Thursday, November 25, 2010

Mahkamah Beruk - Siri 9

Penyiasatan Mahkamah Beruk diteruskan lagi oleh JK Penyiasat dengan memanggil Cik Hashimah Bt Asnawi pada 08hb Jun 2006. Untuk makluman para pembaca sekelian, dalam sessi keterangan ini, JK Penyiasat telah menjalankan tugasnya dengan LANCAR dan BERWIBAWA setaraf FBI dan CIA apabila HANYA bertanyakan 5 soalan sahaja seperti tersenarai:-

1) Pada hari ini kita nak suruh Cik Hashimah tentang surat akuan Cik Hashimah tanda tangan pada tempoh hari. Jadi sebab tu tujuan kita panggil ada aduan yang telah dibuat dan Cik Hashimah telah mengeluarkan surat akuan tu jadi kita nak mintak Cik Hashimah confirm dan sebelum tu perkenalkan barisan jawatan kuasa Penyiasat.

2) Cik Shima ada buat pengakuan bersumpah di hadapan suruhjaya sumpah bertarikh 16 Mei 2006. Betul tak (sambil menunjuk surat)?

3) So betul Shima buat surat akuan ni?

4) Berdasarkan pada surat akuan tu ada tambahan tak rasa-rasa? Nak beri tahu sesuatu ke?

5) Jadi itu sahaja yang kita nak "Pengesahan". Terima kasih.

Soalan-soalan yang MENCABAR MINDA dan MENGGETARKAN PERASAAN....!!!

Seterusnya disenaraikan pertuduhan yang DITULIS didalam Surat Akuan Bersumpah Cik Hashimah Bt Asnawi yang jelas BERTENTANGAN dengan kenyataan beliau di Mahkamah Majistrate, Ampang (sila rujuk rencana 'Fitnah Di Mahkamah Ampang - Siri 5').

HA > Selang tak berapa lama saya terdengar ketukan pintu kayu rumah dan GU dah ada. SAYA MEMPELAWANYA MASUK.

HA > GU memanggil saya supaya duduk dihadapannya (membelakangkan GU). GU duduk diatas sofa dan saya dibawah. Dia terus memicit-micit kepala saya beberapa ketika dan terus mengambil kesempatan keatas saya dengan menyeluk kedalam baju saya dan meraba-raba buah dada.

HA > Semasa GU melakukan perbuatan itu, jam di Astro Decorder menunjukkan pukul 3.30 petang. Waktu itu juga handphone GU berbunyi deringan "Yahairul...."

HA > GU MENERIMA panggilan daripada seseorang yang GU panggil "Pak Sudin". Lepas bercakap dengan orang itu, dia mengatakan dia akan berjumpa dengan "Pak Sudin" dan hendak pergi ke rumah nenek Teh (Mak Teh) lepas ini.

HA > Apabila saya baring, GU berbaring disebelah saya dan saya membelakangi dia. GU MBD (meraba buah dada) saya. Dia menarik saya agar MENELENTANG.

HA > Diketika saya telah MELENTANG, GU cuba mengambil kesempatan ke atas saya dengan menarik turun seluar "Track Bottom" saya. Saya tersentak dan terus bertanya kepadanya "Apa ni Pak Tam"?. Saya terus duduk.

HA > GU ada membaca ayat-ayat dan sekali lagi dia mengambil kesempatan ke atas saya dengan (MBD). Selepas habis membaca ayat-ayat dia pun berhenti.

HA > Saya terus ke dapur dan mengambil segelas air kosong dan memberikan kepadanya. GU pun terus minum dan mengatakan dia hendak pergi.

HA > Saya mengiringinya ke keretanya yang terletak di luar rumah. Kereta SWIFT JEG77 berwarna BIRU.

HA > Sebaik saja GU beredar, saya pun masuk ke rumah dan menalipon Mama saya. Saya rasa seakan-akan saya di PUKAU atau di SIHIR kerana tak percaya perbuatan di atas dilakukan oleh orang seperti GU. Sekian.

Ulasan Saya:-

1) Sangat PELIK apabila JK Penyiasat bertindak TIDAK menyoal balas Cik Hashimah Bt Asnawi dan hanya MENERIMA keterangan beliau melalui Surat Akuan Bersumpah sahaja.

2) Lebih PELIK apabila Cik Hashimah Bt Asnawi TIDAK PERNAH mengketengahkan Surat Akuan Bersumpah ini pada perbicaraan di Mahkamah Majistrate, Ampang sehinggalah di'cungkil' keluar oleh Peguambela YM Sheikh Radzi Hanafi.

3) Jelas pembohongan Cik Hashimah Bt Asnawi apabila kenyataannya didalam Surat Akuan Bersumpah tersebut BERCANGGAH dengan keterangannya di Mahkamah Majistrate, Ampang. Diantara PERCANGGAHAN tersebut adalah:-

  • Didalam Surat Akuan Bersumpah, Cik Hashimah mengatakan bahawa beliau dicabul dalam keadaan MENELENTANG sedangkan keteranganya di Mahkamah beliau mengatakan dicabul dalam keadaan MENIARAP.
  • Didalam Surat Akuan Bersumpah, Cik Hashimah mengatakan bahawa beliau seolah-olah seperti di PUKAU atau di SIHIR sedangkan keterangannya di Mahkamah beliau mengatakan TIDAK TAHU makna PUKAU ataupun SIHIR malahan tidak pernah mendengar perkataan tersebut.

4) Cik Hashimah Bt Asnawi telah BERBOHONG apabila mendakwa kononnya pencabulan berlaku pada jam 3.30 petang dan YM Sheikh Radzi Hanafi MENERIMA panggilan telefon sedangkan bil-bil telefon MEMBUKTIKAN SEBALIKNYA (rujuk rencana 'Mahkamah Beruk - Siri 6').

5) Persoalan (01):- Mengapa Cik Hashimah Bt Asnawi tidak mahu MENGKETENGAHKAN Surat Akuan Bersumpah beliau sebagai satu kenyataannya? Jawabannya mudah sahaja. Sekiranya Cik Hashimah Bt Asnawi mengketengahkan Surat Akuan Bersumpah beliau, maka terdapat banyak persoalan yang menimbulkan syak dan menjatuhkan KREDIBILITI beliau sendiri di atas keterangannya sedangkan KREDIBILITI SAKSI UTAMA merupakan antara perkara ASAS dalam kewujudan KES PRIMA FACIE (tanpa keraguan munasabah).

6) Persoalan (02):- Mengapa Cik Hashimah Bt Asnawi tidak mahu MENGAKU bahawa beliau seperti di PUKAU atau di SIHIR dalam keterangannya di Mahkamah Majistrate, Ampang? Jawabannya mudah sahaja: Sekiranya Cik Hashimah Bt Asnawi mengatakan bahawa beliau seperti di PUKAU atau di SIHIR, maka awal-awal lagilah pertuduhan terhadap YM Sheikh Radzi Hanafi akan DIGUGURKAN.

Ini membuktikan wujudnya PENASIHAT dibelakang keluarga ini yang BERSUNGGUH-SUNGGUH untuk mempastikan YM Sheikh Radzi Hanafi dijatuhkan HUKUMAN BERSALAH bagi mengiyakan segala tindakan Siasatan Dalaman PSSCUHM.

Bukankah Encik Ramlee Bin Abd Rahman telah menyerahkan Laporan Siasatan Dalaman kepada pihak PDRM sedangkan beliau TIDAK PERNAH diminta berbuat demikian? (rujuk rencana 'Fitnah Di Mahkamah Ampang - Siri 4').

Komen Saya:-

Cik Hashimah Bt Asnawi sebenarnya telah membuat Surat Akuan SESUMPAH dan bukannya Surat Akuan Bersumpah.
BERSAMBUNG
TERUSKAN MEMBACA DEMI KEBENARAN

30 comments:

  1. Susahnye soalan AJK Penyiasat. Macam soalan rancangan JOZAN. Anda SIHAT?...hahahahhahah...

    TQVM Abg Amin. Semakin jelas saya mainan politik geng2 Silat Cekak Hanafi Masman ni.

    ReplyDelete
  2. Itu je soalan nye? Gile Pro Siasatan Dalaman ni.Baik tak yah panggil Shima bagi keterangan mcm tu,pakai je la Surat Sesumpah tu jadi SAKSI UTAMA.

    Merapek betul Siasatan Dalaman mcm ni.Besok depan Allah ko jawabla Shima.Tapi ingat,mulut terkunci.Tangan,kaki,payu dara kau yang konon2 kena cabul tu yg menjawab.

    Geng2 yang manipulate cerita ni pun besok jgn lupa,jawab depan Dia nanti.Masa tu Pandai Silat, (Cekal,Cekap,Cerdas,Cerdik ke apa bala lagi) dah tak boleh pakai dah.

    Sejarah dah buktikan.Zaman Ustaz ada Long Brothers
    Zaman Che Mad ada siapa? Hangpa pun tau..
    Sekurang2nya Long Brothers ada gak BERANI nak try dgn Ustaz sampai tempang.

    Brothers kali ini tak BERANI kaaa?

    ReplyDelete
  3. Itulah sekali kalau dah berbohong akan terpaksa sa bohong untuk untuk cover pembohongan sebelumnya. Lama2 terkantoi jugak.Tapi puak depa ni tak nak kebenaran. Depa ni dah pekak kan teligan dah butakan mata dan hati.Depa ni nak puaskan hati busuk depa. Kat mahkamah tu bukannya pernah nampak pun. Ada lah 2-3 ekor. Seronok dalam Akademi Fantasia.

    KLS serdang

    ReplyDelete
  4. Tuan Amin,

    Sesungguhnya saya YAKIN BENAR....
    Sesungguhnya saya YAKIN BENAR....
    Sesungguhnya saya YAKIN BENAR....

    Cik Hashimah Bt Asnawi sebenarnya telah membuat Surat Akuan SESUMPAH dan bukannya Surat Akuan Bersumpah.

    Shimah d Legend.............

    Terima kasih Tuan Amin, FAKTA YG TUAN BENTANGKAN TERAMAT JELAS...

    sungguh "CRYSTAL CLEAR"!!!

    ReplyDelete
  5. Salam,

    Mereka mengaibkan YM Sheikh dan keluarga di khalayak ramai. Perbuatan mereka adalah sangat bertentangan dengan prinsip dan hukum agama dan tindakan tersebut bertentangan dengan norma dan tatasusila masyarakat bertamadun. Justeru, YM Sheikh mempunyai hak di sisi Syariat Islam mempertahankan maruah diri dan keluarga daripada FITNAH. Kiranya tindakan YM Sheikh mempertahankan maruah diri menimbulkan perpecahan, maka perpecahan itu adalah hasil daripada pertembungan antara HAK dan BATIL. Demikian penegesan dari sepotong ayat dalam al-Qur’an: ”Dan katakanlah: Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah suatu yang pasti lenyap.” (al-Isra’: 81).

    Fendy

    ReplyDelete
  6. salam semua..

    moga yg menyokong YM Tuan Guru, yg teguh bersama YM Tuan Guru..janganlah sekadar rajin & aktif komen dlm blog ini saja..

    moga kita sama2 USAHAKAN..untuk terus aktif di kelas2 berdekatan anda..JANGAN hanya aktif secara cyber & hanya muncul bila majlis ijazah & majlis persilatan yg Tuan Guru hadir..

    bantu kelas tu penting..walau sibuk mcm mana..usaha mana yg dpt utk libatkan diri dlm kelas..YM Tuan Guru lagi sibuk..serata ceruk bergerak..kerana kasih kepada muridnya..

    jadi yg kita ni? takkan takat aktif cyber ..& hanya muncul masa majlis yg ada Guru..masa lain? goyang kaki?

    semoga Allah kuatkan hati & perpaduan kita semua..teguh bersama YM Tuan Guru & keluarga.

    ~santubong~

    ReplyDelete
  7. salam..

    tuan amin..terima kasih dan tahniah atas penulisan ini..jelas dan nyata..teruskan demi kebenaran..

    santubong..terima kasih atas peringatan tuan..benar apa yang tuan nasihatkan tu..kadang-kadang kita leka..terima kasih..

    Razlan Ab Razak

    ReplyDelete
  8. salam..

    ambo dengan penuh rasa x sabar dok menunggu salakan "wooff..wooff" benang basah anon-anon BACUL untuk mempertahankan pendirian mereka yang betul lagi benar,konon-kononnya lah..sedikit demi sedikit..makin panas punggung mereka..makin gatal kurap-kurapan yang ada..konfem terkinja-kinja macam beruk kena belacan gamaknya lah..

    cepat anon-anon BACUL sekalian!! Cepat la menyalak kat sini..hahhh!!

    Che Din

    ReplyDelete
  9. depa ngah kumpul input2 semput depa 2..haha..sat g ada la yg menyalak 2...tgkkan je la...padahal dah xda point pn...

    santubong : InsyaALLAH slagi dberi kesihatan,kekuatan dr ALLAH...langkah perjuangan kita smua akan tetap diteruskan walau dmana kita berada...dgn matlamat SATU SUARA SATU HATI demi memartabatkan segala usaha yg telah dwariskn oleh ustaz Hanafi Hj Ahmad dan sama2 kita mberi sokongan padu pada PEWARIS HAKIKI SILAT CEKAK USTAZ HANAFI iaitu YM Sheikh Hj Mad Radhi Hj Hanafi Al-Qedahi...Amin

    shahrain melaka

    ReplyDelete
  10. Abg Amin TAHNIAH diucapkan diatas PENDEDAHAN PEMBOHONGAN HASHIMAH SESUMPAH ni...mmg TERBAEK!!
    sy pn kalau kena soalan siasat mcm 2 leh tgamam dbuatnya...soalan susah sgt...hahahaha...bg soalan kat dak spestik leh la tanya mcm 2..ceh!!

    shahrain melaka

    ReplyDelete
  11. Trim kasih Tuan Amin,

    Makin lama makin clear bukti/fakta yg dibentangkan. Keterangan shima ni lah kemuncak pembohongan as sebab dia lh boneka utama permainan keluarga Buang.

    Terima kasih tidak thingga atas maklumat yg sangat menggembirakan & menyenangkn.

    Teruskan berjuang. lawan tetap lawannn

    ReplyDelete
  12. Terima kasih Tuan Amin

    Pembohongan Hashimah ini sebenarnya telah bantu mendedah & kenalpasti si celaka dalang sebenar dan kesemua konco2 yg berselindung disebalik kejadian fitnah ni.

    Sekiranya tanpa asuhan didikan jasmani/rohani dan cegahan oleh YM Tuan Sheikh Hj Md Radzi bin Hj Hanafi AlQadhi agar semua anak murid tidak tindakbalas melangkau batas agama & undang2, nescaya kesemua suku sakat ini telah lama disenyap dan dilenyapkan.

    ReplyDelete
  13. Nostalgia..

    bila baca balik blog2 lama dan compare dgn artikel Tn Amin, baru kita dapat betul2 paham perkara2 yg berlaku..

    http://pencantas-kebatilan.blogspot.com
    http://anti-fitnah.blogspot.com/
    http://bancuh.blogspot.com/
    http://suwabara-cerita.blogspot.com/
    http://dowhdowh.blogspot.com/
    http://ch-siddiq.blogspot.com/
    http://suarahanafi.blogspot.com/

    harap blogger2 ini dapat update balik blog2 mereka sbg sokongan kpd blog Tn Amin..

    Pastikan guna template n layout baru..

    -Khai, pj

    ReplyDelete
  14. Oh pedihnya
    Terasa bagaikan
    Duri selumbar
    Menikam di hati

    Fendy

    ReplyDelete
  15. Terima kasih saudaraku santubong atas ingatan anda.........tetap akan berjuang walau dengan apa cara sekalipun demi memastikan perjuangan ini sampai ke destinasi seterusnya.......

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  16. pembetulan....Silat Cekak Hanafi Masman tu salah..yang betul Silat Cekak Hanafi Masam...

    ReplyDelete
  17. AlhamduLillah...tenang rasanya membaca komen2 dari rakan-rakan seguru semua tanpa salakkan dari geng2 "bisnes silat" sdn bhd tu..

    biarkan mereka fikirkan tomahan-tomahan baru..tapi kalau depa xde langsung pon menyalak kat sini lagi bagus..

    santubong>>terima kasih atas ingatan tu..sama-sama kita memperbaiki diri masing-masing dan x alpa atau bangga dengan sedikit sumbangan yang kita pernah lakukan pada perjuangan ini..

    Izuddin

    ReplyDelete
  18. bagi aku kisah yg amin tulis sebenarnya mak mengekalkan pengaruh mat radi al-todi..
    pendek kata cerita cabul tu benar2 terjadi.. tak ler kejadian tu keadaan melentang ker, meniarap ker .. yg penting mmg betul terjadinya kes CABUL.

    tengoklah kalau mat radi al-todi masuk 'dalam'.. apalah nak jadi dengan korang semua.. mcm anak ayam kehilangan ibu..

    satu hal lagi, mat radi al-todi tidak boleh menggunakan jenama silat cekak hanafi.. kalau berani pakailah jenama ni.. dan bersedialah di saman dengan nilai yg main2 la rm ribu2... pendek kata sedialah sekurang2nya rm 1juta..

    aku cadangkan gunalah nama Persatuan Seni Silat Cekak MAT RADHI AL-TODI MALAYSIA atau ringkasnya SILAT CEKAK TODI (CT, gelemer tu.. dh mcm siti norhaliza)

    jgn mimpi nk dapatkan PSSCUH...

    -mat radi digelar al-todi kerana dia mabuk kuasa, pangkat, pahala, pengaruh..
    kalau minum todi..orang mabuk todi itu akan sedar .. tapi mat radi mabuk kuasa, pangkat, pahala, pengaruh.. tak sedar2.. sampai berpuluh2 tahun tak sedar diri...

    ReplyDelete
  19. Anon yang Bapok lagi bacul dah datang menyalak..... Nampak sgt sakit hati yg kronik... Dah mcm xde hati lgsung....

    ReplyDelete
  20. anon atas..aik..xd idea nmpk? ^,^ xpyh la nk salahkan Tuan Amin..tp komen anda kali ni ringkas dan padat serta TERIMA KASIH saya ucapkan kerana anda telah MEMBENARKAN penulisan Tuan Amin dgn:
    1) anda telah TERBUKTI MEMFITNAH dgn mngatakan xkesah la baring ke meniarap ke..asalkan cabul..>> so anda dh xpedulik siuasi si shima tu..asalkan anda dapat terus menyatakan YM Tuan Sheikh Md Radzi bersalah
    2) anda TELAH MEMBUKTIKAN segalanya adalah kerana anda TAMAKKAN PERSATUAN dan mmg benar anda nak MENYINGKIRKAN Ym Sheikh >> asalkan anda dapat persatuan..

    akhirnya..anda dengan jelas dah keluarkan isi hati yg BUSUK TU..

    terima kasih anon..walau ap pon nama asal anda.. ^,^

    Izuddin

    ReplyDelete
  21. guru kena pecat!!!!! itulah dia mat todi
    kahkahkahkah..

    mat radi digelar al-todi kerana dia mabuk kuasa, pangkat, pahala, pengaruh..
    kalau minum todi..orang mabuk todi itu akan sedar .. tapi mat radi mabuk kuasa, pangkat, pahala, pengaruh.. tak sedar2.. sampai berpuluh2 tahun tak sedar diri...

    ReplyDelete
  22. Al - Fatihah.

    Bonda kepada Guru Utama Silat Cekak Hanafi telah kembali ke Rahmatullah pada 10.30 malam tadi. Jenazah berada di No 31, Lorong Kanan 1, Kg Pandan dan akan dikebumikan sebelum waktu Zohor.

    Sama-samalah kia hadiahkan Al - Fatihah, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan hamba-hambaNya yang beriman.


    Dr.Love.

    ReplyDelete
  23. wah dah mai dah puak woff2...dah kelihatan apa yg dirancang depa smua...mmg keji sifat kalian...
    buat Dr. Love smpaikn Salam Takziah buat joe marwi...

    shahrain melaka

    ReplyDelete
  24. Dr Love,

    Sampaikan salam takziah kepada Master Joe. Sampaikan juga ucapan saya:-

    "Semoga menjadi anak yang baik. Tidak memakan HAK orang lain. Bukan salah ibumu mengandung tetapi kerana dirimu bengong."

    Daripada,
    Pencinta Kebenaran.

    ReplyDelete
  25. al-Fatihah..salam takziah daripada member kuantan untuk Guru Utama, Master Joe.

    ReplyDelete
  26. Al-Fatihah buat Bonda Master Joe..

    Semoga setiap didikkan arwah dapat dijadikan panduan hidup..pasti semasa kecil Master selalu diingatkan oleh arwah agar menjadi anak yg soleh, tidak memakan HAK orang, fikir dengan teliti setiap perbuatan serta jangan malu untuk berkata benar dan meminta maaf setiap kesalahan.

    semoga kita tahu setiap yang bernyawa pasti akan kembali mengafap TUANNYA..oleh itu selagi ad masa bertaubat..taubat lah..

    ReplyDelete
  27. setidak-tidaknya master joe telah membuat arwah ibunya bangga mempunyai anak sepertinya sebelum kembali ke rahmatullah..
    sekian lama duduk bersilat(dari zaman gangstarz hinggalah kini) akhirnya dapat juga melilit bengkong berwarna kuning ataupun dengan kata lainnya menjadi guru silat itu..
    dan juga master joe telah membuat ibunya bangga kerana anaknya telah berjaya menyandang gelaran YANG MULIA MASTER...

    dalam perasaan bangga ibunya itu sebenarnya ada perasaan sedih kerana kejayaan yg dikecapi oleh anaknya itu hakikatnya adalah kejayaan menjadi 'kuda zorro' sahaja...bukan menjadi zorro seorang yg handal berlwan dan bermain senjata terutamanya pedang..
    hanya tunggangan zorro saja..tidak berpedang dan tidak bertopeng...dan akan bergerak pantas bila dipanggil oleh SIULAN zorro(silat tonton filem The Mask of Zorro untuk mendapatkan rentak siulan zorro)..

    itulah gagalnya master joe dalam kejayaannya menjadi seorang yg bergelar guru utama..

    coretan takziah buat master joe..


    -Firdaus MRH-

    ReplyDelete
  28. Dalam usia menghampiri pintu taubat tertutup, diketika itu pula doa keramat pergi meninggalkan dia,dah lah cuma tinggal satu itu sahaja yg ada,nahhh'....kini peluangnya utk bertaubat sudah tertutup,maka haram bagi kita memberikan rasa simpati kpdnya. Tetapi sebab dah kenal dia lama,marilah kita ucapkan takziah DERHAKA buat GURU UTUMA....salam musibah buat YG MULIA MASTER JOE

    ReplyDelete
  29. Pada saya Joe Marwi bukanlah Guru Utama.

    Pewaris Hakiki En. Md Radzi tidak pernah menyerahkan apa2 Mandat padanya.

    Dia dilantik oleh manusia2 durjana. Kalau konsep Perlantikan ini terus diakui mereka. Nanti mereka boleh melantik siapa saja yang mereka suka.

    Lepas Joe Marwi , Hanifi Masman pun boleh jadi gu, Abi H boleh jadi,Amir boleh jadi, Lan Astit pun bolh jd, Dua2 Rimli pun boleh jd, Dr love yg kerja farmasi boleh jd ..etc.. Ehh banyaknya boleh jd GU. Konsep ni tak boleh pakai nanti ramai gaduh dan memeningkan kepala.

    Fikirkanlah.



    Wan

    ReplyDelete
  30. Marwi Bin Latiff,

    Salam musibah buat dirimu. Ketahuilah, bahawa Doa Keramat untukmu telah pergi buat selama-lamanya. Tinggallah dirimu meneruskan DERHAKA terhadap GURUMU. Kesian Ibumu...

    ReplyDelete