Wednesday, November 24, 2010

Mahkamah Beruk - Siri 8

Sebenarnya, pada 16hb Mei 2006, terdapat 5 orang yang telah hadir memberikan keterangan kepada JK Penyiasat iaitu Encik Abd Azman Bin Johan, Encik Asnawi Bin Ahmad, Puan Rohaya Bt Johan, Encik Hassanmuddin Bin Muhammad dan Puan Safiah Bt Idris. Kemudiannya pada 17hb Mei 2006 dua orang saksi telah hadir memberikan keterangan iaitu Encik Ikmal Rashmy Bin Ismail dan Puan Azizah Bt Shamsuddin. Pada 08hb Jun 2006 pula seramai dua orang lagi saksi telah hadir memberikan keterangan iaitu Tuan Haji DR Abdul Jalil Bin Haji Hashim dan Cik Hashimah Bt Asnawi.

Selepas rencana ini, saya akan mengupas dan menganalisa keterangan daripada Cik Hashimah Bt Asnawi, YM Sheikh Haji Md Radzi Bin Ustaz Haji Hanafi Al-Qedahi dan Keputusan JK Penghakiman. Ini bertujuan memudahkan para pembaca memahami kepincangan yang berlaku pada setiap satu pertuduhan. Dan rencana pada kali ini, sama-sama kita ketahui apakah perkara yang berlaku di belakang tabir.

Diantara 18hb Mei 2006 sehingga 07hb Jun 2006, Encik Kamaruzaman Bin Ahmad (Khalid Cina) telah beberapa kali melalui SMS dan telefon dengan menyatakan kepada Encik Shafri Bin Shafie (mantan Bendahari PSSCUHM Cawangan Kedah) bahawa YM Sheikh Radzi Hanafi bersalah terhadap dakwaan yang ditujukan kepada beliau (terdapat laporan bertulis bertarikh 02hb September 2006 yang telah dibuat oleh Encik Shafri Bin Shafie dan diserahkan oleh saya kepada Exco Tertinggi Persatuan serta Majlis Muafakat Tertinggi pada mesyuarat MMT 03hb September 2006 di Hotel D'Palma, Ampang).

Diantara 22hb Mei 2006 hingga 03hb Jun 2006, Tuan Haji Amrahi Bin Haji Buang telah menghubungi Encik Abd Halim Bin Abd Hamid (YDP PSSCUHM Cawangan Negeri Sembilan) dan mencaci YM Sheikh Radzi Hanafi dan menganggap bahawa YM Sheikh Radzi Hanafi telah bersalah melakukan tuduhan yang didakwa dan turut mengsyorkan agar Encik Abd Halim Bin Abd Hamid bertemu dengan Encik Abd Azman Bin Johan dan Encik Asnawi Bin Ahmad untuk lebih mengetahuinya (terdapat laporan bertulis bertarikh 02hb September 2006 yang telah dibuat oleh Encik Abd Halim Bin Abd Hamid dan diserahkan oleh saya kepada Exco Tertinggi Persatuan serta Majlis Muafakat Tertinggi pada mesyuarat MMT 03hb September 2006 di Hotel D'Palma, Ampang).

Pada 28hb Mei 2006, Encik Nor Azlan Shah Bin Abdull Ghaffoor telah bertemu Encik Sharulnizam Bin Jantan disebuah restoran di R&R Bukit Dukung, Kajang, sekitar jam 10.00 malam. Dalam pertemuan ini, Encik Nor Azlan Shah telah cuba mempengaruhi Encik Sharulnizam bahawa YM Sheikh Radzi Hanafi telah melakukan perbuatan seperti difitnah terhadap beliau. Dalam pertemuan ini juga, Encik Nor Azlan Shah telah memaklumkan bahawa beliau telah mendapat 'Green Light' daripada Encik Ramlee Bin Abd Rahman, untuk menceritakan perihal tuduhan tersebut kepada beliau.

Pada 07hb Jun 2006, Encik Md Daud Bin Sutan telah bertemu dengan Tuan Haji DR Abdul Jalil Bin Haji Hashim dan mengarahkan Tuan Haji DR Abdul Jalil untuk menyatakan beberapa perkara di dalam keterangan kepada JK Penyiasat pada keesokkan harinya (08hb Jun 2006).

Ulasan Saya:-

1) Tindakan Encik Kamaruzaman Bin Ahmad (Khalid Cina) seperti tertulis di atas telah membuktikan bahawa terdapat satu konspirasi senyap untuk menjatuhkan YM Sheikh Radzi Hanafi kerana 'Khalid Cina' ini BUKANlah ahli JK Penyiasat mahupun JK Penghakiman. Umum mengetahui bahawa 'Khalid Cina' ini merupakan BALACI SETIA Tuan Haji Amruddin Bin Haji Buang dan turut mempunyai pertalian keluarga dengan Tuan Haji Amrahi Bin Haji Buang.

2) Tindakan Tuan Haji Amrahi Bin Haji Buang, Encik Nor Azlan Shah Bin Abdull Ghaffoor dan Encik Ramlee Bin Abdul Rahman adalah satu perbuatan yang sangat tidak bermoral dimana mereka ini telah mempunyai keputusan BERSALAH terhadap YM Sheikh Radzi sedangkan JK Penyiasat masih belum selesai tugasan mereka. Perlu diingat ketiga-tiga mereka ini adalah ahli JK PENGHAKIMAN.

3) Tindakan Encik Md Daud Bin Sutan adalah sangat tidak bermoral kerana beliau cuba mengarahkan serta mengatur percakapan SAKSI dengan niat yang tidak baik. Perlu diingat, Encik Md Daud Bin Sutan ini adalah SETIAUSAHA JK PENYIASAT dimana beliaulah yang bertanggungjawab menyediakan LAPORAN JK PENYIASAT (pada firasat saya laporan JK Penyiasat disediakan oleh TANGAN GHAIB yang lain).

4) Adakah perlakuan mereka ini membolehkan KEADILAN dijalankan terhadap YM Sheikh Radzi Hanafi? Tepuk Dada, Tanyalah Hati. Pastinya mereka ini mendakwa bahawa saya berbohong lagi tetapi tuduhan saya beserta SAKSI-SAKSI yang terlibat. Saya yakin SAKSI-SAKSI ini pasti berkata BENAR sekiranya mereka seorang MUKMIN.

BERSAMBUNG
TERUSKAN MEMBACA DEMI KEBENARAN

AKAN TERBIT:-
25/11/10 (KHAMIS) - KETERANGAN CIK HASHIMAH BT ASNAWI
  26/11/10 (JUMAAT) - KETERANGAN YM SHEIKH HAJI MD RADZI BIN HAJI HANAFI
27/11/10 (SABTU) - LAPORAN DAN ALASAN JK PENGHAKIMAN

22 comments:

  1. dajjal VS al-MAhdi
    http://rijalul-ghaib.blogspot.com/
    kepada sapa2 yg gila nak berbicara pasal dajjal la. imam mahadi laa.. elok baca blog nie.. itu hari kecoh sangat..

    apa lagi pergi laa ke
    http://rijalul-ghaib.blogspot.com/
    terutama sekali puak2 sebelah sana tue..:P

    -aziz bunyamin, uitm shah alam

    ReplyDelete
  2. Tuan Amin,

    Wahh satu pendedahan yg amat menakjubkan...memang tiada keadilan diberi kpd YM GU. Masya Allah..

    Tergamak mereka melakukan semua itu. Padahal dlm silat ini sendiri, kita diajar dgn nilai2 murni oleh Almarhum Ustaz Hj Hanafi. Kini saya tertanya-tanya, adakah mereka ini ikhlas kpd Almarhum semasa Almarhum menjadi GU mereka pada suatu ketika dahulu??

    Atau berpura2 semata2 ingin mengorek segala ilmu yg ada pada Almarhum Ustaz Hanafi. Mereka ternyata silap !! : ini namanya - "Semua Ilmu tiada Yg lekat" -

    selamat berjuang Tuan !!! Terima kasih

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Hanya yang TIDAK KUFUR dengan nikmat akal aje dapat menilai plot terancang tersebut. Sangat JELAS apa yang berlaku di sini adalah satu usaha untuk menjatuhkan YM Sheikh, tiada lain. Pertuduhan yang diada-adakan hanyalah sebagai alasan untuk membenarkan tindakan mereka.

    Sebagai manusia yang waras, dengan mudah kita dapat menangkap beberapa kepincangan yang sangat jelas seperti keputusan awal yang telah dirancang dan dihebahkan oleh JK Kehakiman sedangkan pendengaran tuduhan sedang berlangsung. Sesuailah YM Sheikh mengelarkan Mahkamah Beruk kerana keujudannya hanya sebagai untuk menunjuk-nunjuk bahawa mereka adil. Pandai sungguh merancang, tetapi GAGAL kerana mereka lupa siapa yang MAHA BERKUASA.

    Semoga Allah melindungi kita semua dari terikut-ikut mereka memfitnah kerana sesuatu yang mereka dambakan di dunia ini. Kepada yang bijak pandai tetapi masih bersama akademi, mohonlah petunjuk agar Allah membuka jalan untuk anda mengenali mana yang HAK dan mana yang BATHIL.

    Fendy

    ReplyDelete
  4. Tahniah Tuan Amin untuk penulisan yang bagus.
    Gugat pon nak tutup blog sudah.

    -Mailal-

    ReplyDelete
  5. mat radi tu sebenarnya yg bodoh sombong serta tamak haloba..

    guru kena pecat... whahahhahhaha

    ReplyDelete
  6. Kepada -aziz bunyamin, uitm shah alam

    Sila rujuk dan baca hadis2 ini:

    http://tayibah.com/eIslam/imam_mahdi.htm

    http://tayibah.com/eIslam/imam_mahdi2.htm

    http://wa2010.ee.itb.ac.id/kumpulan-hadis-dan-asar-sahabat-tentang-imam-mahdi-putera-bani-tamim-dan-golongan-ikhwan

    Dari Abdullah RA, dia berkata

    "Ketika kami sedang berada bersama-sama Rasulullah SAW, tiba-tiba datang sekumpulan Putera dari Bani Hasyim. Apabila baginda melihat mereka, tiba-tiba air matanya berlinang dan wajahnya berubah. Abdullah berkata, aku bertanya, "Kami melihat sesuatu yang tidak kami senangi pada wajahmu?" Maka baginda menjawab, "Kami adalah Ahlulbait yang Allah telah memilih bagi kami kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia. Sesungguhnya ahli keluargaku, sepeninggalanku nanti, akan menerima bala bencana pengusiran dan pembuangan, sehingga datanglah suatu kaum dari arah Timur yang membawa Panji-panji Hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya, lalu mereka berjuang dan menang, lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerimanya sehingga mereka menyerahkan kepemimpinan itu kepada salah seorang lelaki dari ahli keluargaku. Dia lalu memenuhinya dengan berbuat adil, seperti sebelumnya yang dipenuhi dengan kezaliman. Barang siapa di antara kamu semua yang menjumpai hal-hal tersebut, hendaklah dia mendatangi mereka walaupun terpaksa merangkak di atas salju." (Al-Hakim & Ibnu Majah)

    Umat Islam Wajib Mencari Pemimpin yang Dijanjikan....

    Dr.Love.

    ReplyDelete
  7. Dr love,

    Awak tidak sedar, awak sedang menentang apa yang awak tulis di atas.

    Cicit Lebai Lah

    ReplyDelete
  8. cicit Lebai Lah,

    tu ler sy baru nk tulis, die sedar ker yg die cut n paste tu kena kt batang idung sendiri..Menjatuhkan kerabat doktor jer...ehehe.doktor xbertauliah...cube suruh die kupas benda di atas tu?? boleh ke tak tu??ehehe

    ReplyDelete
  9. terima kasih abg amin atas pendedahan yg dilakukan yg telah membuka mata ramai pihak...
    sy pn xsangka si Shafri Shafie leh tmakan hasutan khalid cina tu sbb sy tau,tu mentor dia..padahal dialah org paling rapat ngan YM GU semasa dikedah...inilah dinamakan dgn izin ALLAH hati manusia tu mampu dibolak balikkn..walaupn hakikat kebenaran ada depan mata tp yg batil jua yg diagungkn...trimalah padahnya suatu hari nnt INSYAALLAH..

    shahrain melaka

    ReplyDelete
  10. saya telah membaca ulasan Mahkamah Beruk dari siri 1-8. Pada pandangan saya persoalan samada Md Radhi mencabul atau tidak ataupun samada Md Radhi meraba atau tidak, tidaklah menjadi persoalan bagi saya. Apa yang penting disini sebagai seorang Islam sekiranya sudah tahu Ibu bapa Hashimah tidak ada dirumah kenapa Md Radhi masuk juga kerumahnya. Tidakkah beliau sedar dengan perbuatannya itu telah menimbulkan syak apatah lagi apa haknya untuk memicit kepala Hashimah walaupun Hashimah memberitahu bahawa beliau pening (migrin).
    Kepada pengikut2 taksub Md Radhi cubalah tuan2 berfikir sejenak, apakah disebabkan dia GU maka kita boleh menghalalkan segala perbuatan dia walaupun ianya salah disisi agama. Dan fikirlah sekiranya mangsa itu anak2 tuan2.

    ReplyDelete
  11. Shahrain Melaka,

    Tepat sekali saudara. HATI semata-mata hak Allah. Beliau berpegang pada MENTOR, maka itulah jadinya.

    ReplyDelete
  12. Anonymous,

    Sabar menunggu rencana seterusnya. PUAN akan jelas nanti. Dan buatlah keputusan mengikut pendapat PUAN. Saya yakin YM Sheikh Radzi tidak berkecil hati. Yang penting, berikan keadilan kepada diri PUAN untuk mendengar penjelasan.

    ReplyDelete
  13. Kepada Pak Lebai and Geng... sememangnya aku menentang apa yg di usulkan oleh -aziz bunyamin, uitm shah alam.

    -aziz bunyamin, mengatakan bahawa Nabi Muhammad (SAW) adalah Al-Mahdi...

    -saya pula mengatakan bahawa Al-Mahdi merupakan keturunan Nabi Muhammad. (seorang Imam dan bukan Nabi)

    apa yg bermain di fikiran saudara Pak Lebai?

    pelik saya disini...


    Dr.Love.

    ReplyDelete
  14. utk dr love..

    soalan al mahdi pegi le bincang di http://rijalul-ghaib.blogspot.com/

    bukannya kat sini...

    -khai, pj

    ReplyDelete
  15. bubuh nama sebenar boleh dr love?
    atau pon anda ni tak bertanggungjawab.
    datang cni buat kacau.

    lepas ni abaikan sahaja si bacul yang menggunakan nama samaran/ nama yang tak dapat dikenali identitinya. takut melayan orang gila, kita pon jadi gila sekali.

    (Doctor dan staff yang kerja di bahagian psykiatri pon diberi cuti extra, sebab penat dan bahaya melayan org gila lama-lama.)

    -Khalil, cheras.

    ReplyDelete
  16. yang nak tentukan pengganti hanya saya dan Allah taala saja yang tahu (kata mat radi al-todi)

    -mana mgkn mat radi tahu, dia tu seorang yg maksum ker.. kalau dia maksum dia tak cabul anak member sendiri..

    -kenyataan yang sangat bodoh dan banggang dari mat radi al -todi

    ReplyDelete
  17. Hai PUAN ANON November 24, 2010 7:44 PM yang bebal lagi bacul.

    Hanya Allah dan saya je yang tahu apa yang saya rancang nak buat esok - SALAH KE KALAU AKU CAKAP MACAM NI?

    Betullah Hanya Allah dan YM Sheikh je yang tahu siapa yang akan gantikan beliau sebab beliau tak pernah pun maklumkan kepada sesiapa pun pengantinya.

    Apabila terbaca perkataan MAKSUM ni, teringat aku dengan sorang balaci mentor kat tempat aku. Ni lah dia perkataan yang dijaja untuk membenarkan apa yang telah mereka lakukan. Ehmm, nampaknya sekor lagi berok sesat mentor dah masuk. Apa yang mentor cakap, ikut, ulang dan sebarkan.

    Siapa ijazahkan ko masa masuk Cekak dulu? Kalau YM Sheikh, baik cepat-cepat ko taubat dan minta maaf kepada beliau. Ingat baik-baik SUMPAH takkan menderhaka kepada GURU yang telah ko lafazkan.

    Tapi jika ko budak baru akademi (salam kosong dengan joe), aku tak hairan dengan sikap ko. Sikap seorang pengecut yang hanya tahu mencaci dan ianya dah macam zikir bagi ko. Selamat beramal dengan ajaran akademi, nampaknya makin jauh la ko hanyut.

    Fendy

    ReplyDelete
  18. depa memang "pandai silat, pandai fitnah, pandai temberang, pandai sorok, semua pandai la kata org..". semua benda depa buat hanya depa saja yg tahu. sebab tu duk kutuk dan fitnah guru kita sebab mungkin depa tak tau yang Tuhan Maha Mengetahui.

    ReplyDelete
  19. ala biasala tu pengecut mmg mcm tu...ibarat baling batu pastu sorok tgn...dah akedemi ajar mcm 2...kalau nk buat fitnah ke apa ke jgn guna sbenar,play safe...tunjuk lagak mcm pandai tp hampas je sbenarnya...

    shahrain melaka

    ReplyDelete
  20. menghina Guru aku secara bacul..
    menghina dengan cara yang paling randah tahap keberaniannya..
    kalau Guru aku betul salah,hina Guru aku depan aku..
    dengan mata aku melihat,telinga aku mendengarnya..

    nak hina berdepan,sila hubungi..
    012-9064271

    -Firdaus MRH-

    ReplyDelete
  21. Terima kasih..tuan amin, dedahkan perbuatan GURU CABUL yang telah lupa perjuangan Ustaz Hanafi dengan meletakkan kesalahan pada org lain dan persatuan..perbuatan sendiri dan tanggung sendiri...tiada konpirasi yang digembur2kan tanpa bukti yang bernas.Setakat alasan dan pandangan mahkamah tak terima.

    ReplyDelete
  22. salam..

    hehehehe..kelakar btol puak2 menyalak dan bacul ni..komen yang sama je kat semua post..ni bukan setakat takde idea je..ni da tahap benak + bebal..hahahahahaha...

    Razlan Ab Razak

    ReplyDelete