Friday, November 19, 2010

Silat Cekak Hanafi Masman

Silat Cekak yang asli pusaka Al-Marhum Ustaz Haji Hanafi Bin Haji Ahmad mula hendak dilacurkan dengan tertubuhnya SILAT CEKAK HANAFI SDN BHD (749492-P) pada 05hb Oktober 2006. Syarikat ini dipunyai oleh Encik Nor Azlan Shah Bin Abdull Gaffoor (690725-08-5621) dan Mohd Hanafi Bin Masman (770716-01-6173) sebagai Pemegang Saham. Penubuhan syarikat ini mempunyai agenda tertentu yang tidak diketahui dan pada firasat saya, arkitek penubuhan ini adalah Tuan Haji Amruddin Bin Haji Buang.

Sekali lagi beliau telah menggunakan kelicikkan beliau dengan mengarahkan kedua-dua BALACI ini demi mengelakkan segala perkara berkaitan perundangan terhadap dirinya. Kehadiran Encik Mohd Hanafi Bin Masman pula semata-mata untuk mendapatkan kelulusan nama SILAT CEKAK HANAFI SDN BHD daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), dan pada pandangan saya, ini merupakan satu penipuan tersembunyi yang telah dilakukan oleh kedua-dua Pemegang Saham tersebut.

Mengapa syarikat ini ditubuhkan? Ramai telah disogokkan kononnya ke arah penubuhan Akademi tetapi sebenarnya ianya adalah semata-mata persediaan sekiranya golongan Musyrik ini gagal mentadbir Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia (PSSCUHM) atau risiko berlakunya pembubaran PSSCUHM oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) mahupun pihak mahkamah.

Pandangan saya, sekiranya golongan Musyrik ini menghormati ahli-ahli persatuan, maka sewajarnya penubuhan ini perlu diluluskan melalui usul didalam Mesyuarat Agung Perwakilan. Inilah BUKTI yang menunjukkan bahawa golongan Musyrik ini terlalu tamakkan kuasa sehingga kuasa-kuasa ahli diketepikan begitu sahaja. Dan sewajarnya, mulai saat dan ketika ini, kita harus memanggil PSSCUHM dengan panggilan SILAT CEKAK HANAFI MASMAN. Silat Cekak yang benar-benar ASLI peninggalan Al-Marhum Ustaz Haji Hanafi Bin Haji Ahmad, yang kini diterajui oleh YM Sheikh Haji Md Radzi Bin Ustaz Haji Hanafi Al-Qedahi, sewajarnya dikenali sebagai SILAT CEKAK USTAZ HANAFI.

'Pastikan ianya SILAT CEKAK USTAZ HANAFI'

28 comments:

  1. Tuan Amin,

    Terima kasih byk2 kerana kerap update BLOG. Penuh dengan maklumat yang disertai SAKSI dan BUKTI. Tentang rencana yang belum disiarkan BUKTI, saya menyokong Tuan kerana mungkin atas sebab2 ttntu Tuan masih belum dedahkannya. Anyway, Alhamdulillah, saya bersama SILAT CEKAK USTAZ HANAFI.

    Mohd Husni Hamzah,
    Tokyo, Jepun.

    ReplyDelete
  2. Penubuhan syarikat ini mempunyai agenda tertentu yang tidak diketahui dan pada "firasat" saya, arkitek penubuhan ini adalah Tuan Haji Amruddin Bin Haji Buang...........

    **rupa-rupanya firasat...ingatkan fakta tadi...ceh..

    ReplyDelete
  3. Anonymous,

    Firasat Tuan Amin adalah tentang arkitek penubuhan tersebut. Syarikat Sdn Bhd itu adalah FAKTA. Itu pun xbleh paham ke! Saya pun ada dokumennya. Saya dapatkan drpd SSM.

    Pendokong Hakiki,
    Kuala Lumpur.

    ReplyDelete
  4. Pendokong Hakiki,

    TK kerana tolong menjawabnya bagi pihak saya. Tepat dan jelas jawapan saudara.

    Anonymous,

    Mengapa PUAN sangat BENAK hinggakan perihal semudah itupun tak boleh nak faham. Jangan banyak makan SEMUT ye... :-)

    ReplyDelete
  5. Inilah golongan munafik yg mengaku beragama ISLAM. Membawa fitnah ke serata pelosok dunia ttg YM GU & memporak-perandakan perjuangan Almarhum Ustadz Hanafi.

    Masya Allah ..

    Mengaku ISLAM tetapi tidak mengerti HUKUM mengambil HAK orang lain. ISLAM amat menitikberatkan soal HAK (3X).

    Sibuk benar hendak mengambil nama BAPA orang lain. Hendak sangat dia mengambil nama Ustadz Hanafi.Tidak punya perasaan MALU. Ambil sahaja nama bapa kalian sendiri.Apa kalian malu hendak menggunakan nama bapa sendiri?

    Sedarlah. Jangan asyik menggunakan akal kalian yang singkat itu.Jika bergantung pada akal, kelak kalian pasti binasa kerana akal bisa ditarik oleh Allah S.W.T bila-bila masa.Begitu juga dgn nyawa kalian. Dalam asyik kalian berbuat salah, tiba2 MARGAYA..

    Sedarlah kita semua tidak punya apa-apa. Apa yg Allah anugerahkan adalah kepunyaanNYA. Jangan kalian menuding jari kepada orang yg tidak bersalah.Tudinglah jari itu ke arah dirimu sendiri wahai PP.

    Jangan kamu asyik menghasut di sini laksana Iblis, kami tidak mungkin termakan ajakanmu. Insya Allah. Kami kenal siapa kamu, kami kenal hati budimu wahai PP.

    Kami kenal Siapa Almarhum Ustadz Hanafi, Kami lebih2 kenal YM GU kami & keluarganya. Sesungguhnya Bonda Maimunah & Almarhum Ustadz Hanafi amat bertuah kerana memiliki anak cucu yg semuanya berbudi pekerti & akhlak yg mulia.Itulah hasil didikan yg diberikan oleh Almarhum & Bonda Maimunah.

    Kami juga berdoa agar semua pendokong hakiki serta seluruh ahli keluarga mereka juga akan mempunyai budi pekerti serta akhlak yg mulia sesuai dengan ajaran Baginda Rasulullah S.A.W yg amat kami kasihi.

    Moga yang baik2 utk kita semua. Insya Allah...

    HIDUP YM GU & SELURUH KAUM KELUARGA
    HIDUP SCH
    HIDUP PENDOKONG HAKIKI

    LAA HAULAWALA QUWWATAILLA BILLAH

    ReplyDelete
  6. patutkah kita gelar mereka yg masih tak tulis nama itu "si bacul" ?sebab sampai sekarang masih tak tetak nama sebenar.
    inikah yang dikatakan pandai silat? pandai temberang, pandai merosak, pandai peralat ada lah.

    semuga kita semua dilindungi, terus mendokong perjuangan Guru yang hak.
    Hidup YM Tuan Guru Syeikh Hj. Md Radzi bin Ustaz Hj. Hanafi.

    Teruskan penulisan Tuan Amin.

    Dr. Khalil, cheras tasik permaisuri.

    ReplyDelete
  7. Dr. Wan Khalil,

    Sy bersetuju dgn dgn tuan.tp sy beranggapan,mereka ni sebenarnya malu nk mengaku mereka bergurukan master joe...tu pasal la x berani atau tegas untuk menyatakan nama mereka sendiri...btol x cik anon sekelian???

    ReplyDelete
  8. abang amin,

    terima kasih kerana kerap memberikan kami informasi yg sebegini!

    mudahlah kami untuk mematahkan serangan pihak tertentu.

    semoga abang amin terus memberikan informasi informasi agar kami dapat terangkan pula dekat kawan kawan kami yang lain.. :)

    effuan
    penang.

    ReplyDelete
  9. Salam Idul Adha,
    Dah semakin terang! semakin nyata! antara bukti nyata (nama/no. KP/alamat tercatat dalam data pendaftar syarikat) turut berkomplot singkirkan hak YM Tn Guru Syeikh Hj Md Radzi & keluarga almarhum Ustaz Hanafi.....yang pastinya sebab sifat hasad dengki & sakit hati utk rampas status & nilai komersil jenama `SILAT CEKAK HANAFI' yang amat bernilai hinggakan hak keluarga, anak2 & keturunan Almarhum Ustaz Hanafi (Bani Hanafi) cuba dilupuskan dgn fitnah2 keji dan jijik.

    So didaftar pula Syarikat SILAT CEKAK HANAFI SDN BHD, sebagai tambahan kepada Akedemi Silat Cekak Hanafi'- utk rampas hak Guru & Pewaris secara komersil dan kesempatan guna peraturan daftar tubuh syarikat/akedemi, namun MOTIF UTAMA tidak dapat disorok dari ahli2, iaitu tak lain tak bukan, hanya bermotifkan KUASA & WANG....ungkapan mereka utk teruskan perjuangan Ustaz Hanafi hanya alasan musyrik & iklan2 kosong utk mengabui ahli ikut2an & masyarakat yg tak memahami hakikat tuntutan ilmu sebenar.

    Pada hemat saya jenama `SILAT CEKAK HANAFI' tidak akan dipinda kepada `silat CEKAK BUANG' sebab keturunan BUANG tak reti tak upaya utk cipta jenama silat sendiri tanpa rampok hak orang lain tetapi mungkin pindaan jenama kepada `silat CEKAK HANAFI MASMAN' boleh dipertimbangkan oleh keturunan BUANG sbb jenama CEKAK HANAFI masih ujud dalam jenama baru ni..bekas ahli yg ujudkan persilatan berjenama Silat(tanpa guna jenama CEKAK HANAFI) adalah lebih terror dan kredible berbanding dgn keluarga BUANG & konco2nya, walaupun mereka sama-sama PENDERHAKA & PETUALANG kepada perjuangan sebenar Almarhum Ustaz Haji Hanafi bin Hj Ahmad, yang kini diterajui oleh PEWARIS yang sah.
    Apapun tindakan penderhaka tsb, mereka2 yang mencari sebenar ilmu dan keberkatan akan selidik secara terperinci susur-galur ilmu yg hendak diikuti, dipelajari & diamalkan demi mendapatkan manafaat semasa hidup & selepas mati.

    Pendukong Hakiki
    (GOMBAK)

    ReplyDelete
  10. pendek cerita boleh dikatakan KURANG AJAR bila merampas HAK orang.....
    sangat kurang ajar.....

    -Firdaus MRH-

    ReplyDelete
  11. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, termasuklah ynag "bacul lagi Pengecut" puan anon.

    Penjenamaan Silat Cekak Hanafi di bawah pensyarikatan Silat Cekak Hanafi Sdn. Bhd. merupakan satu gerakan yang nampak jelas tujuan and matlamatnya iaitu global branding yang sejajar dengan gerakkan tae kwon do, judo dan martial art ynag lain, di mana mereka bergerak secara persatuan WTF, ITF dan seanteronya. Dari segi commercial ia merupakan satu entiti business yang nampak business viable nya, jutaan ringgit nilainya dari segi baju latihan,latihan, intellectual property dan royalty seperti mana berlaku untuk WTF dan ITF. Silat Cekak itu sendiri merupakan silat ynag bermutu tinggi serta telah terbukti keberkesanannya yang menjadikan ia satu produk ynag begitu bernilai.Itu ada tujuannya. Mandat perguruan hanya satu alasan untuk melaksanakan rancangan ini.Itu menjadikan perancangan ini berlaku, konsep berguru dan ijazah itu kena di buang, kerana ini akan menghalang penyebaran franchise, dan pelaksanaan konsep belajar dari Standard of Operation Franchise.

    Itu adalah niat mereka-meraka yang berada di sebelah sana terutamanya di ketuai oleh keluarga Buang. Bani Buang ini hanya melihat silat cekak ini sebagai satu entiti perniagaan yang berdaya saing serta mampu menjana pendapatan ynag tinggi tanpa mengambil kira tentang hak Guru, keaslian silat serta kesucian perjuangan Almarhum Ustaz Hanafi, jadi apa ynag membezakan mereka dengan kaum Yahudi, kaum kapitalis atau kaum dajjal ynag sanggup merosakkan sesuatu yang suci lagi murni untuk kepentingan peribadi mereka.

    Tuan-tuan, puan-puan serta anon yang bacul sekelian.

    Konsep berguru merupakan satu entiti suci ynag berjaya membetuk silat cekak hanafi kepada tahap sekarang kerana dari segi hak guru, penjagaan serta quality control yang di pantau secara langsung oleh Guru itu sendiri. Jangan kita jadi seperti silat atau martial art ynag lain hanya kenal guru dari nama, gambar sahaja. sekurang-kurangnya kita ada 3 kali peluang utnuk berjumpa guru kita sendiri dalam hal ini YM Tuan Sheikh Mad Radhi Al-Qadhi. Cuba bertanya pada silat ynag lain, ada mereka jumpa Guru Utama atau mahaguru mereka. Jika penjanamaan Silat Cekak berlaku di bawah syarikat ini berjaya, maka hancurlah cekak hanafi itu sendiri. Tak Guna berdahi hitam , kalau hati sama hitam.

    Sekian terima kasih

    saiful Ikram Selamat
    016-3061438

    ReplyDelete
  12. salam...

    puak kurang ajar ini melihat silat cekak boleh dipakai sebagai satu medium perniagaan yang mampu menjana keuntungan..

    namun, bodohnya mereka ini kerana...samada mereka tak tau atau buat-buat tak tahu..bahawa tanpa izin guru yang memegang hak, JANGAN HARAP mereka boleh 'pakai' silat cekak ini...

    RAZLAN AB RAZAK

    ReplyDelete
  13. zaki bukan adik ustazNovember 19, 2010 at 6:38 PM

    Zaman Di Mana Orang Tak Pedulikan Dari Mana Mendapatkan Harta
    Ertinya:

    Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, bersabda Rasulullah saw, "Akan datang suatu zaman seseorang tidak memperdulikan dari mana ia mendapatkan harta, apakah dari sumber yang halal atau pun haram".

    (H.R. Muslim)
    Keterangan
    Di zaman sekarang ini merupakan zaman ketandusan rohani dan zaman materialisme, segala sesuatu adalah bernilai dengan nilai harta. Manusia cakar mencakar untuk memperolehi sebanyak mungkin harta kekayaan. Mereka tidak memperdulikan dari mana datangnya harta yang diperolehi, apakah dari sumber yang halal atau dari sumber yang haram. Yang penting, harta dapat dikumpulkan sebanyak-banyaknya untuk memenuhi kehendak nafsu atau pun untuk melayan kehendak isteri atau anak-anak mereka. http://40hadith.blogspot.com/2007/12/zaman-di-mana-orang-tak-pedulikan-dari.html
    jom kita renung2kan... sebelum kita amik hak orang lain..

    ReplyDelete
  14. Assalammu'alaikum.

    Kat sana dia orang belajar berniaga ke. Bukankah sepatutnya mereka berani untuk menegakkan kebenaran.

    Bagi saya mereka sebenarnya tahu mana benar dan salah, tetapi ego dan sombong masih bersarang di dada. Dari dulu lagi kita diperkenalkan tentang Mandat Guru dan guru yang sebenar. Mereka menafikan hak Guru ini atas sebab peribadi yang mereka saja tahu.

    Akhirkata Fikirlah baik2. Sesungguhnya berfikir itu pelita hati.

    Kamu akan dibalas mengikut apa yg kamu pilih.
    Kalau Baik, baiklah. Kalau jahat,buruklah kembali kepada kamu. Terimalah balasan kamu.

    Cicit Lebai Lah
    Kg. Padang Tok Kesop
    Jitra

    ReplyDelete
  15. Silat Cekak bukan hak mutlak keluarga ustaz hanafi la bodoh!!!

    Bengong tak sudah2 demer nih! Mandat la salasilah guru lah, memang la ikut sejarah camtu. Sebelum ni elok ja, takda masalah. Kenapa pi ceroboh n cabul anak dara sahabat sendri.

    Klu Md Qodi tak buat hal, menda ni semua tak berlaku. Ini semu Md Radzi Al Qodi yg punya angkara. Sedarlah sikit woi!!!

    Bengong yak sudah2

    ReplyDelete
  16. Woi! Cicit Lebai. Memang la depa tahu yg mana betul yg mana salah. Sebab itu depa tak ikut Mat Qodi, bukan pasal depa ego ka apa ka. Yg hangpa semua ni takleh pikiaq ka? Akai letak kat pungkoq apa? Bengong tak sudah2.

    Hangpa nak pertikaikan tindakan depa tu. Yang Mat Qodi pi masuk umah sahabat sendri buat pekara tak senonoh tu kat anaka dara dia tu hangpa tak pertikai plak? Takut apa?

    Bengong tak sudah2 la hangpa semua nih!!!

    ReplyDelete
  17. Salam dari Bumi Kaherah,

    Tuan Amin dan sidang blogger sekalian,

    Saya bukanlah orang yang berautoriti untuk menyentuh berkaitan isu pendaftaran SILAT CEKAK HANAFI SDN. BHD.

    Syabas buat Tuan Amin atas usaha yang dilakukan.

    Cuma, secara peribadi, saya berpendapat penggunaan kalimah 'musyrik' adalah kurang sesuai. Dikhuatiri, ia memberikan impak negatif kepada Tuan sendiri dan lebih-lebih lagi,kepada YM Tuan Guru.

    Maafkan saya.

    Teruskan usaha murni dengan pendekatan yang berkesan. Niat yang baik belum tentu dinilai baik, kerana niat tidak menghalalkan cara.

    Hanya cadangan.. :)

    Syafiq,
    Kaherah.

    ReplyDelete
  18. kepada encik November 19, 2010 7:04 PM dan encik November 19, 2010 7:10 PM ,

    saya rasa tidak ada pun disebut penulisan ni tentang silat cekak milik keluarga arwah ustaz hanafi. dan kalau diikutkan kata tuan, tuan sendiri mengaku,

    "memang la ikut sejarah camtu."

    dalam erti kata lain, tuan sendiri mengaku tentang salasilah guru.. :)

    tentang,

    "Yang Mat Qodi pi masuk umah sahabat sendri buat pekara tak senonoh tu kat anaka dara dia tu hangpa tak pertikai plak?"

    kan abang amin sudah janjikan, beliau sendiri akan terangkan kenapa Abang Md pergi ke rumah itu.. pasti ada sebabnya.. tunggulah ya.. :)

    apa apa pun, silat cekak yg tiada sebenar guru a.k.a Joe Mawri pasti akan mati.. dengan sendirinya..

    saya tidak kesiankan "ahli lama" yg bergurukan ustaz yg menyokong joe marwi. tetapi saya kesiakan ahli yg diijizahkan oleh Abang Md tetapi dengan hati yg berat terpaksa mengikut penyelia mereka kerana ingin menjaga persahabatan yg dijalinkan..

    ahli biasa.

    ReplyDelete
  19. Saudaraku Syafiq,

    Terima kasih atas pandangan saudara. Akan diambil perhatian yang serius dan cuba diperbaiki. Mungkin sedikit emosi tentang perkara ini.

    Mohon maaf krn tak dapat hantar Syafiq di KLIA tempoh hari. Tak berapa sihat ketika itu. Selamat Maju Jaya dalam menuntut ilmu.

    ReplyDelete
  20. Saudaraku Sekelian,

    TK kerana menjawab untuk saya soalan-soalan bodoh daripada LANGAU ANONYMOUS yang telah beberapa kali dijawab oleh saya sebelum ini tetapi masih tak memahami atau sengaja buat-buat tak faham.

    Saya menantikan soalan-soalan yang sedikit cerdik daripada LANGAU ANONYMOUS untuk saya jawab. Entah ke mana perginya LANGAU ANONYMOUS dahulunya pernah bertanyakan soalan-soalan yang sedikit cerdik. Selepas dijawab berserta sedikit TENYEH daripada saya, LANGAU ANONYMOUS ini hilang tidak kembali.

    Ayuh Lan Lawyer! Ayuh Bai! Ayuh Ramlee! Ayuh Semua Pengkhianat! Bangkitkan soalan-soalan yang cerdik! Jangan hanya salakkan cacian dan makian seperti ANJING YANG MENYALAK BUKIT.

    ReplyDelete
  21. Khas kepada Anjing yang menyalak. Yang bengong tu sapa. Hashimah berbohong awak pun percaya apa cerita? Bukti Di makamah dan kepada j/penyiasat persatuan statementnya tak sama.
    Itupun anjing tak boleh pikiaq.

    Niat awak baik, baik jadinya. Niat tak baik akan pulang kepada kamu.Jika itu yang kamu pilih.

    Anggaplah ini peringatan yg terakhir buat anda.

    Ya. Allah Kabulkan doa ku ini.

    Cicit Lebai Lah

    ReplyDelete
  22. dah xd idea la tu abg amin..habih modai dh nk putaq kot mana pon x tau..so ckp jela psl "tetek kne ramas", "knp msuk umh pd hari,wktu&ketika tu", ckp konon dorg 'trpaksa hilangkan' kpntingan mandat sbb kes YM..bla..bla..bla..tu je modai pon..

    bl kne psl pndedahan ni sume..rs 'ksian' plak dorg..nti g opis pon xle nk wt kj..sb dok pk ap nk komen lg dlm blog ni..tp xpe..

    pepuak "guru undi" kan PANDAI2 CELAKE..eh silap..pandai2 belaka..ap la sgt kj opis tu..kn tu part time..full time kj tabur fitnah & cari peminat tuk nex GURU IDOL la..kn?kn? ^,^

    Izuddin

    ReplyDelete
  23. Tuan Amin,

    Tak apa. Iringan doa daripada sahabat-sahabat pun memadai. Terima kasih.

    Semoga cepat sembuh, tuan.

    Doakan saya.

    ReplyDelete
  24. salam HORMAT kepada kaum2 BUANG di luar sana.... Emm... tak sangka ye warna hati kamu semua naik sampai ke dahi... sama2 hitam... hebat benar...:)
    shima tu hebat sangat ke untuk diraba??best sangat ke budak perempuan tu?? setakat cerita yang takde bukti... sesiapa pun boleh reka... setiap kali beri keterangan di mahkamah,jawapannya berbeza2... kenapa?setiap kali hadir di mahkamah,setiap kali tu ke hilang ingatan?? wahai2 kaum2 BUANG sekalian... sebelum kamu sibuk nak ambik,rampas,curi HAKMILIK org lain..lebih baik kamu semua pergila BUANG sifat2 kamu yang seumpama bisyaitan(binatang+syaitan) bertopengkan manusia berdahi hitam... kamu percaya je cakap betina yang dah memang rosak idupnya... kerana seorang betina tu,kamu trus derhaka pada GURU... sebenarnya kamu mmg tggu je nak mengenakan GURU kamu,bersubahat dgn anak pulak tu... Kamu semua bisyaitan ini menuduh tanpa bukti... tapi ENCIK AMIN,fakta yang dia keluarkan dalam ni beserta dgn bukti yg kukuh... dan kamu semua masih nak menyalak... Insyaallah...kebenaran akan terbukti... jangan nanti tanah kubur kamu semua sama hitam dengan dahi kamu.... :)



    'menyokong di pihak yg benar'

    ReplyDelete
  25. harap2 keluarga buang masih lagi terasa kemeriahan menyambut hari tandas sedunia pada 19hb yang lepas...

    ReplyDelete
  26. amin,

    duit hutang fotoostat zaidi bile nk byr..??

    - hashim -

    ReplyDelete
  27. Hashim,

    duit hutang fotoostat zaidi bile nk byr..??

    Jawaban : Zaidi mana? Saya tidak pernah berhutang duit fotostate pada Zaidi yang tuan maksudkan.

    ReplyDelete
  28. Astaghfirullah...
    perluke nak kutuk mengutuk?
    Jika benar teruskan saja...
    Orang benar selalu menang...
    dan...jangan tulis ikut nafsu...

    ReplyDelete