Pada 02hb Mei 2006 (Selasa), satu mesyuarat Majlis Mesyuarat Kebangsaan (MMK) 2006/2009 telah diadakan dirumah PSSCUHM di Keramat Dalam, KL. Ketika mesyuarat sampai ke agenda fitnah tersebut, Encik Ramlee Bin Abd Rahman, Setiausaha Agung telah mencadangkan bahawa perbincangan tersebut tidak akan melibatkan YM Sheikh Radzi. Kemudiannya, YM Sheikh Radzi telah berangkat meninggalkan mesyuarat.
Encik Ramlee Bin Abd Rahman telah memaklumkan berhubung surat aduan daripada Encik Abd Azman Bin Johan yang dihantar kepada kedua-dua Naib Presiden dan Setiausaha Agung. Encik Ramlee Bin Abd Rahman telah menerangkan secara ringkas surat tersebut tanpa mengedarkannya kepada ahli majlis demi menjaga maruah YM Sheikh Radzi dan keluarga Al-Marhum Ustaz Haji Hanafi.
Encik Ramlee Bin Abd Rahman, kemudiannya telah mencadangkan satu Jawatankuasa Dalaman perlu ditubuhkan untuk mengadili aduan fitnah tersebut. Tuan Haji Amruddin Bin Haji Buang (Naib Presiden) kemudiannya mencadangkan bahawa proses penyiasatan tersebut perlulah di kendalikan oleh Majlis Muafakat Tertinggi (MMT) demi memelihara kebocoran siasatan tersebut kepada pihak yang tidak berkenaan. Mesyuarat telah menolak cadangan tersebut.
Encik Ramlee Bin Abd Rahman kemudiannya telah membentangkan senarai nama yang dicadangkan oleh beliau dan telah diterima mesyuarat seperti berikut:-
Jawatankuasa Penyiasat
1) Tuan Haji Yahya Bin Abd Rahman (Pengerusi)
2) Encik Md Daud Bin Sutan (Setiausaha)
3) Encik Mortaruddin Bin Ustaz Haji Hanafi
4) Encik Mohd Azhar Bin Mohd Ali
5) Encik Roslan Bin Abdul Rashid
6) Cik Tengku Azlina Bt Tengku Ismail
Jawatankuasa Penghakiman
1) Tuan Haji Che Yusof Bin Che Mat (kemudiannya dipilih sebagai Pengerusi)
2) Tuan Haji Amruddin Bin Haji Buang
3) Tuan Haji Md Nasir Bin Md Arshad
4) Encik Ramlee Bin Abd Rahman
5) Encik Nor Azlan Shah Bin Abdul Ghaffoor
6) Encik Amrahi Bin Buang
7) Encik Zainul Abidin Bin Ustaz Haji Hanafi
Mesyuarat memberikan tempoh selama 30 hari kepada JK Penyiasat dan 10 hari kepada JK Penghakiman untuk membuat keputusan. Mesyuarat bersetuju bahawa proses penyiasatan tersebut hendaklah diadakan secara kekeluargaan dan tertutup demi menjaga nama baik YM Sheikh Radzi dan keluarga Al-Marhum Ustaz Haji Hanafi.
Mesyuarat juga bersetuju agar YM Sheikh Radzi untuk bercuti sementara daripada jawatan Presiden sehingga tuduhan fitnah tersebut selesai diadili, demi mengelakkan bantahan berhubung isu salah guna kuasa yang mungkin akan berlaku.
Mesyuarat juga bersetuju agar YM Sheikh Radzi untuk bercuti sementara daripada jawatan Presiden sehingga tuduhan fitnah tersebut selesai diadili, demi mengelakkan bantahan berhubung isu salah guna kuasa yang mungkin akan berlaku.
Pada 05hb Mei 2006 (Jumaat), kedua-dua Naib Presiden, Setiausaha Agung dan Encik Nor Azlan Shah Bin Abdul Ghaffoor telah pergi menemui Puan Hajjah Maimunah Bt Haji Othman @ Mak Teh (Balu Al-Marhum Ustaz Haji Hanafi) untuk memaklumkan tentang penubuhan Jawatankuasa tersebut serta akan mempastikan penyiasatan fitnah tersebut dilakukan secara kekeluargaan dan tertutup, demi menjaga maruah YM Sheikh Radzi dan keluarga Al-Marhum Ustaz Haji Hanafi Bin Haji Ahmad.
Ulasan Saya:-
1) Penubuhan JK Siasatan Dalam PSSCUHM adalah dilakukan tanpa kehadiran YM Sheikh Radzi didalam mesyuarat tersebut. Walaubagaimanapun, Encik Ramlee Bin Abd Rahman telah memaklumkan kepada mesyuarat bahawa penubuhan JK Siasatan Dalaman tersebut telah mendapat persetujuan YM Sheikh Radzi.
2) Tiada sebarang peruntukkan didalam Perlembagaan Persatuan yang membolehkan JK Siasatan Dalam PSSCUHM ditubuhkan bagi menangani sebarang aduan tatatertib ahli mahupun penjawat jawatan.
3) Pembentukkan JK Siasatan Dalaman ini secara dasarnya memang dipersetujui oleh YM Sheikh Radzi, tetapi modus operandinya yang BERAT SEBELAH menjadi bantahan dan pertikaian oleh Pendokong Hakiki.
2) Tiada sebarang peruntukkan didalam Perlembagaan Persatuan yang membolehkan JK Siasatan Dalam PSSCUHM ditubuhkan bagi menangani sebarang aduan tatatertib ahli mahupun penjawat jawatan.
3) Pembentukkan JK Siasatan Dalaman ini secara dasarnya memang dipersetujui oleh YM Sheikh Radzi, tetapi modus operandinya yang BERAT SEBELAH menjadi bantahan dan pertikaian oleh Pendokong Hakiki.
BERSAMBUNG
Memanglah ko kata berat sebelah. Itupun sebab keputusan tak menyebelahi si qodi. Klu keputusan sebaliknyan tentu ko tak panggil tu mahkamah beruk kan? Soalnya sekarang ko jaweb la. Apasal si qodi tu pi masuk umah tu? Akai ada ka???? Dia lah punca semua nih. Ko jangan nak salahkan orang lain pulak.
ReplyDeleteTuan Amin,
ReplyDeleteTerima kasih.
Sekarang tahulah saya duduk perkara yg sebenarnya.Saya menunggu & akan terus menunggu laporan yg seterusnya kerana saya yakin benar YM Tuan Guru mmg tidak bersalah spt yg digembar-gemburkan oleh golongan2 yg tidak bertanggungjawab.
Syabas Tuan. Selamat Menaip.
teruskan usaha tuan amin......saya yakin dan percaya apa yang tuan usahakan ni akan memberi manfaat yg baik kpd semua ahli di bwh pimpinan YM Syeikh...kebenaran ttp akan ditegakkan.......
ReplyDeletesabarlah tuan2 sekalian..
ReplyDeletedah nama pon mau hujung masa skrg ni..zaman skrg..adakah semua yg nampak cantik indah itu benar2 indah? & yg buruk keji itu benar2 kotor?
teguhkan hati & bnykkan munajat serta musyahadah..dlm buat begitu kena juga bnyk sabar..ada hikmahNya..
puak sana mau pegang kuat semata bab 'kononnya' pasal masuk rumah ..dll..sentuh menyentuh..seluar pendek...tiada tauliah ngajar agama...dll..
dah itu yg depa mau lihat..maka diperlihatkan lah itu shj...
depa maukan kesempurnaan setiap 1 hal..tapi mcm lah depa tu serba serbi sempurna.
moga Allah bantu kita semua & permudahkan urusan YM Tuan Guru & ahli keluarga Almarhum.
nur shaliza
gelugor
Salam,
ReplyDeleteBagi yang ingin cari kebenaran, sangat mudah untuk melihatnya melalui drama ini. Bagi yang nak cari salah (bagi membenarkan dakwaan mereka), bentangkanlah seribu fakta sekalipun pada mereka, tetap ditolak mentah-mentah, malah dihasut yang lainnya agar ikut berpihak kepada mereka. Anda yang tak puashati, sila tanya diri anda di mana? Pencari kebenaran atau *pembuat kacau* tak sudah?
Mengapa saya membuat anggapan bahawa ini adalah komplot untuk menjatuhkan YM Sheikh dengan apa cara sekalipun. Apa yang mereka lakukan?
1- Kes cabul dibangkitkan. JK ditubuhkan untuk siasat secara dalaman kononnya tak mahu mengaibkan keluarga (nampak le baiknya puak mereka ni nanti dikaca mata ahli, bijakkan). Sedangkan ianya tak ubah bagai PILIH SATU ANTARA DUA, mahu lepaskan segala jawatan atau hadapi tuduhan (dpt idea dr kes liwat tuttt kot). Nampak tak? Tapi mereka tak sangka GURU aku ni teguh berpegang pada prinsip, tak salah buat apa nak ngaku salah. Tak buat, buat apa mengaku ada buat. Apa yang nyata, bagi aku ini adalah perangkap. Mereka hanya mahukan pengakuan salah yang dirakam sebagai sandaran untuk mengenakan YM Sheikh. Tapi tak berjaya.
2- Dari situ timbul satu persatu tuduhan dari kereta hingga hutang dan lain-lain. Semua tu tuduhan yang dimanipulasi dan bagi mereka tak perlu dibuktikan (sebab pengikut mereka pasti percaya). Setakat cakap, aku pun boleh cakap si A hutang aku RM 5 ribu tak bayar. Nampak tak, serangan berangkai ni. Mengapa isu ini timbul dalam keadaan tersebut. Nampak tak permainan mereka ni. Apa tujuan mereka? Jika anda atas pagar atau telah masuk akademi tapi nak cari kebenaran, fikirkanlah dengan baik.
Dari huraian yang sangat ringkas di atas, dapatlah saya rumuskan bahawa semua kejadian di atas telah dirancang semata-mata mahu mengaibkan dan menjatuhkan YM Sheikh dari penguasaan beliau terhadap persatuan dan persilatan. Yang mereka mahu hanyalah MENJATUHKAN YM SHEIKH KERANA KUASA DAN HARTA.
Semua perancangan mereka terhijab hingga boleh dibaca tujuan dan matlamatnya kerana kerakusan mereka juga. Bagi mereka, setelah ada tuduhan cabul, sedikit imej YM Sheikh telah tercalar, mereka mahu menunjukkan bahawa YM Sheikh ni teruk sangat hingga timbul serangan berangkai yang lain. Dari situ timbul kesedaran ahli yang mahu berfikir, motif di sebalik kejadian tersebut.
Apa yang selalu anon belah sana utarakan hanyalah cebisan drama (penyedap rasa) sahaja untuk menunjukkan seolah-olah kejadian benar-benar telah berlaku. Antara soalan provokasi yang sering diulang-ulang ialah mengapa perlunya YM Sheikh masuk ke rumah bukan muhrim (bagi mereka ini point yang cukup kuat, kononnya la). Sedangkan MATLAMAT UTAMA tuduhan dibiarkan tenggelam. Cuba nilai kes ini dari skop yang lebih besar, nampak lah anda tujuan disebalik tuduhan. Jika tidak ada tujuan tersembunyi, tuduhan lebih fokus dan tidak akan timbul serangan berangkai. Tetapi sebab rakus nak jatuhkan orang, sendiri lupa bahawa bangkai yang cuba ditutup telah dapat dihidu.
*pembuat kacau* - tak cukup senarai nak jelaskan apa yang dah dilakukan oleh mereka untuk tenggelamkan pengaruh YM Sheikh. Apa saja aktivti, pasti ada yang cuba halang. Yang terkini program Jom silat. Jika dulu, semua IPT telah mereka masuk untuk sekat aktiviti (tak semua berjaya, bertambah geram le mereka ni). Nampakkan agenda jahat mereka. Jangan bekukan minda dengan kes fitnah cabul semata. Sedangkan sebab utama tuduhan lebih utama untuk dinilai.
Selingan,
ReplyDeleteCM dan CH (joe) tak ade bezanya. Tak percaya?
Dulu CM ada seorang tua jd puppet dan ada seorang bernafsu besar jd mastermind.
Kini CH pun gitu jugak.
Dulu CM menang persatuan dengan segala khazanahnya.
Kini CH pun gitu jugak.
Dulu kata guru CM takde mandat.
Kini CH pun gitu jugak.
Nasib le kamu yang duk dalam CH, tak ubah adik abang dengan CM. Dua-duanya sama, tamakkan kuasa dan harta walaupun bukan hak kamu. Sanggup derhaka pada guru untuk puaskan nafsu. Yang satu dah serah tapi tak ngaku, yang satu rampas terang2 di siang hari tak tau malu.
2 x 5 kong kalikong. Nak tahu CM kaji CH, nak tahu CH kaji le CM. Sama je.
Biarlah kami melayari bahtera perjuangan dengan GURU yang HAK memegang MANDAT yang SAH. Biarlah kami dikenali sebagai PUSAKA HANAFI, tetapi SALASILAH PERGURUAN KAMI TAK PERNAH TERPUTUS. Nak belajar Silat Melayu hak ni kena ada adap dan beradat. Kalau tidak ada hak yang itu, sama je la belajar judo ataupun karatedo. Makin belajar rasa diri tu makin hebat. AKU PANDAI SILAT sebab masuk akademi, keh keh keh keh....
salam hormat;
ReplyDeletesaya Abdullah dari Borneo
sekadar perkongsian bersama atas apa yg sedang diusahakan puak akademi skrg:
character assassination is an attempt to tarnish a person's reputation.
It may involve exaggeration or manipulation of facts to present an untrue picture of the targeted person. It is a form of defamation and can be a form of ad hominem argument.
pssttt...
ReplyDeletejgn salah sebut bab BAHTERA ni..GU CM terkini suka pakai istilah BAHTERA..hehe..
kita cangkuk kuat gerabak dah la...;)
hehehe...
ReplyDeleteberamai-ramai la korang ditipu amin ni...
nasib korang la...
yaa..beramai-ramai juga hangpa p ikut telunjuk puak amrahi yg lagak pandai mcm dia saja sorang dpt ilmu ustaz..ikut khalid cina yg lesap sunyi sepi duit uniform student..duit deposit cincin..ikut lan lawyer busuk hati yg mcm baik sgt..mcm tak pernah ckp bab 18sx..dll...
ReplyDeleteramai-ramai hangpa p ikut org yg ngaku mcm depa saja yg SUCI MURNI..tak pernah gurau senda 18sx..yg konon warak belaka...siapa? para AHLUL AKADEMI SILAT
BODOH..CITER SEKARANG GURU..NAK IKUT GURU MANA???GURU CABUL KE..ADA FAHAM.
ReplyDeletehehehe...
ReplyDeleteberamai-ramai la korang ditipu amru2 tu...
nasib korang la...
Hehe, diorang kan ade orang kuat beribadat, sampai dahi lebam2. Takkan orang kuat beribadat tu salah! Tengok dahi die. Sampai lebam2 tu!
ReplyDeleteNampaknya puak sana dah kepanasan. Kita cakap benda yang betul, mereka tak boleh nak cover line dah. Plot cerita yang dijaja dah tak laku sebab yang ada akal dah pandai fikir mengapa semua tuduhan tersebut muncul. Berangkai-rangkai pulak tu. TAKDAK MAKSUD LAIN KA KALAU LAGU TU. Cerita cabul hutang, kereta tu semua nak aibkan YM Sheikh sahaja. Yang sebenarnya nak jatuhkan YM Sheikh agar mudah mereka mengawal segala perjalanan persatuan. Semuanya kerana TAHTA dan HARTA. Yang menyondol ikut tanpa berfikir tu, nasib le, langsung tak dapat apa.
ReplyDeleteAmin cakap:
ReplyDelete1) Penubuhan JK Siasatan Dalam PSSCUHM adalah dilakukan tanpa kehadiran YM Sheikh Radzi didalam mesyuarat tersebut. Walaubagaimanapun, Encik Ramlee Bin Abd Rahman telah memaklumkan kepada mesyuarat bahawa penubuhan JK Siasatan Dalaman tersebut telah mendapat persetujuan YM Sheikh Radzi.
2) Tiada sebarang peruntukkan didalam Perlembagaan Persatuan yang membolehkan JK Siasatan Dalam PSSCUHM ditubuhkan bagi menangani sebarang aduan tatatertib ahli mahupun penjawat jawatan.
3) Pembentukkan JK Siasatan Dalaman ini secara dasarnya memang dipersetujui oleh YM Sheikh Radzi, tetapi modus operandinya yang BERAT SEBELAH menjadi bantahan dan pertikaian oleh Pendokong Hakiki.
Jawapan:
1) Takpa la dia takda... die pon segan juga... takkan dah nak kena siasat pon nak hadir...tapi die ok jer kalau org nak siasat die...org kena siasat nak rasmikan jawatan kuasa penyiasatan...buduh la namanya...
2)tak payah byk cite...semua nih dah dibahaskan dlm kes mahkamah oleh peguam masing2...sah korang dah kalah dimahkamah...semua tindakan persatuan ada lah tepat dan betul diperakui lagi dgn mahkamah dan ROS...
3) JK penyiasat dan penghakiman telah dilakukan secara adil...org2 kuat mad radhi dan adik beradik pon ada dalam tuh, ini bermakna kewujudan jawatankuasa ini telah diperakui oleh mereka sendiri...keadilan telah di tegakkan...dan mendapati mad radhi bersalah...terima la keputusan dgn hati yg tenang...
andai kata mad radhi berundur dgn baik secara kekeluargaan, sudah pasti MMT akan melantik guru utama baru dikalangan keluarga ustaz hanafi juga dan akan menjadi peganti selepas mad radhi berundur secara terhormat...yg salah tetap salah...mesti diganti juga dgn org lain...tetapi mad radhi ni jenis sombong/ego tinggi...tak mau lepaskan kemewahan yg dikecapi selama ini kepada org lain...maka berpecahlah silat cekak sebanyak 3 kali...gara2 org yg gila kuasa dan harta yg memintingkan perutnya...org itu adalah mad radhi...
Abu Tausi
ABU JAHAL,
ReplyDelete1) Takpa la dia takda... die pon segan juga... takkan dah nak kena siasat pon nak hadir...tapi die ok jer kalau org nak siasat die...org kena siasat nak rasmikan jawatan kuasa penyiasatan...buduh la namanya...
Jawaban : FAKTA ini telah menolak tuduhan bahawa YM Sheikh Radzi bersetuju 100% dengan penubuhan JK Siasatan Dalaman PSSCUHM dan beliau sendiri telah memilih beberapa orang untuk menganggotai Jawatankuasa.
2)tak payah byk cite...semua nih dah dibahaskan dlm kes mahkamah oleh peguam masing2...sah korang dah kalah dimahkamah...semua tindakan persatuan ada lah tepat dan betul diperakui lagi dgn mahkamah dan ROS...
Jawaban : Benar. Permohonan YM Sheikh Radzi telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan Dan Kuasa-kuasa Khas), tetapi kes ini belum dilupuskan sepenuhnya kerana ianya akan didengar di MAHKAMAH RAYUAN.
Akuan sah JK Siasatan Dalaman ini tidak pernah diakui oleh ROS kerana ianya diluar bidang kuasa ROS. Satu kenyataan yang telah diputar belitkan.
3) JK penyiasat dan penghakiman telah dilakukan secara adil...org2 kuat mad radhi dan adik beradik pon ada dalam tuh, ini bermakna kewujudan jawatankuasa ini telah diperakui oleh mereka sendiri...keadilan telah di tegakkan...dan mendapati mad radhi bersalah...terima la keputusan dgn hati yg tenang...
Jawaban : JK Siasatan Dalaman dibuat dengan adil? Nantikan rencana saya seterusnya. Para pembaca nilaikan sendiri dengan AKAL yang WARAS dan HATI yang TENANG.
Tuan/puan juga telah salah menafsir konsep ADIL didalam Islam. ADIL didalam Islam adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya, bukannya kerana adik-beradik.
4) Andai kata mad radhi berundur dgn baik secara kekeluargaan, sudah pasti MMT akan melantik guru utama baru dikalangan keluarga ustaz hanafi juga dan akan menjadi peganti selepas mad radhi berundur secara terhormat...yg salah tetap salah...mesti diganti juga dgn org lain...tetapi mad radhi ni jenis sombong/ego tinggi...tak mau lepaskan kemewahan yg dikecapi selama ini kepada org lain...maka berpecahlah silat cekak sebanyak 3 kali...gara2 org yg gila kuasa dan harta yg memintingkan perutnya...org itu adalah mad radhi...
Jawaban : Kebenaran wajib dipertahankan. Bukannya isu Guru Utama dikalangan keluarga Ustaz Hanafi tetapi isunya Guru Silat Cekak perlu mempunyai MANDAT GURU yang BENAR dan JELAS SALAHSILAHNYA. Bukankah Guru Silat Cekak ini telah wujud terlebih dahulu sebelum wujudnya MMT?
Jika MANDAT GURU diserahkan kepada TOLEY sekalipun yang bukan keluarga Al-Marhum Ustaz Hanafi, saya akan pertahankan TOLEY, walaupun MAJLIS IJAZAH terpaksa dilakukan dengan TANGAN yang digunakan ketika di JAMBAN.
Kesimpulannya:-
1) Ssaya berpandangan sememangnya tuan/puan menggunakan 'nickname' ABU JAHAL sangat SERASI dan SESUAI dengan tuan/puan.
2) Saya juga berpandangan dengan kualiti MINDA seperti tuan/puan ini, adalah lebih serasi sekiranya ditukarkan 'Pandai Silat' menjadi 'BINGAI SILAT'. Lebih TEPAT dan MOLEK rasanya.
Tuan Amin,
ReplyDelete'BINGAI SILAT' atau pun 'BANGANG SILAT'...hahahaha sesuai dgn minda dan cara pemikiran si Abu Jahal dan konco-konconya....
Teruskan penulisan En. Amin dlm menegakkan kebenaran. Kami pendokong hakiki akan senantiasa menyokong YM Sheikh walau dgn apa cara sekalipun.....
Tuan Amin,
ReplyDeleteBRAVO TUAN..
Joooommm Jiilaaaatttt!!!! Hahahaha
ReplyDeleteKamsiah di atas mau tunggu kena cabul ka baru mau percaya? Provided U tu cun n masuk kategori yg si qodi berkenan lah! Hahahaha
ReplyDeleteJooommm Jillllaaat... Sape punye? Hashimah??? Tengku Azlina???? Tak nak lah. Buat kotor mulut je...!!!!! Hahahhahahhah....
ReplyDeleteAku doakan anon yg mengata tersebut, diberi hidayah oleh Allah S.W.T kerana ia telah berperilaku yg tidak selayaknya!!
ReplyDeleteMudah-mudahan.....
tapi jika kau dpt yg sebaliknya, kau minta ampunlah dari Allah yg MAHA ESA..
Amin..
juga keampunan YM GU & seluruh ahli keluarga..jika berkesempatanlah...jika tidak???
ReplyDeletehaa..bertanggungjawablah ke atas segala onak yg kamu lakukan dlm mengotori perjuangan suci ini!
Aku tunggu doaku makbul..
ReplyDeleteIngatlah wahai anonymous sekalian, dosa & salah kamu kpd Bonda Maimunah...
ReplyDeleteBertanggungjawablah kamu ...Jika bukan dgn pengorbanan & jerih payah beliau, tidaklah kamu kenal seni silat cekak hanafi ini!!
Kamsiah di atas mau tunggu kena cabul ka baru mau percaya? Provided U tu cun n masuk kategori yg si qodi berkenan lah! Hahahaha
ReplyDelete[The most despicable amongst persons in the eye of Allah is one who tries to fall into dispute with others (for nothing but only to display his knowledge and power of argumentation) [Muslim Book 34 No. 6447]
[dispicable you anon November 10, 2010 9:33 AM. Cakap tak berfakta, yg bukan2 dan mengarut. Menyemak shj mcm langau yg bising lebih, bwk kotoran pulak tu.]
salam..
ReplyDeletekalau kita perhatikan dari mula blog ni dibuka, semua komen-komen puak bingai ni lebih kurang sama je..konar sana, pusing tang sini..fakta?takde...bukti?jauh sekali..
tuan amin teruskan penulisan-penulisan yang berlandaskan fakta dan kebenaran..kami memerlukan dan menanti..
untuk puak-puak bingai..selamat panas hati..heheheheh...
Razlan Ab Razak
anon penakut, abu jahal, pak arab celup...
ReplyDeletesedarlah..makin lama anda komen,ianya makin menampakkan betapa x "pandai" nye anda walau anda canang yang anda ni"pandai'. anda dah tiada apa untuk diperkatakan kerana anda tidak berjaya membidas KEBENARAN yang ditulis di sini..kebiasaan jawapan anda adalah:
1. kes cabul-pertikaian knp YM Sheikh Md Radzi masuk umah
2. jawatan kuasa- prhakiman&siasatan dh wt sumenye dengan penuh "telus", jadi kite kene terima keputusan tu tanpa was-was.
3. kesalahan- memutuskan YM Sheikh Md Radzi adalah bersalah walau tiada sebarang kesalahan&hukuman di jatuhkan oleh MAHKAMAH MALAYSIA
4. mandat- menyatakan SALASILAH PERGURUAN YANG SAH tidak penting kerana mandat dtg dari MMT.
ni kire compilation secara general la ek..pasni xyah la tulis bnde2 ni lagi sbb sumenye dah jelas dapat dibidas...(oleh mereka yang celik hati, akal fikiran waras bagi membezakan HAK & BATIL)
so pasni klu nk komen, komen la benda2 yang lain ek..cari la point lain plak..contohnya typing error ke, salah tatabahasa ke, apapelah,asalkan korang dapat letak gak komen kat cni..
klu xd idea sgt,korang tanya la kat TOP MEN pepuak GURU UNDI,tny cmni, " abg TOP MEN,abg TOP MEN,ada tak lagi bende lain leh cakap tuk kite burukkan lagi nama YM Sheikh Md Radzi, idea biasa kita tu dah basi la.." ..ok? ^,^
Izuddin
TOP MEN @ ahli lembaga pengarah Akademi SCH Sdn. Bhd. (waaa..bisnes siott) biasanya akan berlagak cool..tenang..tapi AMAT LICIK dlm susun ayat utk buat org terpesona & seolah depa saja yg dpt segala ISI ILMU ALMARHUM USTAZ HANAFI..
ReplyDeletedepa (TOP MEN) itulah yg bila bercakap..PENUH ANGKUH..hingga buat SILAT MELAYU lain benci & sakit hati yg amat kat SCH..
ada sorang member aku..dulu presiden sejenis SILAT di UKM BANGI..meluahkan betapa meluat & bencinya dia pada SCH gara2 personaliti & style ahli2 di UKM BANGI..
TETAPI dengan takdir ALLAH jua..setelah hampir 10 tahun lepas graduat..member aku ni dpt bersemuka dgn YM Tuan Guru kita..terus rasa hiba sebab AMAT JAUH BEZA YM Tuan Guru dgn apa yg ditonjolkan oleh para ahli SCH UKM Bangi..
aku jawap senang saja kat dia; SCH UKM Bangi tu bukan paksikan sebenar GURU..depa dok paksikan ABANG MENTOR & ALUMNI SCH UKM Bangi..depa tak ikut GURU..depa ikut MENTOR..sebab tu kelaku mcm tu..
~ibnu shah
dulu ABANG MENTOR tak ngan dengan TOLE.. mcm2 dikutuknya disebabkan UPM ramai ahli.. tak dinafikan jasa TOLE dalam hal ni...
ReplyDeleteTapi sekarang bole pulak ABANG MENTOR ni berbaik dengan TOLE.. kalau TOLE dengar kutukan2 mereka ini dahulu mau mengamuk dia..
to: [Anon November 10, 2010 9:33 AM]
ReplyDeleteLagi, rasanya kamu tak layak nk kata diri kamu tu pengamal silat cekak.
Tak tahu menghormati wanita.
Tidak beradab.
Sedangkan lelaki2 didikan cekak hanafi, sepanjang penglibatan sy dlm sch ni [di bawah pimpinan tuan sheikh md radzi la of course kn..] tiada yg sy nampak sungguh kurang ajar seperti kamu.
Sungguh tak gentlemen kamu berkata2 begitu. PROVIDED u tu lelaki laa kn... heheheh... kalau perempuan, apo nak dikato.....
for a man to be a true GENTLEMAN he must have nearly an innate attitude about WOMANHOOD that respects the life giving and nurturing/caring qualities of WOMEN. He must respect women for their basic human nature and realize his own limitations as they pertain to home and family.
~ Men are respectable only as they respect ~
mudah-mudahan kita diselamatkan Allah Taala...
ReplyDelete"Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang
kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan
belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu
jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan
memfitnahmu" - (Hadis Sahih Muslim)
YM Tuan Syeikh...kami tetap bersamamu
Maruah mangsa dan keluarga mangsa yang kena cabul camne? Tak kena kat batang hidung sendri boleh la tulis cenggitu. Kata orang tak beradap konon. Yang anak si qodi, firdaus tu tulis dengan biadap kat blog gugat tak pulak ko kata tak beradap? Bukan orang lain, sepupu si Amin gak. Pi nasihat dia dulu la. Bengong tak sudah2 la hangpa semua nih!
ReplyDeleteMaruah mangsa dan keluarga mangsa yang kena cabul camne? Tak kena kat batang hidung sendri boleh la tulis cenggitu. Kata orang tak beradap konon. Yang anak si qodi, firdaus tu tulis dengan biadap kat blog gugat tak pulak ko kata tak beradap? Bukan orang lain, sepupu si Amin gak. Pi nasihat dia dulu la. Bengong tak sudah2 la hangpa semua nih!
ReplyDelete[hehehe.... kalau kena kt batang hidung sendiri, tak tunggu sampai 6bulan baru nk balas komen..... faham???......
nk tak nak, suka tak suka, begitula adanya garisan ISLAM.. tak payah compare2 dgn org lain, org lain lempar lumpur kt kita, kita nk ikut lempar lumpur jg ke? "bengong tak sudah2..."]
Anonymous said...
ReplyDeleteMaruah mangsa dan keluarga mangsa yang kena cabul camne? Tak kena kat batang hidung sendri boleh la tulis cenggitu. Kata orang tak beradap konon. Yang anak si qodi, firdaus tu tulis dengan biadap kat blog gugat tak pulak ko kata tak beradap? Bukan orang lain, sepupu si Amin gak. Pi nasihat dia dulu la. Bengong tak sudah2 la hangpa semua nih!
[ayat copy paste dr blog gg. Jawapan yg sama bila dinasihatkan supaya menjaga bahasa.]
Afifah,
ReplyDeletehehehe.... kalau kena kt batang hidung sendiri, tak tunggu sampai 6bulan baru nk balas komen..... faham???......
> Jawaban yang RINGKAS dan TEPAT.
Arom-Sabah,
"Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu"
(Hadis Sahih Muslim)
> BUKTI dan FAKTA yang TEPAT dan MANTAP.
salam sejahtera,
ReplyDeleteAgak pelik kenapa RAR tidak membuat lapuran polis tentang isterinya konon nya pun 'kena' juga malahan dikeluarkan daripada senarai tuduhan atas alasan kehadiran isterinya sebagai saksi sahaja bukan pengadu,pelik lah suami sekarang ni....
Jamil
Kuala Lumpur
dahh...dahh...abaikan saja depa dari akademi tu..depa mmg org2 pelik..tapi ngaku hebat & suci...mulut pon suci..tak pernah carut...tak pernha gurau senda selit lawak blue...depa tu basah zikir semata..kononnya la...
ReplyDeleteenche' amin..teruskan penulisan anda..jgn dilayan sgt puak akademi yg perasan mulia lagi suci tu..
~abdullah..
borneo
Saudaraku Jamil,
ReplyDeleteMemang PELIK tetapi BENAR... :-)