Friday, November 5, 2010

Fitnah Di Mahkamah Ampang - Siri 3

Perbicaraan tuduhan fitnah terhadap YM Sheikh Haji Md Radzi Bin Ustaz Haji Hanafi Al-Qadhi, diteruskan lagi dengan keterangan Saksi Utama iaitu Cik Norhashimah Bt Asnawi (Penuduh). Untuk Saksi ini, saya hanya akan huraikan kemudian. Saya akan perjelaskan tentang Saksi Ke-04 pendakwaraya iaitu Cik Aishah Bt Abd Aziz. Cik Aishah ini merupakan sepupu kepada Cik Norhashimah dan merupakan SAKSI PERTAMA sampai ditempat kejadian fitnah dikatakan berlaku.

Dalam keterangan Cik Aishah ini, beliau menyatakan bahawa beliau tidaklah begitu rapat dengan Cik Norhashimah ini. Beliau pergi ke tempat kejadian fitnah tersebut, apabila diminta oleh Encik Asnawi Bin Ahmad (Bapa Penuduh). Menurut Cik Aishah, ketika beliau sampai ke rumah Cik Norhashimah, beliau melihat Cik Norhashimah menangis tetapi tidak memberitahu apa-apa walaupun didesak beberapa kali.

Tentang saksi ini, tidak banyak keterangan yang boleh diperjelaskan malah beliau sebagai SAKSI PERTAMA sampai ditempat kejadian, tidak pernah dipanggil didalam JK Siasatan PSSCUHM. Saya berpandangan, keterangan saksi ini dimahkamah adalah tulus mengikut apa yang beliau lihat dan dengar daripada Cik Norhashimah sendiri. 

31 comments:

  1. Saya ahli baru masuk akademi, namun bukanlah remaja ataupun belia.Apabila saya bertanya kepada kedua-dua blogger:

    Sanggupkah Tuan mempertahankan Guru Tuan walaupun dengan nyawa dan darah sekalipun?

    Tuan Gugat menjawab:

    Panduan kite de ler AlQuran & Hadis. Selagi guru tu xlanggar ajaran Allah & RasulNya, make kita leh ikut. Dlm kes MRH, die dah berbohong & mengaku uat bende tu. Jd? Xkan nak ikut lg?

    Maka saya bertanya kembali:

    Maaf kalau terkeliru, mengikut pemahaman saya, Guru Tuan Gugat sekarang bukankah YM En.Marwi Latif, juga yang mengijazahkan saya.

    Lalu Tuan Gugat menjawab:

    Aku skrg xaktif lg. Aku pun dah tamat dah. Jd persoalan ni xrelevan lg. Namun pendirian aku jelas aku tetap sokong yg haq. Tu yg guru ugama aku ajaq. MRH bukan guru ugama aku. Die guru silat aku jer.

    Sbb aku dah belajaq SC, make aku amik tau ler. Mmg aku byk membace sejarah, dulu aku tanye byk otai2 di PK & di PP.

    Lalu saya bertanya lagi:

    Siapa dia itu Guru yang Haq mengikut pandangan Tuan? Adakah En Marwi guru yang Haq yang akan Tuan pertahankan dengan darah dan nyawa sekalipun?

    Siapa dia Guru agama tuan?

    Saya harap Tuan Gugat dapat menjawab soalan saya dengan terang dan jelas selepas ini,kerana saya percaya, soalan saya juga terang dan jelas.

    Saya bertanya kepada Tuan Amin soalan yang sama jawapannya:

    Hatta nyawa dan darah sekalipun akan saya serahkan demi menegakkan Guru saya yang BENAR dan di FITNAH. Sekiranya kepingin mengenali Guru Yang HAK Silat Cekak Ustaz Hanafi, silalah hubungi saya 019-2713721. Jika tuan tidak berminat, saya tidak berkecil hati & syabas tuan telah adil terhadap diri sendiri. Mudah-mudahan ada jodoh kita.

    Terima kasih kepada kedua-duanya kerana memberikan respon.Saya akan komen lagi kerana masih menunggu respon dari Tuan Gugat buat kali ketiga.

    ReplyDelete
  2. Tuan,

    jawapan blogger tuan gugat ni sj dh menunjukkan yg dia suka divert dan tak ada pendirian yg jelas. Tapi takpe, sy pn rasa seronok dan teruja nk mengetahui kisah selanjutnya. Tahniah dan teruskan usaha tuan ini.

    ReplyDelete
  3. Anonymous > Teruskan tuan. Semoga tuan beroleh perkara yang dapat memuaskan pencarian tuan. Sekiranya tuan mengambil keputusan untuk tidak sependapat dengan saya, saya akan menghormatinya kerana tuan telah berlaku adil terhadap diri tuan sendiri.

    Cuma yang saya minta, jangan dicaci Guru saya kerana saya akan bermati-matian untuk mempertahankannya kerana beliau dalam kedudukan yang BENAR da HAQ.

    Saya juga mengalu-alukan sekiranya tuan berhajat untuk bertemu dan berbual dengan saya untuk mendapatkan lebih info tentang tuduhan fitnah tersebut kerana tidak semua penjelasan dapat diberikan melalui penulisan tanpa penjelasan. Oleh sebab itulah Al-Quran diturunkan beserta Nabi Muhammad SAW untuk memperjelaskannya.

    ReplyDelete
  4. Si Gugat ni dah x aktif rupanya. Patutlah menyalak kuat macam anjing menepos. Guru Agama engkau tak bagitau ke jangan tuduh orang tanpa saksi dan bukti? Guru Agama engkau ni mengajar Agama apa mcm tu? Kesian engkau Gugat... Sesat Dalam Terang!

    ReplyDelete
  5. lahai..bg saudara yg mencari kepastian..sy puji tindakan tuan utk mncri kbenaran..

    sy ykn smua yg dibwh kpmpnan YM TN SHEIKH MD RADZI mempunyai jwpn yg sm sperti Tuan Amin..kami akan mempertahankan GURU kami dgn apa cara sekalipun skiranya dia difitnah atau dihina.

    owner gugat>> sekiranya betul sprti yg ditulis oleh saudara yg mencari kepastian ni..trnyata anda mmg ad agenda tersendiri krn mencaci GURU kami..xsalah jika sy menyatakan anda sengaja mahu memecah belahkan kai..seorg yg tiada hala tuju..tiada pegangan..menyalak sana sini..ni agama ape ni anda belaja??..rsnye klu jadi sami guatama buddha pon ajaran tu xkn suruh wt benda ni..

    anda telah membuktikan anda mmpunyai hati yg sgguh KEJI & BUSUK! insafla selagi mampu..

    Izuddin

    ReplyDelete
  6. Gugat > Dah lama x aktif, apa yang kau tahu tu tak betol la. Kau hanya penyebar fitnah. Guru Agama kau x ajar ke atau kau yang benak!

    ReplyDelete
  7. Mak teh dan Ustaz Hanafi tak pernah mengajar mad radzi pasal agama ke? Kenapa dia boleh masuk rumah Encik Hasnawi semasa ketiadaan ibubapa nya. Kenapa dia boleh menyentuh Cik Norhashima?

    Disebabkan dia guru, layak ke dia menyentuh bukan muhrimnya?

    Asas agama. Tuan Dan Puan fikirkan lah. Kalau benda ni berlaku dekat anak-anak tuan puan. Takkan tuan dan puan nak mendiamkan diri.

    ?? Betul amin kata-kata saya ni?

    ReplyDelete
  8. ..Assalamu'alaikum...

    anonymous kat atas nie boleh jelaskan apa itu "asas agama". janganlah hanya pandai bersilat lidah. sedikit demi sedikit orang makin kenal siapa dia nie...bukan orang berbeza...cakap tak pernah mahu kalah, hanya spesis Abdullah Ibnu Ubai sahaja jenis tak mahu kalah dalam bercakap.

    En. Amin Zainul mungkin tak la sesempurna mana, tapi ada juga dia mahu mengalah dalam hujahnya. Alhamdulillah.


    En. Amin..kalau berdepan dengan semacam ini, just ingatlah maksud surah al-Furqaan ayat 63.

    semoga kita semua selamat di dunia dan akhirat...

    ReplyDelete
  9. Anonymous > Sila hadir ke mahkamah pada 15/11/2010, jam 11 pagi. Kita dengar Hujah Penggulungan, khususnya Pembohongan Shima yang telah terbongkar. Jika mahkamah penuh, sila perkenalkan diri kepada saya, saya sendiri akan berikan tempat duduk saya kepada tuan Anonymous.

    Kalau perkara ini berlaku kepada anak saya, saya tidak akan menunggu selama 6 bulan untuk membuat laporan polis. Saya akan buat laporan polis kurang dari 6 jam daripada masa kejadian.

    ReplyDelete
  10. tuan amin senang berkata begitu sebab tidak terjadi pada tuan...

    bagaimana kalau yg buat onar itu rakan rapat atau adik beradik sendiri...

    ReplyDelete
  11. Anonymous > Tuan tidak mengenali saya dengan mendalam. Saya seorang yang berpendirian TEGAS dan mempunyai PRINSIP yang sukar diubah.

    Sekali lagi saya TEGASKAN, jika berlaku kepada anak saya maka dalam masa kurang 6 jam saya akan laporkan kepada pihak polis untuk mencari KEBENARAN tanpa saya PEDULI siapa suspek tersebut.

    ReplyDelete
  12. Kenapa dia boleh masuk rumah Encik Hasnawi semasa ketiadaan ibubapa nya. Kenapa dia boleh menyentuh Cik Norhashima?

    Tolong jawap soalan ini. Tidak perlu ke makhamah.

    ReplyDelete
  13. Anonymous >

    1) Kenapa dia boleh masuk rumah Encik Hasnawi semasa ketiadaan ibubapanya?

    Ini kerana beliau syak kemungkinan ada sesuatu yang buruk berlaku terhadap Cik Norhashimah kerana 3 orang budak lelaki yang berada dihadapan rumah Asnawi bergegas pulang apabila kehadiran beliau.

    2) Kenapa dia boleh menyentuh Cik Norhashima?

    Beliau diminta oleh Cik Norhashima kerana sakit kepala yang amat sangat.

    Saya telah menjawab soalan tuan tetapi tuan perlu ke mahkamah untuk mendengar sendiri pembohongan Cik Norhashima yang telah dan akan dibongkarkan. Jumpa pada ISNIN (15/11/2010), jam 11.00 pagi ye.

    ReplyDelete
  14. anon>> berani ke dtg mahkamah?^,^
    klu betul anda ni "pandai" silat..btul la gamaknye mmpertahankn Silat Cekak..berani sahut cabaran demi "kebenaran" yg korg war-warkan tu..KAMI CABAR ANDA SAHUT CABARAN utk hadir ke mahkamah..

    p/s: dgn pnuh pghormatan TEPAT DUDUK anda pasti DISEDIAKAN

    ReplyDelete
  15. Amin Jawap Ni:

    1) Kenapa dia boleh masuk rumah Encik Hasnawi semasa ketiadaan ibubapanya?

    Ini kerana beliau syak kemungkinan ada sesuatu yang buruk berlaku terhadap Cik Norhashimah kerana 3 orang budak lelaki yang berada dihadapan rumah Asnawi bergegas pulang apabila kehadiran beliau.

    ^Jika betul Cik Norhashimah dalam keadaan bahaya. Kenapa Md Radzi tidak menahan 3 budak lelaki itu atau Md Radzi tidak menghubungi polis atau Md Radzi tidak memanggil Cik Norhashimah dari luar. Kenapa Md Radzi masuk juga?^


    2) Kenapa dia boleh menyentuh Cik Norhashima?

    Beliau diminta oleh Cik Norhashima kerana sakit kepala yang amat sangat.

    ^Apa hak dia menyentuh Cik Norhashima walaupun Cik Norhashima sakit kepala sangat. Md Radzi pun tahu batas-batas agama. Md Radzi tak perlu memasuki rumah Hasnawi dan juga menyentuh Cik Norhashima kerana berdosa dan boleh menabur fitnah. Jika betul Md Radzi benar-benar hebat dalam beragama dia perlu mengetahui benda asas seperti ini.^

    Betul tidak En. Amin?

    ReplyDelete
  16. Anonymous,

    1) Apabila tibanya YM Tuan Sheikh, ketiga-tiga budak lelaki tersebut telah bergegas pergi. YM Tuan Sheikh hendak mempastikan sekiranya ada berlaku apa-apa didalam rumah kerana keadaan pintu yang hampir tertutup ketika itu, dan YM Tuan Sheikh telah mengetuk pintu dan memberi salam, maka kemudiannya dijemput masuk oleh Cik Shima.

    2) Tentang perihal masuk rumah dan memicit kepala Cik Shima ini, YM Tuan Sheikh sendiri mengakui kesilapan beliau dan telah meminta maaf kepada Encik Asnawi.

    Tentang YM Tuan Sheikh mengakui kehebatannya dalam beragama, saya secara peribadi tidak pernah mendengarnya atau mengetahuinya. Beliau sentiasa mengakui dirinya serba tidak tahu dan kekurangan.

    Kesilapan yang dilakukan oleh YM Tuan Sheikh adalah kerana beliau juga manusia biasa yang tidak lari daripada kesilapan dan dosa, tetapi kita sebagai muridnya atau mungkin tuan/puan bukan muridnya, adalah tidak adil menuduh pelbagai perkara lain yang tidak dilakukan beliau kerana setiap tuduhan memerlukan saksi dan bukti serta juga tidak melayakkan kita memaki dan mencaci beliau.

    Saya menyeru tuan/puan luangkan sedikit masa untuk hadir ke mahkamah untuk mendengar sendiri penipuan oleh Cik Shima yang telah dan akan dibongkarkan satu demi satu melainkan sekiranya tuan/puan telah menjatuhkan hukuman sendiri kepada YM Sheikh Haji Md Radzi Bin Ustaz Haji Hanafi Al-Qadhi.

    ReplyDelete
  17. anon>>

    dtg la mhkmh..TENGOK & DENGAR sendiri..kemudian br GUNA AKAL FIKIRAN YG WARAS..

    jgn hny DENGAR CAKAP ORANG..sbanyk mn anda tny Tuan Amin, nmun klu dh ad mind set xnak terima jwp dari pihak kami (murid YM Tn Sheikh)..ap la gunanya memberikan seribu persoalan. kami xkan termakan provokasi anda kerana kami hadir utk tgk,dgr stia kali saksi dipanggil..

    Izuddin

    ReplyDelete
  18. Amin Jawap ni :

    1) Apabila tibanya YM Tuan Sheikh, ketiga-tiga budak lelaki tersebut telah bergegas pergi. YM Tuan Sheikh hendak mempastikan sekiranya ada berlaku apa-apa didalam rumah kerana keadaan pintu yang hampir tertutup ketika itu, dan YM Tuan Sheikh telah mengetuk pintu dan memberi salam, maka kemudiannya dijemput masuk oleh Cik Shima.

    ^Walau dijemput oleh Cik Shima sekali pun. Mad Radzi Hanafi tidak boleh masuk ke dalam rumah tu kerana tiada orang lain di dalam rumah tersebut.^

    2) Tentang perihal masuk rumah dan memicit kepala Cik Shima ini, YM Tuan Sheikh sendiri mengakui kesilapan beliau dan telah meminta maaf kepada Encik Asnawi.

    ^Maka betul lah Mad Radzi Hanafi ada memegang Cik Shima. Betul?^

    Tentang YM Tuan Sheikh mengakui kehebatannya dalam beragama, saya secara peribadi tidak pernah mendengarnya atau mengetahuinya. Beliau sentiasa mengakui dirinya serba tidak tahu dan kekurangan.

    ^Saya selalu dengar dan diakui oleh kamu-kamu semua^

    Saya nak tanya juga disini, macam mana Mad Radzi boleh cakap menentu guru adalah antara Allah dan dia?

    Tolong ulas sikit Encik Amin.

    ReplyDelete
  19. Anonymous,

    Tentang kedua-dua soalan tersebut YM Tuan Sheikh telah mengakui kesilapannya tetapi tuduhan fitnah TIDAK BERLAKU.

    Tuan/puan berkata selalu dengar YM Tuan Sheikh mengakui tentang kehebatannya, sedangkan saya tidak kenal tuan/puan.

    Tuan/puan byk membuat tuduhan yang tidak berasas sama sekali serta tidak TEPAT dengan FAKTA. Hanya semata-mata menerima apa yang diperkatakan oleh orang lain.

    Oleh itu, sekiranya tuan/puan tidak memperkenalkan diri, maka saya berpandangan bahawa saya tidak berminat lagi melayan semua persoalan tuan/puan.

    ReplyDelete
  20. Tak payah dok layan anonymous tu Tuan Amin. Entah saper-saper entah. Nama taknak cakap. Mcm la dia kenal rapat dengan YM. Tuduh melulu jer.

    ReplyDelete
  21. Tentang kedua-dua soalan tersebut YM Tuan Sheikh telah mengakui kesilapannya tetapi tuduhan fitnah TIDAK BERLAKU.

    ^Fitnah? Maka betul Mad Radzi buat dua benda itu maka betul Mad Radzi bersalah kerana memasuki dan memeggang Cik Shima.^

    Tuan/puan berkata selalu dengar YM Tuan Sheikh mengakui tentang kehebatannya, sedangkan saya tidak kenal tuan/puan.

    ^Ya saya selalu mendengar tentang kehebatannya lagi-lagi dari anak nya sendiri. Yang menyatakan bahawa Encik Mad Radzi ini guru yang hebat dan luas pengetahuan agamanya. Tapi masih lagi membuat kesalahan yang besar ini.^

    Tuan/puan byk membuat tuduhan yang tidak berasas sama sekali serta tidak TEPAT dengan FAKTA. Hanya semata-mata menerima apa yang diperkatakan oleh orang lain.

    ^Saya nak tanya juga disini, macam mana Mad Radzi boleh cakap menentu guru adalah antara Allah dan dia? Ini bukan nya sesuatu fakta yang diputar belit. Ini disebut sendiri oleh En. Mad Radzi sendiri.^

    Oleh itu, sekiranya tuan/puan tidak memperkenalkan diri, maka saya berpandangan bahawa saya tidak berminat lagi melayan semua persoalan tuan/puan.

    ^Saya bertanya bersebab bukan nya membabi buta. Saya mengharapkan jawapan yang benar.^

    ReplyDelete
  22. Anonymous,

    Saya akan menjawab semua persoalan tuan/puan dengan syarat yang cukup mudah iaitu sila perkenalkan diri tuan/puan. Jika tuan/puan memenuhi syarat ini, jangan dikatakan 21 soalan, 21 ribu soalan pun saya akan jawabkan. Rasanya boleh faham kot....

    ReplyDelete
  23. Syabas Tuan Amin,

    Pertahankan GU selagi ada daya upaya...

    LAA HAULAWALA QUWWATAILLA BILLAH

    Semoga dgn kuasa Allah S.W.T. yg HAK tetap berada di tempatnya.

    ReplyDelete
  24. Perlu ke memperkenalkan diri. Sudah lah dengan persoalan, kerana tidak guna anda mengenal diri saya yang kerdil ini di sisi keluarga mu. :)

    ReplyDelete
  25. bukan kata perlu saja..boleh jadi wajib juga bila dlm hal sebegini..dok tanya sana sini..berturut plak tu..utk apa? KEBENARAN? kebenaran atau SAJA mau cari ruang & peluang manipulasi setiap jawapan sebagai MODAL soalan hingga boleh nampak org masuk jerat?

    inikah kononnya cara cari KEBENARAN?

    ~shahril nizam

    ReplyDelete
  26. salam anon yang banyak sgt nak tanya tu..

    susah sgt ke nak kenalkan diri yang sebenarnya?
    kalau takut sgt org kenal anda, Tuan Amin ada tinggalkan no contact beliau..hubungi personally..jangan kata 21 soalan, 21 ribu soalan pn Tuan amin akan jawab beserta dengan bukti lagi..

    sudi sudikan lah ye.. :)

    Razlan Ab Razak

    ReplyDelete
  27. abg amin,takyah layan la soalan2 mcm nih
    kalo betul dia nak tahu
    dia dtg bersemuka la tanya
    kalau berani la
    setakat kat sini,tak payahlah
    kita bukan kenal dia sapapun

    ReplyDelete
  28. Anonymous said...
    Perlu ke memperkenalkan diri. Sudah lah dengan persoalan, kerana tidak guna anda mengenal diri saya yang kerdil ini di sisi keluarga mu. :)
    November 7, 2010 11:52 AM

    >>anon ni..dia byk sgt tny..tp kita suruh kenalkan diri pon xnak..takut..ni la kot ajaran&petua GURU DORG selain dari suruh gosok unifom b4 g kelas..

    >>dia dh ckp xd gune kite kenal dia..so xde gune gak kite nak jawab soklan2 dia...ntah keling ke..ntah orang silat lain ke..sbb jelas..DIA X TAHU APA-APA

    >>anon ni...bukan sekadar anonymous...tp ANNOYING!! benda simple kite mtk pon dia xnk wat..tp tanya mengalahkan lawyer...

    Izuddin

    ReplyDelete
  29. hurm teruskan usaha blog amin...suluh la biar orang yang tengah mencari2 jalan jumpa dengan jalan yang betul..

    ReplyDelete
  30. mudah-mudahan..

    ReplyDelete