md ada melakukan perkara-perkara yang agak sumbang. Contohnya menyeluk tangan didalam. Jadi boleh tak Cik Md ceritakan apa sebenarnya yang berlaku?

MRH > .....Dia tarik tangan saya pergi ke sini (menunjukkan dibahagian berhampiran dada). Jadi saya TARIK. Saya kata JANGAN BUAT MACAM NI....

MRH > Saya kata jangan buat macam ni. Ha...saya cakap gitu. Jangan buat macam ni itu sahaja saya cakap. Saya kata tak baik. Jangan buat macam ni. Itu sahaj setakat tu saja. Lepas tu dia datang bawak air.

PP > Masa dia tarik tangan Cik Md ke buah dada, dah masuk ke dalam ke ataupun masih di luar?

MRH > Dekat sini (tunjuk BELUM SAMPAI ke buah dada). Saya tarik balik.

PP > Air yang Cik Md nampak yang dah ada tu berapa gelas?

MRH > Saya tak perasan tapi macam...tak taula..tapi macam ada air la dekat meja tu ha...Saya tak tau la untuk sapa tapi ada saya tengok ada lebih pada 3 la. Saya rasa tengok macam air oren.

PP > Tapi Cik Md sebagai Guru Utama / Presiden persatuan, lepas tu pergi rumah dia tengok dia seorang, patut Cik Md cepat-cepat keluar. Tapi Cik Md duduk dalam rumah...?

MRH > Saya Cik Yahya benda ni BETUL. SAYA PUN CAKAP SAYA AKUI (kesilapan) tapi benda ni saya dah anggap macam keluarga....

MRH > .....Saya pun tahu pasal HUKUM. Orang takde rumah. Saya pun tahu tapi saya tak terpikir. Terpikir sampai begitu sekali.

MRH > Ha... Mungkinlah benda ni KESALAHAN saya. Saya pergi rumah orang begitu tapi saya menganggap pergi rumah pasal hubungan saya dan saya takde terasa apa itu. Saya tahu. Pasal saya memikir dia punya keakraban tu. KALAU SAYA NAK BUAT BENDA TAK BAIK, SAYA TAK AKAN PERGI KE ARAH MACAM TU. SAYA TAK AKAN. PINTU SEMUA TERBUKAK.

PP > So secara keseluruhannya Cik Md menafikanlah segala?

MRH > Saya menafikan benda macam ni.

Seterusnya, sila halusi dan fahami keterangan PENUTUP ini:-

MRH > Nak menentukan Guru ini saya nak bagitau adalah Allah Taala dan Saya. Bukan MMT, Bukan LPT. Bukan MMK. Itu saya nak bagi tahu. Nak mengaibkan saya bukan dengan cara macam ni.

MRH > Saya DEMI ALLAH, saya cakap saya takde buat benda macam ni. Saya sebagai Guru, saya sebagai Pemimpin. Bentuk orang. Sanggup saya nak buat benda macam ni. Kalau saya ada duit banyak, saya nak jadi kuat sex pun saya TAKKAN CARI ANAK-ANAK BINI MEMBER. SAYA AKAN CARI PEREMPUAN PELACUR LAGI SENANG.

MRH > Orang pun tak tahu. Cuba tuan-tuan pikir, apa perasaan ni. Apa perasaan mak saya benda macam ni. Kalau saya nak sangat bukan ini cara dia. Saya nak pergi cari anak-anak member buat apa. Bini-bini member semua baik dengan saya. Akhirnya besok akan tahu jugak.

MRH > TAPI SAYA DOAKAN LA YANG MANA BAWAK FITNAH INI SAYA MINTAK DOA TUHAN BERI PETUNJUK PADA MEREKA. BUKAN TUHAN BERI BALA. PETUNJUK. TUNGGULAH MASA DIA. SAYA TAK DE TAMBAHAN APA-APA LAGI.

Ulasan Saya:-

1) Tuduhan mengatakan YM Sheikh Radzi Hanafi MENCEROBOH adalah TERTOLAK sama sekali bilamana keterangan Cik Hashimah Bt Asnawi dan YM Sheikh Radzi Hanafi mengatakan bahawa Cik Hashimah yang mempelawa beliau masuk ke dalam rumah.

2) Tuduhan mengatakan bahawa YM Sheikh Radzi Hanafi sendiri MENGAKUI bahawa telah memegang / meramas buah dada Cik Hashimah Bt Asnawi telah TERTOLAK sama sekali dengan keterangan YM Sheikh Radzi Hanafi kepada JK Penyiasat seperti di atas.

3) YM Sheikh Radzi Hanafi telah secara JUJUR mengakui KESILAPANNYA yang hadir ke rumah Cik Hashimah Bt Asnawi dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah atas dasar ditutupi oleh keakraban kedua-dua buah keluarga tetapi tuduhan PENCABULAN adalah DINAFIKAN sama sekali oleh beliau.

4) Pernyataan 'Yang menentukan Guru adalah antara Allah Taala dan Saya (YM Sheikh Radzi Hanafi)' ini bukanlah bermakna bahawa YM Sheikh Radzi Hanafi berbincang dengan Allah untuk menentukan Guru tetapi ia bermaksud, beliau akan diberikan PETUNJUK oleh Allah Taala ciri-ciri BAKAL GURU yang akan menggantikan beliau. Satu kefahaman yang MUDAH tetapi cuba diputar-belitkan, bertujuan menjatuhkan kredibiliti YM Sheikh Radzi Hanafi.

5) Diakhir keterangan YM Sheikh Radzi Hanafi kepada JK Penyiasat telah memperlihatkan dan menonjolkan ciri-ciri Guru Sebenar Guru serta seorang MUKMIN yang begitu PEMAAF walaupun beliau DIFITNAH dan DIAIBKAN, tetapi beliau masih mendoakan para pemfitnah tersebut diberikan PETUNJUK oleh ALLAH SWT.

Komen Saya:-

1) Dalam menangani tuduhan Cik Hashimah Bt Asnawi, pihak JK Penyiasat telah ENGGAN / GAGAL memanggil salah seorang saksi yang dinamakan oleh YM Sheikh Radzi Hanafi dan Cik Hashimah Bt Asnawi sendiri iaitu Encik Aminuddin Bin Dahlan (Pak Sudin) berhubung 'Panggilan Masuk' yang diterima oleh YM Sheikh Radzi Hanafi.

2) Dalam menangani tuduhan Cik Hashimah Bt Asnawi, pihak JK Penyiasat juga telah ENGGAN / GAGAL memanggil sebarang SAKSI yang berpihak kepada YM Sheikh Radzi Hanafi.

3) Pihak JK Penyiasat telah ENGGAN / GAGAL mengemukakan fakta tuduhan secara bertulis kepada YM Sheikh Radzi Hanafi terlebih dahulu untuk membolehkan beliau bersedia menjawab dan mengemukakan SAKSI-SAKSI beliau untuk menafikan pertuduhan Cik Hashimah Bt Asnawi.

4) Sangkaan Encik Asnawi Bin Ahmad bahawa 3 orang (remaja lelaki) yang bermain bola didalam gate kawasan rumah beliau adalah SILAP kerana saya berpandangan bermain bola mestilah dipadang tetapi ketiga-tiga remaja lelaki tersebut yang berada didalam kawasan gate rumah beliau sebenarnya baru sahaja DIMAINKAN BOLA bukannya BERMAIN BOLA.

< AKAN TERBIT >

1) RENCANA ALASAN JK PENGHAKIMAN BERHUBUNG TUDUHAN CIK HASHIMAH BT ASNAWI PADA HARI SABTU (27/11/2010).

2) RENCANA BERKAITAN GURU AKAN MENEMUI PEMBACA PADA HARI AHAD (28/11/2010) UNTUK MENJAWAB PELBAGAI TOHMAHAN BERKENAAN KEDUDUKAN GURU DAN ADAB-ADAB BERGURU MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM.

BERSAMBUNG
TERUSKAN MEMBACA DEMI KEBENARAN

20 comments:

  1. Salam,

    Pendedahan yang semakin mendebarkan..pasti menggemparkan! Pungkoq panas berapi maksima bagi si CABUL-CABUL sekalian..meh tenyehkan di sini putaq belit kalian..pasti ayat-ayat CABUL yang akan keluaq, tak menCABUL x sah bagi meka-meka ni..ha ha ha..geli perut la pulak ngn puak CABUL ni..hehehehe!

    Che DIn, KB

    ReplyDelete
  2. Terima kasih..tuan amin, dedahkan perbuatan GURU CABUL yang telah lupa perjuangan Ustaz Hanafi dengan meletakkan kesalahan pada org lain dan persatuan..perbuatan sendiri dan tanggung sendiri...tiada konpirasi yang digembur2kan tanpa bukti yang bernas.Setakat alasan dan pandangan mahkamah tak terima.

    ReplyDelete
  3. salam..

    Puan Anonymous November 26, 2010 9:03 AM, puan pn penah kena cabul gak ke??ada bukti ke kena cabul 2??tang mana bukti tu??ada bekas ke tempat kena cabul tu??ke saja2 nk join Hashimah Sesumpah wat fitnah...kesian tol tgk manusia mcmni...tu la guru ajar xnk dgr,ni la hasilnya..kang kata bodoh terasa hati plak nnt..harap je join AKADEMI PANDAI tp kalau dah bebal tu mmg bebal gak..dah xleh pandai lg dah sbb hati dah busuk mcm BANGKAI..sy cuma doakn dberi petunjuk cahaya kebenaran pd PUAN2 ANOM sekalian..amin..


    shahrain melaka

    ReplyDelete
  4. salam..

    setakat alasan dan pandangan mahkamah tak terima? takpe..tgu 9 disember ni..jemput la dtg mahkamah kalau nak tau terima ke tak..

    Razlan Ab Razak

    ReplyDelete
  5. ya Allah

    menitis air mata baca soal jawab YM. kesian beliau. semoga 9 Disember menjadi penutup yg baik.

    Semuga kemudahan dan kelapangan pada YM Tuan Syeikh dan seisi keluarga beliau dan almarhum.

    -Mailal

    ReplyDelete
  6. depa xbrani nk mai punya 9hb Dec nnt..takut dapat setepek kat muka nnt...

    ReplyDelete
  7. kalau setakat berani menyalak kat sini baik tak payahla...kalau berani sangat mai la datang 09/12/10 ni...kita tgk datang ke tak datang...tak cukup kerusi pun tak pe, kita org sanggup dok bersila atas lantai la kalau korang ramai yang datang...itupun kalau datangla..ada BERANI!!!

    ReplyDelete
  8. Ini memang kes kena naya . kenapa saksi penting Pak Sudin tak dipanggil? sebab pkl berapa kejadian itu berlaku tentu tercatat dalam rekod panggilan telefon pada pak sudin. Baru boleh kaitkan kejadian tu berlaku ke tidak. Ini mahkamah apa dah. Bandingkan dgn akuan bersumpah budak tompuan tu. (anak aku yg kecik panggil perempuan= tompuan) barulah nampak perkaitan dia

    ini lagi satulah!!! mana ada orang main bola pukul 3.00 petang dah. Biasa pukul 5.00 petang dah. Palaing cepat pun 4.00 petang dah . itu pun panas lah.Kat kampung saya hindu je main waktu camtu. ( Ada pertandingan ke? 7 sebelah kuuut? ha ha ha!!

    Eh mana dia bukti pencabulan berlaku. dahlah tak de saksi.

    So pasal tu perlunya tertuduh dan penuduh soal secara adil. Trauma konon. Tak boleh lah salah seorang dinafikan hak nya untuk mempertahan diri.
    Ye lah nak buat camne... dah mahkamah beruk. melompat2 cara siasatannnya. Mana yg tak untung pihak dia , dia skip

    Kantaooooi

    KLS serdang.

    ReplyDelete
  9. salam abang amin..

    alhamdulillah..makin jelas.. seronok membaca terus dari orang yg teliti sebegini bagaimana perbicaraan dijalankan..

    terima kasih sekali lagi.. :)

    syukur alhamdulillah!

    effuan
    -penang-

    ReplyDelete
  10. Depa dah panas sesama sendiri dah. Teruskan Tn Amin

    ReplyDelete
  11. salam Tuan Amin,

    teruskan usaha tuan amin.....
    Insyaallah kebenaran akan tertegak pada 9Dec nnt...

    Muhammad Qawiem
    kedah

    ReplyDelete
  12. Baek nyer goreng...
    Hahahaha..

    ReplyDelete
  13. salam Tuan Amin

    semakin berapi2 mereka2 disana
    teruskan menegakkan hak dan batil
    sesungguhnya Allah bersama hambanya yg benar

    mohd fauzi
    kedah

    ReplyDelete
  14. aahaha...anon Nov 26, 2010 4:29PM, dh gigil seram. Komen hya seperti di atas aje ker??. GOreng hampa telah dibuke sedikit demi sedikit oleh tn Amin. Syabas!

    ReplyDelete
  15. tuan Amin,

    nmpaknya geng2 masman ni dh xda idea dh......depa takut kepompong yg digunakan untuk berselindung selama ni akan pecah.....sekarang ni depa hanya mampu nk ubah2 topik.....

    Muhammad Qawiem
    Kedah

    ReplyDelete
  16. haah..depa takdak idea dah!!

    patut byk copy paste yg ada.. Hampehh tul!!

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah..Nampaknya semakin jelas penerangan, pendedahan dan kupasan yang diberikan oleh Tuan Amin..dan amat bertentangan dengan satu video di YouTube yang saya rasa cuba diputarbelitkan/dipotong-potong..hairan juga mengapa saksi penting iaitu 'Pak Sudin' tidak dipanggil?..

    Azizul @ CPH

    ReplyDelete
  18. Fikirkanlah Dr love dan pn2 Anon:

    " Dan janganlah kamu menjadi serupa dgn orang2 yg telah berpecah-belah dan berselisih-faham sesudah datang kepadanya bukti2 yang terang. Mereka itulah orang2 yg akan memperoleh siksa yg dahsyat." Surah: Ali Imran, Ayat: 105.


    Cicit Lebai Lah

    ReplyDelete
  19. salam..

    ini pandangan peribadi saya berdasarkan sedikit pengalaman semasa di industri penyiaran..video yang mereka agung2kan itu tersangatlah bodoh jika dinilai aspek suntingannya..dengan flow cerita yang melompat2..berterabur..tak tersusun..takde langsung ciri2 kreativiti, kemahiran teknikal serta nilai estetikanya..secara tak langsung menunjukkan kebodohan si penyunting serta 'pengarahnya'..

    kalau student saya yang edit video camtu, saya akan nasihatkan dia suh drop paper tersebut dan repeat balik next semester..duit yuran saya tolong bayarkan pun takpe..lebih elok dari dibiarkan terselah bingainya..

    Razlan Ab Razak

    ReplyDelete
  20. Saya melihat apa yang ada dalam KOTAK...tetapi saya akan MENILAI luar dari KOTAK tersebut...

    Apa yang dalam video biasanya ada apa yang kita nak orang lain nampak sedangkan hakikatnya diri sendiri tauuu...lupa kottt ALLAH LEBIH MENGETAHUI.

    Suatu masa nanti kebenaran pasti tiba jua...sekiranya tidak di dunia, akhirat sudah pasti....SAYA PERCAYA.

    ReplyDelete