Saturday, November 27, 2010

Mahkamah Beruk - Siri 11

Jawatankuasa Penghakiman Mahkamah Beruk telah bersidang selama 02 hari iaitu pada 30hb Julai 2006 dan 06hb Ogos 2006. Perlu diingat, sebelum JK Penghakiman ini bersidang, terdpat pelbagai kepincangan yang berlaku membabitkan JK Penyiasat dan JK Penghakiman yang mana rencana berkenaan kepincangan ini akan diterbitkan kemudian bagi memudahkan pemahaman pembaca berkenaan tuduhan fitnah daripada Cik Hashimah Bt Asnawi.

Sebelum kita analisa alasan JK Penghakiman, terlebih dahulu kita perlu meneliti Kesimpulan Dan Rumusan yang dibuat oleh JK Penyiasat dalam laporan mereka untuk JK Penghakiman seperti dibawah:-

"Dari keterangan-keterangan yang diberi, Jawatankuasa berpendapat KEMUNGKINAN BESAR perbuatan mencabul kehormatan berlaku terhadap Hashimah Bt Asnawi tetapi oleh kerana TIADA SAKSI BERKECUALI dapat dikemukakan, Jawatankuasa Penyiasat tidak dapat membuat ketentuan konklusif mengenainya."

Alasan JK Penghakiman Yang Mengatakan Bersalah adalah seperti dibawah:-

1) Kesamaan Kesaksian Dan Keterangan

Saksi-saksi mampu memberikan keterangan yang jelas dan konsisten berkenaan dakwaan yang dikemukakan. Hujah yang mengatakan TIDAK ADA SAKSI yang melihat kejadian cabul berlaku sebagai alasan untuk menolak kes ini adalah sesuatu yang tidak betul. Umum mengetahui bahawa saksi bagi kes rogol misalnya amat sukar dalam semua kes, tidak ada saksi yang melihat kejadian rogol berlaku.

Hujahbalas Saya:-

Keterangan saksi ini hanyalah MENCERITAKAN SEMULA apa yang telah diceritakan oleh Cik Hashimah Bt Asnawi. Keterangan mereka tidak boleh dianggap sebagai KETERANGAN SOKONGAN bagi membuktikan dakwaan. Dalam kes rogol / cabul, walaupun SAKSI MELIHAT tidak ada tetapi SAKSI SOKONGAN jelas boleh didapati daripada LAPORAN PERUBATAN. Inilah yang dikatakan SAKSI SOKONGAN yang akan menjadikan dakwaan tersebut BERASAS. Dalam kes ini, Laporan Perubatan dan Encik Aminuddin Bin Dahlan (Pak Sudin) merupakan antara SAKSI SOKONGAN bagi membuktikan kredibiliti Cik Hashimah Bt Asnawi.

2) Penafian OKT (YM Sheikh Radzi Hanafi) Atas Sebab Kepentingan Peribadi

Penafian OKT hanyalah penafian semata-mata tanpa bukti yang kukuh. OKT juga gagal dan tidak langsung menolak dakwaan bahawa dia TIDAK MELAKUKAN pencabulan tersebut.

Hujahbalas Saya:-

Bukti / Saksi apa yang hendak diketengahkah apabila OKT tidak tahu menahu tentang tuduhan terperinci yang dilakukan oleh Cik Hashimah Bt Asnawi sebelum OKT dipanggil memberikan keterangan. Apabila didalam situasi ini, yang hanya dapat dilakukan adalah PENAFIAN semata-mata.

3) Akuan Bersumpah Mengikut Akta Akuan Berkanun 1960 - Kesahihan.

Dalam menerima fakta ini, JK Penghakiman melihat kepada KERAGUAN yang ditimbulkan oleh dua (02) orang ahli JK Penyiasat iaitu Encik Mortaruddin Bin Haji Hanafi dan Encik Mohd Azhar Bin Haji Mohd Ali) yang tidak berpuashati dan tidak menerima akuan bersumpah ini atas alasan PENGADU (CIK HASHIMAH BT ASNAWI) TIDAK BOLEH DISOAL SIASAT tetapi JK Penghakiman berpendapat bahawa Cik Hashimah Bt Asnawi telah memberikan KETERANGAN yang SAMA kepada TIGA (03) orang PEMEGANG UTAMA teraju persatuan iaitu DUA (02) orang Naib Presiden (Tuan Haji Md Nasir Bin Md Arshad dan Tuan Haji Amruddin Bin Haji Buang) dan Setiausaha Agung (Encik Ramlee Bin Abd Rahman) yang mana ketiga-tiganya berpuashati dan menerima Akuan Bersumpah tersebut sebagai sama dengan keterangan yang diberikan oleh Cik Hashimah Bt Asnawi ketika pertemuan dirumahnya pada 03hb April 2006 (Isnin).

Hujahbalas Saya:-

Dengan melakukan Surat Akuan Berkanun (Surat Sumpah) bukanlah SYARAT untuk Cik Hashimah Bt Asnawi diberikan PENGECUALIAN disoal siasat. BUKTINYA dalam perbicaraan di Mahkamah Majistrate, Ampang, Cik Hashimah Bt Asnawi tetap disoal siasat oleh Peguambela walaupun mahkamah diberitahu mengenai kewujudan Surat Akuan Berkanun (Surat Sumpah) tersebut.

Alasan dua Naib Presiden dan Setiausaha Agung yang berpuashati tentang keterangan Cik Hashimah Bt Asnawi pasa 03hb April 2006 tersebut telah menimbulkan tanda tanya dimana ketika tarikh tersebut, JK Penyiasat belum menjalankan sebarang penyiasatan dan tiga (03) orang ahli JK Penghakiman telah mempunyai satu pandangan dan keputusan yang telah berpihak kepada Cik Hashimah Bt Asnawi. 

4) Hubungan baik OKT dengan keluarga Encik Asnawi

Umum mengetahui dalam kebanyakkan kes cabul dan rogol, orang melakukan jenayah tersebut adalah orang yang sangat rapat dengan penuduh. Dalam kes Cik Hashimah Bt Asnawi, OKT (YM Sheikh Radzi Hanafi) mengatakan beliau AMAT RAPAT dengan keluarga Encik Asnawi Bin Ahmad. JK Penghakiman berpendapat bahawa OKT telah mengambil kesempatan mencabul Cik Hashimah Bt Asnawi.

Hujahbalas Saya:-

Alasan JK Penghakiman ini merupakan satu ANDAIAN tanpa sebarang BUKTI dan FAKTA.

5) Mereka-reka Cerita Kerana Malu

Apakah perkara yang tidak baik yang dilakukan oleh Cik Hashimah Bt Asnawi ketika dirumah? Apakah perkara yang hendak disorokkan? Adalah tidak logik Cik Hashimah Bt Asnawi melakukan sesuatu yang TIDAK BAIK didalam rumahnya sedangkan beliau mengetahui kehadiran OKT (YM Sheikh Radzi Hanafi). Jika benarpun Cik Hashimah Bt Asnawi melakukan perkara tidak elok tersebut, kenapa OKT tidak terus menghubungi kedua ibubapa Cik Hashimah Bt Asnawi?

Hujahbalas Saya:-

JK Penyiasat dan JK Penghakiman telah gagal / enggan mentafsir dan menilai kehadiran 3 orang remaja lelaki yang berada dikawasan pagar rumah tersebut serta dakwaan OKT bahawa terdapat lebih daripada 3 buah gelas dan air oren yang tersedia didalam rumah Cik Hashimah Bt Asnawi.

JK Penyiasat dan JK Penghakiman telah gagal / enggan mentafsirkan situasi dimana kehadiran OKT menyebabkan Cik Hashimah TERKEJUT. Ini kerana kehadiran OKT daripada tempat beliau menalifon Cik Hashimah Bt Asnawi hanyalah sekitar 2 minit sahaja yang menyebabkan Cik Hashimah Bt Asnawi, gagal me'neutral'kan keadaan.

JK Penyiasat dan JK Penghakiman juga telah gagal / enggan mentafsirkan situasi dimana apabila kita melihat satu situasi yang mencurigakan, apa yang akan dibuat seseorang cumalah untuk menyelamatkan situasi tersebut tanpa memikir untuk melakukan perkara yang lain. Inilah situasi yang berlaku kepada OKT yang cuma berhasrat untuk menyelamatkan keadaan mencurigakan tersebut. 

6) Kesamaan Keterangan Mangsa Dan Keterangan OKT

Kesamaan keterangan ini membuktikan bahawa OKT memang hadir ke rumah Cik Hashimah Bt Asnawi dan mengambil kesempatan untuk mencabul kehormatan beliau.

Hujahbalas Saya:-

Kesamaan keterangan tersebut tidak ambil kira PENAFIAN daripada OKT. Alasan ini hanyalah ANDAIAN semata-mata tanpa BUKTI dan FAKTA.

7) Kepercayaan Dan Keyakinan Terhadap OKT

Keyakinan dan kepercayaan tersebut telah membuatkan mereka menjadi keliru dengan perlakuan cabul OKT terhadap beliau (Cik Hashimah Bt Asnawi).

Hujahbalas Saya:-

Alasan ini hanyalah ANDAIAN semata-mata tanpa BUKTI dan FAKTA.

8) Kewarasan Fikiran (Maturity Of Mind)

Jelas membuktikan pada tahap Cik Hashimah Bt Asnawi yang berumur 15 tahun (16 tahun), kedua-dua mereka tidak berada ditahap kewarasan fikiran yang membolehkan mereka menolak pencabulan tersebut dilakukan terhadap mereka pada sentuhan pertama.

Hujahbalas Saya:-

Alasan ini hanyalah ANDAIAN semata-mata tanpa BUKTI dan FAKTA.

9) Umur Dewasa (Age Of Majority)

Bersandarkan faktor umur Cik Hashimah Bt Asnawi, JK Penghakiman berpendapat bahawa beliau tidak berfikiran matang untuk menolak perlakuan cabul oleh OKT pada ketika itu.

Hujahbalas Saya:-

Alasan ini hanyalah ANDAIAN semata-mata tanpa BUKTI dan FAKTA.

10) Memasuki Rumah Tanpa Kebenaran Keluarga

Ini merupakan satu bukti yang tidak disangkal oleh OKT dan menjadi satu kesalahan untuk berada dirumah orang lain tanpa izin pemilik rumah.

Hujahbalas Saya:-

OKT telah hadir ke rumah Cik Hashimah Bt Asnawi adalah dengan izin pemilik rumah. Didalam undang-undang sivil, pemilik rumah adalah ditafsirkan sebagai Ahli Keluarga rumah tersebut. Satu penyelewengan fakta yang dilakukan secara sengaja ataupun tidak sengaja.

11) Pendakwa Tidak Mempunyai Kepentingan Atau Agenda Tertentu

Cik Hashimah Bt Asnawi seorang anak dibawah umur 16 tahun, tidak mungkin ada agenda tertentu. Ini kerana anak-anak bawah umur JARANG MENIPU. Mereka akan BERCAKAP BENAR apa yang berlaku.

Hujahbalas Saya:-

Dakwaan mengatakan anak-anak dibawah umur 16 tahun JARANG MENIPU adalah semata-mata ANDAIAN dan tidak berdasarkan BUKTI dan FAKTA. OKT juga tidak mempunyai KEPENTINGAN untuk melakukan hal tersebut kerana status beliau yang tinggi didalam masyarakat.

Komen Saya:-

1) Kesimpulan Dan Rumusan JK Penyiasat SANGAT BERBEZA dengan hasil penyiasatan yang dilakukan oleh Pegawai Penyiasat PDRM iaitu ASP Toh yang TIDAK DAPAT membuat sebarang Kesimpulan Dan Rumusan kerana TIADA BUKTI dan TIADA SAKSI (rujuk rencana 'Fitnah Di Mahkamah Ampang - Siri 4) walaupun Encik Ramlee Bin Abd Rahman bersungguh-sungguh menghantar Laporan Siasatan Dalaman PSSCUHM kepada pihak PDRM sedangkan beliau TIDAK PERNAH diminta berbuat demikian. 

2) Semua alasan JK Penghakiman merupakan ANDAIAN yang di terjemahkan melalui pemikiran tanpa sokongan BUKTI, SAKSI dan FAKTA.

3) Pendirian JK Penyiasat dan JK Penghakiman semata-mata MEMBENARKAN apa yang didakwa oleh Cik Hashimah Bt Asnawi dan MENOLAK mentah-mentah segala keterangan YM Sheikh Radzi Hanafi.

4) Perjalanan Siasatan Dalaman ini semata-mata untuk MEMBENARKAN apa didakwa terhadap YM Sheikh Radzi Hanafi mengikut tatacara pentadbiran persatuan tetapi pada hakikinya KEZALIMAN dan PENIPUAN telah dilakukan terhadap YM Sheikh Radzi Hanafi.

< AKAN TERBIT >

1) Rencana berkaitan GURU bagi menjawab penyelewengan kefahaman ini.

2) Rencana FITNAH DI MAHKAMAH AMPANG berkaitan HUJAH PENGGULUNGAN.

3) Rencana MAHKAMAH BERUK berkaitan kepincangannya dan fitnah-fitnah lain.
 
BERSAMBUNG
TERUSKAN MEMBACA DEMI KEBENARAN

23 comments:

  1. Tuan Amin,

    Memang betul kata YM... Mahkamah Beruk. Saya nak tambah sikit...Mahkamah Beruk Mat-Yeh!!!

    ReplyDelete
  2. Ya Allah...sampai gitu sekali perbuatan terkutuk yang sanggup di lakukan oleh mereka terhadap YM Mad Radzi...masih ada kah sifat seorang manusia di hati mereka itu??semoga Allah tunjukkan mereka ke jalan yang benar..Ya Allah,Tegakkan lah kebenaran terhadap hambamu yang dianiaya...semoga YM guru kita Mad Radzi sentiasa berada dalam keadaan yang selamat dan benar....

    ReplyDelete
  3. Salam sejahtera..

    Semoga dengan pendedahan ini, para mangkuk hayun anon-anon CABUL (siapa makan cili,rasa lah pedasnya heheheh!)duduk terkemut x leh berkata-kata..haaa..ambik kau! Maaf yer para anon CABUL lagi pengecut semua atas terkilannya hati korang sumer dengan pendedahan ini..bangkai busuk yang korang nak tutup dah terdedah..jangan la bersedih yer..cuba lah tutup lagi bangkai busuk korang tuu..alaa..x de orang yang sudi hidu pun bangkai BUSUK korang tu..hehehehee


    peace anon CABUL!!

    Che Din KB

    ReplyDelete
  4. PERBUATAN mereka memang TERKUTUK. Tidak mustahil peristiwa al-tandasi akan berulang kembali jika mrk kekal dlm penyelewengan ini!!

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum & salam sejahtera

    Teriam kasih Abg Amin diatas coretan pendedahan yg begitu baik skali buat kami pendukung Hakiki utk mengetahui situasi sebenar yg berlaku dlm Mahkamah Babun...INSYAALLAH doa insan yg di fitnah & teraniaya akan dmakbulkan...itu janji ALLAH...tunggulah saat pembalasan kelak diatas KEZALIMAN yg telah dilakukan...sedikit demi sedikit kebenaran semakin terungkai tp puak2 woff2 tetap nk menyalak utk menyangkal apa yg telah dbuktikan...Hmmmmm smoga ALLAH beri hidayah kpd puak2 ni supaya xterus menerus dlm keadaan mcmni..biarla al-tandasi menjadi iktibar kita semua....amin...


    shahrain melaka

    ReplyDelete
  6. Anonymous said...

    Tuan Amin,

    Memang betul kata YM... Mahkamah Beruk. Saya nak tambah sikit...Mahkamah Beruk Mat-Yeh!!!
    November 27, 2010 4:49 AM

    Saya nak tambah Mahkamah Beruk Mat-Yeh Am Buang. Buang Dalam Tong Sampah .Tak boleh pakai.

    Wan

    ReplyDelete
  7. salam sahabat semua...
    semakin hari semakin terdedah perbuatan TERKUTUK mereka..
    Allah SWT MAHA BERKUASA...yang batil akan terjunam jua akhirnya....
    puak AKADEMI mesti tak senang duduk, tak lena tidur...lepas ni korang nak reka apa lagi ye...INSAFLAH KAMU WAHAI PUAK AKADEMI + BUANG + KONCO@NYE

    nass

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah.. semakin nampak dan jelas..

    saya kesiankan teman yang berada di akademi.. semoga mereka juga membaca blog ini untuk men"counter" balik apa yg diceritakan oleh penyelia mereka..

    Insya Allah..

    effuan
    -penang-

    ReplyDelete
  9. selamat sejahtera..

    sehingga waktu ini, x ade pulak komen-komen anon CABUL..dah kecut ker?hahaha..

    Che Din

    ReplyDelete
  10. AlhamduLillah..
    mgkn mereka dh trhantuk setelah menyedari akan kesilapan mereka..namun mgkn sdh trlalu jauh mereka trsasar..jadi ap yg mpu mereka wat cumela brainstorm ap lg tomahan baru..hehe..mcm ni pny gaya..seoson dpn AKADEMI GUNDI (guru undi) ad prcalonan baru la kot..kne carik peminat la sesape nk tringin nk pakai kuning! ^,^

    Izuddin

    ReplyDelete
  11. "Dari keterangan-keterangan yang diberi, Jawatankuasa berpendapat KEMUNGKINAN BESAR perbuatan mencabul kehormatan berlaku terhadap Hashimah Bt Asnawi tetapi oleh kerana TIADA SAKSI BERKECUALI dapat dikemukakan, Jawatankuasa Penyiasat tidak dapat membuat ketentuan konklusif mengenainya."

    Ini yg best ni. Dalam kesimpulan yg dibuat ni. 2 point yg dapat saya petik disini.
    1. KEMUNGKINAN besar perbuatan mencabul
    kehormatan belaku
    2. Jawatankuasa Penyiasat tidak dapat membuat
    ketentuan konklusif mengenainya."

    Perkataan mungkin bermakna ragu-ragu perbuatan cabul belaku. Kerana tak de saksi, jawantakuasa Penyiasat TIDAK DAPAT membuat kesimpulan Konklusif

    Hairan bin ajaib bin pelek.

    Kalau dah ragu2 dan tidak dapat buat kesimpulan konklusif berlaku . Bagaimana Boleh Jatuh Hukum bersalah.

    JK Penyiasat menyimpulkan TIDAK DAPAT MEMBUAT KESIMPULAN KONKLUSIF

    TAPI

    Jawatan kuasa Kehakiman menyimpulkan bersalah

    Sah BARISAN HAKIM yang BERUK ni.

    Dah ragu2 dan tak dapat buat kesimpulan sepatutnya buang kes. Tapi lain plak jadinya.
    Laporan lengkap ni saya dah baca beberapa kali memang lawak. Dia macam "Karangan" sekolah masa sekolah. Lain tajuk lain isi. Cikgu kasi kosong. memang layak masuk bakul sampah jer.Tebal je boleh harap

    KLS Serdang

    ReplyDelete
  12. ada sorang dua dalam akademi sejak dari dulu lagi berminat nak pakai warna kuning.tapi tak kesampaian, hinggakan dalam temuramah dalam majalah SB satu ketika dulu mengelarkan diri cikgu (hajatnya GURU kot)..ingat macam pakai baju ke CIKGU

    nass

    ReplyDelete
  13. terima kasih tuan amin di atas penjelasan..alhamdulillah, sudah jelas niat di hati mereka untuk merosakan persilatan dan keaslian silat cekak sebenarnya..

    sungguhpun begitu, kita kena belajar dan mengambil kira beberapa perkara.saya berpesan kepada diri saya dan saudara-saudaraku sekalian, walaupun mereka telah terpisah kerana memilih yang batil, maka jangan lah kita mempunyai sikap seperti mereka. memang kita dah tolak mereka, tetapi jagan pulak kita mempunyai sikap, perangai dan pemikiran kotor mereka.

    mudah2an proses penapisan yang berlaku tidak hanya pada orgnya sahaja di tapis2, perangai kita jugak, pemikiran kita juga dan sikap kita jugak perlu di tapis supaya kita sendiri tidak mengikut seperti apa yang mereka lakukan. orang sememangnya boleh kita buang dengan mudah, tetapi perangai buruk kita sangat2 susah nak buang.bagaimanapun kena buang jugak supaya tidak mengikut jejak2 keluarga buang...

    insyaallah.

    Mohd Nordin bin Sulaiman

    ReplyDelete
  14. Alhamdu Lillah... Terima kasih Tuan Amin atas semua perkongsian & pendedahan ini

    Nampak jelas kepincangan yang berlaku dalam yang dikatakan penyiasatan (konon nya).... nampak sangat berat sebelahnya mereka ini....

    Semuanya sekadar ANDAIAN semata..!!

    - *Budak umur 16 tahun ke bawah JARANG MENIPU*...?? JARANG bukan beerti TIDAK AKAN MENIPU...lagi2 lah umur 16 tahun...haishh

    - *Tak berfikiran matang untuk menolak perlakuan cabul*...tak boleh terima betul andaian mereka...dah la umur 16 tahun,tinggal area bandar,bergaul laki perempuan,didedahkan dengan pelbagai teknologi (HP & Internet).... memang tak boleh terima..!!

    Nampaknya JK Penyiasatan & JK Penghakiman Mahkamah BERUK tu yang TIDAK BERFIKIRAN MATANG...dah TUA-TUA pun tak matang lagi....kesiaaaaannnnnn

    Semoga Tuan Amin & seluruh pendokong hakiki YM Tuan Sheikh dipermudahkan untuk terus mendedahkan perkara yg benar..

    ReplyDelete
  15. Tuan amin,

    Pertama kali saya tengok blog tuan bersih dan senyap sunyi dari salakan anon-anon cabul.. heheh Good diorang semua cuti sekolah kot. muhahah pandai silat konon pandai ngelat ada lah

    ReplyDelete
  16. bangang dan bodohnya puak2 yang pandai silat ni, majoritinya time2 umo 16tahun ni la diorang blajar membohong, sebab tu byk kena rotan kt skolah... TAPI pihak mahkamah berok mengambil kesempatan dengan kenyataan "JARANG MENIPU BAGI BUDAK BERUMUR BAWAH 16 TAHUN" dengan memfitnah org menggunakan alasan tersebut...PANDAI SILAT nya lah korang ni...

    Saya cadangkan Tuan Amin keluarkan pulak cerita undi angkat tangan...kita kasi pecah teloq puak2 pandai silat ni... bagi yg xde teloq tu, kita kasi depa terkangkang2 kena jumping smash...

    Teruskan mendedahkan KEBENARAN...

    Bersama2 kita menegak kebenaran...
    DEMI YM Sheikh Hj Md Radzi Hj Hanafi...
    LILLAHI TA'ALA

    ReplyDelete
  17. Mukim Gunung,

    Akan sampai tajuk rencana UNDI ANGKAT TANGAN tersebut. Cuma faktor masa sahaja. Insya Allah akan dihuraikan dengan terperinci TEMBELANG dan PENGKHIANATAN mereka ini.

    ReplyDelete
  18. salam..

    Terasa aman cikit page ni bila xda anon2 bacul yg cuba mencemarkan page ni...huhu...depa dah xda idea ke??ke ngah ngaji lg apa yg nk duk tabur kat sini...

    S.M

    ReplyDelete
  19. salam,

    Depa tgh wat AJK CSI laks, nk kaji apa yg patut depa buat...uhuhu

    ReplyDelete
  20. depa tgh susun strategi lain tu & JANGAN LUPA & CUAI..depa juga tengah susun pasukan tukang gempur yg kuat..DISUSUN & DISEDIAKAN dari kalangan belia-belia org MUDA yg dah pasak ditanam IDEOLOGI BANGSAT depa..

    jadi INGATAN buat pendukung & penggerak hakiki sekalian, jangan cuai & jangan cepat sgt bersorak..depa (AKADEMI SCH) akan serang masa kita paling cuai & tidak bersatu!

    ~abdullah
    Borneo

    ReplyDelete
  21. Tuan amin, jangan lupa cerita berkenaan sumpah Quran yang dipermain2kan pihak Munafikun tersebut...

    Salah satu lagi bukti dan tanda2 mereka ni tergolongan dalam golongan Munafikun...

    ReplyDelete
  22. tgk kat gugat-gugat youtube..ttg pengakuan
    tkasih

    ReplyDelete
  23. biase la diorg kan "PANDAI SILAT" bile da pandai boleh la jadi guru,tu yg ramai guru....tu punye pun..!!!

    hakikatnya amrahi nak jadi guru...
    jo marwi jadi anjing hitam....
    tu yang jadi puak2 hitam...
    tokleh pulak jadi tukang vudookan org......

    ReplyDelete