Saturday, November 6, 2010

Samseng @ Berani

Hari ini (05/11/10) sekali lagi saya dihiburkan oleh satu blog yang tidak bermaruah berhubung tuduhan samseng terhadap Pendokong Hakiki, Silat Cekak Ustaz Hanafi. Tuduhan ini menunjukkan bahawa Blogger tersebut hanya berfikir berdasarkan akal semata-mata tanpa membuat sebarang kajian. Tuduhan yang membabi buta.

Budaya samseng adalah satu budaya yang hanya menyerang tanpa diketahui masyarakat. Jika kita lihat, kejadian pukul beramai-ramai dan kemudian melarikan diri daripada diketahui orang, inilah budaya samseng. Pukul dan lari. Caci dan maki tanpa perkenalkan diri. Inilah samseng, dan saya tidak terkejut budaya ini berlaku dikalangan mereka kerana dinaungi oleh seorang Mantan Ketua Samseng yang kuat Yumseng, maka itulah jadinya.

Berani adalah sifat insan. Berani mempertahankan akan apa yang diperkatakan atau dituliskan. Hatta, berani menyerahkan darah dan nyawa untuk menegakkan kebenaran. Bukankah dizaman Khalifah Al-Rasyidin, ada cabaran dibuat terhadap sesebuah kerajaan sebelum diserang semata-mata untuk kebenaran? Bukankah Al-Marhum Ustaz Haji Hanafi suatu waktu dahulu, telah menghantar beberapa orang wakilnya untuk 'try' dengan Silat Sabil (ketika itu Silat Cekak Sabil) semata-mata membuktikan kebenaran? Bukankah Al-Marhum Ustaz Haji Hanafi telah pergi seorang diri ke rumah seorang Guru Silat yang terkenal untuk menyahut cabaran Guru Silat tersebut? Jika TAKUT, usahlah berdalih dengan pelbagai alasan.

Blogger tersebut turut menuduh bahawa saya telah berbohong. Saya juga ingin MENCABAR Blogger tersebut untuk membuktikan dengan fakta tentang perkara-perkara yang beliau tuduh saya tidak berkata benar. Jangan tuduh sahaja tanpa bukti dan fakta. Jangan diulangi sikap Cik Norhashimah, Idol Wanita Fitnah, yang menuduh tanpa bukti!

Inilah sikap mereka daripada dahulu lagi. Saya sendiri pernah mencabar Tuan Haji Abu Huzaifah, Encik Mohd Daud Sutan dan Encik Roslan Bin Abdul Rashid untuk berdebat melalui surat bertarikh 26/09/2006 berkenaan fitnah yang telah didokong oleh pihak PSSCUHM tetapi malangnya sehingga sekarang, mereka ini tidak mempunyai keberanian menyahut cabaran saya, sehinggalah saya mendapat perkhabaran bahawa Tuan Haji Abu Huzaifah 'DILIPAT' sebanyak dua (02) kali oleh seorang penuntut Silat Cekak Ustaz Hanafi yang menggunakan silat lamanya. Sekarang penuntut tersebut bersama YM Sheikh Haji Md Radzi, dan khabarnya Tuan Haji Abu Huzaifah telah 'menghilangkan' diri tanpa kesan.

Inilah perkara seperti dalam rencana saya yang bertajuk 'Perihal Mandat Guru Yang Telah Di Selewengkan'. Mandat Guru ini sangat penting untuk penuntut. Akibatnya, Silat Cekak Ustaz Hanafi tidak boleh digunapakai oleh penuntut tersebut sekiranya terdesak. Cukuplah menipu penuntut tentang perkara ini. Carilah HARTA dan TAKHTA melalui cara yang lain. Janganlah melacurkan Silat Cekak Ustaz Hanafi seperti 'Penaung Mengecapi Pelacur' suatu waktu dahulu. 

Wahai para penuntut 'Pandai Silat'. Selamat Datang ke arena Silat Cekak Ustaz Hanafi yang diterajui oleh YM Sheikh Haji Md Radzi Bin Ustaz Haji Hanafi Al-Qadhi, Perwaris Agung Yang Hakiki, Silat Cekak Ustaz Hanafi. Sila lawati laman web www.silatcekakhanafi.org atau hubungi saya ditalian 019-2713721.

12 comments:

  1. Bersuaralah Tn kepada perkara yang memberi kebenaran, Tunggukanlah hati mu dan Pertahankan

    ReplyDelete
  2. Tuan Amin,

    Pertahankanlah kebenaran kerana yang Hak pasti akan mengatasi yang Batil. Doa dari yang jauh agar Tuan dipermudah urusan dan dilimpahi rahmat untuk terus memberi perkhabaran berkaitan SCH dan YM Tuan Sheikh.

    Muhammad Shafiq Abdullah
    Melbourne

    ReplyDelete
  3. Abg Bakhtiar & Shafiq,

    Terima kasih atas sokongan & kata-kata semangat. Insya Allah, selagi bergerak tubuh badanku maka selagi itulah KEBENARAN akan kujunjung tinggi.

    Jika saya gagal meletakkan KEBENARAN tersebut, saya berdoa agar anak saya yang akan meneruskan untuk meletakkan yang HAK ditempat yang sepatutnya.

    Jika masih gagal, doa saya agar cucu dan mungkin cicit saya yang akan meneruskannya hingga tertegaknya KEBENARAN yang HAKIKI. Insya Allah.

    ReplyDelete
  4. oo.. gitu ke citer mamat The Rock tu... patut la dah lama tak nampak kat mana2..

    -cucuadam-

    ReplyDelete
  5. Cucuadam,

    Rasanya saudara tersilap orang ni. Muka macam The Rock tu bukan Abu Huzaifah, itu orang lain. Nama dia pun saya tak ingat.

    Dia kena lipat dua (02) kali. Sekali ketika nak bagi buah serang. Kali ke-dua keesokkan harinya bila dia nak 'repeat' semula. Kena lipat kali ke-dua, siap kena bahasa lagi.

    Member tu cakap, dia belajar SCUH ni sebab dia yakin SCUH ni bagus tetapi Abu terkangkang sebab dia sombong dan ego.

    ReplyDelete
  6. tuan pnye blog tu mengaku dia ahli tamat kan? jadi da bole pakai kain putih yg dia dpt tu, utk kapankan diri sendiri sbb dah dikira menderhaka kpd guru. ramailah pocong yg blaja silat kat akademi tuh.

    ReplyDelete
  7. Tuan Amin,

    Insya Allah, walau apa pun terjadi, kami semua akan menyokong perjuangan ini, kerana matlamat hidup kita bukannya hendak hidup di dunia ini tetapi hendak berada di kehidupan kekal abadi di sana.

    Oleh yg demikian, sebelum berada di sana yg kekal abadi , sudah pasti kita perlu melalui ujian-ujian getir di sini. Tiada benda atau sesuatu yg boleh didapati percuma hatta utk mendapatkan kehidupan abadi di sana.

    Semoga kami tidak akan lalai ..Perkenankanlah ..

    Insya Allah.. Amin.. Amin.. Ya Rabbal 'Alamin

    HIDUP BLOG AMIN ZAINUL !!

    ReplyDelete
  8. "Inilah sikap mereka daripada dahulu lagi. Saya sendiri pernah mencabar Tuan Haji Abu Huzaifah, Encik Mohd Daud Sutan dan Encik Roslan Bin Abdul Rashid untuk berdebat melalui surat bertarikh 26/09/2006 berkenaan fitnah yang telah didokong oleh pihak PSSCUHM tetapi malangnya sehingga sekarang, mereka ini tidak mempunyai keberanian menyahut cabaran saya, sehinggalah saya mendapat perkhabaran bahawa Tuan Haji Abu Huzaifah 'DILIPAT' sebanyak dua (02) kali oleh seorang penuntut Silat Cekak Ustaz Hanafi yang menggunakan silat lamanya. Sekarang penuntut tersebut bersama YM Sheikh Haji Md Radzi, dan khabarnya Tuan Haji Abu Huzaifah telah 'menghilangkan' diri tanpa kesan." -----> si Amin berbohong lagi...

    Syeikh Amzar Syariff

    ReplyDelete
  9. eh..ad lg 'arab' ni?..mmg dasar langau..mnyemak nk bg komen je..tp tulis bnda bodo..weh arab..bek ko g memain ngn 'unta undian' ko tu la..hawau..

    ReplyDelete
  10. Syeikh Tan Amzar Ibnu Syeikh Tan Syariff,

    Saya berkata BENAR. Jika berhajat KEBENARAN tersebut berulang kali ke-02, usah tersipu-sipu malu untuk hubungi saya ye.

    'Menjual Tidak Pernah, Membeli Selalu'.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam Tuan,

      setelah 1 dekad berlalu, mohon Tuan teruskan pula penulisan blog ini untuk 2020.

      penulisan Tuan wajar sebagai motivasi kepada semua.

      Delete
  11. haaa...dgr tu tn syekh arab...lau btul ko yakin dalam kbenran, hubungi la abg amin..tau pun ko ni dasar penakut..tau komen yg bukan2 sja..slain penakut, ko ni mmang brada dlm glongan yg menyeleweng..tu yg x brani hbungi abg amin..

    ReplyDelete