Apabila tibanya AIDILADHA, kita sering disajikan dengan Sejarah Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS. Kita acap kali diperdengarkan tentang sejarah ini sehinggakan kita hampir menghafalnya. Persoalannya, apakah perubahan diri yang berlaku kepada kita setiap kali kita mengenang sejarah ini. Rencana saya kali ini adalah untuk BERKONGSI tentang KEFAHAMAN yang diterapkan oleh Guru saya YM Sheikh Haji Md Radzi Bin Ustaz Haji Hanafi Al-Qedahi.
Sirah Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS tidak lain hanyalah menceritakan mengenai PENGORBANAN. Begitu hebat dan tingginya keimanan kedua-dua Nabi dan Rasul Allah serta keluarga baginda, hatta digoda oleh Iblis Laknatullah, mereka ini tetap REDHA dengan perintah Allah dan sanggup BERKORBAN kerana NYA.
Bayangkan, sepanjang 50 tahun Nabi Ibrahim AS berkahwin dengan Siti Sarah, tidak mempunyai anak, dan apabila baginda berkahwin dengan Siti Hajar, dikurniakan anak yang comel iaitu Nabi Ismail AS, diperintahkan pula Allah swt untuk menyembelihnya! Siti Hajar merelakan! Nabi Ibrahim AS meredhakan hatta Nabi Ismail AS yang ketika itu berumur 7 tahun, mohon menyegerakan untuk disembelih! Hebatnya PENGORBANAN mereka semata-mata kerana NYA.
Berbalik kepada diri kita bersama. Kita bicarakan dulu PENGORBANAN untuk kedua ibubapa kita? Ibubapa kita BERKORBAN untuk kita sehingga sanggup menjual hartanya hatta meminjam daripada orang lain semata-mata untuk membantu kesusahan kita. Kita bagaimana? Sedangkan, dengan jelas Allah swt berfirman agar kita berbuat baik dan berbakti kepada ibubapa, tetapi persoalannya sehingga ke tahap mana PENGORBANAN kita kepada mereka?
Pernah saya bertemu dengan sebuah keluarga dimana ibubapanya berhasrat hendak membeli sebuah katil rawatan yang berharga RM10,000. Ibubapanya telah meminta anak-anaknya menggunakan kad kredit bagi tujuan pembelian tersebut tetapi anak-anaknya menolak atas alasan banyak komitmen lain yang perlu didahulukan. Sungguh sedih dan menyayat hati. Semoga Allah swt melimpahkan hidayahnya kepada anak-anak ibubapa tersebut dan juga kepada kita semua.
Apa pendirian YM Sheikh Radzi tentang PENGORBANAN kepada ibubapa? Pernah suatu ketika, beliau memberitahu saya bahawa sekiranya ibubapanya mengalami keperitan dan kesakitan, maka beliau bermohon DIPINDAHKAN keperitan dan kesakitan ibubapanya kepada beliau, hatta sekiranya ibubapanya ditakdirkan ke neraka, beliau sanggup menukarnya! Inilah PENGORBANAN terakhir daripada seorang anak kepada ibubapanya.
Sekiranya rencana saya ini tidak baik, lihatlah kepada kesilapan saya memahaminya tetapi sekiranya rencana ini baik, lihatlah kepada Guru saya iaitu YM Sheikh Haji Md Radzi Bin Ustaz Haji Hanafi Al-Qedahi yang begitu hebat dicaci, dimaki, diherdik, dihina dan difitnah oleh golongan Musyrik (Munafik). Semoga Allah swt melimpahkan RAHMAT kepada Guru saya dan keluarganya.
"Sekiranya ibubapaku menendang mukaku sehingga berdarah sekalipun, aku akan menahannya tanpa rasa kecil hati" - YM Al-Marhum Ustaz Haji Hanafi Bin Haji Ahmad.
Guru, Ibu dan Bapa .. Manusia penting dalam hidup seorang insan. Tanpa mereka, tiadalah kita. Jasa mereka tidak boleh di tolok ganti. Ingatlah, Ibu dan Bapa telah pasti adanya, Guru pula perlu dicari sebenarnya. YM Tuan Sheikh Md. Radhi adalah Guru yang sebenar.. jangan dibuang permata yang ada kerana dengar anjing menyalak, kerana anjing akan hilang suaranya sedangkan permata tak pernah pudar. Selamat Hari Raya Aidil Adha.
ReplyDeleteabis tu..yang kamu amin kata bapaMU BERUK apa citer??? kerana dia jugak terlibat dalam mahkamah yang dikatakan mahkamah beruk..BAPA BERUK ANAK BERUK
ReplyDeleteAllahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!
ReplyDeleteSempena Hari Raya Idul Adha, ingin saya ucapkan setinggi tahniah & setinggi terima kasih kpd Tn Amin yg telah mengingatkan kita semula tentang pengajaran mengenai penghayatan sebenar Hari Raya Idul Adha@ Haji@ Korban, terutamanya tentang erti pengorbanan sebenar & konsep sebenar ibadah haji/umrah.
Sama-samalah kita muhasabah diri, perbandingkan takat mana pengorbanan kita terhadap Allah & Rasul, juga terhadap Guru, ibu & bapa yg tak terkira besar jasanya kpd kita berbanding dgn pengorbanan dalam mengharungi dugaaan yg telah dihadapi oleh Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Siti Hajar, juga Rasul2 Ulul Azmi yg lain termasuk Nabi Muhammad SAW. Tidak lupa juga Para Sahabat & Ahlul Ba'it yg sanggup berkorban apa saje termasuk menggadai nyawa diri dan keluarga.Juga pengorbanan YM Guru utk kesejahteraan kita semua anak-muridnya.
Begitu juga terdapat pengajaran sifat peranan Iblis Laknatullah & kaum musyrikun@munafiq yg sentiasa cuba menggoncang & menghancur-leburkan manusia dgn pelbagai kaedah jahat/jijik terhadap seluruh umat manusia tanpa mengira darjat, hatta Para Rasul/Nabi/Sahabat/Wali juga dikacaunya.. sama spt sifat Anon ni.
Apa pun Geng Setan Iblis & Munafik takkan menang sekiranya memperlihatkan rupa sifat sebenar mereka yg nyata..macam modus operandi geng Anon bacul sorok2 sbb tak berani berdepan
Pandangan saya, sekiranya diperhalusi kaedah utk mengatasi sebarang ancaman jahat (tak kira apa bentuk) telah pun terdapat dalam pakej pengajaran Silat Cekak Hanafi (Pewaris)yang sebenar..jadi tak perlu takut@gentar utk hadapi apa jua bentuk ancaman jahat samada secara fizikal(jasmani) atau rohani (sihir/spiritual). Sekiranya dihayati & dilaksanakan, insyaAllah beroleh keberkatan dan perlindunganNya
ASHIF
Anonymous,
ReplyDeleteSangat menggelikan hati apabila Puan melontarkan semata-mata cacian dan makian terhadap saya dalam topik rencana berkaitan agama. Apapun, saya telah menerima satu soalan yang paling BINGAI daripada Puan sepanjang kelahiran Blog saya ini. Soalan dan makian Puan adalah spt berikut:-
1) abis tu..yang kamu amin kata bapaMU BERUK apa citer??? kerana dia jugak terlibat dalam mahkamah yang dikatakan mahkamah beruk..
Jawaban : Saya TIDAK PERNAH berkata bapa saya beruk. Hujahnya. Apabila nama MAHKAMAH AGUNG tidak bererti Agung yang terlibat. Begitu juga apabila disebut MAHKAMAH TINGGI tidak bererti Mahkamah itu adalah yang tertinggi kedudukannya.
Jadi, apabila disebut MAHKAMAH BERUK tidak bererti orang yang mengendalikannya adalah beruk. Dengan hujah ini, maka tuduhan Puan mengatakan bahawa saya mendakwa ayahanda saya sebagai beruk adalah TERTOLAK.
2) BAPA BERUK ANAK BERUK
Jawaban : Sangat bersetuju dengan pernyataan Puan. Sememangnya apabila BAPA BERUK, ANAK BERUK. Mustahil anaknya Sang Kancil. Ibarat Puan sebagai ANAK HARAM kepada BAPA Puan, tetapi Puan tetap jenis Manusia. Bukannya HAIWAN.
Yang pelik dan luar biasanya apabila PENAUNG ANJING GILA, 21 AJK adalah ANJING dan PENGIKUT adalah LANGAU. Ini sangat pelik dan luar biasa, tetapi itulah KENYATAANnya.
Nasihat Saya:-
Komen Puan hanyalah berupakan cacian dan makian terhadap saya. Simpanlah sikit cacian dan makian Puan untuk anak cucu dan cicit Puan dikemudian hari kerana saya khuatir anak cucu dan cicit Puan akan marahkan Puan kerana segala cacian dan makian telah Puan gunakan. Kesian kepada anak cucu dan cicit Puan... :-)
saya setuju dengan Tn nmuda
ReplyDeletebiasala..puak akademi mmg pandai putar belit, manipulasi ayat org & suka provokasi..
ReplyDeleteboleh dilayan..tapi jangan SANGAT SANGAT..
semoga Allah bantu kita teguhkan pendirian, kuatkan perpaduan..bersama YM Tuan Guru..
~shahril nizam
Sabah
Amin adalah tuan guru kita selepas Mad Razi!
ReplyDeletedia mai dahh...dia mai dahh...lagi mau buat kacau...p dok jejauh main masak2 kat akademi tu..
ReplyDeleteAmin mana bleh jadi Tuan Guru lepas YM Sheikh Md Radzi AL Qadhi. YM Sheikh Firdaus Al Kubra nak letak mana? Dia pewaris selepas YM Sheikh Md Radzi Al Qadhi. Tahap ilimu YM Sheikh Firdaus Al Kubra pun dah semakin tinggi.
ReplyDeleteCik anon sekalian, gi masuk akedemi tu...kang tutup lak pintu kandang,terpakse merempat kat tepi jalan...
ReplyDeleteapabila kata2 yang tidak ada kena mengena tentang apa yang sedang diperkatakan...
ReplyDeleteitulah sikap merekaa...
sangat menunjukkan sikap yang kurang pandai dalam hidup walaupun mereka sering mengaku yang mereka pandai silat..
-Firdaus MRH-
Tuan Amin,
ReplyDeleteTerima kasih.
Begitu besar nilai sebuah pengorbanan. Begitu tinggi pengorbanan Nabi & Rasul Allah di dalam menegakkan syiar Islam yg kita kecapi hari ini.
Sesungguhnya hanya Allah S.W.T sahaja yang mengetahui segala pengorbanan yg dilakukan oleh seseorang insan samada ianya Ikhlas atau sebaliknya.
Beruntunglah bagi sesiapa yg melakukannya dgn ikhlas serta mengharapkan keredhaan Allah S.W.T semata-mata tetapi amat RUGI bagi mereka yg melakukannya dgn perasaan RIAK, UJUB & TAKABBUR!
Sama-samalah kita berdoa agar pengorbanan yg dilakukan suatu ketika dahulu tidak akan disia-siakan oleh kita pada hari ini.
Sesungguhnya begitu juga pengorbanan YM GU yg bukan sedikit terhadap kita anak-anak muridnya.YM GU sanggup mengharungi segala kepayahan dan kedukaan demi memastikan kita tetap mendapat yg terbaik !!!
Semoga YM GU iaitu YM Sheikh Haji Md Radzi Bin Ustaz Haji Hanafi Al-Qedahi dan keluarga dilimpahi rahmat Allah sebanyak-banyaknya.Terima kasih YM GU.
Terima kasih Tuan Amin. Selamat berkarya. Kami tidak akan jemu menanti & membaca karya Tuan yg selanjutnya.
apa beza antara al-qodhi dgn al-qedahi? tak sama ker??
ReplyDeletesaya rasa al-qodhi lagi sedap bunyinya..
dlm buku Malaysia Book of Record dicatat Sheikh Mohd Radhi Al-Qodhi dan bukannya Al-Qedahi..
so mcm mana nie? yg mana satu yg betul..
sila bagi penjelasan kat kitorang di sini..
-sepu, kelate
so...skrg ni yg mana galaran official yg digunapakai....al-qodhi atau al-qedahi
ReplyDeleterosario
Abg Amin
ReplyDeleteMohon copy paste artikel untuk simpanan ya.
Terima kasih
-Mailal
Sepu & Rosario,
ReplyDeleteOfficial gelaran adalah apa yang digunakan diperingkat persatuan. Tujuan saya menggunakan Al-Qedahi untuk melihat 'respon' saudara-saudari semua. Terima kasih memberikan respon positif dan peka tentang perkara ini.
Buat masa ini, yang rasminya adalah AL-QADHI. Sekiranya ada sebarang perubahan, ianya akan diumumkan secara rasmi melalui saluran yang rasmi.
Perlu diingat, ini adalah Blog Peribadi saya. Tidak ada berkaitan dengan mana-mana persatuan. Harap maklum dan jelas tentang perkara ini. Terima kasih.
Cik Mailal,
ReplyDeleteSilakan Cik Mailal. Ini hanya BERKONGSI daripada apa yang difahamkan oleh Guru kita YM Sheikh Radzi Hanafi.
tuan amin..
ReplyDeletenk tanya lagi..
saya lagi confuse..
tuan tulis AL-QADHI..
saya tulis AL-QODHI..
ada yg tulis AL-KADHI..
tapi bagi saya tuan yg betul.. iaitu penggunaan AL-QADHI.. saya setuju apa yg tuan tulis dan saya akan ikut apa yg tuan sarankan..
terima kasih.
-sepu, kelate
Sepu,
ReplyDeleteMuktamadnya adalah AL-QADHI. Sebarang pindaan akan dimaklumkan secara rasmi melalui saluran yang rasmi.
AL-QADHI... MUKTAMAD.. SEMOGA IA TIDAK DIUBAH2 LAGI.. BAGI MEOLAK TOHMAHAN PIHAK2 TERTENTU YANG MEMPERTIKAIAN KREDIBILITI SHEIKH..
ReplyDeleteTERIMA KASIH..
TUAN AMIN, TOK SEY MAGHI JAL2 RAYO SINIH KO???
-SEPU, KELATE
Terima kasih Tuan Amin di atas makluman itu.
ReplyDeleteSaudaraku Sepu,
ReplyDeleteTohmahan golongan Musyrik ini sentiasa akan ada hingga akhir zaman. Terlalu sukar hendak membenteras golongan ini.
TUAN AMIN, TOK SEY MAGHI JAL2 RAYO SINIH KO???
Jawaban : Raya tak sempat la. Insya Allah, akan ada rombongan ke sana nanti. Akan dimaklumkan kepada YDP dan rakan2 sekelian. Teringat NASI BERLAUK KAK WOK, Kg Lundang.
Hidup Silat Cekak Pusaka Hanafi....!!!
ReplyDelete-USJ Boyz-
Al-Qadhi tuh apa maksudnya?
ReplyDelete-USJ Boyz-
Beruntunglah bagi sesiapa yg melakukannya dgn ikhlas serta mengharapkan keredhaan Allah S.W.T semata-mata tetapi amat RUGI bagi mereka yg melakukannya dgn perasaan RIAK, UJUB & TAKABBUR!
ReplyDeleteSemoga YM GU iaitu YM Sheikh Haji Md Radzi Bin Ustaz Haji Hanafi Al-Qedahi.... bla-bla-bla...
kunun-kunun pangkat yg tertulis pada nama MRH berapa panjang daaa.... nih smer tanda2 takbur, riak nih... belum dapat lagi dato...hahahaha... kalau dpt dato lagi la belagak nak mampus... YM Dato Sheikh Ustaz Haji Md Radzi Al-Kebab Bin Ustaz Haji Hanafi Al-Qedahi
Abu Tausi
Abu Jahal,
ReplyDeleteBeruntunglah bagi sesiapa yg melakukannya dgn ikhlas serta mengharapkan keredhaan Allah S.W.T semata-mata tetapi amat RUGI bagi mereka yg melakukannya dgn perasaan RIAK, UJUB & TAKABBUR!
Jawaban : Sangat tidak menyangka tuan adalah seorang MUSLIM kerana bicara tuan selama ini menampakkan tuan seolah-olah seorang 'FREE THINKER'.
kunun-kunun pangkat yg tertulis pada nama MRH berapa panjang daaa.... nih smer tanda2 takbur, riak nih... belum dapat lagi dato...hahahaha... kalau dpt dato lagi la belagak nak mampus... YM Dato Sheikh Ustaz Haji Md Radzi Al-Kebab Bin Ustaz Haji Hanafi Al-Qedahi
Jawaban : Sheikh Abdul Kadir Al-Jailani diberikan gelaran 'Sheikh' oleh anak muridnya. 'Al-Jailani' pula digunakan beliau melambangkan tempat asalnya. Adakah tuan mengatakan beliau RIAK dan TAKBUR?
Tuduhan YM Sheikh Radzi Hanafi 'berlagak nak mampus', semata-mata tuduhan liar tuan. Kembali melambangkan tuan sebagai seorang 'FREE THINKER'. Benarkah tuan ini seorang MUSLIM?
Al-Qadhi...
ReplyDelete1.bukanlah disebut dengan cara "Al-Kadhi"(seperti menyebut perkataan Tok Kadhi ataupun Pak Kadhi)ianya adalah sebut secara terus tanpa memperdengarkan bahagian sangkut pada "Qad"nya...
2.ianya disebut dengan memperdengarkan sangkut pada bahagian "Qad" nya...
iaitu apabila menyebut akan berbunyi "Al-Qadahi"...
harap dielakkan menyebut seperti yang nombor 1...
kerana Al-Qadhi bermaksud kedah iaitu tempat kelahiran YM Syeikh..
pastikan apabila dieja ia akan jadi begini :-
Al-Qadhi
dan apabila dianya disebut ia akan kedengaran begini :-
Al-Qadahi
sekadar berkongsi dengan tuan2/puan2 anak2 murid YM Syeikh...
-Firdaus MRH-
kelantan adalah bukan tempat asing bagi AMIN bin ZAINUL ABIDIN bin HANAFI bin AHMAD.. cucunda sulung almarhum ustaz hanafi...
ReplyDeleteAnonymous,
ReplyDeletekelantan adalah bukan tempat asing bagi AMIN bin ZAINUL ABIDIN bin HANAFI bin AHMAD.. cucunda sulung almarhum ustaz hanafi...
Komen : Kelantan adalah tempat yang asing bagi saya. Cuma saya pernah menetap di Kelantan pada tahun 1980-1984. Saya tidak jelas tentang maksud PUAN membuat pernyataan ini. Terlalu berkias.
amin,
ReplyDeleteduit hutang fotoostat zaidi bile nk byr..??
- hashim -
Hashim,
ReplyDeleteduit hutang fotoostat zaidi bile nk byr..??
Jawaban : Zaidi mana? Saya tidak pernah berhutang duit fotostate dengan Zaidi.
entahpape la puak2 akedemi ni, korang x takut ker derhaka ni, da ramai da golongan2 derhaka ni skng da jadi bodo n yang susah nak mati pun dah ade... so lantak korang la, yg nak mati pun korang bkn aku..
ReplyDelete