Thursday, November 4, 2010

JOM SILAT @ Pandai Silat

Pandai Silat, "Satu Pemikiran, Satu Tujuan". Inilah kempen dan tagline yang dihebahkan oleh PSSCUHM yang TIDAK TERPAKAI serta SENGET salasilah perguruannya, yang mana Gurunya tiba-tiba muncul daripada Kerajaan Langit melalui lantikkan Majlis Muafakat Tertinggi (MMT). Langitkan yang Tertinggi.

Jika difahami dengan teliti tagline "Satu Pemikiran, Satu Tujuan", kita dapat memahami bahawa ianya digubal oleh mereka yang begitu taksub dengan AKAL dan PEMIKIRAN. Inilah sifat Kaum Yahudi yang begitu mengagungkan kecerdikkan akal mereka sehingga dapat mengawal dunia. Tingginya darjat manusia kerana Akal dan rendahnya darjat manusia juga kerana akal. Akal yang tewas dengan nafsu.

Apabila mereka bergantung kepada akal mereka, maka terbentuklah Pandai Silat tanpa mengambil kira kekuasaan yang MAHA BIJAKSANA. Terciptalah juga Peribahasa Melayu yang sinonim dengan KEANGKUHAN dan KESOMBONGAN iaitu:- "Sepandai-Pandai Tupai Melompat, Akhirnya Jatuh Ke Tanah Jua" dan "Pandai Silat BO Mengorat, Akhirnya Tebuk Kelapa Tua".

Rumusannya: Pandai Silat cuma akan melahirkan golongan yang angkuh dan sombong dengan ilmunya.

JOM SILAT, jika diteliti dan difahami, satu kempen yang dibentuk semata-mata mengajak orang ramai berusaha mempelajari Silat Cekak Ustaz Hanafi. JOM, jika dirujuk pada Kamus Dewan Bahasa Edisi Empat, pada mukasurat 100, jelas menunjukkan maknanya iaitu KATA AJAKKAN. Jika diteliti lagi ianya merupakan satu seruan atau dakwah untuk orang Islam mempelajari Seni Mempertahankan Diri, khususnya Silat Cekak Ustaz Hanafi, yang hukumnya adalah wajib menjaga diri dan nyawa (amanah Allah).

"SATU SUARA, SATU HATI" pula satu tagline untuk semua pengamalnya bersifat SIDDIQ, bukan sahaja siddiq percakapan tetapi juga siddiq dihati. Apabila siddiq pada kata dan hati, maka lahirlah siddiq pada perbuatan iaitu AMANAH dan IKHLAS. Apabila IKHLAS maka barulah hadirnya EHSAN Allah swt. JOM SILAT tidak bergantung kepada silatnya, tetapi ianya cuma satu usaha / alat untuk menjaga diri dan nyawa. 

Rumusannya: JOM SILAT akan melahirkan pengamal yang hanya mengharapkan EHSAN Allah semata-mata iaitu PEMILIK GERAK YANG HAKIKI bertepatan dengan kata-kata Al-Marhum Ustaz Haji Hanafi Bin Haji Ahmad:- "Hakikat Gerak Adalah Daripada Yang Empunya Gerak".

JOM SILAT atau Pandai Silat? Bak kata Nabil:- "Lu Pikirlah Sendiri".

39 comments:

  1. Tuan Amin Zainul...

    Kupasan dan huraian yang menarik dan tepat. Teruskan usaha murni tuan. Doa kami yang jauh, sentiasa untuk YM Tuan Sheikh.

    Mohd Husni Hamzah
    Tokyo,Jepun

    ReplyDelete
  2. Pastikan ianya adalah JOM SILAT...

    ReplyDelete
  3. Tuan Amin, setuju sangat dengan artikel Tuan ini.

    Sememangya puak2 penderhaka & pemfitnah di 'belah sana' tidak menghayati ajaran sebenar yang dibawa oleh Almarhum Ustaz & YM Tuan Syeikh Md Radzi.

    Sebab tu mereka tidak kisah hal mandat Guru & tidak sedar/nampak permata disebalik SCH ini. Di belah sana, 'Guru' mereka tak lebih dari boneka. Kalau mereka benar2 hayati 'isi' silat ini tidaklah mereka jadi seperti 'tin kosong' yang tiada berguna tapi hanya kuat 'berbunyi & bertempik'.

    Sama2lah kita hayati beberapa rangkap pantun cekak yg sgt bermakna & mendalam maksudnya.

    Silat Cekak pada zahirnya,
    Pengertian gerak pada batinnya,
    Hendaklah mahir seluruh anggotanya,
    Hendaklah jujur pada jiwanya.

    Taat ke guru membawa berkat,
    Sedikit belajar banyak yang dapat,
    Jika menderhaka menjadi mudarat,
    Semua ilmu tiada yang lekat.

    Sebenar guru ada hakikat,
    Dikuat pula amalan syariat,
    Ditambah pula ilmu makrifat,
    Berpakaian pula dengan isyarat.

    ps: harap satu hari nanti dapat bersua muka dgn Tuan Amin, insyaAllah

    - Nik Zulhazmi

    ReplyDelete
  4. Nik Zulhazmi > Insya Allah, panjang umur kita akan bertemu nanti. Semoga saudara sentiasa didalam peliharaan Allah swt.

    ReplyDelete
  5. Saya ahli baru masuk akademi, namun bukanlah remaja ataupun belia.Setelah saya lihat kedua-dua blog di kedua-dua belah pihak; saya hampir dapat membuat kesimpulan,namun Tuan tolong jawab persoalan saya yang akan saya ajukan kepada dua-dua pihak:

    Sanggupkah Tuan mempertahankan Guru Tuan walaupun dengan nyawa dan darah sekalipun?

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  6. Anonymous > Hatta nyawa dan darah sekalipun akan saya serahkan demi menegakkan Guru saya yang BENAR dan di FITNAH. Sekiranya kepingin mengenali Guru Yang HAK Silat Cekak Ustaz Hanafi, silalah hubungi saya 019-2713721. Jika tuan tidak berminat, saya tidak berkecil hati & syabas tuan telah adil terhadap diri sendiri. Mudah-mudahan ada jodoh kita.

    ReplyDelete
  7. ...bab akal dan nafsu tu memang menarik...tak perlu elaborate panjang dah...sebab mereka dah cukup dewasa untuk faham apa yang mereka buat, melainkan mereka lagi suka buat-buat tak faham...

    ReplyDelete
  8. Syabas..Tuan Amin,

    Bila hati telah hitam & gelap & keras..

    NUR tidak bisa menerjah ke lubuk hati ..

    Bila tiada NUR... bgmana hidayah bisa menjengah ??

    Saya juga hairan..bagaimana bisa susur galur ilmu itu terhenti pada Almarhum Ustaz Hanafi & tiba2 ia ke tangan Master J..

    Ini memang tidak benar !! Ilmu tidak boleh putus begitu sahaja sejak zaman Islam mula2 berkembang. Ia pasti ada susur galurnya.

    Saya amat suka membaca nukilan ini.

    Thanks for sharing. I like.......

    PASTIKAN ..ianya ..JOM SILAT

    ReplyDelete
  9. Amin kupasan ko mengarut... kupasan sebenar mcm ni:

    JOM SILAT: pasti ramai-ramai masuk silat supaya dpt duit banyak ke Mad Radhi...nak pandai silat belakang kira...yg penting masyuk...mcm kilang produk china...asal keluar produk byk tapi takda kualiti...akidah pon senget...kalau tv3 mcm JOM HEBOH la nih...

    PANDAI SILAT: tak ramai tapi smer pakar dan pandai dalam teknik silat dengan mendalam. Umpama antara byk2 siswa dan siswi di IPTA yg ada Master atau PHD skit jer...

    KESIMPULAN: ramai tak semesti betul atau pandai...

    JOM SILAT atau Pandai Silat? Bak kata Nabil:- "Lu Pikirlah Sendiri".


    -Syeikh Amzar Syariff. (The real Syeikh dari Arab)

    ReplyDelete
  10. join PANDAI SILAT tu free ke?

    .. kalau ramai pakar dengan teknik silat yg mendalam kenapa tak sama teknik masing2 sampai dlm kursus jurulatih pun 'pakar2' ni menyampaikan teknik berbeza2 antara satu sama lain?

    ..kenapa teknik2 yg ditunjuk oleh Master J tak pulak dipraktik oleh 'pakar2' tu masa menyampaikan buah?

    kenapa dalam teknik silat pun x boleh muafakat?

    ReplyDelete
  11. Salam semua,

    Alhamdulillah, baru tergerak untuk membuka blog Tuan Amin kita ni. 'Lahirnya blog ini kerana KEBENARAN, bukan bermusuh sebagai tujuan'. Tetapi bila dibaca komen dari pauk sebelah, nampak sangat akal mereka di mana. Nampak siasah yang ditonjolkan mereka bagaimana. Bak kata pepatah, gurunya kencing berdiri, anak muridnya kencing sambil marathon'

    Masyarakat yang celik akan menilai budi seseorang pengikut dari pembacaan dan gaya bahasa tulisan mereka. Jika dilihat, mereka yang berhati busuk tidak pernah kenal jemu untuk menyerang kerana itulah tujuan utama mereka. Bukannya mahu memartabatkan seni pusaka bangsa yang tidak ternilai ini. Kerana kepentingan diri beberapa kerat manusia yang tidak dapat menerima hakikat (kononnya mrk org lama, tak layak dipimpin oleh orang yang lebih muda), habis rosak anak muda yang buta akalnya, yang menjadi pengikut kerana sentimen, bukannya penilaian FAKTA-FAKTA yang dikemukakan.. jadilah kufur nikmat kerana AKAL yang dikurniakan tidak digunakan dengan sebaiknya untuk menilai sesuatu hujah yang dibawa.

    Kepada Tuan Amin, teruskan penulisan anda untuk dikongsi bersama. Kami sentiasa menyokong anda. InsyaAllah, saya akan sentiasa follow blog tuan. Bookmark suda nih. Kicai peng satuuu.

    Wassallam

    Fendy - KK, Sabah

    Salah tempat plak pos tadi.

    ReplyDelete
  12. Cerita Kedai Kopi

    Terlalu banyak kena kopi aku menyanyi
    Ditemani teko berasap dan bau wangi
    Ditemani cahaya malap dan lagu reggae
    Hayati Salam

    Masing-masing ada masalah sendiri
    Masalah dunia masalah peribadi
    Luahkan jangan simpan dalam hati
    Boleh cerita di kedai kopi

    Cerita kedai kopi
    Cerita kedai kopi
    Tiada hakim tiada saksi
    Cerita sensasi di kedai kopi

    Ada satu hero Melayu namanya rahsia
    Dulu lepak tepi parit kampung
    Sekarang lepak media massa

    Asal boleh masuk TV dia mesti buat
    Awek tengok jambu laki tengok meluat
    Citarasa makin besar otak makin ketat
    Baru angkat berat sikit baju pun dah sendat
    Jalan berkepak dengan awek romantis
    Biasalah budak baru nak naik jadi artis
    Jalan berkepak dengan awek romantis
    Biasalah budak baru nak naik jadi artis
    Jakun ke pelakon jamban ke makan malam
    Dinner show menyanyi seorang pun tak faham
    Tapi datin muda tengok geram dan sangkut
    Datuk outstation apa lagi angkut

    I'm in the mood for love
    Simply because you're near me
    Honey but when you're near me
    Well I'm in the mood yes
    I'm in the mood for love

    Terima kasih rahsia diterima
    Kalau sunyi lagi boleh main gila
    Datin kena taruk rahsia kemaruk
    Makan boleh tapi jangan sampai kena lauk
    Datuk pergi London lama pucat bila balik
    Bini buncit sikit tahu dia tak boleh naik
    Datuk pergi London dia pucat bila balik
    Bini dan anak percuma dah ada penyakit
    Apa kesudahannya apa yang terjadi
    Rahsia tinggal rahsia takkan masuk TV lagi
    Cerita sensasi dengar di kedai kopi
    Setiap individu punya versi sendiri

    Masing-masing ada masalah sendiri
    Masalah dunia masalah peribadi
    Luahkan jangan simpan dalam hati
    Boleh cerita di kedai kopi

    Terlalu banyak kena kopi aku menyanyi
    Ditemani teko berasap dan bau wangi
    Ditemani cahaya malap dan lagu reggae
    Hayati rentak keluarga Marley
    Hamba di Belanda di tengah ibu kota
    Temanku Salam dreadlocks bawah mahkota
    Anak perantauan yang punya citarasa Jamaica
    Rindu nak dengar cerita kopi Malaysia
    Aku cerita dia ketawa
    Tak kering gusi jatuh kerusi
    Dia pula bercerita tapi bukan tentang dia atau dia
    Di Eropah orang bentang idea
    Topik-topik intelektual di diskusi
    Anjakan paradigma bila kena kopi
    Peace love and harmony reggae sampai pagi
    Keluar kedai kopi Amsterdam masih steady

    Terlalu banyak kena kopi aku menyanyi
    Ditemani teko berasap dan bau wangi
    Ditemani cahaya malap dan lagu reggae
    Hayati yeah

    ReplyDelete
  13. Hehehe..
    Tn Blog, lu kasi Siddiq sama lu punyer diri sama itu lu punyer guru..
    Br lu dakwah org jd siddiq...
    Lu crite siddiq tp tak praktik siddiq, lg baik tak payah crite..

    ReplyDelete
  14. inilah cermin jiwa yg KOTOR..

    tidak mengapa..suatu hari nanti, kata nista itu kembali kpd yg melemparinya..........tidak DI DUNIA, DI AKHIRAT PASTI !!

    ReplyDelete
  15. Syeikh Amzar > Sedikit juga tak semestinya BENAR... :-)

    ReplyDelete
  16. ya Allah..Syeikh Amzar Syariff. (The real Syeikh dari Arab) tuan ni nama dah indah, tapi perangai tak indah. kata dari arab,tapi mempersendakan gelaran syeikh bila bercakap.tunjuk lah sikit tuan akhlak yang baik.sebab tinggi gelaran sheikh tu zaman Rasulullah..bukan senang2 Rasulullah nak gelar seseorang...tapi saudara ni seolah2 mempersendakan perwatakan yang Rasulullah berikan.
    saya harap saudara dapat istigfar byk2 kerana mempersendakan kekasih Allah secara tak langsung...ni lah lagi satu hasil didikan pandai silat...bukan betul2 pandai, tapi buat2 pandai.

    saudara, kenapa saudara yang tak bernama ni asyik mencari salah YM Tuan Guru Md Radzi dan tuan amin ni? adakah tuan dilahirkan sebagai insa yang mempunyai hati iblis? kenapa tuan tahu ke tak tahu ke, tuan hanya duduk diam2, perhatikan dab berdoa supaya Allah bukakan hati kalau mereka bersalah.tapi tuan ni pelik, menghasut. memang sama macam iblis saudara tak bernama..

    nak tgk kebenaran bukan secara bacul saudara..tk ada nama, tak ada maklumat diri..kalau kebenaran suadara nak pertahankan, datanglah di cawangan-cawangan kami dah IPT kami.kami sambut kedatangan saudara dengan hati terbuka..tu pun kalau saudara berani lah...

    tapi saya faham saudara, nak letak nama sendiri pun saudara tak berani, inikan pulak nak berdepan...hahaha....seorang yang bacul tahap dewa saudara ni...dewa sebab dekat sikit ngan syaitan..maklumlah perangai iblis kan dah tersemat di hati saudara... berubah lah saudara sebelum Allah cabut nyawa saudara..
    sia2 saudara meninggal dalam keadaan berjiwa dan berhati iblis.

    mudah sgt2 saudara yang menyertai pandai silat ataupun sebelah yang tak betul.senang citer pengikut joe marwi.

    Mutiara yang Arwah ustaz ada, telah diserahkan pada En Md Radzi... kalau pihak sana nak sgt2 mutiara yang dimaksudkan, dtglah berjumpa dengan YM Tuan Guru Md Radzi secara 4 biji mata..takut mata joe marwi jer terkeluar sebab tak mampu nak pikul tanggungjawab berat ni saudara...

    Mohd Nordin bin Sulaiman...

    ReplyDelete
  17. memang la lom sampai sepenuhnya tahap siddiq..janji ada usaha & peningkatan ke arah jadi siddiq zahir & batin..

    syukurlah ada panduan yg jelas & HAK..

    jauh lebih bagus drpd setakat jadi BONEKA

    *asyik dok tuntut hutang kunun..ok..aku nak ckp juga pasal bab hangpa tu..enche' khalid cina tu..baik sangat? duit uniform? student dah bayar tapi tak pernah muncul uniform..duit deposit cincin persatuan? sunyi sepi terus..sampai resit dah lunyai...enche' bai tu..baik sgt? pernah juga sembang ala2 topic blue..asyik atur strategi kunun..apa sgt usaha dia buat utk mantapkan zon LPT dia? pandai kutuk org saja dia tu..

    jadi..hangpa tu takla sempurna mana pon..toksah ckp bnyk la..

    arjuna stapa

    ReplyDelete
  18. Tuan Amin,

    Saya harap Tuan tidak akan jemu melaporkan kepada kami info-info terkini sesuai dengan keadaan semasa.

    Walau apa pun terjadi, walau dunia ini terbalik sekalipun, diharap agar Tuan dpt bersama2 kami di blog ini.Moga kebenaran akan terserlah.

    Jika tidak kita yg mempertahankan GU siapa lagi?? Semestinya keselamatan, kedukaan serta kegembiraan GU adalah kepunyaan kita jua.

    Kami yg di sini tidak akan putus2 mendoakan kesejahteraan GU & semua. Moga pertalian kita tidak hanya di sini sahaja malah akan sampai ke perkampungan Akirat. Insya Allah.

    Saya hanya mampu menitip doa...
    kerana wang ringgit saya tak punya...

    apalah yg ada..rupa kurang, budi pun tiada..

    Selamat berkarya!

    Biarkanlah salakan2 di kaki bukit itu kerana ia tidak bisa meruntuhkan bukit yg amat kukuh tersebut. Insya Allah.

    ReplyDelete
  19. pada aku ni..

    kalau master joe & puak sana betul HAK..dtg sendiri la tuntut dari Abg Md..

    sedangkan Abg Md pon p sendiri tuntut drpd Pak Ak..

    kalau tak buleh..toksah sibuk reka alasan utk justified perbuatan hangpa..p dok jejauh..main teng-teng..tudung oren..etc

    arjuna stapa

    ReplyDelete
  20. Salam Tuan Amin,

    Terima kasih kerana membuka blog ini.

    Kepada pendokong hakiki Cekak Hanafi, jgn dilayan perangai tak matang puak2 disana. buang masa je..mari kita teruskan perjuangan kita..

    HIDUP YM Tuan Syeikh Haji Md.Radzi
    HIDUP keluarga Almarhum Ustas Hanafi
    HIDUP pendokong hakiki Cekak Hanafi

    Najib Daud

    ReplyDelete
  21. [PANDAI SILAT: tak ramai tapi smer pakar dan pandai dalam teknik silat dengan mendalam. Umpama antara byk2 siswa dan siswi di IPTA yg ada Master atau PHD skit jer...]

    Uuuuiiii ayat kat atas ni mmg mencerminkan manusia yg penuh dgn BONGKAK,RIAK,BANGGA DIRI & yg sewaktu dgn nya..... org mcm kau nilah yg membawa sifat 'SAYA yg buat tu SAYA yg buat ni' dlm diri.... setakat kau prasan kau PAKAR or PANDAI dlm TEKNIK silat tu tak bermaksud kau akan dpt APLIKASIKAN krn semua tu atas keizinan EMPUNYA GERAK bkn atas ke'pandai'an silat kau... tp 2lah kalau keberkatan GURU SEBENAR GURU pun kau dh xde... apalagi nk dpt keberkatan ALLAH kn...

    Umpama jugak: Ada je org yg dh ade Master/Phd tp xdapat nk APLIKASIKAN ape yg diorg blaja sb diorang hnya tau TEKNIK jee hnya tau TEORI jee...PANDAI kt kelas jee...

    ReplyDelete
  22. Realitinya Md Radhi masih menggunakan nama PSSCUHM untuk mengutip duit secara haram... Kalau SIDDIQ dan AMANAH... perkara haram tak di buat... dgn menggunakan nama PSSCUHM untuk menipu ahli baru yg tidak tahu apa2 sememangnya mempunyai niat untuk mengutip sbyk duit yg boleh kutip.... Apa salahnya jika mau buat JOM SILAT gunakanla nama Persatuan Baru Pewaris Hanafi ka....asal duit yg dikutip adalah halal dan tidak menipu org....barakah skit beb...

    Mai Alias: Si Amin mmg terkenal dgn perangai BONGKAK,RIAK,BANGGA DIRI... tgk sahaja penulisannya dalam blog ini...

    ReplyDelete
  23. Jiwa yang telah rosak.......

    ReplyDelete
  24. Anonymous 5:46 PM ni menunjukkan dirinya ada simptom hati berpenyakit.. kesian.. eloknya banyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad saw..

    mudah-mudahan sembuh penyakitnya itu dan dapat kembali melihat, mendengar dan merasa dalam hati dengan tenang selesa tanpa sakit pedih lagi..

    -cucuadam-

    ReplyDelete
  25. mana saudara tahu duit tu halal ke haram di sisi Allah? tuan ni malaikat yang menulis laporan ke? ya Allah, hebatnya saudara yang tak bernama ni...

    saudara jgn jatuhkan hukuman sesuka hati... saudara bukan Tuhan...

    serahkan pada Allah... Allah lagi tahu dari saudara...kalau saudara yakin sgt2 wang tu haram, saudara dtglah bag cermah kat kami ni...kami tunggu kedatangan saudara dengan hati yang terbuka..ada byk cawangan saudara dan tempat latihan yang saya sangat2 yakin untuk mendengar ceramah saudara ni..tu pun kalau saudara berani..

    mudah citer, saudara jgn jatuh hukuman tu halal atau haram...tu kerja Allah. Dia gerakkan saudara menulis yang buruk2 ni pun alhamdu lillah...lagi bagusnya sekiranya Allah lumpuhkan tangan saudara untuk menulis fitnah yang bukan2 ni untuk kebaikan saudara supaya tidak byk sgt melakukan dosa di muka bumi ni...bukan saya nak mohoh begitu saudara...tapi kalau Allah izinkan, alhamdu lillah.takder lah saudara menulis yang bukan2 dan mengarut ngarut macam semua di atas tu...bukan apa mohon supaya Allah lebih sygkan saudara dari melakukan dosa...

    kesian saudara, ada guru tak nak tanya..tanya lah joe marwi tu saudara... tapi saya takut jugak "joe marwi pun cakap tak tahu, hang tgk google jer lah.tu guru hang"...mungkin lah...

    apa2pun saudara, kembali lah ke pangkal jalan..islam tak ajar saudara untuk mempertikaikan kuasa Allah, lagi2 mempertikaikan hukum yang Allah sahaja yang tahu mengenai halal haram...

    mohd nordin bin sulaiman

    ReplyDelete
  26. Puan Kamsiah & Saudaraku Sekelian > Saya tidak akan berputus asa untuk menulis dan terus menulis. Ini sekadar usaha saya yang kecil tetapi Allah swt jugalah yang MAHA BERKUASA untuk membuka pintu HATI mereka untuk melihat KEBENARAN.

    "Putus Asa bukan sifat orang MUKMIN" - YM Sheikh Haji Md Radzi Bin Ustaz Haji Hanafi Al-Qadhi.

    ReplyDelete
  27. Secara peribadi saya melihat mereka bertindak cuba menjatuhkan YM kerana KUASA dan HARTA. Perkara yang sama berlaku pada zaman pak ak. Pada zaman pak ak, 'orang itu' telah nampak kelemahan seorang yg berusia dan kurang pelajarannya. Dia tahu bahawa org tua itu boleh dijadikan sebagai dummy, tetapi yang memegang KUASA ialah dia dan hari ini kita dapat melihat perjuangannya telah tercapai (KUASA dan HARTA).

    Kemudian, plot cerita ini berulang kembali dengan skrip yang lebih dahsyat. Motif tetap sama iaitu KUASA dan HARTA, si tua yang kurang pelajaran telah diangkat sebagai dummy yang boleh dikawal. Maka yang bercita-cita tinggi telah menobatkan diri mereka ke puncak tahta. Seni Silat telah menjadi perniagaan kepada mereka untuk mendapatkan keuntungan. Jika kita layari website mereka, kita akan mengakuinya. Cerita berkenaan silat dan sejarahnya. Falsafah dan lain-lain telah menjadi kurang (jika ada pun tidak bersungguh nampaknya). Apa yang mereka tekankan ialah akademi seperti iklan kolej yang berebutkan pelajar saban tahun.

    Sebab itu jika kita lihat antara tohmahan mereka banyak berkisar berkenaan dengan WANG dan ianya diulang-ulang kepada pengikut yang tidak rajin berfikir. Akal tidak digunakan dengan baik untuk menilai. Secara psikologi, apabila kepala kita asyik berfikir tentang wang, mulut kita akan sentiasa bercakap tentang wang juga dan itulah yang terjadi. Tak percaya? cuba baca kenyataan anon dan kiraan pendapatan oleh org sana.

    ReplyDelete
  28. Bila merasa DIRI PANDAI SILAT....
    masalahh..

    Bila merasa DIRI YANG PANDAI....
    adakah ia sifat seorang HAMBA ALLAH??

    Bila merasa KEPANDAIAN DIRI....
    macamana nak duduk pada pangkat Hamba Allah kerana seorang Hamba Allah bukan sekadar merendahkan diri malah menghinakan dirinya...

    tapi apabila merasakan DIRI ITU PANDAI???
    punah semuanya....
    makin lama makin JAUH dengan Allah Taala...


    -Firdaus MRH-

    ReplyDelete
  29. Saya ahli baru masuk akademi, namun bukanlah remaja ataupun belia.Hampir 24 jam yang lepas saya bertanyakan soalan ini kepada kedua-dua blog.

    Sanggupkah Tuan mempertahankan Guru Tuan walaupun dengan nyawa dan darah sekalipun?

    Ini jawapan yang saya terima dari Tuan Gugat:

    Panduan kite de ler AlQuran & Hadis. Selagi guru tu xlanggar ajaran Allah & RasulNya, make kita leh ikut. Dlm kes MRH, die dah berbohong & mengaku uat bende tu. Jd? Xkan nak ikut lg?

    Maka saya bertanya kembali:

    Maaf kalau terkeliru, mengikut pemahaman saya, Guru Tuan Gugat sekarang bukankah YM En.Marwi Latif, juga yang mengijazahkan saya.

    Sanggupkah Tuan mempertahankan Guru Tuan walaupun dengan nyawa dan darah sekalipun?

    Namun tidak berjawab sampai sekarang.

    Ini jawapan yang saya terima dari Tuan Amin:

    Hatta nyawa dan darah sekalipun akan saya serahkan demi menegakkan Guru saya yang BENAR dan di FITNAH. Sekiranya kepingin mengenali Guru Yang HAK Silat Cekak Ustaz Hanafi, silalah hubungi saya 019-2713721. Jika tuan tidak berminat, saya tidak berkecil hati & syabas tuan telah adil terhadap diri sendiri. Mudah-mudahan ada jodoh kita.

    Terima kasih kepada kedua-duanya kerana memberikan respon.Saya akan komen lagi kerana masih menunggu respon dari Tuan Gugat.

    ReplyDelete
  30. Instead of, commenting them negatively, lebih afdhal rasanya Tuan mengajak mereka kembali bertaut bersama kita. Kita juga takmahu dilabel taasub sehingga melupakan fakta bahawa sebahagian besar drp mereka masih tidak mengerti apa-apa. Teruskan usaha. Jai Othman

    ReplyDelete
  31. Jai Othman > Saya hanya menjawab bbrp perkara yang ditimbulkan sambil memberikan sedikit sindiran kepada mereka. Komen saudara diambil perhatian serius. Terima kasih saudara.

    ReplyDelete
  32. Saya faham keadaan tuan; iaitu mengambil t/jawab secara terus terhadap pelbagai tohmahan yg tidak betul. Saya tetap setuju dan tetap menyokong tuan. Pun begitu, saya lihat, dewasa ini ada keperluan yang lebih utama dari segi pendekatan. Whatever it is, kita tidak boleh berhenti berusaha. All the best bro! Jai Othman

    ReplyDelete
  33. bila berkata-kata semua pandai..tapi bile buat..satu pun tak...jadi habuk..akal dah hilang untuk pertimbangkan...ikutkan nafsu.Kesannya CABUL,BOHONG

    ReplyDelete
  34. bolehke GURU cabul menyentuh anak dara org..kononya nak picit ke atau sakit ke tanpa kebenaran keluarga mangsa...klu boleh..jumpa GURU CABUL minta TUUUUU..

    ReplyDelete
  35. Renung sekejap...penghujung nak jadi apa kalau ikut GURU CABUL,PEMBOHONG..KITE TAK KEMANA PUN..CAKAP TAPI TAK SAMA BUAT....MINTA PETUNJUK BANYAK2 DARI ALLAH..BUATLAH...MUDAH2AN TAK SESAT..HARAM TETAP HARAM..PAKAI SELUAR NAMPAK AURAT,HUTANG,BOHOANG ....KLU YAKIN GURU CABUL TU BENAR, NP NAFSUNYA MELEBIHIII..DR SATU..NAPE KESALAHAN DILETAKKAN PD ORG LAIN..KONPIRASI KONON TP BUKTINYA TIADA..GURU YG BERILMU TERIMA KETENTUAN ILAHI..REDHA..TAKDELAH NAK BANGKITKAN TTG WARIS KE..MANDAT KE ATAU APA2 AJE..WPUN ADA MANDAT ATAU SBAGAI PEWARIS KONONNYA TP TAK IKUT SURUHAN PERINTAH ALLAH..SEMUANYA AKAN BERKUBUR SELAMA2NYA

    ReplyDelete
  36. Kome perasan ke ungkapan Anonymous nie mcm orang ATHIES xcaye kat Allah jerrr..kononnya suruh sume org minta petunjuk Allah tp brdasarkan apa yg ditulisnya telah memperlihatkan sifat kehinaan/buroknya diri sendiri yg amat menyerlah. Org yg percaya kpd ALLAH & Rasul TIDAK akan berkata/menulis sebegitu rupa...banyakkan muhasabbah diri, jgn ikut perangai Iblis kalu ko caye kat tuhan & rasul

    ReplyDelete
  37. Tiga Anonymous,

    Saya doakan agar tuan/puan bertiga diberikan petunjuk oleh Allah swt... :-)

    ReplyDelete
  38. Mudah-mudahan..

    Amin.. Amin Ya Rabbal 'Alamin..

    ReplyDelete
  39. PANDAI SILAT: tak ramai tapi smer pakar dan pandai dalam teknik silat dengan mendalam. Umpama antara byk2 siswa dan siswi di IPTA yg ada Master atau PHD skit jer...

    KESIMPULAN: ramai tak semesti betul atau pandai...

    JOM SILAT atau Pandai Silat? Bak kata Nabil:- "Lu Pikirlah Sendri"


    -Syeikh Amzar Syariff. (The real Syeikh dari Arab)

    Pandai silat ke??? hahah cuba la tgk SCOREBOARD yg menemuramah MAsteeee JoE...tgk part diorg buat Demo kaedah A pn terlepas(tgk Belt Merah)hahaa pasti buah tah ape2 keluar....SO kata nabil LU pikir sendiri jd saye pikir Pandai Silat mmg x pandai....lebih baik la JOM SILAT!

    ReplyDelete